The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PELARASAN PELEMBAGAAN KKS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ziraqumaira18, 2021-02-27 23:16:48

PELEMBAGAAN KKS

PELARASAN PELEMBAGAAN KKS

PELARASAN PELEMBAGAAN 2020 - 2021

PERLEMBAGAAN

1. KEAHLIAN

1.1. Semua warga guru dan AKP SK Kepayan adalah Ahli Kelab
Kebajikan Staf SK Kepayan secara automatik.

1.2. Bayaran/Yuran keahlian sebanyak RM 150.00 setahun dan perlu
dijelaskan sebelum atau akhir bulan Mei pada tahun semasa.

2. TEMPOH MENYANDANG/MENERAJUI KELAB KEBAJIKAN STAF

2.1. Carta Organisasi/AJK Induk terdiri daripada :

2.1.1. Penasihat - Diketuai oleh Guru Besar dan
semua barisan Penolong Kanan
2.1.2. Pengerusi
2.1.3. Timbalan Pengerusi - seorang Sesi Pagi &
2.1.4. Setiausaha seorang Sesi Petang
2.1.5. Bendahari
- 15 orang ( wajib seorang atau dua
2.1.6. AJK Kecil orang dari AKP )

2.2. Semua AJK dipilih berdasarkan undian majoriti oleh semua
Ahli Kelab

2.3. AJK Induk yang telah dipilih diberi tempoh satu penggal iaitu selama
2 tahun untuk menerajui Kelab Kebajikan Staf.

2.4. Kumpulan AJK Induk yang baru selesai menerajui Kelab Kebajikan
Staf pada tahun tersebut diberi masa TEMPOH BERTENANG
selama dua penggal iaitu 4 tahun.
(Tidak boleh dilantik semula selama 2 penggal berturut-turut.)

3. DERMA IKHLAS/KHAIRAT KEMATIAN

3.1. Derma Ikhlas sebanyak RM100.00 akan disumbangkan kepada
ahli sekiranya ahli keluarga meninggal dunia.

3.2. Derma Ikhlas/Khairat Kematian hanya dapat disumbangkan
sekiranya kehilangan pasangan, anak, ibu atau bapa sahaja.

Kelab Kebajikan Staf SKK - 5

4. PERTUKARAN/PERPINDAHAN

4.1. Nilai cenderahati untuk pertukaran adalah merujuk kepada
tempoh berkhidmat di sekolah ini.

4.2. Dibahagikan kepada 4 kategori :

a. 1 tahun hingga 5 tahun - RM 50.00
b. 6 tahun hingga 11 tahun - RM100.00
c. 12 tahun dan ke atas - RM150.00

d. Tambahan sebanyak RM50.00 akan diberikan untuk
yang bersara, tidak kira jawatan/gred disandang

Contoh : 1 tahun hingga 5 tahun

= RM50.00 + RM50.00
=RM100.00

5. HADIAH KHAS

5.1. Saguhati akan diberikan untuk perkahwinan yang pertama sahaja
berjumlah RM100.00.

5.2. Saguhati juga akan diberikan kepada ahli yang menimang cahaya
mata/anak yang pertama iaitu sebanyak RM50.00.

Kelab Kebajikan Staf SKK - 6

6. JAMUAN KERAIAN

6.1. Pengelolaan jamuan keraian sekolah akan dibantu oleh
Kelab Kebajikan Staf.

6.2. Sekiranya ada ahli staf yang telah berpindah, beliau akan dijemput
ke majlis tersebut.

6.3. Ahli yang telah berpindah pada penghujung tahun, Disember hingga
Mei akan dijemput semasa Majlis Sambutan Hari Guru.

6.4 Ahli yang telah berpindah pada bulan Jun atau selepas Majlis Hari
Guru hingga November akan dijemput semasa Majlis Jamuan Akhir
Tahun.
Perpindahan Disember – Mei = Majlis Sambutan Hari Guru / hotel
Perpindahan Jun – November = Majlis Jamuan Akhir Tahun / hotel*
ikut situasi
Perpindahaan tahun semasa = Jamuan santai sukarela

7. PINJAMAN

7.1. Pinjaman bersebab boleh diberikan kepada ahli dengan pinjaman
maksimum sebanyak RM200.00.

7.2. Pinjaman yang melebihi RM200.00/1000 akan dimesyuaratkan oleh
AJK Tertinggi/Induk sebelum diluluskan.

7.3. Syarat pinjaman adalah :

7.3.1. Peminjam TELAH membayar penuh yuran keahlian.
7.3.2. Bayaran balik adalah semasa gaji pertama diterima selepas

pinjaman dibuat iaitu separuh daripada jumlah pinjaman
dan bakinya mestilah dibayar semasa gaji bulan berikutnya.

7.3.3. Peminjam dikehendaki mengisi dan menandatangani
borang perjanjian yang disediakan.

7.3.4 Pinjaman wang tidak boleh digunakan untuk pembelian
semasa. Contohnya pinjaman wang untuk membayar yuran
KKS atau membayar pembelian baju batik, t’shirt sekolah
dan sebagainya.

Kelab Kebajikan Staf SKK - 6


Click to View FlipBook Version