KEWARGANEGARAAN MALAYSIA SADN 1033
Adat
perkahwinan
Tradisional
DI MALAYSIA
"TAK LAPUK DEK
HUJAN TAK
LEKANG DEK
PANAS"
Melayu
Cina
India
Kadazan dusun
NAMA PENSYARAH:
DR.SITI ALWALIYAH MANSOR
SEMESTER 1 A221 2022/2023
AHLI KUMPULAN
MUHAMMAD AMIRUL BIN MOHD AKRAM MOHAMAD ZAIDAN BIN MOHD AZMI
294780 294860
NUR NABILAH AQILAH BINTI MOHD NAZRY NOOR HASLINDA BINTI HUSAIRI AISHAH BINTI ABDUL HALIM
294797 294760 294740
FATIN NADHIRAH BINTI MOHD HAMDY AQILA HUSNA BINTI MOHD
294891 294847
SANGGARRY A/P SARAVANAN NOR IQMA ILYANA BINTI KHAIRIL ANUAR NUR ALYAA MAISARAH BINTI ZABRI
294907 296256 294954
ISI KANDUNGAN
Perkara Muka Surat
Pengenalan 1
latar belakang kajian 2
OBJEKTIF KAJIAN 3
METODOLOGI KAJIAN 4
Perkahwinan kaum melayu 5
Perkahwinan kaum cina 6-7
Perkahwinan kaun india 8
Perkahwinan kaun kadazan dusun 9
REFLEKSI 10-11
Kesimpulan 12
Pengenalan
Maksud perkahwinan ialah akad yang Etimologi adat berasal daripada bahasa Arab dan
membolehkan seorang lelaki dan perempuan hidup bermaksud ``adah.'' Adah bermaksud tabiat atau perbuatan
bersama serta mempunyai hak dan tanggungjawab. yang berulang kali dilakukan, ditetapkan dan dihormati oleh
Upacara peringkat perkahwinan biasanya diadakan manusia, dan pada masa yang sama berkaitan dengan
di tempat yang meriah dan penuh adat. Tingkah proses kehidupan manusia bermaksud kebiasaan atau
laku setiap orang dipengaruhi oleh adat resam tingkah laku yang perlu dilakukan. Dikuatkuasakan oleh
Malaysia yang unik. Majlis telah diatur dengan orang ramai, dan ia sering dikaitkan dengan proses
sangat baik mengikut langkah-langkah yang telah kehidupan manusia.Kepelbagaian kaum adalah sebahagian
diambil. Adat istiadat merupakan peraturan yang daripada apa yang menjadikan Malaysia terkenal.Malaysia
diturunkan secara turun-temurun dalam merupakan negara yang mempunyai pelbagai budaya dan
masyarakat. adat resam tersendiri. Walaupun terdapat perbezaan dan
konflik yang mungkin timbul antara latar belakang yang
berbeza.
Perkahwinan Melayu
Adat perkahwinan Melayu penting kepada masyarakat dan menjadi
sebahagian daripada kehidupan keluarga. Rakyat Melayu sangat terikat
dengan adat dan tradisi perkahwinan mereka. Adat resam ini sangat
penting bagi mereka dan sering dititikberatkan juga turut dituntut di
dalam agama. Adat istiadat perlu dilakukan dengan teratur mengikut
adat resam yang telah diturunkan daripada nenek moyang terdahulu.
Perkahwinan Cina
Perkahwinan masyarakat Cina adalah cara untuk memulakan kehidupan baru, dan ia boleh
membawa banyak perubahan. Perkahwinan adalah penting kepada masyarakat Cina kerana
ia menyatukan keluarga dan membiarkan salasilah keluarga mereka terus hidup pada
generasi akan datang.Masyarakat Cina percaya bahawa adalah penting untuk mematuhi
peraturan tradisional apabila berkahwin. Sebab itu mereka cuba merancang perkahwinan
sebaik mungkin. Jika pasangan berkahwin tanpa mematuhi peraturan ini, mereka dianggap
tidak sah.
Perkahwinan Kadazandusun
Perkahwinan adalah peristiwa yang sangat penting dalam masyarakat Iban. Peraturan
perkahwinan sangat ketat dan pengantin lelaki mestilah berumur sekurang-kurangnya 22 tahun.
Kanak-kanak perempuan boleh berkahwin pada sebarang umur dan tiada had umur tertentu.
Perkahwinan sempurna dalam masyarakat iban adalah mengikut adat resam masyarakat
tersebut. Jika salah seorang daripada pasangan melanggar kastam, pasangan tersebut perlu
membayar denda. Perkahwinan Iban adalah berdasarkan ikatan kekeluargaan. Kanak-kanak
lebih cenderung untuk berkahwin awal apabila banyak keluarga tinggal di rumah yang sama.
Sebaliknya, jika keluarga kecil, anak-anak akan berkahwin dengan kadar segera agar menantu
dapat membantu meringankan beban keluarga.
Perkahwinan India
Malaysia merupakan sebahagian besar kumpulan etnik yang popular di Malaysia yang
membina kepada pembentukkan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Seperti masyarakat lain, masyarakat India kaya dengan ciri-ciri budaya. Adat resam
yang digunakan oleh masyarakat India juga agak sinonim dengan budaya majoriti
penduduk di Malaysia.
1
Latar Belakang Kajian
Masyarakat Malaysia kaya dengan budaya serta adat resam tersendiri.
Setiap daripada adat tersebut masih dipraktikkan sehingga kini
termasuklah dalam adat perkahwinan. Mereka masih berpegang dengan
tradisi serta budaya yang diamalkan dalam setiap kaum kerana ia
mempunyai nilai yang berharga dalam kehidupan. Setiap kaum di
Malaysia yang terdiri daripada kaum Melayu, India, Cina dan
Kadazandusun mempunyai budaya serta adat resam yang perlu
dilakukan dalam perkahwinan.
Menurut kamus Bahasa Melayu, adat bermaksud peraturan yang sudah
diamalkan turun temurun. Jadi ada empat elemen utama dalam
perkahwinan bagi setiap kaum iaitu
merisik, meminang, bertunang serta
majlis perkahwinan. Jadi dalam laporan ini akan mengupas dengan lebih
mendalam berkenaan dengan adat perkahwinan tradisional yang masih
diamalkan oleh setiap kaum. Adat perkahwinan yang diamalkan ini
bukan sahaja untuk meneruskan peninggalan nenek moyang malahan ia
dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan bagi kedua-dua pihak .
Perkahwinan adalah perkara yang penting dalam menyatukan dua
mempelai yang sah bergelar sebagai suami isteri. Tujuan majlis
perkahwinan diadakan adalah untuk meraikan pasangan pengantin
lelaki den perempuan yang sudah berkahwin. Jadi dalam konteks ini,
setiap kaum mempunyai cara majlis perkahwinan yang berlainan serta
mempunyai pantang larang yang perlu dititikberatkan.
2
Mengapakah Kita Perlu Mengetahui
Tentang Adat Perkahwinan Tradisional?
Dengan mengetahui tentang
adat perkahwinan tradisional,
kita dapat mengenali dan
mengkaji adat perkahwinan
yang diamalkan oleh
masyarakat Melayu, Cina,
India dan Kadazandusun
dengan lebih mendalam lagi.
Seterusnya, kita dapat'
menambah pengetahuan dan
pengalaman luas tentang
Daripada adat perkahwinan
pantang larang dan keunikan
ini juga kita dapat mengkaji
adat perkahwinan tardisional
kepentingan amalan
Melayu, Cina, India dan
tradisional yang diamalkan
Kadazandusun. Oleh itu, kita
dan memberi kesedaran
dapat memupuk rasa bangga
tentang nilai yang terdapat
menjadi rakyat Malaysia
dalam adat perkahwinan.
kerana mempunyai pelbagai
Kita juga dapat mengkaji
adat resam dan pelbagai etnik
perkembangan dan
yidaenngtitimmeansjyaadriakawtaMrisaalanysida.an
perubahan yang berlaku
dalam adat perkahwinan
setiap kaum di Malasysia
dari semasa ke semasa.
3
METODOLOGI KAJIAN
Metodologi merupakan satu set kaedah dan teknik bagi mengumpul dan
menganalisi data untuk menjalankan sesuatu kajian. Antara tujuan
metodologi dilakukan adalah bagi mengumpul bukti untuk menyokong
kajian. Reka bentuk kajian dalam penyelidikan ini adalah menggunakan
kaedah tinjauan. Melalui kaedah ini, dapat menerangkan masalah yang dikaji
dalam proses kajian dan bagi membantu memahami dengan lebih terperinci
berkaitan kajian yang dilakukan. Kajian ini adalah untuk mengkaji adat
perkahwinan yang diamalkan oleh pelbagai kaum di seluruh malaysia
Instrumen Kajian
Instrumen ialah alat untuk mengumpul data yang dikehendaki bagi
menjawab soalan penyelidikan yang telah ditetapkan. Maka, instrumentasi
ialah proses menyediakan alat mengumpul data. Antara instrumen yang
digunakan dalam kajian ini bagi mendapatkan data adalah menemu bual,
majalah dan buku, sumber internet dan juga melalui pemerhatian.
Temu Bual
Dalam kaedah temu bual, pengkaji telah menemu bual 6 orang iaitu 2
orang daripada kaum Cina dan Kadazandusun, serta 1 orang daripada kaum
Melayu dan India. Dengan itu, pengkaji telah menyediakan beberapa
soalan yang berkaitan dengan adat perkahwinan daripada kaum masing
masing. Demi mendapatkan maklumat dan data berkenaan, pengkaji
memilih penemu bual secara rawak.
Rujukan P
erpustakaan
Selain itu, bagi mendapatkan kajian yang lebih lengkap, pengkaji juga
membaca pelbagai sumber seperti buku, blog, internet dan pelbagai bahan
bacaan untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas berkenaan adat
perkahwinan pelbagai kaum di Malaysia. Kesannya, bahan-bahan tersebut
banyak membantu pengkaji dalam menyiapkan e-majalah.
4
Adat
Perkahwinan
KAUM MELAYU
Adat merisik. Ia merupakan peringkat utama dalam penjalinan sesebuah
hubungan. Pada peringkat ini, perjumpaan antara kedua-dua buah keluarga
akan dilaksanakan. Perjumpaan ini bertujuan bagi menghormati keluarga
perempuan sekaligus mendapatkan restu serta mengenali ahli keluarga mereka
terlebih dahulu sebelum ke peringkat serius yang seterusnya. Kebiasaannya, pada
peringkat merisik, Pihak perempuan akan menerima sebentuk cincin belah rotan
daripada pihak lelaki serta kedua-dua belah pihak akan menetapkan tarikh
peminangan.
Adat bertunang. Majlis pertunangan akan diadakan di rumah pihak perempuan
dan saudara-mara yang mewakili pihak lelaki akan datang ke rumah perempuan
tersebut. Hantarannya termasuklah tepak sireh (sireh junjung), cincin serta
hantaran sampingan yang lain termasuklah pakaian, buah-buahan, dan bunga
rampai. Kebiasaannya, hantaran akan dikendalikan dalam bilangan yang ganjil
sebagaimana nombor genap dipercayai akan membawa kesan buruk. Sekiranya
keluarga belah perempuan mempunyai kakak yang belum berkahwin, pihak
lelaki perlu memberikan beberapa hantaran tambahan sebagaimana
peminangan tersebut diistilahkan sebagai langkah bendul.
Akad nikah. Majlis akad nikah sangat dituntut dalam agama Islam. Istiadat ini
berkait rapat dengan persetujuan pihak lelaki dan pihak perempuan sebagaimana
mas kahwin, wang, serta barangan lain. Akad kebiasaannya akan berwalikan
ayah pengantin perempuan. Walaubagaimanapun, ia juga boleh diwakili oleh tok
kadi atau wali hakim untuk hal-hal sampingan tertentu.Bacaan khutbah nikah
serta penerangan secara umum berkenaan tanggungjawab suami isteri serta hal
lain dalam sudut agama akan dilakukan oleh tok kadi. Lafaz nikah “Aku nikahkan
dikau (nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak (mengikut
negeri) tunai” akan diperkatakan oleh tok kadi dan seterusnya pengantin lelaki
akan menyambung lafaz “Aku terima nikahnya...". Lafaz tersebut akan disahkan
oleh saksi sama ada jelas atau pun sebaliknya. Pengantin lelaki dikehendaki
mengulang lafaz tersebut sekiranya didapati tidak jelas. Setelah itu, cincin akan di
sarungkan kepada si isteri sebagaimana ia menggambarkan simbolik pasangan
yang telah diijabkabulkan. Majlis akad nikah akan diteruskan dengan
persandingan pasangan pengantin di atas pelamin. Para tetamu dialu-alukan
menepung tawar pasangan tersebut.
5
Adat
Perkahwinan
KAUM CINA
Adat merisik. Bertujuan untuk menyelidik latar belakang gadis berkenaan. Topik
yang akan dibincangkan ketika merisik berkait rapat dengan perihal umum
berkenaan asal usul keturunan dan keluarga.
Adat bertunang. Hari kejadian perlu dilaksanakan mengikut kalendar Cina iaitu
tarikh yang sesuai dengan bulan kelahiran masing-masing. Tarikh pertunangan
akan ditetapkan oleh tukang tilik berpandungan buku Toong-Su di mana ia
dipercayai tidak semua masa sesuai untuk melaksanakan majlis akibat berlakunya
apa-apa bencana sewaktu kelangsungan majlis. Bakal pengantin lelaki akan
berkunjung ke rumah perempuan untuk menunaikan permintaan sekaligus
bertukar-tukar cincin mengikut masa yang ditetapkan. Bagi membuktikan
persetujuan, gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas merah (Nyen-
seng) yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahir. Nyen-seng akan diserahkan
kepada tukang tilik bagi menghintung hari dan masa yang sesuai dan seterusnya
di catat pada kertas merah (Nyik-kor). Nyik-kor terdiri daripada adat dan
peraturan yang perlu diikuti oleh kedua-dua pasangan. Hantaran serta mas
kahwin (cincin/pakaian/wang) diberikan semasa upacara bertukar cincin
perkahwinan yang mana ia akan dilaksanakan di Pejabat Pendaftaran
Perkahwinan. Makin tinggi mas kahwin, makin tinggi martabat lelaki tersebut.
Majlis perkahwinan. Perkahwinan berlangsung selepas setahun tempoh
bertunang. Baju pernikahan seelok-eloknya bewarna merah, kuning
atau putih. Warna biru, kelabu dan hitam adalah ditegah sama sekali
kerana ia melambangkan kesedihan dan kematian. Pasangan akan
didudukkan di atas pelamin. Pengantin lelaki akan memperkenalkan
ahli keluarganya kepada si isteri dan begitu juga sebaliknya. Upacara
meminum teh akan dilaksanakan disamping meminta restu kepada
keluarga mertua masing-masing. Pada malam hari pula akan
berlangsungnya majlis makan besar-besaran sama ada di restoran,
dewan atau rumah. Ang-pau akan diberi oleh tetamu sebagai tanda
selamat dan tahniah kepada kedua-dua pasangan.
6
ADAT
PERKAHWINAN
KAUM INDIA
Adat merisik ialah cara memahami dan mengelompokkan manusia berdasarkan latar
belakang budaya dan sosial mereka. Ia mengambil kira perkara seperti etnik, sub-
etnik, kasta dan kepercayaan agama. Faktor ekonomi serta sosial akan
dipertimbangkan dalam memilih calon lelaki. Ini membantu untuk mencipta gambaran
yang lebih tepat tentang siapa seseorang.
Adat menziarahi rumah pengantin perempuan berlaku selepas adat merisik. Bakal
pengantin lelaki akan datang ke rumah bakal pengantin perempuan untuk melihat
penampilannya dan paras rupanya. Ini kerana bakal pengganti lelaki itu ingin
menjalinkan hubungan baik dengan bakal isterinya. Dalam bahasa Melayu, adat ini
dipanggil "melihat bakal isteri" atau "dikenali sebagai pen paarttal." Pada masa itu,
pihak lelaki mesti hadir dalam jumlah ganjil dan tidak kira berapa ramai di sana.
Mereka juga perlu membawa buah tangan seperti kelapa, pinang, sirih, cendana, buah-
buahan, dan bunyi-bunyian serta kumkum. Ini adalah untuk menunjukkan niat baik
mereka dan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Jika pihak wanita bersetuju,
mereka akan menerima hantaran. Manakala mereka hanya dibenarkan melayan orang
yang datang sebagai tetamu, mereka tidak dibenarkan mengambil barang tersebut jika
mereka tidak setuju. Bakal pengantin perempuan bertanggungjawab menghidangkan
air dan memakai sari. Adat ini adalah untuk mengetahui latar belakang bakal
pengantin perempuan.
Adat ikat janji atau dikenali sebagai niccayam yang merupakan upacara yang mana
wakil lelaki akan datang ke rumah wanita membawa beberapa barang seperti kelapa,
sirih pinang, bunga, buah-buahan, cendana, dan kumkum. Bakal penggantin lelaki
bersetuju untuk mengahwininya dengan melafazkan ikrar dan mereka akan
mengumumkan perkahwinan mereka kepada orang ramai. Kedua-dua penggantin
akan bertukar sirih pinang yang dipanggil taambuulan marrutal sebagai tanda ikatan
mereka. 7
ADAT
PERKAHWINAN
KAUM INDIA
Adat parisam dibahagikan kepada parisam biasa dan udan parisam. Hadiah akan
diberikan oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan pada hari ikat janji
atau niccayam dikenali sebagai parisam biasa. Udan parisam pula adalah hadiah
akan diberikan oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan pada hari
perkahwinan ataupun sehari sebelum perkahwinan dijalankan. Pengantin lelaki akan
menyediakan pelbagai jenis hadiah seperti sari untuk diberikan kepada bakal
isterinya dalam jumlah yang ganjil. Pihak pengantin lelaki akan membawa hadiah-
hadiah tersebut ke rumah pengantin perempuan dengan berpakaian tradisional
masyarakat India. Upacara sembahyang akan dilakukan oleh ahli keluarga pasangan
pengantin sebelum adat parisam dimulakan.
Adat mukurtta kaal diadakan tiga atau lima hari sebelum hari perkahwinan pada
hari yang baik mengikut kalendar india. Sebatang pokok yang masih muda dan subur
akan ditebang dan dibersihkan sehari sebelum adat tersebut dilaksanakan. Ia dikenali
sebagai mukurtta kaal. Lima orang wanita yang sudah berkahwin menanam mukurtta
kaal yang disapu dengan serbuk kunyit cair dan Kumkum dari pangkal hingga
hujung batang tersebut. Selepas adat tersebut dilakukan, pengantin lelaki dan
perempuan dilarang keluar dari rumah sehingga perkahwinan dijalankan. Adat
mendirikan mukuurtta kaal selalu dilakukan di rumah pengantin lelaki dan ia
menandakan perkahwinan akan berlangsungkan di rumah tersebut.
Upacara perkahwinan diketuai oleh Pedanda. Beliau akan melakukan upcara
sembahyang sambil mendoakan agar pasangan pengantin hidup gembira hingga ke
akhir hayat.'Thaali' yang diperbuat daripada benang dan disapu dengan kunyit dan
diikat dengan emas pada hujungnnya akan dikalungkan oleh pengantin lelaki pada
pengantin perempuan.Pasangan pengantin membasuh kaki ibu bapa dengan susu
untuk menghormati dan mendapat restu dari ibubapa mereka. Pasangan pengantin
akan bertukar jambangan bunga antara satu sama lain sebanyak tiga kali. Majlis
perkahwinan ini merupakan simbolik kepada pasangan pengantin secara sah telah
menjadi suami isteri.
8
ADAT PERKAHWINAN
KAUM KADAZANDUSUN
Merisik merupakan adat yang dilakukan oleh kaum Kadazandusun. Urusan
merisik boleh dilakukan waktu pagi sahaja. Dalam urusan merisik ini, pihak lelaki
akan memberi sebentuk cincin kepada pihak perempuan sebagai tanda
peminangan. Merisik boleh berulang disebabkan oleh pihak perempuan perlu
tahu secara jelas berkenaan dengan keluarga, pekerjaan, kemampuan pihak
lelaki dan sebagainya.
Meminang. Merupakan proses lepas risikan apabila pihak perempuan menerima
risikan dari pihak lelaki. Pihak lelaki perlu membawa cincin yang dikenali
sebagai ‘cincin menanti mimpi’ dan perlu dibawa pada waktu pagi. Selepas
berlakunya proses peminangan, segala mimpi yang berlaku perlu dibincangkan
oleh pihak lelaki dan pihak perempuan. Mimpi tersebut boleh terjadi dalam tiga
keadaan sama ada mimpi baik iaitu risikan boleh dilanjutkan terus ke
meminang,mimipi buruk iaitu boleh dibetulkan. Walaubagaimanapun, pihak
lelaki perlu membayar sugit kepanasan sekiranya mahu meneruskan
pertunangan. Bagi mimpi buruk, urusan merisik tidak boleh diteruskan
Bertunang. Pada masa ini, ibu bapa bagi pihak perempuan akan memberi balik
cincin tersebut serta memberitahu sama
ada proses pertunangan boleh diteruskan
atau tidak. Apabila urusan pertunangan dibuat, segala benda berkaitan dengan
urusan bertunang tidak boleh ingkar. Pihak yang langgar akan peraturan atau
benda penting yang berkaitan dengan pertunangan perlu membayar hantaran
yang telah ditetapkan semasa hari bertunang dahulu.
Majlis perkahwinan. Majlis ini belaku selama tiga hari berturut-turut. Tajau berisi
tapai beras perlu dibawa sesama hari perkahwinan. Tajau berisi tapai beras
dikenali sebagai lihing akan diminum secara beramai-ramai di rumah pengantin
perempuan. Antara upacara yang penting ialah miohon pinisi yang merupakan
upacara pertukaran gumpalan nasi antara pengantin lelaki dan perempuan.
Mereka perlulah duduk di dalam bulatan gadis yang memakai pakaian tradisional
yang bewarna hitam. Apabila selesai upacara tersebut, tarian sumazau
ditunjukkan selepas bunyian gong dilakukan.
9
Refleksi
Saya bangga dilahirkan di tanah melayu dan menjadi bangsa Malaysia
kerana di Malaysia kita hidup dalam kalangan pelbagai kaum seperti kaum
Melayu, kaum Cina, kaum India dan kaum Kadazan Dusun. Setiap kaum
mempunyai adat perkahwinan yang tersendiri untuk membezakan cara
mereka berkahwin. Seterusnya, saya menjangkakan adat perkahwinan ini
akan terus berkekalan hingga ke generasi akan datang seandainya rakyat
kita terus mewarisi adat perkahwinan ini . Secara tidak langsung, kita dapat
memperoleh pelbagai ilmu tentang adat-adat perkahwinan pelbagai kaum
ini. Akhirnya, saya berharap agar adat istiadat ini akan terus diamalkan dan
diwarisi supaya generasi akan datang dapat merasai adat perkahwinan ini.
Melalui tugasan ini juga,saya dapat menambah pengetahuan berkenaan
dengan adat perkahwinan tradisonal bagi setiap kaum terutamanya kaum
India, Cina serta Kadazan Dusun. Betapa uniknya budaya dan adat resam yang
dipraktikkan oleh setiap kaum yang tidak patut generasi muda lupakan. Bagi
saya, tugasan ini adalah salah satu inisiatif bagi memperingatkan kembali
kepada adat tradisi perkahwinan yang turun temurun dari zaman dahulu lagi.
Sebagai golongan muda seharusnya mengambil berat berkenaan dengan adat
perkahwinan supaya ianya dapat diwarisi oleh generasi yang akan datang.
Dalam pada itu, pendekatan ini juga amat penting bagi menjamin
kelangsungan adat dan tradisi sesebuah kaum secara hakiki. Sekiranya
generasi sekarang tidak ambil tahu langsung tentang perihal dan kewujudan
adat-adat dalam sesebuah perkahwinan, berkemungkinan besar ia akan
dilupakan pada masa akan datang lebih-lebih lagi dengan kewujudan
pengaruh tradisi barat yang makin diikuti anak muda kebelakangan ini.
10
Alhamdulillah dengan izin Tuhan saya berbesar hati dapat
menyempurnakan tugasan ini baik mengikut paduan yang diberikan serta
ribuan terima kasih kepada pensyarah tercinta, Dr Alwaliyah Mansor yang
sudi memberi tunjur ajar. Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan yang
turut bertungkus lumus menjayakan tugasan ini dengan sempurna dan
mengikut tempoh yang ditetapakan.Pelbagai info baharu dan menarik telah
saya pelajari dalam menyelesaikan tugasan ini. Tugasan ini telah dapat
menambahkan pengetahuan dan ilmu saya tentang adat perkauman di
Malaysia. Ternyata ada perbezaan adat antara kaum di Malaysia
walaubagaimanapun terdapat juga yang sama. Pada masa yang sama selain
mendapat ilmu saya juga dapat mengukuhkan hubungan dan ukhuwah
bersama rakan sekuliah saya yang berlainan bangsa. Dengan ini kami
saling menghormati dan menghargai adat budaya resam kaum masing-
masing.
Pendapat saya sepanjang melakukan tugasan ini ialah saya dapat
memperkasa perasaan cinta akan negara Malaysia yang tercinta ini. Hal ini
kerana saya rasa beruntung kerana dilahirkan ni negara yang mempunyai
pelbagai kaum yang dapat menjadikan negara kita unik di mata dunia.
Melalui kajian ini, saya dapat mempelajari adat perkahwinan daripada setiap
kaum yang ada di negara kita ini misalnya, kaum Melayu, Cina, India, serta
Kadazandusun. Dengan bantuan rakan-rakan, saya dapat menemu bual
beberapa pelajar dengan latar belakang pelbagai kaum untuk mendalami
sendiri ilmu adat perkahwinan tradisional tersebut. Ini menunjukkan adat
tradisional masih terpelihara dan golongan remaja masih mengetahui dan
tidak melupakan adat tersebut dan menjadikan sesuatu majlis itu lebih indah.
Harapan saya di masa akan datang agar adat tradisional ini masih terpelihara
supaya menjadi tradisi. Hal ini kerana inilah yang menjadikan negara kita
unik dan cantik dari segi adab dan adat serta kaya dengan tradisi di mata
dunia.
11
Adat perkahwinan di Malaysia ini secara tidak langsung membolehkan
Malaysia menjadi sebuah negara yang unggul di mata dunia kerana kita
mampu hidup dalam keadaan yang aman dan makmur walaupun terdapat
pelbagai jenis kaum yang sudah semestinya kaya dengan pelbagai jenis adat
resam. Tidak hairanlah jika adat perkahwinan di Malaysia ini boleh
dijadikan sebagai salah satu daya tarikan kepada pelancong-pelancong asing.
Jika pelancong-pelancong dari luar negara memandang tinggi akan keunikan
budaya kita, mengapa kita sebagai rakyat Malaysia sendiri tidak mahu
menyanjungi adat budaya ini? Dengan ini, kita sebagai rakyat Malaysia
semestinya mencintai keunikan adat resam pelbagai kaum di negara kita
kerana di situlah lambang keutuhan bangsa Malaysia.
Melalui kajian terhadap adat perkahwinan tradisional di Malaysia, saya dapat
memahami adat perkahwinan tradisional yang diamalkan oleh setiap kaum di
Malaysia terutamanya kaum Melayu, Cina, India dan Kadazan Dusun. Setiap
kaum di Malaysia mempunyai adat perkahwinan tradisional yang unik dan
tersendiri. Adat tradisional yang diamalkan dalam majlis perkahwinan
menggambarkan identiti sesuatu kaum. Walaupun mempunyai perbezaan
dalam adat perkahwinan tradisional, rakyat Malaysia menghormati adat
perkahwinan tradisional yang dilakukan oleh setiap kaum. Secara tidak
langsung, ia merapatkan hubungan silaturahim dan memupuk semangat
patriotik dalam masyarakat Malaysia. Oleh itu, generasi muda harus
mempraktikkan adat perkahwinan tradisional bagi setiap kaum supaya
mengekalkan warisan kepelbagaian budaya di Malaysia.
Melalui kajian kami tentang adat perkahwinan kaum-kaum di Malaysia ini,
saya mendapati bahawa setiap kaum mempunyai adat yang hampir sama
tetapi dilakukan dengan cara yang berbeza. Contohnya, kaum Melayu, Cina
,India dan Kadazan mempunyai adat merisik, tetapi ia dilakukan dengan cara
dan mereka tersendiri. Disini menunjukkan kepelbagaian kaum, adat dan
budaya yang terdapat di Malaysia. Walaupun berbeza kaum, agama, adat serta
budaya tetapi rakyat di Malaysia ini masih boleh bersatu padu dan saling
menghormati antara satu sama lain. Adat perkahwinan ini haruslah
dikekalkan dan dipratikkan supaya ia tak dilupakan. Ia juga merupakan
contoh terbaik untuk menunjukkan yang Malaysia ini adalah satu negara
yang sangat unik dan penuh dengan kepelbagaian.
KESIMPULAN
Seperti yang kita semua maklum bahawa terdapat pelbagai
tradisi atau adat perkahwinan yang berbilang kaum di
Malaysia antaranya masyarakat Melayu, Cina, India, serta
Kadazandusun. Namun begitu, tradisi perkahwinan pelbagai
kaum di negara kita kian hari semakin pudar
keseriannya.Ramai masyarakat pada masa kini sudah
melupakan adat adat yang dibawa oleh nenek moyang kita
bak kata peribahasa “Seperti Kacang Lupakan Kulit”
Sekiranya adat perkahwinan ini terus dipinggirkan, maka
tradisi masyarakat di sesebuah negara akan turut terjejas.
Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi, adat perkahwinan
masyarakat Melayu yang semakin dilupakan ialah adat
merasi, berandam, mengasah gigi dan juga menepung tawar.
Amalan ini tidak diamalkan lagi disebabkan oleh
percanggahan pendapat dan ideologi dari segi hukum syarak
dan agama. Adat-Adat yang dibawa oleh pelbagai kaum ini
sebenarnya mempunyai keunikan dan kepentingannya yang
tersendiri namun tetap dianggap remeh oleh segelinitir
masyarakat zaman sekarang.
Biarpun begitu, adat tradisi perkahwinan pelbagai kaum ini
harus dijaga dan diamalkan selagi ia tidak melanggar hukum
syarak. Hal ini bertujuan agar generasi akan datang tidak akan
lupa kepada adat dan asal usul bangsa sendiri. Justeru itu,
diharap pelbagai pihak bertanggungjawab bagi mengekalkan
keunikan dan kepentingan adat bagi kaum masing masing
pada masa depan.
12
SUMBER RUJUKAN
Muhammad Harith Bin Mokhar, U. (2015, Februari 6). 6.0 Perkahwinan Kaum Kadazan Dusun.
http://pengajianmalaysiadls1b.blogspot.com/2015/02/60-perkahwinan-kaum-kadazan-dusun.html
Suhara, U. (2012, November 26). Adat Perkahwinan Kaum Kadazan Dusun.
http://snsk-k2.blogspot.com/2012/11/adat-perkahwinan-kaum-kadazandusun.html
Priyisha. (2014, September 23). Adat Istiadat Perkahwinan Kaum India.
http://priyisha.blogspot.com/2014/09/adat-istiadat-perkahwinan-kaum-india.html?m=1
Ahmad Syahir Hazzil. (2015, February 6). Adat Resam Perkahwinan Kaum di Malaysia.
http://pengajianmalaysiadls1b.blogspot.com/2015/
Batrisya Nursabrina. (2019, December 8). 4 Adat Resan Perkahwinan Kaum Cina. I Am Lejen.
https://iamlejen.com/adat-resam-perkahwinan-kaum-cina/
Adam.(2021,Januari 6 )ADAT RESAM PERKAHWINAN MELAYU DI MALAYSIA -
TAKKAN LEKANG DEK PANAS TAK LUPUT DEK HUJAN. (n.d.).
http://www.emceekahwin.com/2021/01/adat-resam-perkahwinan-melayu-di.html
Aimi, U. (2023, January 10). Adat Perkahwinan Masyarakat Melayu. Blogspot.
http://malaysiakuterbilang.blogspot.com/2015/11/adat-istiadat-perkahwinan-masyarakat.html
Usim, P. (2020, December 27). Adat Perkahwinan Masyarakat India [Video]. YouTube.
https://www.youtube.com/watch?v=DHuPNrQHHGg&feature=youtu.be
Soh, C. (2015,November 10). Adat Resam Perkahwinan Kaum Cina. prezi.com.
https://prezi.com/ffjxobir5idg/adat-resam-perkahwinan-kaum-cina/
Lampiran
Perkahwinan Perkahwinan
Melayu Cina
Perkahwinan Perkahwinan
India Kadazan dusun
Lampiran
Sesi menemu-ramah