Membaca
Belangkas Sumber Rezeki
Izzah mengikuti ayahnya ke Majlis Perasmian Pusat Pengumpulan Belangkas
Seri Indah. Dia tertarik akan ucapan yang disampaikan oleh Pegawai Jabatan
Perikanan dalam majlis tersebut.
Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Encik Saiful bin Zin, Ketua
Kampung Seri Indah, dan sekalian yang hadir.
Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada para nelayan yang telah
berjaya mewujudkan pusat pengumpulan belangkas ini.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi,
Bagi sesetengah orang, belangkas merupakan haiwan yang mengganggu nelayan
kerana merosakkan jaring mereka. Namun begitu, tangkapan belangkas sebenarnya
dapat menjanakan pendapatan yang lumayan. Dalam hal ini, Encik Azman bin Salihin
ialah nelayan yang boleh kita contohi. Beliau pada awalnya hanya nelayan pinggir
pantai yang menggunakan bot kecil. Kini, beliau menjadi nelayan yang berjaya setelah
mengeksport belangkas ke luar negara. Sekarang, beliau telah mula menternak
belangkas secara komersial pula.
Nelayan kampung ini wajar mengambil peluang atas kejayaan Encik Azman.
Para nelayan boleh menjual belangkas di pusat pengumpulan ini. Syarikat milik Encik
Azman pula akan mengeksport belangkas tersebut ke luar negara.
Hadirin sekalian,
Dengan ini, saya merasmikan pembukaan Pusat Pengumpulan Belangkas Seri
Indah. Saya akhiri ucapan ini dengan dua rangkap pantun.
Burung undan di tepi perahu, Dengan bingkas terbang bertiga,
Dengan bingkas terbang bertiga; Di pohon ara hinggap sebaris;
Tuah badan siapalah yang tahu, Tangkap belangkas untuk berniaga,
Tangkap belangkas untuk berniaga. Di luar negara terjual laris.
sumber Apakah pendapat Encik Azman seorang yang
pendap_a_t_a_n__n_elayan Izzah tentang _____ kerana _____.
Encik Azman dan Saya meramalkan
perusahaannya? perusahaan ini akan _____.
_______ Belangkas _______
Sumber
Rezeki
_______ kandungan info qr code standard ar code
pembelajaran
Aktiviti
Baca teks. Kemudian, lengkapkan Peta Bulatan untuk membuat ramalan
tentang perusahaan belangkas.
minda aktif laman kreatif uji minda kbat
Nota Guru
169
• Bimbing murid membaca dan menganalisis maklumat berdasarkanUbnaithan.
2.3.1 • Bimbing murid membuat ramalan.
Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Menganalisis − Meramalkan
EMK: Nilai Murni − Rasional nota guru laman halaman rangsangan
Menulis
Pasar Pagi Unik
Sewaktu melayari Internet, Izzah terbaca forum tentang Pasar Pagi Kampung
Guntong. Izzah tertarik untuk turut sama memberikan cadangan dalam forum
tersebut.
Forum Maya
Pasar Pagi Kampung Guntong terletak di Pasir Puteh, Kelantan. Pasar ini
dibuka pada hari Jumaat dari awal pagi hingga tengah hari. Lokasinya
unik kerana terletak di dalam kebun getah. Antara jualan di pasar ini
termasuklah barang terpakai, anak pokok, sayur-sayuran, dan mainan
Gina kanak-kanak. Barang-barang jualan kebanyakannya diletakkan di atas
hamparan tikar plastik.
Betul kata kamu, Gina. Saya juga pernah ke sana dengan keluarga.
Pada mulanya, sukar juga untuk kami sampai ke situ kerana tiada
papan tanda penunjuk arah. Setelah tiba, ayah saya menghadapi
masalah untuk mendapatkan tempat letak kereta pula.
Logan Semasa kami masuk ke kawasan pasar, matahari memancar terik.
Pasar juga telah sesak kerana pengunjung agak ramai. Kami perlu
berjalan secara berhati-hati agar tidak terlanggar akar pokok getah.
Saya bersetuju dengan pandangan Gina dan Logan. Semasa di sana,
saya pernah terfikir beberapa persoalan tentang Pasar Pagi Kampung
Guntong ini. Pertama, bagaimanakah pasar ini dapat mempertingkatkan
ekonomi penduduk setempat? Kedua, apakah perkara yang perlu
Munir ditambah baik untuk menarik lebih banyak pelanggan?
Rakan-rakan forum, boleh berikan cadangan?
_______
Izzah kandungan info qr code standard ar code
pembelajaran
Aktiviti
Tulis jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif.
minda aktif laman kreatif uji minda kbat
Nota Guru
• Bimbing murid menganalisis teks. Unit
3.2.2 • Bimbing murid menghasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif.
170 Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Menganalisis − Membuat inferens
EMK: Keusahawanan nota guru laman halaman rangsangan
Seni Bahasa
Cenderamata Bumi Kenyalang
Izzah dan keluarganya mengunjungi sebuah kedai cenderamata semasa
bercuti di Sarawak. Sewaktu memilih cenderamata, mereka berbual-bual
dengan pemilik kedai tersebut. Izzah kagum akan usaha pemilik kedai yang
memajukan ekonomi keluarganya.
− pengusaha kedai cenderamata − ke bengkel − belakang kedai − melihat
− berniaga di bandar anyaman tikar rotan Sarawak
− istimewa − dianyam oleh ibu bapanya
− manis mulut − dapat sambutan − amalan baik − harga berpatutan
− banyak pelanggan − pelancong − memenuhi cita rasa − nilai estetika
− bersyukur − pekerja rajin − semakin maju
− kedai sentiasa kemas − bersih − buka cawangan
Aktiviti
Hasilkan cerita dengan bahasa yang indah dan santun berdasarkan bahan
rangsangan dan persembahkannya secara kreatif.
Nota Guru
• Bimbing murid menghasilkan cerita dengan bahasa yang indah dan santun.
4.3.2 • Bimbing murid mempersembahkan cerita secara kreatif.
Strategi PdP: KP − Verbal-linguistik KBAT: Mencipta − Mereka 171
EMK: Keusahawanan
Tatabahasa Ayat aktif
Ayat pasif
Tingkatkan Ekonomi Bersama
Puan Zuraini, ibu Faris, mengusahakan perniagaan kuih-muih tradisional. Kuih
tradisional seperti keria, nagasari, dan seri muka dibuat oleh beliau.
Perusahaan itu dijalankan oleh semua ahli keluarganya. Dengan cara itu,
mereka dapat mempertingkatkan ekonomi keluarga. Puan Zuraini berniaga
di gerai yang tersedia oleh pihak berkuasa tempatan. Jualan kuih mereka habis
lebih awal pada setiap hari. Para pelanggan sering bersungut kerana tidak
dapat membeli kuih kegemaran mereka.
“Kita mesti memastikan kuih-muih kita dapat dinikmati oleh banyak
pelanggan. Tambahan pula, jenis kuih yang lain tidak mampu kita tambah
kerana kekurangan tenaga kerja,” kata Puan Zuraini kepada ahli keluarganya.
Bagi mengatasi masalah itu, jiran ... .
dipelawa dibantu terjual
mempromosikan dipasarkan menubuhkan
Munsyi Cilik
Ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek
asal sebagai subjek baharu.
Contoh ayat pasif: Contoh ayat aktif:
Faris menjual kuih-muih.
Kuih-muih dijual Faris.
(subjek) (kata kerja aktif) (objek)
Aktiviti (objek) (kata kerja pasif) (subjek)
Kenal pasti ayat aktif dan ayat pasif. Kemudian, sambung cerita dengan
membina ayat aktif dan ayat pasif daripada perkataan yang diberikan.
Nota Guru
• Bimbing murid memahami ayat aktif dan ayat pasif.
5.3.3 • Bimbing murid membina ayat aktif dan ayat pasif mengikut konteks.
172 Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mengaplikasi − Membina
EMK: Keusahawanan
UNIT Usahawan Berjaya
23
UNMITen1dengar dan Bertutur Video pembuatan
telur asin
Usahawan Telur Asin
Izzah dan ayahnya ke rumah saudara mereka, Pak Cik Roslan. Pak Cik Roslan
pengusaha telur asin yang berjaya.
Situasi 1
Wah, banyaknya itik ternakan Pak cik ternak itik ini untuk
pak cik! Apakah yang pak cik buat mendapatkan telurnya.
dengan itik-itik ini? Pak cik proses telur ini
menjadi telur asin.
Kongsilah
pengalaman pak Boleh, Izzah. Sebelum
cik dengan saya. mula menternak itik, pak
cik menghadiri kursus.
Pak cik belajar tentang
pemilihan baka dan
pemakanan itik untuk
mendapatkan telur yang
bermutu. Selain itu, pak
cik belajar cara membuat
telur asin yang berkualiti.
Oleh itu, telur asin ini boleh
dijual dengan harga yang
tinggi.
Kemudian, Izzah menceritakan pengalaman tersebut kepada kawan-kawannya.
Situasi 2
Kawan-kawan, lihat Wah, menariknya! Kongsilah
foto saya dengan rahsia kejayaan usahawan
usahawan telur asin ini dengan kami.
yang berjaya.
Aktiviti IZZAH AMNA
Dengar ujaran dan cam sebutan tentang rahsia kejayaan usahawan. Kemudian,
sebut ujaran itu semula.
NALINI
Nota Guru
1.1.1 • Bimbing murid mendengar dan mengecam sebutan berdasarkan bahan.
• Bimbing murid menyebut ujaran semula dalam pelbagai situasi.
173
Strategi PdP: KP − Verbal-linguistik KBAT: Mengaplikasi − Menggunakan
EMK: Keusahawanan
Membaca
Pengusaha Hotel Kucing
Izzah sekeluarga ingin bercuti. Mereka berhasrat untuk meninggalkan kucing
kesayangan mereka di sebuah hotel kucing di bandar. Semasa berurusan
di sana, Izzah sempat berbual-bual dengan pengusaha hotel kucing tersebut.
Banyak ilmu dan nilai yang diperolehnya.
Izzah: Mengapakah puan menceburi bidang perhotelan kucing ini?
Puan Fiza: Sebenarnya, saya sekeluarga sangat menyayangi kucing. Suami dan
anak sulung saya pula merupakan doktor veterinar. Hal ini menyebabkan
kami bekerjasama dalam perusahaan ini. Oleh sebab itu, terdapat spa
kucing dan klinik khas untuk rawatan kucing di hotel kucing ini. Inilah
kelebihan hotel kucing milik saya.
Izzah: Wah, hebatnya! Tahniah, puan. Apakah rahsia kejayaan puan?
Puan Fiza: Terima kasih, Izzah. Rahsianya saya tidak sesekali membuat pinjaman
kewangan untuk memulakan perniagaan ini. Saya bermula dengan
perniagaan yang kecil. Pada masa yang sama, saya gigih mempelajari
selok-belok dalam bidang ini.
Izzah: Apakah pengalaman yang tidak dapat puan lupakan sepanjang
mengusahakan hotel ini?
Puan Fiza: Banyak pengalamannya. Suka ada, sedih pun ada. Namun begitu,
saya tidak dapat melupakan satu peristiwa, iaitu salah seekor kucing
yang menginap di sini telah sakit. Sebagai pengusaha yang
bertanggungjawab, pihak kami telah merawat kucing tersebut secara
percuma. Kejadian tersebut membuatkan saya lebih tabah.
Izzah: Saya lihat banyak pakej yang ditawarkan, mengapa?
Puan Fiza: Sebagai usahawan yang prihatin, saya perlu memenuhi pelbagai
permintaan pelanggan. Jadi, pelanggan boleh memilih pakej yang
sesuai.
Izzah: Baiklah, pasti kucing saya seronok tinggal di sini nanti. Terima kasih puan
kerana berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman.
Puan Fiza: Sama-sama, Izzah.
Pakej Harian
Pakej RM15.00 Pakej RM18.00 Pakej RM20.00
Pelanggan perlu Pelanggan perlu Pelanggan perlu
membawa membawa membawa kucing
makanan dan makanan kucing. sahaja. Makanan
pasir kucing. dan pasir kucing
kami sediakan.
174
Semasa menunggu ayah dan ibunya mendaftarkan kucing mereka di hotel
tersebut, Izzah membaca sajak yang tergantung pada dinding hotel.
Usahawan Kita
Kerjanya luar biasa
walau hanya manusia biasa
tabah hadapi dugaan
geliga mindanya
usahawan berjaya
meniti masa.
Bijak menyusun masa
bijak merancang usaha
melangkah dengan wawasan
membina empayar niaga
rancak mengaut laba.
Lincah mengatur langkah
pantas menjejak peluang
pintar menyusun strategi
gigih berdikari
yakin potensi diri.
Meski di puncak jaya
tidak lupa diri
ikut resmi padi
tunduk meski berisi
doa dan tawakal
bertindak tanpa noktah.
Nukilan: Hasmir
Aktiviti
Baca bahan serta nyatakan ilmu daripada dialog dan nilai daripada sajak dengan
menggunakan peta pemikiran yang sesuai. Kemudian, persembahkannya.
Nota Guru
• Bimbing murid membaca dan menyatakan ilmu dan nilai daripada bahan.
2.3.2 • Bimbing murid mempersembahkannya dalam pelbagai bentuk.
Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Menganalisis – Mengenal pasti 175
EMK: Keusahawanan
Menulis
Rezeki daripada Rusa
Semasa membantu pak ciknya di ladang rusa, Izzah sangat seronok. Hasil
pemerhatiannya mendapati bahawa perusahaan ternakan rusa dapat
memberikan pulangan yang lumayan.
Pak Hassan penternak rusa yang Pak Hassan
berjaya. Beliau mempunyai lima ekor Penternak dan Penjual Rusa
rusa jantan dan 45 ekor induk rusa. Sila Hubungi: 015-1234567
Rusa-rusa ini diternak di ladang yang luas
di belakang rumahnya. Harga Jualan Rusa:
Rusa Jantan − RM3500.00 seekor
Pak Hassan menyembelih rusa dan Rusa Betina − RM4000.00 seekor
menjual daging rusa di pasar. Selain itu,
beliau juga menjual induk rusa kepada Harga Jualan Daging Segar:
individu yang ingin menjadi penternak rusa. Daging tanpa tulang − RM80.00/kg
Daging dengan tulang − RM70.00/kg
Kini, permintaan terhadap daging rusa
segar dan induk rusa semakin meningkat. Kami juga menjual bahagian-bahagian
Oleh itu, Pak Hassan memerlukan lain seperti tanduk, kulit, dan kepala.
perancangan yang rapi untuk memajukan (harga mengikut pasaran semasa)
perusahaannya lagi.
Perusahaan jualan daging segar Pada pendapat kamu,
Ternakan apakah tindakan yang
Rusa _______ dapat dilakukan oleh Pak
_______ Hassan untuk memajukan
Aktiviti perusahaannya lagi?
kandungan info qr code standard ar code
pembelajaran
Catat maklumat tentang perusahaan ternakan rusa dan berikan pendapat
berdasarkan persoalan yang diberikan.
minda aktif laman kreatif uji minda kbat
Nota Guru
3.2.3 • Bimbing murid menganalisis bahan untuk mencatat maklumat.Unit
• Bimbing murid menjanakan idea berdasarkan bahan.
176 Strategi PdP: Kajian Masa Depan KBAT: Menganalisis − Mengenal pasti
EMK: Keusahawanan nota guru laman halaman rangsangan
Seni Bahasa
Pedoman untuk Berjaya Audio lagu
Setelah melihat infografik tentang kunci kejayaan usahawan, Amna mendapat
ilham untuk menghasilkan seni kata lagu.
Kunci Kejayaan Usahawan
1 cekap mengurus masa
2 bijak merancang
3 mesra pelanggan
Usahawan produk tenusu di Malaysia 4 berpandangan jauh
5 tidak mudah berputus asa
6 kreatif dan inovatif
Orang yang berjaya memberikan usaha. Orang yang gagal memberikan alasan.
Aktiviti kandungan info qr code standard ar c
pembelajaran
Hasilkan seni kata lagu berdasarkan bahan dan persembahkannya dengan
gaya yang kreatif.
Nota Guru minda aktif laman kreatif uji minda kbat
• Bimbing murid menghasilkan seni kata lagu berdasarkan bahan. Unit
4.3.3 • Bimbing murid mempersembahkannya dengan gaya yang kreatif.
Strategi PdP: KP − Muzik KBAT: Mencipta − Mereka 177
EMK: Keusahawanan
nota guru laman halaman rangsangan
Tatabahasa
Tadika Cerdas
Puan Zurina menghantar anaknya ke tadika milik Puan Lisa. Puan Zurina tertarik
akan pengurusan tadika itu.
Guru-guru menyantuni murid dengan
mesranya. Dengan ramahnya, mereka
menyambut kehadiran murid. Mereka
mendidik murid dengan berdedikasinya.
Ibu bapa yakin akan kebolehan guru-guru.
Di sebuah tadika, Puan Lisa pernah bekerja.
Beliau mendapat pengalaman di situ. Puan
Lisa menyimpan wang juga. Beliau berjaya
membuka tadikanya sendiri. Wang simpanan
digunakan oleh Puan Lisa.
Tadika Cerdas nama tadika Puan Lisa. Beliau
bijak berniaga. Tadika Cerdas diiklankan oleh
PENDAFTARAN beliau dalam media sosial. Beliau ke karnival
MURID
BAHARU
TADIKA
CERDAS usahawan juga. Di situ, beliau memperkenalkan
tadikanya. Terkenal Tadika Cerdas. Murid Tadika
Cerdas semakin bertambah.
Perniagaan Puan Lisa semakin maju. Pemilik 5
lima buah tadika beliau sekarang. Puan Lisa
bersyukur. Kejayaan ini hasil kerjasama para
pekerjanya. Turut memberikan sokongan
ahli keluarganya.
Aktiviti Munsyi Cilik
Ayat susunan biasa ialah ayat yang subjeknya di hadapan dan predikatnya di belakang.
Contoh: Puan Zurina menghantar anaknya ke tadika.
Ayat susunan songsang ialah ayat susunan biasa yang disongsangkan, iaitu predikat,
sama ada keseluruhan atau sebahagian, mendahului subjek.
Contoh: Menghantar anaknya ke tadika Puan Zurina. (seluruh predikat)
Ke tadika Puan Zurina menghantar anaknya. (sebahagian predikat)
Kenal pasti dan tukarkan ayat susunan biasa kepada ayat susunan songsang.
Nota Guru
• Bimbing murid memahami ayat susunan songsang.
5.3.4 • Bimbing murid membina ayat susunan songsang mengikut konteks.
178 Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi − Membina
EMK: Keusahawanan
UNIT Bijak Mengurus Wang
24
UNMITen1dengar dan Bertutur
Misi Agihan Dana
Cikgu Nurul memperdengarkan iklan kepada murid-muridnya. Izzah dan rakan
sekelasnya berbincang tentang cara mengurus dana yang berjaya dikumpulkan.
... rakyat Malaysia yang budiman, kami merayu tuan puan agar dapat
menyumbangkan derma seikhlas hati kepada Rumah Anak-anak Yatim
Ceria. Kami memerlukan derma ini untuk membeli bekalan makanan
harian dan keperluan barangan persekolahan.
Pemberian Pemberian
Wang Tunai Barangan Keperluan
• urusan lebih • perlu membeli
mudah barangan
• serahan lebih • perlukan
cepat pengangkutan IZZAH
• mereka bebas untuk penghantaran
NURUL membeli keperluan • senarai barang
keperluan
Bincangkan bentuk Saya
sumbangan yang mencadangkan
ingin kita sampaikan ____ kerana
kepada mereka. ____.
Saya pula
mencadangkan ____
kerana ____.
Aktiviti
Dengar dan berikan respons terhadap maklumat yang diujarkan dalam
pelbagai situasi.
Nota Guru
1.1.2 • Bimbing murid mendengar dan memahami maklumat yang diujarkan dalam pelbagai situasi.
• Bimbing murid memberikan respons terhadap maklumat.
179
Strategi PdP: Pembelajaran Koperatif KBAT: Mengaplikasi − Menggunakan
EMK: Nilai Murni − Keprihatinan
Membaca
Tabungan Berwarna
Ayah Izzah berkongsi rencana dengan ahli keluarganya tentang cara-cara
menabung yang menarik dan berkesan. Izzah pula telah menunjukkan bahasa
berirama yang diperoleh daripada Internet. Kemudian, mereka berbincang.
Amalan menabung wang antara perkara penting untuk
kestabilan kewangan sendiri. Amalan ini penting sebagai
persediaan untuk menghadapi perkara yang tidak
dijangka. Namun begitu, penabung wang memerlukan
disiplin kendiri.
Amalan menabung akan menjadi lebih menarik
dan seronok jika dilakukan secara kreatif. Salah satu
caranya adalah dengan menyimpan wang kertas
mengikut warna di dalam tabung lut sinar. Lebih meriah
jika aktiviti ini melibatkan semua ahli keluarga.
Tabung milik ayah hanya boleh disimpan wang kertas
yang bernilai RM20.00. Ibu pula perlu menyimpan wang
yang bernilai RM10.00. Begitu juga dengan abang dan
kakak perlu menyimpan wang yang bernilai RM5.00.
Akhir sekali, anak bongsu perlu menyimpan wang yang
bernilai RM1.00. Setiap orang memiliki tabung yang
berbeza.
Lokasi tabung juga perlu sesuai dan selamat. Letaklah
tabung di tempat yang senang untuk kita memasukkan
wang pada setiap hari. Jangan sesekali buka tabung tersebut selagi belum cukup
tempoh yang dijanjikan. Jika dijanjikan setahun, maka pada 31 Disember, bukalah
tabung dan kira wang bersama-sama. Hasilnya pasti mengejutkan.
CONTOH CONTOH CONTOH CONTOH CONTOH CONTOH
180
Tabiat Menabung Amalan Mulia
Usah boros banyak menyimpan Banyak berhutang orang mencaci
Demi kegunaan masa hadapan Kurang kawan banyak membenci
Latih diri untuk menabung Resah jiwa fikiran merana
Melentur buluh waktu rebung. Otak buntu gundah-gulana.
Tahu beza keperluan mendesak (korus)
Sentiasa beringat sebelum sesak Tahu beza keperluan mendesak
Juga kehendak sentiasa waspada Sentiasa beringat sebelum sesak
Kawal belanja membeli seada. Juga kehendak sentiasa waspada
Kawal belanja membeli seada.
Sisih sedikit sebagai simpanan
Gaya hidup main peranan (korus)
Banyak menabung jadikan amalan Sisih sedikit sebagai simpanan
Jauhi pembaziran rezeki berkekalan. Gaya hidup main peranan
Banyak menabung jadikan amalan
Apakah pendapat Izzah Jauhi pembaziran rezeki berkekalan.
tentang kaedah tabungan
berwarna? Nukilan: Nimoiz T.Y
Bolehkah Hana jelaskan
sikap penabung yang
berjaya?
Aktiviti kandungan info qr code standard ar code
pembelajaran
Baca teks rencana dan bahasa berirama dengan telitinya. Kemudian,
berikan tafsiran terhadap persoalan yang dikemukakan.
Nota Guru minda aktif laman kreatif uji minda kbat
• Bimbing murid membaca dan memahami bahan. Unit
2.1.1 • Bimbing murid mentafsir bahan sastera dan bukan sastera.
181
Strategi PdP: Pembelajaran Berasaskan Projek KBAT: Menganalisis − Menganalisis
EMK: Pendidikan Kewangan nota guru laman halaman rangsangan
Menulis
Panduan Bijak Berbelanja
Kelab Penabung Muda sebuah bank tempatan telah menganjurkan pertandingan
syarahan untuk murid-murid sekolah. Izzah dan Amna ingin menyertai pertandingan
itu. Tajuk syarahan tersebut ialah “Panduan Berbelanja”. Mereka berbincang dan
berlatih bersama-sama sebagai persediaan.
Panduan Berbelanja
Sebelum Berbelanja Semasa Berbelanja Selepas Berbelanja
S1e2.3n.4S.5aT.aT.reAaeyDluypuiarBaurgamninrgagng Jualan
Murah
Pasar Raya Kedai Runcit
dapat jimatkan masa, • beli ikut senarai • kira jumlah
tenaga, dan wang • banding beza harga perbelanjaan
• catat dalam buku
rekod perbelanjaan
• simpan baki
Karangan Izzah dan Amna
Selamat sejahtera Tuan Pengerusi Majlis, Pendahuluan
tuan guru besar, guru-guru, dan kata alu-aluan
rakan-rakan. Tajuk syarahan saya pada
pagi ini ialah “Panduan Berbelanja”.
Hadirin yang saya hormati, kata penghadapan
Isi 1
Isi 2
Isi 3
Aktiviti Kesimpulannya, ... . Penutup
Sekian, terima kasih. ucapan terima kasih
Hasilkan karangan syarahan secara koheren dan kohesi.
Nota Guru
182 3.3.1 • Bimbing murid menganalisis bahan.
• Bimbing murid menghasilkan karangan syarahan secara koheren dan kohesi.
Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mengaplikasi − Membina
EMK: Nilai Murni − Berjimat cermat
Seni Bahasa
Jimat Cermat Amalan Mulia
Izzah mendapat anugerah Tokoh Penabung Cilik yang dianjurkan oleh Kelab
Keusahawanan sekolahnya. Izzah menerima banyak hadiah. Antara hadiah yang
memikat hatinya termasuklah penanda buku. Penanda buku tersebut bertulisan
Jawi yang mengandungi kata-kata hikmat, jimat cermat amalan mulia.
jimat
ta mim ya jim
cermat
ta mim ra ca
amalan
nun lam mim ain
mulia
alif ya lam wau mim
Aktiviti
Kenal, cam, sebut, dan tulis huruf tunggal yang ditulis mengikut tulisan Jawi
dalam kata-kata hikmat. Kemudian, persembahkannya.
Nota Guru
• Bimbing murid mengenal, mengecam, menyebut, dan menulis huruf tunggal yang ditulis
4.4.1 mengikut tulisan Jawi dalam kata-kata hikmat. 183
• Bimbing murid mempersembahkannya.
Strategi PdP: KP − Visual Ruang KBAT: Mencipta − Mereka
EMK: Kreativiti dan inovasi
Tatabahasa
Misi Duit Tabungan
Amalan menabung sesungguhnya penting untuk keperluan pada masa hadapan.
Oleh itu, Izzah telah menyertai Kelab Nuri Bank Rakyat. Kelab tersebut memberinya
panduan tentang cara pengurusan wang dengan bijaknya.
A60% Simpanan C20% Kongsikan B20% untuk Diri
Sendiri
• Sebolehnya duit • Bagusnya berkongsi • Sewajarnya duit
tabungan bukan duit tabungan dengan tabungan anda
untuk dihabiskan ahli keluarga. belanja untuk diri
begitu sahaja. sendiri.
• Sebaik-baiknya • Alangkah gembiranya • Belanjakan duit
asingkan duit tabungan mereka. tabungan dengan
untuk simpanan dan bijaknya.
pelaburan. • Anda boleh berderma • Belanjakannya untuk
• Sesungguhnya anda juga. alat tulis atau bahan
beruntung berbuat bacaan.
demikian. • Bukan kepalang
baiknya.
Kata Tugas Bahawasanya
IZZAH menabung ialah
Kata Penekan Kata Pembenda
amalan yang baik.
Mari bertindak
dengan segeranya.
Munsyi Cilik Munsyi Cilik
Aktiviti Kata penekan ialah kata yang Kata pembenda ialah kata yang
memberikan penegasan terhadap menukarkan atau menjadikan kata
sesuatu. lain sebagai kata nama atau benda.
Contoh: sebolehnya, sesungguhnya, Contoh: laju − kata adjektif
bahawasanya, dan hakikatnya. lajunya − kata nama
Kenal pasti kata penekan dan kata pembenda. Kemudian, bina ayat.
Nota Guru
• Bimbing murid mengenal pasti kata penekan dan kata pembenda berdasarkan bahan.
184 5.1.4 • Bimbing murid membina ayat dengan menggunakan kata penekan dan kata pembenda
mengikut konteks.
Strategi PdP: Pembelajaran Masteri KBAT: Mengaplikasi − Menggunakan
EMK: Nilai Murni − Berjimat cermat
Pemulihan
Sumber Pendapatan Sampingan
Arahan:
1. Baca bahan.
2. Pilih kisah yang ingin diceritakan.
3. Ceritakan kisah tersebut dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya, dan
ekspresi yang sesuai.
Kisah 1− Aktiviti Sofia dan Keluarga
kumpul jual mendapat pulangan
Sofia anak yang rajin. Dia sering ____.
Kisah 2 − Aktiviti Arisa dan Keluarga
tanam tuai jual simpan
Arisa anak yang rajin. Dia ____. 185
1.3.2
Pengayaan
Projek Mini Multimedia
Langkah Kerja:
1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil.
2. Setiap kumpulan perlu menyediakan perancangan perniagaan yang ingin
dijalankan.
3. Perancangan perniagaan tersebut perlulah mempunyai maklumat berikut:
(a) Nama syarikat
(b) Nama produk
(c) Ciri-ciri dan keistimewaan produk
(d) Strategi pemasaran
(e) Kewangan
(i) Sumber modal
(ii) Jumlah kos
(iii) Keuntungan
4. Bina pelbagai ayat seperti ayat aktif dan ayat pasif dalam persembahan
Projek Mini Multimedia tersebut.
5. Buat persembahan dengan menggunakan perisian Microsoft PowerPoint
atau video. Kemudian, persembahkannya.
Danish
5.3.3
186
Pengukuhan
Baca petikan. Kemudian, berikan cadangan terhadap penyataan yang berwarna
biru secara kritis dan kreatif.
Lazat, Lembut, dan Gebu
Izzah dan keluarganya menonton rancangan “Usahawan Jaya” dalam televisyen.
Mereka bangga akan kisah kegigihan dan kejayaan usahawan yang disiarkan.
Puan Faizah peniaga roti canai. Warung roti canainya Roti Canai
mendapat sambutan yang menggalakkan daripada Sejuk Beku
orang ramai.
Segera dapatkan
Puan Faizah seorang yang gigih dan kreatif dalam roti canai sejuk
berniaga. Perniagaan beliau dari pukul 6:00 pagi beku yang
hingga pukul 2:00 petang. Sementara menunggu pastinya lazat
pesanan pelanggan, beliau akan menebar roti canai
untuk dijadikan roti canai sejuk beku. Puan Faizah ROTI CANAI
juga bijak merancang dan mengurus masa bekerja.
lazat ...
Perusahaan ini dilakukan bersama dengan ahli lembut ...
keluarganya. Mereka sentiasa melontarkan buah gebu ...
fikiran bagi penambahbaikan pada produk. Terbaru,
mereka menggunakan teknik pembungkusan dan
pelabelan yang menarik.
Kini, pelanggan di warungnya semakin ramai
dan roti canai sejuk beku juga semakin laris.
Puan Faizah sentiasa berfikir tentang cara agar
beliau dapat mengekalkan jenama produknya
dalam pasaran.
3.2.2
187
Penilaian
Lakukan tugasan berikut.
Penilaian Berasaskan Projek
• Hasilkan buku skrap.
• Tajuk buku skrap ialah “Cara-cara Mengurus Kewangan”.
• Lengkapkan buku skrap tersebut dengan gambar dan maklumat yang
berkaitan.
• Bina ayat susunan biasa dan ayat susunan songsang yang sesuai.
• Nyatakan ramalan jika tidak membuat perancangan dalam pengurusan
kewangan.
• Bentangkan hasil kerja di dalam kelas.
Panduan Membuat Buku Skrap
1. Kumpulkan bahan daripada pelbagai sumber seperti gambar, keratan surat
khabar, majalah, atau sumber Internet yang bersesuaian dengan tajuk.
2. Tulis maklumat yang diperlukan.
3. Tampalkan bahan yang dikumpulkan pada kertas.
4. Susun bahan mengikut kesesuaian.
Gam
1BATNAYBAUK KNEGISTAIMNEWAAN
SSIimMpPaAnNaAnNdijamin kerajaan berserta dividen yang kompetitif.
PDEilReLnIgNkaDpUiNmGaAnNfaat perlindungan takaful yang komprehensif.
CBeArBpUelTuAaNngBuEnRtTuUkAmHemenangi pelbagai hadiah menarik.
Daftar secara dalam talian hari ini!
(Sumber: https://sspni.mysspniplus.com)
188 1.3.2
2.3.1
5.3.4
TEMA INTEGRITI
9
Ayam bertaji di pohon sintuk, Burung merpati terbang berlima,
Geraknya ligat lari berhasta; Di pohon cemara hinggapnya cermat;
Generasi terpuji akhlak dibentuk, Teras integriti asas utama,
Amanah sejagat pegangan kita. Makmur negara sejahtera nikmat.
Terbang angsa geraknya laju,
Rezeki dicari sekawan bersama;
Hebatnya bangsa negara maju,
Kukuh jati diri asas utama.
Lafazkan pantun integriti dan nyatakan maksudnya.
189
UNIT Amanah Sejagat
25
UNMITen1dengar dan Bertutur
Hargai Alam Kita
Irfan dan keluarganya melawat ke Taman Negara Tanjung Piai, Johor. Di sana,
mereka mendapat penerangan tentang hutan paya bakau.
Negara kita mempunyai kawasan hutan paya
bakau yang terbesar di Asia Tenggara. Hal ini
menyebabkan banyak pantai di negara kita
selamat daripada hakisan kerana dilindungi
oleh pokok paya bakau. Oleh itu, hutan paya
bakau merupakan anugerah Tuhan yang
perlu kita pelihara dan hargai.
Terima kasih, tuan. Saya ____ Untuk melaksanakan
dengan penyataan tuan. Hutan tanggungjawab itu,
paya bakau ialah satu amanah saya akan ____.
yang ____.
190
Audio pendengaran
Hutan Paya Bakau
• Pokok bakau tumbuh dengan
banyaknya di dalam tanah masin
dan air payau.
• Kita perlu memelihara hutan paya
bakau untuk tatapan generasi akan
datang.
• Pemeliharaan hutan paya bakau
tanggungjawab kita bersama.
Aktiviti
Dengar, tafsir, dan berikan respons terhadap penyataan pada dialog dan infografik.
Nota Guru
• Bimbing murid mendengar dan mentafsir penyataan berdasarkan bahan.
1.1.3 • Bimbing murid memberikan respons yang kritis dan kreatif.
Strategi PdP: KP – Naturalis KBAT: Menilai – Memberikan alasan 191
EMK: Kelestarian global
Membaca
Integriti Peniaga
Irfan menulis cerpen daripada kisah pengalaman dia dan ibunya, Puan Nurin,
berurusan dengan peniaga dalam talian.
Aku menggelengkan kepala. Aku terkilan kerana
barangan aku yang dibeli oleh ibu belum tiba. Aku
masih teringat akan pesanan ayah kepada ibu pada
tempoh hari.
“Nurin, apabila kamu hendak membeli barangan
dalam talian, pastikan syarikat peniaga itu berdaftar.
Kamu perlu faham tentang harga, keterangan produk,
terma, dan syarat pembelian. Barangan itu mesti
mempunyai jaminan,” pesan ayahku.
“Irfan, semua maklumat yang sepatutnya ibu dapatkan daripada peniaga telah
pun lengkap. Pembayaran dalam talian sudah pun ibu buat. Bukti pembayaran
pun ibu sertakan,” beritahu ibu kepada aku.
Selepas seminggu membuat bayaran, barangan yang dipesan oleh ibu masih
belum tiba. Oleh sebab telefon ibu mengalami masalah, butiran nombor telefon
peniaga turut hilang. Ibu mula berasa dirinya tertipu.
Pada keesokannya, ibu menerima satu mesej.
“Barangan anda baru sahaja dipos. Yang berikut ialah nombor jejakan pesanan
anda. Sila semak nombor tersebut dalam laman sesawang syarikat pengeposan,”
ujar ibu membaca mesej itu.
Ibu juga melihat mesej-mesej sebelumnya semula. Ternyata peniaga telah
menyatakan bahawa barangan itu dijual secara pratempahan. Barangan hanya
akan dipos selepas seminggu.
Ibu menarik nafas lega. Ibu tersenyum memikirkan tingkahnya yang tidak
senang duduk selama seminggu itu. Ibu sedar akan silapnya kerana tidak
membaca mesej dengan telitinya. Ibu berasa bersalah kerana telah buruk sangka
terhadap peniaga itu.
Dua hari kemudian, barangan yang dibeli oleh ibu pun tiba. Aku memeriksa
keadaan barangan tersebut dan berpuas hati. Ibu segera memaklumkan hal itu
kepada peniaga tersebut.
192
Sejak peristiwa itu, Irfan selalu mengingatkan ibunya agar membuat senarai
semak selepas urusan pembelian dalam talian. Cara ini dapat menjamin
ketelusan antara peniaga dengan pembeli.
Senarai Semak
Perniagaan Maju
Maklumat Semakan 21 November 20
Penting Peniaga Ada
Perniagaan Maju
1. Status
Pendaftaran Terima kasih kerana menghubungi
Syarikat kami. Kami merupakan pengedar
bertauliah bagi produk jenama Sari
2. Harga Jelas Dandan. Kami juga berdaftar dengan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Nombor
3. Pembayaran _______ pendaftaran kami ialah K-71639.
Anda boleh membuat tempahan
4. _______ ERC24051988MY dengan melayari laman sesawang
www.perniagaanmaju.com.my.
5. _______ _______ Penghantaran akan dibuat dalam
tempoh tiga hari waktu bekerja selepas
anda membuat pembayaran.
10:00 pagi
Adakah barangan Baiklah, saya maklum.
yang aku beli kali
ini akan selamat 1:50 tengah hari
aku terima?
24 November 20
Perniagaan Maju
Mungkinkah aku Terima kasih, Puan Nurin. Kami
akan berurusan telah menerima pesanan anda.
dengan peniaga Nombor jejakan pesanan anda ialah
ini lagi? ERC24051988MY. Sila semak status
pengeposan melalui https://jejakan.
pospantas.com.my.
11:00 pagi
Aktiviti kandungan info qr code standard ar code
pembelajaran
Baca dan analisis teks cerpen dan perbualan telefon untuk
membuat ramalan.
Nota Guru minda aktif laman kreatif uji minda kbat
• Bimbing murid membaca teks dan menganalisis kaUnndiut ngan karya sastera dan karya bukan sastera.
• Bimbing murid membuat ramalan.
2.3.1
Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Menganalisis – Meramalkan
193
EMK: Nilai Murni – Kejujuran
nota guru laman halaman rangsangan
Menulis
Tanggungjawab Pembimbing Rakan Sebaya
Faris membaca satu e-buku tentang tanggungjawab Pembimbing Rakan Sebaya
(PRS) dalam komputernya.
TANGGUNGJAWAB PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
menjadi pendengar menjadi tenaga
yang faham akan pengajar kepada
masalah rakan murid yang lemah
dalam pelajaran
memimpin menjadi suri
kumpulan teladan kepada
perbincangan murid lain
membantu guru mematuhi etika
kaunseling dalam kerahsiaan
aktiviti bimbingan
dan kaunseling
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) memainkan peranan penting di sekolah. Mereka
menjadi pendengar yang faham akan masalah rakan. Cara ini membantu
rakan mereka menghilangkan tekanan.
____
kandungan info qr code standard ar code
pembelajaran
Aktiviti
Tulis perenggan untuk menyatakan pendapat secara kritis dan kreatif.
Nota Guru minda aktif laman kreatif uji minda kbat
• Bimbing murid membina dan menulis perenggan untuk mUenniyt atakan pendapat yang kritis dan
kreatif daripada bahan.
3.2.1
194 Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Menilai – Mencadangkan
EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab laman halaman rangsangan
nota guru
Seni Bahasa
Pesan Ibu
Dayang Afni selalu diingatkan oleh gurunya supaya tidak membazirkan
penggunaan elektrik dan air, khususnya ketika berada di rumah. Contohnya,
dia perlu sentiasa mematikan suis dan menanggalkan plag peralatan elektrik
yang tidak digunakan. Pili air juga haruslah ditutup dengan kemasnya. Gurunya
juga berpesan bahawa jimat cermat amalan mulia.
Aktiviti
Persembahkan keindahan seni tulisan Jawi melalui kata-kata hikmat.
Nota Guru
• Bimbing murid mempersembahkan keindahan seni tulisan Jawi melalui kata-kata hikmat.
4.4.2 Strategi PdP: KP – Visual Ruang KBAT: Mencipta – Menghasilkan
EMK: Kreativiti dan inovasi 195
Tatabahasa
Amanah Kita
Irfan membaca maklumat tentang MyKad. Baginya, masyarakat perlu buka
mata dan sedar bahawa menjaga MyKad tanggungjawab masing-masing.
Sikap lepas tangan boleh menyebabkan MyKad disalah guna. Dia berkongsi
maklumat itu dalam satu hantaran media sosial.
Kepentingan
Menjaga MyKad
Ciri-ciri MyKad • Pemilik MyKad wajib
• berbentuk segi empat membawa kad ini
• berwarna biru laut ke mana-mana.
• mempunyai reka bentuk terkini
• dilengkapi cip mikropemproses • MyKad penting kerana
kad ini menentukan
MyKad Malaysia warganegara kita.
CONTOH • Untuk mengelakkan salah
guna MyKad, pemilik
bertanggungjawab
melaporkan kehilangan
kad kepada pihak polis
dengan segeranya.
• Pemalsuan MyKad
boleh dianggap sebagai
perbuatan pecah amanah
kepada negara.
Keistimewaan MyKad
• menyimpan nilai wang untuk transaksi tanpa tunai
• menyimpan rekod cap jari
• mempunyai cetakan pelangi yang boleh berubah warna
• menggunakan teknologi turisan laser pada gambar dan
nombor MyKad
Aktiviti (Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara)
Kenal pasti kata majmuk dalam bahan. Kemudian, tulis perenggan dengan
menggunakan kata majmuk.
Nota Guru
5.2.2 • Bimbing murid memahami pelbagai kata majmuk.
• Bimbing murid membina perenggan dengan menggunakan pelbagai kata majmuk.
196 Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Membina
EMK: Patriotisme
UNIT Integriti Nadi
26 Kemakmuran Negara
UNMITen1dengar dan Bertutur
Tanggungjawab Awam
Ibu Irfan, Puan Nurin, menerima kunjungan rakannya, Doktor Hayati. Beliau
menceritakan pengalamannya pada hari yang melibatkan tanggungjawab
awam.
7:00 pagi 7:15 pagi
ternampak kemalangan
memberikan rawatan awal
Helo, ada menelefon 8:00 pagi
kemalangan talian 999
di Jalan Melati ... .
pergi ke hospital
7:20 pagi
8:10 pagi mangsa kemalangan
dibawa ke hospital
9:00 pagi
merawat mangsa
Aktiviti
Bercerita tentang situasi dalam gambar dengan sebutan, intonasi, gaya, dan
ekspresi yang sesuai.
Nota Guru
• Bimbing murid menganalisis bahan.
1.3.1 • Bimbing murid bercerita dengan sebutan, intonasi, gaya, dan ekspresi yang sesuai.
Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Mengaplikasi – Melakonkan 197
EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab
Membaca
Cekal, Berani, Setia
Irfan membaca rencana tentang pasukan Senoi Praaq. Daripada bacaan itu, dia
menghasilkan syair untuk dipersembahkan semasa sambutan Kempen Integriti
di sekolahnya.
Senoi Praaq:
Pasukan yang
Penuh Integriti
Oleh: Zul Hazmi Hamad
Pasukan Senoi Praaq adalah antara paling besar ialah aktiviti penyeludupan
unit dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pencerobohan. Sifat amanah dan
yang ditubuhkan pada tahun 1956. beretika dalam tugasan memastikan
Senoi Praaq bermaksud orang perang sempadan dan kedaulatan negara tidak
dalam bahasa suku kaum Semai. diceroboh sewenang-wenangnya.
Penubuhannya memperlihatkan nilai
integriti masyarakat Orang Asli untuk Amalan integriti dalam pasukan Senoi
turut mempertahankan negara daripada Praaq mempamerkan imej baik kepada
ancaman komunis ketika itu. diri, organisasi, dan negara. Pengorbanan
dan kewibawaan mereka di perbatasan
Selain bertanggungjawab menjejaki wajarlah diteladani oleh generasi hari ini.
ancaman komunis, pasukan ini juga
menunjukkan ketaatan dengan mematuhi [Sumber: Polis Diraja Malaysia (PDRM)]
arahan bagi menyertai beberapa misi
keamanan di luar negara. Khidmat mereka
ditagih lantaran keberanian mereka telah
terbukti semasa operasi di dalam hutan.
Pasukan ini pernah dianugerahi “Beret
Maroon” oleh Rejimen 22 Perkhidmatan
Khas Udara Tentera British atas dedikasi
dan khidmat cemerlang mereka.
Kini, mereka masih setia dan teguh
mempertahankan negara di sekitar
belantara. Ketika ini, ancaman yang
198
Syair Senoi Praaq
Marilah kawan kita dengarkan, Ilmu
Kisah teladan satu pasukan, Kita wajar menjadikan
Pasukan Senoi Praaq nama diberikan, keberanian pasukan
Pertahankan negara elak dibinasakan. ini sebagai teladan.
Sebelum merdeka telah ditubuhkan, Nilai
Ilmu di hutan bakat digunakan, Berani
Tangkas mereka musuh ditumpaskan,
Di dalam hutan mereka diharapkan. Ilmu
Sentiasa tekun setiap masa, Kita harus ____
Demi negara agama dan bangsa,
Sempadan negara selamat sentiasa, Nilai
Penyeludup ditangkap tidak bersisa. Semangat patriotisme
Berkorban hingga hujung nyawa,
Tanda mereka insan berwibawa,
Terus berjasa tekad di jiwa,
Pabila gugur maruah dibawa.
Sematkan di dada sayangi negara,
Sikap integriti harus dipelihara,
Inilah hasrat syair bersuara,
Hargai pengorbanan setiap wira.
Nukilan: Irfan Nabil Ilmu
Info _____________
Nilai
Pasukan Senoi Praaq kini di bawah kawalan Briged Utara _____________
Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi Batalion 3 dan Batalion 18.
Aktiviti
Baca rencana dan syair serta kenal pasti ilmu dan nilai. Kemudian, persembahkannya
dalam pelbagai bentuk.
Nota Guru
2.3.2 • Bimbing murid membaca dan menghargai ilmu dan nilai daripada pelbagai bahan.
• Bimbing murid membuat persembahan dalam pelbagai bentuk.
Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Menganalisis – Menghasilkan 199
EMK: Patriotisme
Menulis
Kisah Pengganti Raja
Irfan membaca buku cerita tentang kisah pengganti raja.
Pada zaman dahulu, ada seorang raja yang sangat adil dan bijaksana. Oleh sebab
usia baginda semakin tua dan tidak mempunyai putera, baginda menjadi risau. Selepas
bermesyuarat dengan para penasihatnya, baginda mendapat satu idea.
Baginda telah memanggil semua pemuda di negeri itu. Baginda mengurniai mereka
satu bekas kecil. Baginda menitahkan mereka balik dan menanam biji benih di dalam
bekas kecil itu. Pemilik pokok yang paling besar dan subur akan dipilih menjadi pengganti
baginda. Kesemua pemuda pulang dalam kegembiraan.
Salah seorang pemuda itu bernama Yasir. Yasir pemuda yang jujur. Dia menanam
semua biji benih itu. Pada setiap hari, dia menyiramnya tanpa jemu walaupun biji
benih itu masih tidak bertunas. Yasir tetap tidak berputus asa.
Selepas beberapa bulan, raja menitahkan semua pemuda itu hadir ke istana
bersama dengan pokok mereka. Para pemuda di negeri itu teruja. Mereka yakin
bahawa mereka akan dipilih menjadi pengganti raja.
Lain pula dengan Yasir. Dia sangat sedih setelah mendengar berita itu. Baginya, dia
telah gagal kerana biji benihnya tidak bertunas. Namun begitu, ibunya mengingatkan
Yasir bahawa baginda mahu melihat hasil tanaman daripada semua pemuda
di negeri itu.
Tibalah hari yang dijanjikan. Semua pemuda hadir ke istana membawa
pokok-pokok yang subur dan sihat. Hanya Yasir yang hadir tanpa sebarang pokok.
Baginda menitahkan Yasir untuk menceritakan perihal biji benihnya itu. Baginda sukacita
mendengar pengakuan jujur Yasir. Akhirnya, baginda berkenan melantik Yasir untuk
menggantikan tempat baginda.
Selepas beberapa hari, pemilihan Yasir sebagai pengganti raja masih menjadi
buah mulut pemuda lain ibarat rumah siap pahat berbunyi.
Pada pendapat kamu, adilkah cara pemilihan ini? Apakah cara lain yang sesuai
untuk melantik seorang raja?
Pada pendapat saya, cara
pemilihan ini ____. Untuk
melantik seorang pengganti
raja, baginda boleh _____.
kandungan info qr code standard ar code
pembelajaran
Aktiviti
Hasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif.
Nota Guru minda aktif laman kreatif uji minda kbat
3.2.2 • Bimbing murid menganalisis bahan. dengan memberikan cadUannigt an secara kritis dan kreatif.
• Bimbing murid menghasilkan jawapan
Strategi PdP: Pembelajaran Berasaskan KBAT: Menilai – Mencadangkan
200 Penyelesaian Masalah
EMK: Nilai Murni – Kejujuran nota guru laman halaman rangsangan
Seni Bahasa
Integriti Amalan Kita
Irfan menghadiri sambutan Hari Polis pada 25 Mac. Kemudian, dia membaca
maklumat tentang lencana Integriti Amalan Kita, Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Lencana ini hendaklah dipakai oleh warga PDRM
kecuali pegawai polis berpakaian preman yang
melakukan tugas risikan dan operasi.
Bunga Raya Latar Belakang Biru
Bunga melambangkan Warna latar biru
sikap mesra anggota berdasarkan bendera
polis terhadap Sang Saka Biru, lambang
masyarakat serta rakyat jelata yang menjadi
semangat patriotisme keutamaan pasukan PDRM.
terhadap negara.
Bintang Lima Integriti Amalan Kita
Bintang menjadi Moto yang menjadi
simbol keperibadian pegangan anggota
tinggi anggota polis PDRM bagi
yang berprinsip dan memartabatkan
berintegriti. integriti.
[Sumber: Polis Diraja Malaysia (PDRM)]
Lencana ini dipakai di sebelah kanan pada dada
bagi menjunjung integriti anggota polis. standard ar code
kandungan info qr code pembelajaran
Aktiviti
Hasilkan sajak dengan bahasa yang indah dan persembahkannya
secara kreatif. minda aktif laman kreatif uji minda kbat
Nota Guru
• Bimbing murid menganalisis bahan. Unit
4.3.1 • Bimbing murid menghasilkan sajak dan mempersembahkannya secara kreatif.
Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Mencipta – Menghasilkan
201
EMK: Kreativiti dan inovasi
nota guru laman halaman rangsangan
TTaattaabbaahhaassaa
Peluang Kedua
Dalam satu rancangan radio, Irfan mendengar kisah motivasi
seorang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
ayat Adila nama saya. Oleh sebab saya pegawai Jabatan Kebajikan
susunan Masyarakat yang dilantik, saya sentiasa mendampingi masyarakat.
songsang Pada suatu hari, kami menerima laporan tentang seorang lelaki
yang tidak terurus.
ayat Nama saya Adila. ___.
susunan
biasa
ayat Untuk berjumpa dengan lelaki itu, kami ke sana. Kami berikan
susunan segala bimbingan dan nasihat kepadanya. Membuahkan hasil
songsang usaha kami tersebut. Sejak hari itu, dia berazam untuk menjadi
seorang pembekal dan pengedar telur.
Pada hari ini, kehidupan lelaki itu sudah pun berubah. Setelah
mendapat peluang kedua, dia amat bersyukur. Sebagai tanda
kesyukuran, dia bertekad untuk membantu orang yang senasib
dengannya dahulu.
Aktiviti
Tukarkan ayat susunan songsang kepada ayat susunan biasa.
Nota Guru
• Bimbing murid mengenal pasti ayat susunan songsang dalam bahan.
5.3.4 • Bimbing murid membina ayat susunan biasa.
202 Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Membina
EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab
UNIT Kejujuran Asas Jati Diri
27
UNMITen1dengar dan Bertutur
Jujur kepada Ilmu
Irfan dan Faris berbual-bual selepas selesai menjawab kuiz.
Irfan: Faris, kenapakah wajah kamu sugul? Ada yang tidak kena?
Faris: Saya sebenarnya rasa bersalah, Irfan.
Irfan: Mengapakah kamu berkata begitu? Kamu ada membuat apa-apa kesalahan?
Cuba ceritakan.
Faris: Begini, Irfan. Kelmarin, saya telah membuat nota ringkas untuk mata pelajaran
Sains. Saya amat yakin bahawa saya dapat menjawab kuiz tadi. Namun
begitu, tumpuan saya agak terganggu.
Irfan: Oh, begitu! Faris, saya fikir kamu agak tertekan.
Faris: Inilah yang membuatkan saya sangat kecewa. Saya hilang fokus semasa
menjawab kuiz tadi.
Irfan: Faris, kamu telah berusaha dengan bersungguh-sungguh. Kamu juga
telah menjawab kuiz dengan sejujurnya. Usaha yang jujur pasti akan
mendatangkan keberkatan. Yang penting, kita perlu jujur kepada ilmu.
Faris: Itulah yang saya fikirkan sekarang. Kita harus ____.
Irfan: Jadikanlah ini sebagai pengajaran untuk kamu lebih bersedia pada masa
hadapan, Faris.
Faris: Terima kasih, Irfan. Saya akan ____.
kandungan info qr code standard ar code
pembelajaran
Aktiviti
Bertutur untuk membuat rumusan dan ramalan.
Nota Guru minda aktif laman kreatif uji minda kbat
1.2.1 • Bimbing murid mbeerntugtaunr aulnistiuskkamnUedmnuitnbguaant bahan. dan ramalan tentang sesuatu perkara secara
• Bimbing murid rumusan
bertatasusila. 203
Strategi PdP: KP – Interpersonal KBAT: Menganalisis – Merumus
EMK: Nilai Murnnio–taKguerujujuran laman halaman rangsangan
Membaca
Tokoh Wartawan Negara
Irfan mengikuti ibunya ke majlis pelancaran buku. Di sana, dia mendengar
ucapan Tan Sri Johan bin Jaaffar yang merupakan Tokoh Wartawan Negara.
Yang saya hormati, pengacara majlis, yang saya raikan, penulis buku “Liku-liku
Seorang Wartawan”, Encik Zainal bin Abu, dan seterusnya undangan sekalian.
Pertama sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur yang
mengundang saya hadir ke majlis pelancaran dan resensi buku ini.
Hadirin sekalian,
Bidang kewartawanan sebenarnya boleh mengangkat kredibiliti seseorang.
Apabila seseorang wartawan mula menggarap berita, mereka harus menjadikan
integriti sebagai nilai utama dalam pemberitaan mereka. Penulisan yang hanya
mementingkan retorik semata-mata tidak selari dengan etika kewartawanan
yang sebenar. Seseorang wartawan mesti menyemak sumber berita mereka dan
memastikannya sahih.
Beberapa dekad dahulu, wartawan dekat dengan masyarakat kerana akhbar
berperanan sebagai wadah perjuangan. Namun begitu, pada era
digital ini, syarikat akhbar perlu proaktif semasa melaporkan berita.
Masyarakat kini lebih bijak menilai sesuatu berita kerana jaringan
media sosial yang luas. Wartawan perlu mengintegrasikan
media sosial untuk membina kepercayaan masyarakat.
Akhir kata, saya dengan sukacitanya merasmikan
buku “Liku-liku Seorang Wartawan” ini. Saya
berharap semoga integriti kewartawanan
akan terus mekar.
Sekian, terima kasih.
Aktiviti
Baca dan rujuk kamus serta media elektronik untuk mencari makna perkataan,
sebutan yang betul, ejaan, dan penggunaan perkataan yang tepat.
Nota Guru
• Bimbing murid membaca teks dan mengenal pasti perkataan yang berwarna merah.
2.1.2 • Bimbing murid merujuk kamus serta media elektronik untuk mencari makna perkataan, sebutan
204 yang betul, ejaan, dan penggunaan perkataan yang tepat.
Strategi PdP: Belajar Cara Belajar KBAT: Mengaplikasi – Melaksanakan
EMK: Nilai Murni – Kejujuran
Menulis
Helaian Kertas Bermakna
Irfan menulis satu cerita berdasarkan pengalaman kakaknya, Irdina.
Pada suatu hari, Irdina terselit
ke perpustakaan
sekolahnya. Dia ingin
meminjam sebuah
buku. Setelah memilih
buku yang diinginkan,
dia pun mendaftarkan
pinjamannya di kaunter.
mencadangkan berjumpa
meminta maaf berterima kasih
Aktiviti
Tulis cerita berdasarkan gambar dan teks secara koheren dan kohesi.
Nota Guru
• Bimbing murid memahami bahan.
3.3.1 • Bimbing murid menghasilkan penulisan tidak berformat secara koheren dan kohesi.
Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mencipta – Menghasilkan 205
EMK: Nilai Murni – Kejujuran
Tatabahasa
Kejujuran untuk Manfaat Bersama
Irfan ingin memulangkan buku teks di Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks
Sekolah (BOSS).
“Murid-murid, tandai buku yang kamu bawa pada hari ini. Minta pastikan semua
bilangan buku teks cukup,” pinta Cikgu Rizal kepada semua murid.
Tiba-tiba, Prasad mengangkat tangan.
“Cikgu, bagaimanakah jika buku saya hilang?” tanya Prasad.
Cikgu Rizal meminta Prasad supaya membeli buku teks baharu bagi
menggantikannya.
Semua murid mengikat buku teks dan membawanya ke Bilik Operasi Skim
Pinjaman Buku Teks Sekolah (BOSS).
“Wah, kemasnya rakan-rakan menyusun buku di sini!” kata Mun Chew ketika
tiba di sana.
Mereka membaca poster tatacara semasa di BOSS.
BKEUMKPEUN SATYEANKGIS Tatacara semasa di BOSS
1. Murid dikehendaki mematuhi peraturan berikut:
PENJAGAAN BUKU TEKS
TANGGUNGJAWAB KITA • Dilarang masuk tanpa kebenaran.
• Dilarang memakai kasut.
• Dilarang membawa beg, makanan, atau minuman.
• Dilarang membawa sebarang perkakasan, bahan,
atau buku keluar tanpa keizinan.
2. Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan.
Apakah … Letakkan …
Aduhai, … SAINS MATEMATIK
BAHASA MELAYU
BAHASA INGGERIS SEJARAH PENDIDIKAN SENI VISUAL
Aktiviti
Bina pelbagai jenis ayat berdasarkan gambar.
Nota Guru
5.3.2 • Bimbing murid menganalisis bahan.
• Bimbing murid membina pelbagai jenis ayat berdasarkan bahan.
206 Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Membina
EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab
Pemulihan
Tulis cerita berpandukan gambar.
Selamatkan Kucing Jalanan
Rakan Irfan, Shu Ying, telah membantu kakaknya menjalankan aktiviti
menyelamatkan kucing jalanan.
• terjumpa kucing
• rasa bertanggungjawab
• membawa kucing itu pulang
Kakak Shu Ying, Shu Yee, telah
terjumpa seekor kucing yang cedera.
Dia berasa bertanggungjawab untuk
merawat kucing itu. Dia membawa
kucing itu pulang ke rumahnya.
• berjumpa dengan doktor haiwan
• membayar kos rawatan
• berkongsi dalam media sosial
Pak Cik Lam • menjalankan aktiviti
menyelamatkan kucing jalanan
Selamat sejahtera. • mendapat banyak sokongan
Tahniah, atas • memberikan sumbangan
usaha murni
kamu membantu 207
kucing jalanan!
Bolehkah pak cik
menyumbangkan
dana untuk
menyokong usaha
itu?
Shu Yee
Terima kasih,
pak cik. Saya
berbesar hati
menerimanya.
• mengajak rakan lain
• memberikan makanan
• membersihkan dan
merawat kucing
3.3.1
Pengayaan
Permainan Membuat Ramalan
Cara Bermain Bilangan Tempat Situasi
Titik Semasa saya
1. Baca infografik dan syair untuk Dadu
mendapatkan maklumat.
mendapati baki
2. Lontar dadu sekali untuk nilai kad tunai
menentukan tempat dan sekali lagi saya tidak cukup.
untuk menentukan situasi.
3. Ramalkan tindakan yang akan kamu
lakukan berdasarkan situasi itu.
di kantin, tersedar kad tunai
saya hilang.
tambah atau
pindah nilai pada mendapati baki
nilai kad tunai
bila-bila masa rakan tidak cukup.
menggunakan terjumpa kad tunai
nombor orang lain.
keselamatan
jika kad
hanya tiada di kedai buku, membuat
imbas untuk Kelebihan perancangan
pembayaran
Kad Tunai sebelum berbeli.
nilai menyedari waktu
semasa rehat hampir
kad tunai tamat.
boleh
tambah nilai diimbas Contoh: Semasa di kantin, saya
secara dalam tersedar kad tunai saya
hilang. Saya akan ______.
talian
Syair Kad Tunai
Wahai rakan saya sampaikan, Masa berlalu ibarat emas,
Syair ini kita fahamkan, Menunggu baki terasa rimas,
Tanpa tunai wajar diamalkan, Guna kad tunai urusan kemas,
Banyak faedah dapat dirasakan. Mengejar masa tidaklah cemas.
Berjimat cermat jadi amalan, Kad diberikan jaga sendiri, Firaaz Aidiputra bin Aiman
Pesanan untuk sahabat kenalan, Pabila hilang harus dicari, IMBAS SAYA
Kewangan dirancang setiap bulan, Jika terjumpa segera diberi,
Belanja cukup tiada terkilan. Sikap amanah diri sendiri.
2.3.1 Nukilan: Faqeeh Adam
208
Pengukuhan
Bercerita dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya, dan ekspresi yang sesuai.
Jiranku yang Amanah
12
Kamu perlu pergi
ke sana segera
selama seminggu.
3 Siapalah yang 4
dapat membantu
aku memberi
arnab-arnabku
makanan.
56
78
Terimalah hadiah daripada saya.
Terima kasih kerana membantu
1.3.1 saya menjaga arnab-arnab saya.
209
Penilaian
Bina ayat berdasarkan gambar. Kemudian, ceritakannya.
ayat penyata Ceritakan situasi
dalam gambar
di atas.
ayat tanya
ayat perintah
ayat seruan
ayat susunan
biasa
ayat susunan
songsang
210 1.3.1
5.3.2
5.3.4
64