The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ziraqumaira18, 2021-02-28 02:57:36

PERLEMBAGAAN KKS

PERLEMBAGAAN KKS

PERLEMBAGAAN
KELAB KEBAJIKAN

STAF
( KKS )
SK KEPAYAN

PERLEMBAGAAN
Kelab kebajikan staf

1. KEAHLIAN

1.1. Semua warga guru dan AKP SK Kepayan adalah Ahli Kelab
Kebajikan Staf SK Kepayan secara automatik.

1.2. Bayaran/Yuran keahlian sebanyak RM 150.00 setahun dan
perlu dijelaskan sebelum atau akhir bulan Mei pada tahun
semasa.

2. TEMPOH MENYANDANG/MENERAJUI KELAB KEBAJIKAN
STAF

2.1. Carta Organisasi/AJK Induk terdiri daripada :

2.1.1. Penasihat - Diketuai oleh Guru Besar dan
semua barisan Penolong
2.1.2. Pengerusi Kanan
2.1.3. Timbalan Pengerusi
2.1.4. Setiausaha - seorang Sesi Pagi &
2.1.5. Bendahari seorang Sesi Petang

2.1.6. AJK Kecil - 15 orang ( wajib seorang atau
dua orang dari AKP )

2.2. Semua AJK dipilih berdasarkan undian majoriti oleh semua
Ahli Kelab

2.3. AJK Induk yang telah dipilih diberi tempoh satu penggal iaitu
selama 2 tahun untuk menerajui Kelab Kebajikan Staf.

2.4. Kumpulan AJK Induk yang baru selesai menerajui Kelab
Kebajikan Staf pada tahun tersebut diberi masa TEMPOH
BERTENANG selama dua penggal iaitu 4 tahun.
(Tidak boleh dilantik semula selama 2 penggal berturut-
turut.)

Kelab Kebajikan Staf SKK

3. DERMA IKHLAS/KHAIRAT KEMATIAN

3.1. Derma Ikhlas sebanyak RM100.00 akan disumbangkan
kepada ahli sekiranya ahli keluarga meninggal dunia.

3.2. Derma Ikhlas/Khairat Kematian hanya dapat disumbangkan
sekiranya kehilangan pasangan, anak, ibu atau bapa sahaja.

4. PERTUKARAN/PERPINDAHAN

4.1. Nilai cenderahati untuk pertukaran adalah merujuk kepada
tempoh berkhidmat di sekolah ini.

4.2. Dibahagikan kepada 4 kategori :

a. 1 tahun hingga 5 tahun - RM 50.00
b. 6 tahun hingga 11 tahun - RM100.00
c. 12 tahun dan ke atas - RM150.00

d. Tambahan sebanyak RM50.00 akan diberikan untuk
yang bersara, tidak kira jawatan/gred disandang

Contoh : 1 tahun hingga 5 tahun

= RM50.00 + RM50.00
=RM100.00

5. HADIAH KHAS

5.1. Saguhati akan diberikan untuk perkahwinan yang pertama
sahaja berjumlah RM100.00.

5.2. Saguhati juga akan diberikan kepada ahli yang menimang
cahaya mata yang pertama iaitu sebanyak RM50.00.

Kelab Kebajikan Staf SKK

6. JAMUAN KERAIAN

6.1. Pengelolaan jamuan keraian sekolah akan dibantu oleh
Kelab Kebajikan Staf.

6.2. Sekiranya ada ahli staf yang telah berpindah, beliau akan
dijemput ke majlis tersebut.

6.3. Ahli yang telah berpindah pada penghujung tahun, Disember
hingga Mei akan dijemput semasa Majlis Sambutan Hari Guru.

6.4 Ahli yang telah berpindah pada bulan Jun atau selepas Majlis
Hari Guru hingga November akan dijemput semasa Majlis
Jamuan Akhir Tahun.

Perpindahan Disember – Mei = Majlis Sambutan Hari Guru /
hotel
Perpindahan Jun – November = Majlis Jamuan Akhir Tahun /
hotel
Perpindahaan tahun semasa = Jamuan santai sukarela

7. PINJAMAN

7.1. Pinjaman bersebab boleh diberikan kepada ahli dengan
pinjaman maksimum sebanyak RM200.00.

7.2. Pinjaman yang melebihi RM200.00/1000 akan dimesyuaratkan
oleh AJK Tertinggi/Induk sebelum diluluskan.

7.3. Syarat pinjaman adalah :

7.3.1. Peminjam TELAH membayar penuh yuran keahlian.
7.3.2. Bayaran balik adalah semasa gaji pertama diterima

selepas pinjaman dibuat iaitu separuh daripada jumlah
pinjaman dan bakinya mestilah dibayar semasa gaji bulan
berikutnya.
7.3.3. Peminjam dikehendaki mengisi dan menandatangani
borang perjanjian yang disediakan.
7.3.4 Pinjaman wang tidak boleh digunakan untuk pembelian
semasa. Contohnya pinjaman wang digunakan untuk
membayar yuran KKS atau membayar pembelian baju
batik, t’shirt sekolah dan sebagainya.

Kelab Kebajikan Staf SKK

SEKIAN
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version