The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nangkaibradley, 2022-06-10 23:44:55

Kebaikan Amalan Rumah Terbuka

Rumah Terbuka

Keywords: Rumah Terbuka

TEMA:PERPADUAN
TAJUK:KEBAIKAN AMALAN
RUMAH TERBUKA

NAMA:BRADLEY NANGKAI ANAK AGING

KELAS:4 AL-DINAWARI

NO.MAKTAB:SC190166

PENGENALAN

Amalan rumah terbuka sudah menjadi lumrah untuk sambutan perayaan di negara ini
termasuk Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baru Cina dan Hari Krismas. Perayaan
seperti ini tidak lengkap jika tiada rumah terbuka sehingga pelbagai lapisan masyarakat
mengetahui istilah rumah terbuka yang amat sinonim dalam kehidupan mereka sejak
turun-
temurun. Kerajaan Malaysia pada tahun 2000 telah memutuskan bahawa sebanyak enam
perayaan kaum dianggap sebagai perayaan utama negara yang diraikan pada peringka
kebangsaan anjuran bersama kerajaan pusat dan kerajaan negeri.Hal ini pasti akan
mewujudkan masyarakat yang hidup dalam keadaan aman dan harmoni kerana bulat a
kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Menyedari kesungguhan
kerajaan untuk menganjurkan rumah terbuka pada peringkat nasional, persoalan yang
sering berlegar-legar di gawang minda kita ialah apakah kebaikan-kebaikan amalan
rumah terbuka?

MENGAPA MEMILIH TAJUK INI?

TUJUAN SAYA MEMILIH TAJUK INI KERANA
SAYA DAPAT HURAIKAN PELBAGAI ISI,HURAIAN
DAN CONTOH DALAM TAJUK INI.

ISI-ISI

Pada hemat saya, amalan rumah terbuka yang diwujudkan banyak memberikan
kemaslahatan terutamanya dalam mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan
anggota masyarakat di negara kita. Perpaduan yang terjalin sekali gus dapat memudahkan
pencapaian matlamat atau misi dan visi negara dalam usaha untuk menjadikan Malaysia
sebuah negara bangsa. Selain itu, amalan rumah terbuka memberikan makna besar
kepada anggota masyarakat mengenai perpaduan yang harus wujud untuk mengelakkan
sebarang prejudis terhadap keharmonian kaum. Amalan ini juga dilihat sebagai salah satu
pertemuan yang melupakan pertentangan pendapat, perbezaan ideologi, perbezaan
konsep politik mahupun berlainan parti politik sama ada pembangkang atau kerajaan.
Keadaan ini persis peribahasa buang yang keruh, ambil yang jernih. Jadi, setiap kaum
seperti Melayu, India, Cina, Kadazan dan sebagainya boleh berkunjung ke rumah terbuka
kaum lain tanpa sebarang kekangan yang perlu dibimbangi. Kesannya, perasaan muhibah
antaCraREDsIaTSt:uThsisapmreaselnataintiodnatepmaptlamteewwausjudkan kehidupan yang lebih harmoni. Tegasnya, konsep

created by Slidesgo, including icons by

penyFalattuicaonn, aanndtainrfoagkraapuhmics d&aimpaagteds bihyiFdrueeppkika.n melalui amalan rumah terbuka.

ISI-ISI

Amalan rumah terbuka juga dapat merapatkan hubungan silaturahim dalam
hubungan kekeluargaan. Hal ini dikatakan demikian kerana simboliknya amalan rumah
terbuka merupakan medan pertemuan yang paling sesuai untuk memperkukuh hubungan
silaturahim antara ahli keluarga. Fenomena seperti ini amat dititikberatkan agar sistem
kekeluargaan akan sentiasa wujud dengan kukuh dan padu, bukannya semakin layu dan
pudar. Tanpa konsep rumah terbuka, hubungan silaturahim dan perpaduan akan terhakis
sedikit demi sedikit dan seterusnya akan lesap dalam kehidupan generasi akan datang
yang semakin tidak mengenali sanak-saudara mereka. Tamsilnya,semasa menghadiri
rumah terbuka, mereka akan beramah mesra dan dapat melepaskan kerinduan di
samping mendapat perkembangan terkini antara satu sama lain. Orang muda pula dapat
mengenali mereka yang tua dengan lebih dekat dalam pertemuan ahli keluarga ini. Situas
ini dcCraReEpaDtaIeTdSt: bmThyiSeslpnidrceesseegrnomt,aintiincolnukdateinnmgypiclaaotnnesgwbaytus a dihormati, yang muda disayangi. Jelaslah bahawa
hubFulanticgoann, ankdeiknefolguraaprhgicasa&nimdaagepsabtydFriepeeprikk.ukuh dan serinya tidak akan hilang jika amalan
rumah terbuka dibudayakan.

ISI-ISI

Malahan, amalan ini juga dilihat telah menyumbang kepada pembentukan identiti
Malaysia melalui budaya bangsa nasional. Sebenarnya, rumah terbuka berlandaskan
konsep seruan beragama dan adat budaya kaum masing-masing. Namun demikian,
perayaan masing-masing telah diasimilasikan sehingga melahirkan budaya bangsa
secara nasional. Senario ini bermakna perayaan negara kita telah berkonsep ala-
Malaysia. Pertembungan budaya antara dua atau lebih budaya sebenarnya membawa
kepentingan kepada semua pihak. Tamsilnya, masyarakat Cina tidak menyediakan
hidangan yang tidak boleh dijamah oleh masyarakat Melayu dan begitu juga dengan
masyarakat India. Pertembungan budaya ini sebenarnya bertujuan menjaga perasaan
sahabat handai. Hal ini disebabkan penghormatan itu merupakan asas keharmonian,
perpaduan dan kesejahteraan hidup. Keindahan, keunikan dan kehalusan budaya ini
akanCRmEDeITnS:yTehibs parbeskeantnatgionenteemrpalastiebwaasru berasa banggsa dengan warisan yang dimiliki selagi
adatcrienaitteidd abykSllaidpesugko,dineckludhinugjaicnon, stibdyak lekang dek panas. Kebudayaan kebangsaan

Flaticon, and infographics & images by Freepik.

Malaysia akan diwujudkan dan kebudayaan ini akan menjadi identiti rakyat Malaysia.

ISI-ISI

Dari perspektif yang lain, amalan rumah terbuka dapat membantu rakyat
Malaysia memahami budaya kaum lain. Mereka akan merayakan perayaan itu bersama-
sama walaupun mereka berbeza latar belakang, budaya dan agama. Amalan ini juga
membolehkan setiap kaum mengenali juadah kaum-kaum lain selain didedahkan
kepada adat resam dan pantang larang rakan-rakan mereka sendiri. Maklumlah tak
kenal, maka tak
cinta. Sebagai contoh, orang-orang India, Cina, Iban dan Kadazan merayakan sambutan
Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya. Hal
ini dapat membantu mereka mempelajari budaya kaum lain, malah budaya sihat ini juga
dapat
diwujudkan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Secara tidak
langsuCRnEgDITsSe: Tmhisapnregseanttatotiolen rteamnpslai taekwaans tersemai dalam kalangan generasi sekarang.Jelaslah

created by Slidesgo, including icons by

bahawFlaaticbound, aandyainfdogaranpahicdsa&timreasgaesmbykFareuempik.lain dapat dipelajari melalui amalan murni ini.

KESIMPULAN

Oleh hal yang demikian, konsep rumah terbuka perlu dihayati dengan
mendalam oleh semua pihak. Konsep rumah terbuka sudah tentu banyak
mendatangkan kebaikan jika difahami dan dihayati oleh anggota
masyarakat. Sekiranya konsep ini tidak difahami dan dihayati, ditakuti
amalan rumah terbuka akan mendatangkan keburukan atau sekadar syarat
sahaja untuk menganjurkannya.Kesimpulannya, semua anggota masyarakat
haruslah memahami dan menghayati konsep rumah terbuka yang
sebenarnya agar hasrat yang dicita-citakan akan dapat dicapai.

PERIBAHASA BERKAITAN

Bulat air kerana Ibarat telur
pembentung,bulat sesangkak,pecah
manusia kerana sebiji,pecah
muafakat semua

TAMAT


Click to View FlipBook Version