The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Biodata dan latar belakang Sultan Abu Bakar

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hazwanamir1, 2021-04-19 02:35:46

Sultan Abu Bakar

Biodata dan latar belakang Sultan Abu Bakar

Keywords: Sultan Abu Bakar

PENGENALAN

Dengan nama Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Tidak molek andainya kita sebagai rakyat Johor tidak mengenali tokoh ini. Tokoh yang saya pilih ialah
Almarhum Sultan Abu Bakar Ibni Almarhum Raja Temenggong Tun Daeng Ibrahim. Tiada sesiapa rakyat di negeri
jajahan Johor ini yang tidak mengenali baginda. Mungkin ada di antara kalian semua sering mendengar nama ini di
media cetak mahupun media massa.

Saya juga sering tertanya-tanya bagaimanakah Negeri Johor menjadi salah satu negeri yang tidak pernah
dijajah oleh kuasa asing? Saya rasa wajarlah kita mengenali dengan lebih mendalam tentang tokoh kebanggaan Johor ini.
Disebabkan kebijaksanaan Sultan Abu Bakar, tokoh ini menjadi inspirasi bagi kajian saya.

BIODATA SULTAN ABU BAKAR

Nama diberi Sultan Abu Bakar ibni Al-Marhum Raja Temenggong Tun Daeng Ibrahim.
 Baginda dilahirkan pada 3 Februari 1833 di Istana Lama Teluk Belanga.

 Antara isteri Sultan Abu Bakar ialah ;
1) Yang Amat Mulia Cik Wan Chik binti Dato’ Bendahara Sri Maharaja Tun Muhammad Tahir.
2) Yang Amat Mulia Cik Puan Zubaidah binti Abdullah. ( Cecelia Catherina Lange ).
3) Yang Amat Mulia Cik Puan Fatimah (Wong Ah Gew) binti Abdullah.
4) Yang Amat Mulia Che’ Khadija Hanum.

 Baginda Sultan Abu Bakar meninggalkan seorang putera dan 4 orang puteri. Antaranya ialah ;
1) Yang Teramat Mulia Tunku Ibrahim Iskandar
2) Yang Teramat Mulia Tunku Mariam.
3) Yang Teramat Mulia Tunku Besar Puteri.
4) Yang Teramat Mulia Tunku Azizah.
5) Yang Teramat Mulia Tunku Fatimah.

SENARAI NAMA-NAMA SULTAN ;
Berikut adalah salasilah Kesultanan Johor daripada titisan Sultan Abdul Jalil IV sehingga sekarang.

 Bendara Sri Maharaja – Sultan AbdulJalil IV
( Sultan Johor yang ke – 11, mangkat pada tahun 1717 )

 Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
( Sultan Johor yang ke – 12, memerintah pada tahun 1722 hingga 1760 )

 Sultan Abdul Jalil IV
( Sultan Johor yang ke – 13, memerintah pada tahun 1760 hingga 1761)

 Sultan Ahmad Shah
( Sultan Johor yang ke - 14 )

 Sultan Mahmud Shah III
( Sultan Johor yang ke – 15, memerintah pada tahun 1761 hingga1812 )

 Sultan Hussein Shah
( Sultan Johor yang ke – 16, memerintah pada tahun 1810 hingga 1835 )

 Tengku Ali
( Sultan Johor yang ke – 17 )

 Temenggong Ibrahim ( Sultan Ibrahim )
( Sultan Johor yang ke – 18, memerintah hingga 1862 )

 Sultan Abu Bakar
( Sultan Johor yang ke -19, memerintah pada tahun 1862 hingga 1895 )

 Sultan Ibrahim
( Sultan Johor yang ke – 20,memerintah pada tahun 1895 hingga 1959 )

 Sultan Ismail
( Sultan Johor yang ke – 21, memerintah pada tahun 1959 hingga 1981 )

 Sultan Iskandar Al-Haj
( Sultan Johor yang ke – 22, memerintah pada tahun 1981 hingga 2010 )

 Sultan Ibrahim
( Sultan Johor yang ke – 23, memerintah pada tahun 2010 hingga kini )

PENDIDIKAN SULTAN ABU BAKAR

 Pada usia muda, baginda diajarkan oleh guru-guru tempatan mengenai Islam dan Adat ( Undang-
Undang Melayu Tradisional ) sebelum dihantar ke Sekolah Teluk Belanga.

 Di bawah bimbingan guru-guru mubaligh, baginda diajar untuk beradab serta berbahasa Inggeris
dengan fasih dan lancar selain bahasa jatinya, Bahasa Melayu

 Baginda sering pergi ke negara-negara Eropah seperti England untuk mempelajari cara pentadbiran
terbaik bagi membangunkan negeri Johor dan dianugerahkan gelaran ‘ Maharaja Johor ‘ oleh Ratu
Victoria pada tahun 1868.

KERJAYA SULTAN ABU BAKAR

 Semasa baginda masih berusia lapan tahun, Temenggung mewakilkan Sultan Abu Bakar dalam
usaha rundingan terhadap Sultan Ali.

 Sultan Abu Bakar telah mengambil alih jawatan Temenggung Johor 3 hari selepas kemangkatan
ayahandanya Almarhum Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim pada tahun 1862 hingga 1868.

 Pada tahun 1868, baginda Sultan Abu Bakar telah menguasai seluruh wilayah Johor selepas
kemangkatan Sultan Ali pada tahun 1877.

 Pada tahun 1885, Johor telah menandatangani perjanjian persahabatan dengan kerajaan British.
Melalui perjanjian tersebut, kerajaan British mengiktiraf negeri Johor sebagai sebuah negeri yang
bebas dan berdaulat. Maharaja Abu Bakar juga diiktiraf sebagai Sultan Johor.

 Mulai 1 Julai 1886, baginda memakai gelaran sultan dengan gelaran Maharaja Abu Bakar Alkhalil.

SUMBANGAN SULTAN ABU BAKAR

LANGKAH PEMODENAN ;
 Membina mahkamah, pejabat perkhidmatan pos dan Jabatan Kerja Raya.
 Menubuhkan pasukan polis dan tentera Askar Timbalan Setia.
 Menjaga kebajikan rakyat dengan membina sekolah, hospital dan jalan raya.
 Berjaya meletakkan Johor sebagai negeri paling moden dan stabil berbanding negeri-negeri Melayu Pantai Timur seperti Selangor

dan Perak.
 Beberapa binaan yang diberi nama Almarhum Sultan Abu Bakar sebagai memperingati baginda di Johor.

Contohnya ialah ;
o Masjid Negeri Sultan Abu Bakar dibina pada tahun 1892 hingga 1900.
o Maktab Sultan Abu Bakar.

o Muzium Diraja Sultan Abu Bakar ( merangkumi Istana Lama Johor )
• Pada tahun1895, Sultan Abu Bakar telah menitahkan supaya Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor digubal.
• Mulai tahun 1871, bendera negeri Johor telah digantikan dengan warna biru laut dan segi empat yang berwarna merah

dengan bulan sabit dan bintang pecah lima.
• Penjara Johor Bahru telah didirikan pada tahun 1883.
• Baginda Sultan Abu Bakar memajukan negeri Johor dengan menggabungkan tradisi Melayu dengan birokrasi Barat.

NILAI KEPIMPINAN SULTAN ABU BAKAR

 Sultan Abu Bakar merupakan seorang yang bijaksana. Hal ini mungkin menjadi salah satu faktor yang menyebabkan Johor menjadi
salah satu negeri yang tidak pernah dijajah oleh orang asing.

 Sultan Abu Bakar juga merupakan seorang yang berani dan berpendirian tetap kerana menolak penasihat British pada zaman
pemerintahannya.

 Baginda Sultan Abu Bakar juga merupakan seorang yang berpandangan jauh sehingga baginda digelar ‘ Bapa Pemodenan Johor ‘.

PENUTUP / KESIMPULAN

Akhirnya Sultan Abu Bakar mangkat pada 4 Jun 1895
Sekian tentang sedikit garapan dan maklumat tentang tokoh negeri Johor Darul Ta’zim yang selalu dikenang

sehingga hari ini.
Sebagai anak jati Johor, sudah seharusnya kita mengenali tokoh yang membawa kepada pemodenan negara.
Nilai-nilai murni yang ada pada Sultan Abu Bakar wajarlah dicontohi oleh anak-anak generasi masa kini.
Betullah kata- kata orang tua, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, luka
akan meninggalkan parut jua. Justeru itu, hargailah pengorbananserta perjuangan Sultan Abu Bakar kerana

tanpa baginda, apalah negeri Johor pada hari ini
Sekian terima kasih.

SUMBER RUJUKAN

 https://www.thepatriots.asia

 https://www.ms.wikipedia.org > Sultan Abu Bakar

 https://puteralapismahang.blogspot.com

 https://www.bharian.com.my

 htpps://www.stty uppentek.ac.id

 Abd Latif Juffri @ Al-Jufri ( 2008 ) Sejarah Perkembangan Pentadbiran Agama Islam Johor

 Kemahkotaan Duli Yang Amat Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar


Click to View FlipBook Version