The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nur Qairina- Permainan Tradisional (Baling Selipar)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by umairadanyaa08, 2022-06-11 02:20:14

Nur Qairina- Permainan Tradisional (Baling Selipar)

Nur Qairina- Permainan Tradisional (Baling Selipar)

PERMAINAN TRADISIONAL :
Baling Selipar

Nama: Nur Qairina Binti Rome

Kelas: 2 Bestari

SMK SERI SETIA

• PENGENALAN •

Permainan baling selipar atau susun selipar merupakan sejenis permainan tradisional
kanak-kanak Malaysia. Ia sama seperti permainan baling tin cuma ditukar

kepada selipar. Tiga selipar diperlukan untuk permainan ini selipar disusun menegak
dan dibaling untuk menjatuhkan.

Ia sering dilihat menjadi aktiviti menghiburkan ketika berkumpul bersama rakan dan
taulan. Permainan ini amat mudah kerana alatan yang diperlukan

hanyalah selipar yang selalunya dipakai oleh masyarakat di Malaysia. Permainan
tradisional ini juga boleh dilakukan di pelbagai majlis sukan rakyat.

CARA PERMAINAN

1. Permainan ini boleh dimainkan oleh sesiapa sama ada kanak-kanak lelaki atau perempuan.
Permainan ini memerlukan selipar yang tidak terlalu keras atau tebal kerana hal ini boleh
menyebabkan pemain boleh tercedera terkena balingan yang dibuat pihak lawan dam sebaliknya.
Selipar yang dikumpulkan haruslah dibentuk tegak menjadi tiga segi dan satu selipar lagi digunakan
untuk membuat balingan.

2. Pemain pertama daripada kumpulan utama memulakan permainan dengan cara membaling selipar
kearah selipar yang telah disusun. Setiap pemain boleh membuat lontaran sebanyak tiga kali untuk
menjatuh selipar yang telah disusun. Jika lontaran yang dilakukan tidak terkena pada sasaran, giliran
pihak lawan pula mengambil alih untuk melakukan lontaran seterusnya.

3. Jika selipar berjaya dijatuhkan, maka pemain kumpulan utama berusaha mematikan lawannya
dengan membuat balingan selipar dan disasarkan pada pihak lawan. Kemenangan dikira
berdasarkan jika pihak lawan dapat menyusun semula selipar-selipar tersebut menjadi tiga segi dan
melangkah susunan tersebut.

Baling selipar di zaman
moden

● Permainan susun selipar masih diingati dan
dimainkan sehingga sekarang. Permainan ini
masih mempunyai peminat tersendiri
dikalangan kanak-kanak dan belia terutamanya
di kampung dan desa. Di kawasan bandar,
apabila ada majlis luar yang melibatkan
permainan tradisional, pertandingan susun
selipar dijadikan satu acara yang paling
diminati.

Susun selipar di universiti

■ Permainan susun selipar telah diadakan oleh beberapa institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan. Permainan ini disambut baik kerana ia dapat
mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak. Permainan ini juga diadakan
bagi mempertontonkan budaya Malaysia kepada pelajar-pelajar asing.

• PENUTUP •
SENARAI RUJUKAN

Layari laman web berikut untuk merujuk maklumat tentang baling
selipar:
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Baling_selipar

TAMAT


Click to View FlipBook Version