PIBG K A L I K E - 4 6 S E K O L A H K E B A N G S A A N S E M E N T A 4 2 1 0 0 K L A N G S E L A N G O R 2025 8 MAC 2025 SABTU 8.00 PAGI - 11.30 PAGI DEWAN LESTARI, SK SEMENTA M E S Y U A R A T A G U N G T A H U N A N EN. HASBULLAH BIN IBRAHIM @ LEMBUT GURU BESAR SK SEMENTA PN. KHAIRUL BARIYAH BINTI BAHARUDDIN YDP PIBG SK SEMENTA
PERKARA HALAMAN Aturcara majlis 3 Tinta Pena Penasihat PIBG 4 Perutusan Yang Di-Pertua PIBG 5 Notis Mesyuarat MAT PIBG 2025 6 Jawatankuasa Kerja MAT PIBG 2025 7 - 11 Agenda Mesyuarat PIBG 2025 12 Minit Mesyuarat MAT PIBG ke-45 13 - 20 Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2024 21 - 23 Laporan Kewangan PIBG 2024 24 - 28 Usul MAT PIBG 2025 29 - 36 AJK PIBG 2024/2025 37 Tarikh Mesyuarat & Laporan Kehadiran 38 Lampiran 39 Penghargaan 40 ISI KANDUNGAN
ATURCARA MAJLIS 08.00 pg : Pendaftaran Ibu Bapa & Guru 08.15 pg : Kata-kata aluan Pengerusi Majlis : Nyanyian Lagu Negaraku : Nyanyian Lagu negeri Selangor : Ikrar Rukun Negara : Bacaan Doa : Ucapan En. Hasbullah bin Ibrahim@ Lembut (Guru Besar SK Sementa) : Ucapan Pn. Khairul Bariyah binti Baharuddin (Yang Dipertua PIBG SK. Sementa) : Persembahan Murid 09.00 pg : Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK. Sementa Bilangan 46 dimulakan. : Pembubaran AJK PIBG sesi 2024/2025 : Pelantikan pengerusi sementara : Pelantikan AJK PIBG sesi 2025/2026 : Penyerahan sijil dan cenderahati : Ucapan penangguhan YDP PIBG yang baharu 11.30 pg : Bersurai 3
TINTA PENA PENASIHAT PIBG Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnia dan izin-Nya kita dapat mengadakan Majlis Mesyuarat Agong 4 Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera Permuafakatan ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat (school home community partnership). Di samping itu, PIBG juga mempunyai peranan ’saling melengkapi’ terhadap fungsi Kementerian Pelajaran dalam menyediakan prasarana, kemudahan, dan suasana sekolah yang kondusif kepada pelajar dan guruguru di sekolah. Permuafakatan ini juga menjadi kunci kejayaan PIBG dan sekolah. Harus juga diingatkan kecemerlangan anak-anak kita sebenarnya bermula di rumah. Sebagai ibu bapa, kitalah yang akan menentukan sama ada anakanak kita terdidik dengan nilai-nilai yang murni dan mempunyai kekuatan dalaman untuk berhadapan dengan segala gejala negatif di luar rumah. “Muafakat ibu berkat” - Terima kasih. PIBG kali ke-46. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat hadir pada hari ini merealisasikan visi dan misi Sekolah Kebangsaan Sementa. En Hasbullah Bin Ibrahim@Lembut Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sementa
Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaan-Nya dapat kita berkumpul lagi pada majlis Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Sementa kali ke - 46 pada tahun ini. PERUTUSAN YANG DI PERTUA PIBG 5 Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera PIBG memainkan peranan yang penting sebagai jambatan penghubung antara pihak sekolah dan ibu bapa. Melalui kerjasama yang erat, kita dapat bersama-sama memastikan anak-anak kita mendapat pendidikan yang terbaik dan suasana pembelajaran yang kondusif. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua hadirin yang sudi meluangkan masa untuk hadir ke Mesyuarat Agung PIBG pada hari ini. Kehadiran tuan-tuan dan puanpuan menunjukkan komitmen dan keprihatinan kita terhadap perkembangan pendidikan anak-anak di sekolah ini. Pn. Khairul Bariyah binti Baharudiin Yang Di-Pertua PIBG SK Sementa 2024/2025 Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa PIBG yang telah bertungkus-lumus menjalankan tugas dan tanggungjawab sepanjang tahun ini. Segala usaha dan sumbangan tuan-tuan dan puan-puan amatlah dihargai. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama kepada PIBG dalam melaksanakan pelbagai aktiviti dan program.
NOTIS MESYUARAT 6
JAWATANKUASA KERJA MAT PIBG 2025 PENGERUSI :ENCIKHASBULLAHBINIBRAHIM@LEMBUT (GURUBESARSKSEMENTA) TIMBALANPENGERUSI:ENCIKABDULHALIMBINMOHAMMAD (GPKPENTADBIRAN) NAIBPENGERUSI :PUANNORNAJMAHBINTIMUAH(GPKHEM) :ENCIKMAZLANBINAHMAD(GPKKOKURIKULUM) :PUANROHAIDABINTIAWANG(GPKPETANG) SETIAUSAHA :ENCIKSYAHRILBINAZIZ BENDAHARI :PUANJULIANNAA/PSELVANAYAGAM AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA JAWATANKUASA INDUK AJK SAMBUTAN & PROTOKOL EN. SHAHRUL FAHMI BIN IDRIS AJK PENYAMBUT TETAMU EN. HASBULLAH BIN IBRAHIM@LEMBUT EN. ABDUL HALIM BIN MOHAMMAD PN. NORNAJMAH BINTI MU’AH EN. MAZLAN BIN AHMAD PN. ROHAIDA BINTI AWANG PN. KHAIRUL BARIYAH BINTI BAHARUDDIN (YDP PIBG) EN. KAMAL AZMIR BIN JUMRI (NYDP PIBG) AJK PENYAMBUT TETAMU (IBU BAPA) PN. KIRENDESH KAUR A/P RANJEET SINGH (K) PN. JUMAIAH BINTI MOHAMAD SALEH PN. NORAINI BINTI LASIMAN PN. NORALISA BINTI MOHAMAD HAIRI PN. RADHIAH BINTI ABDUL MADUL PN. SITI RAHAYU BINTI ILIAS AJK SURAT JEMPUTAN EN. SYAHRIL BIN AZIZ 7
AJK CADANGAN USUL PN. NURUL SYAKIRIN BINTI NAZIAN (K) PN. ROSLIZA BINTI MAT LIKI CIK SITI JURAIDAH BINTI MOHAMED APANDI PN. INDRA TAGORE IRANI@ITI BINTI HASSAN AJK PENDAFTARAN IBU BAPA PN. ELIZA BINTI EBNU HAJAR (K) PN. FARIZYAN BINTI PIUT PN. FATHIYAH BINTI MOHAMED PN. KHAIRUN NISA BINTI ROSLAN PN. NUR ‘IZZATI BINTI ABD RAHMAN AJK PENDAFTARAN GURU PN. NORHAYATI BINTI ISA PN. WAN MAZIAN BINTI WAN MAHMUD PN. HAJAH RAFEAH BINTI MUHAMMAD NOR AJK TEKS UCAPAN PN. KHADIJAH BINTI HASSIM (GURU BESAR) PN. HAJAH SITI ROHAIDAH BINTI MOHAMAD SOM (YDP) AJK PENCATAT MINIT MESYUARAT CIK ADIBAH ATIQAH BINTI SABARUDIN (CTR) CIK WANI ARIBAH BINTI MUSTAPA PN. SITI NORRIZAH BINTI MOHD ZAIBANI PN. FATIMAH AZ-ZAHRA BINTI JUMA’AT PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG EN. AHMAD ZAMZURI BIN HAJI TOHA (K) EN. MOHAMAD NOOR ASYRAF BIN CHE’ BASIR EN. AMIRUL DANIEL BIN ANUAR PN. ROSYATIMAH BINTI MOHAMAD YASSIN PN. AIZURA YANI BINTI MOHD ARIFFIN AJK BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PN. NURUL SYAKIRIN BINTI NAZIAN PN. NORLIAH BINTI BARI PENGACARA MAJLIS EN. SYAMSUL QAMAR BIN HABIB CIK AINAA NABIHAH BINTI ROSLAN AJK BACAAN IKRAR EN. MOHD IRWAN BIN IDRIS AJK BACAAN DOA EN. MAZLAN BIN AYUB 8 JAWATANKUASA KERJA MAT PIBG 2025
JAWATANKUASA KERJA MAT PIBG 2025 AJK FOTOGRAFI PN. NORHIDAYAH BINTI HAJI ANUAR (K) CIK KOKILAVATHI A/P PARAMESVARAN AJK DOKUMENTASI PN. FATIN FARHANA BINTI SOHAINI (K) PN. LATIFAH BINTI MOHAMAT LUTFI PN. LAILATUL AMRINI BINTI ABD SHAHADAN AJK BANNER DAN PUBLISITI CIK NUR NABILAH BINTI AZIZ (K) CIK CASSANDRA A/P SANTHANASAMY EN. MUHAMMAD SAIFUL BIN MOHD DAUD EN. ZULKIFLI BIN MOHD ABD GHANI AJK TEKNIKAL DAN ICT EN. MOHAMMAD FAUZIE BIN SULAIMAN (K) EN. MOHAMAD IDWAN BIN MOHD. HASLI EN. ISWANDI BIN ABDUL HAMID AJK PERSIAPAN TEMPAT TN. HJ. MUHAMMED HAKIMAN BIN HANIFA (K) EN WAN SUHAIDI BIN WAN SULAIMAN EN. MUHAMMAD HAYRI IZZAT BIN MOHD SABRI EN. AMIRUL DANIEL BIN ANUAR PN. TAY SIOW HAN PN. TENGKU NORSYAFIQAH BINTI ENGKU HADI PN. LAILATUL AMRINI BINTI ABD SHAHADAN PN. NOR AINI BINTI HJ. MAHAMUD PN. NURUL SYAMIMIE BINTI MOHAMAD ALADIN PN. SITI AISYAH BINTI BAIN PN. SITI AZIZAH BINTI MOHAMED YUSOF PN. SITI ESAH BINTI ABDULLAH CIK.SITI HAFSYAH BINTI IDRIS AJK SIJIL CIK AISYAH ADIBAH BINTI AZMI (K) PN. NORLIDA BINTI PARAINAH PN. AISHAH BINTI HJ. HUSSIN AJK HADIAH DAN CENDERAHATI PN. SITI ZAKIAH BINTI AB HAMID (K) PN. NURUL EZZAH HILWANI BINTI SALEH PN. SUZANA BINTI SAIPUDIN CIK NURUL IZZATI BINTI ARIFFIN PN. HUSNA HAZWANI BINTI MUHAMAD ASRI 9
AJK CABUTAN BERTUAH PN. FAZLIANI BINTI KHALED (K) PN. SITI ZAINAB BINTI KASSIM PN. TAMILSELVI A/P SALADORAI PN. UMI KALSOM BINTI IBRAHIM PN. ZAIDAH BINTI ABD. MANAP PN. MASLINA BINTI MIHAT@MINHAT PN. MAHIDA BINTI MOHD RAMLY PN. SITI HADIJAH BINTI ATAN PN. SAADIAH BINTI SAIRI AJK GOODIES IBU BAPA PN. AZHARIAH BINTI ABDUL SAMAD (K) PN. HAMIDAH BINTI ABU HASSAN PN. JAMALIAH BINTI JELANI PN. MAHANI BINTI HAMIDON PN. NOORASIAH BINTI ABDUL RAHMAN PN. AZLINAHWATI BINTI AHMAD PN. SITI JUNAINAH BINTI TUTUR@ABU NAEM PN. FAZLIATUNIZA BINTI MOHD FADZIL PN. HAJAH MASZURA BINTI YAAKOB PN. NORKHUZAIMAH BINTI MOHD PAUZI PN. ASMAHAN BINTI SELAMAT PN. HASLINDA BINTI BAHARUDIN PN. ZURAINI BINTI MOHD. KUSRIN PN. HAIRIAWATI BINTI MD. ZAINI (AJK IBUBAPA) PN. FAZILAH BINTI SHAHRIN (AJK IBUBAPA) PN. SITI JUNAINAH BINTI JAMALUDDIN (AJK IBUBAPA) AJK GOODIES GURU PN. SITI SALUAH BINTI MASRI (K) PN. ZUANA BINTI HANIF PN. ZURAINI BINTI AWANG PN. ASMA HAIRUNNISA BINTI ABDULLAH PN. HASNIZA BINTI SEHARUN PN. HAFIZAN BINTI SAHIZAH PN. DEEPA KUMARI A/P KANDASAMY AJK PERSEMBAHAN PN. NORAIDAH BINTI NASIR (K) PN. SITI MUBARAKAH BINTI MOHAMMAD TARMUDI PN. NORHAFIZAH BINTI BAHARUDDIN 10
AJK PENUTUPAN DEWAN EN. NOOR AZAM BIN OSMAN (K) EN. MOHD IRWAN BIN IDRIS EN. SYAMSUL QAMAR BIN HABIB EN. MUHAMMAD SAIFUL BIN MOHD DAUD EN. ZULKIFLI BIN MOHD ABD GHANI EN. SHAMRIZAL FAUZI BIN MOHD SALLEH PN. NIK ZAMARON BINTI ISMAIL PN. NOR LAILA BINTI LAHWAN@HAJI MUSTAFA PN. SHAMALA A/P RATNA KUMAR PN. NOORDIYANAH BINTI KUSNIN PN. HAJAH RAJIHA BINTI MUSTAFFA PN. UMMI ATIKAH BINTI AYOB PN. NOOR NABILLA HUDA BINTI SHAMSUDIN PN. NOR HAFIZAH BINTI HAJI BAHARUDDIN PN. NOR SHARMIN BINTI MOHD PN. WAN IZZATI NABILAH BINTI WAN MAHMUD PN. NUR ASYILLA ASLINDA BINTI MOHD NASIR EN. MOHD RAZI BIN NEKMAT (AJK IBUBAPA) EN. RAIS BIN YAHYA (AJK IBUBAPA) EN. ABDUL RAZAK BIN MOHD NOOR (AJK IBUBAPA) EN. MOHAMAD TAHIR BIN SUMALI (AJK IBUBAPA) 11
BIL. PERKARA 1. Ucapan Penasihat 2. Ucapan Pengerusi 3. Membentang dan menerima minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Bilangan 45 sesi 2024 4. Perkara-perkara berbangkit 5. Membentang dan menerima Laporan Tahunan PIBG Sesi 2024. 6. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan bermula 1 januari 2024 berakhir 31 disember 2024. 7. Membahaskan usul Tahun 2025 8. Pembubaran Jawatankuasa PIBG dan melantik Pengerusi Sementara 9. Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi tahun 2025 10. Pemilihan Juru Audit Dalaman 11. Lain-lain hal 12. Ucapan penangguhan. AGENDA MESYUARAT 12
PK 07/3 MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN SEMENTA, KLANG KALI KE – 45 sesi 2024 Tarikh : 23hb Mac 2024/Sabtu Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan Lestari, SK Sementa Pengerusi : En. Mohamad Kosni Bin Madar Kehadiran (Bilangan) : Ibu Bapa 71 orang Guru 111 orang JUMLAH 182 orang AGENDA 1 - PERUTUSAN PENGERUSI YDP PIBG mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua pada hari ini. Beliau menjemput Ustaz Mazlan bin Ayub untuk bacaan doa. Beliau menyatakan kerusi yang di duduki di dewan sekarang merupakan sumbangan daripada pihak Tuan dan Puan sekalian iaitu sebanyak 300 unit. Terdapat 40 unit kerusi dan meja untuk sebuah kelas telah di beli untuk kegunaan murid. Pemilihan jawatankuasa yang baru akan diadakan pada hari ini dan Tuan Puan boleh mencadang dan mengundi individu yang layak. AGENDA 2 - UCAPAN PENASIHAT Tn Guru Besar mengucapkan terima kasih kerana dapat hadir walaupun mesyuarat diadakan dalam bulan Ramadan. PIBG merupakan badan berdaftar dengan ROS atas kelulusan pengarah pendidikan Negeri Selangor. Merujuk kepada perlembagaan, mesyuarat agung tahunan perlu diselesaikan sebelum berakhir bulan Mac. Banyak aktiviti yang akan dilaksanakan. Pemilihan AJK dijalankan pada setiap tahun. Di pihak guru, pengurusan sekolah telah pilih. Namun, di pihak ibu bapa, Tuan Puan akan tentukan. Peranan PIBG adalah untuk membantu pihak sekolah dari segi pembangunan dan menyelesaikan isu yang timbul. Sumbangan yang diberikan banyak membantu pihak sekolah kerana peruntukkan daripada PPD adalah terhad. Sebagai contoh, pintu kelas, kerusi, tahun lepas kita telah naik taraf set kerusi meja untuk 3 buah kelas hampir mencecah RM20,000. Peruntukan daripada PPD telah berhasil untuk membaiki 2 pam air yang rosak, membina bumbung dewan dan sekarang pihak sekolah sedang membuat permohonan untuk membaiki pagar sekolah. Semoga mesyuarat pada hari ini berjalan lancar. 13 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-45
AGENDA 3 - MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG BILANGAN KE-44 Setiausaha Kehormat PIBG bagi tahun 2023, En Zulkifli bin Mohd Abdul Ghani membentangkan minit Mesyuarat Agung Tahunan SK Sementa kali ke-44 bagi tahun 2023. Tindakan: Semua ahli PIBG sebulat suara bersetuju menerima minit tersebut. AGENDA 4 - PERKARA-PERKARA BERBANGKIT Tiada perkara berbangkit AGENDA 5 - MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN PIBG YANG BERAKHIR PADA 31HB DISEMBER 2023 Bendahari Kehorrnat, Puan Julianna A/P Selvanayagam membentangkan Penyata Kewangan PIBG yang berakhir pada 31hb Disember 2023. Pn Julianna meminta ibu bapa dan penjaga merujuk Buku Mesyuarat Agung Tahunan muka surat 20 hingga 26. Puan Khairul Bariyah: Isu guru ganti (m/s 22) : Adakah jumlah guru ganti cukup untuk menampung ketiadaan guru cuti bersalin? Respon Tn Guru Besar : Pihak sekolah telah memohon PPD untuk peruntukkan namun tidak mendapat kelulusan KPM. Oleh sebab pihak sekolah telah mengambil guru ganti, kita minta pihak PIBG untuk membayar elaun guru ganti tersebut. Namun, pada masa akan datang tiada lagi pengambilan guru ganti melalui sekolah, semuanya harus dipohon melalui KPM sahaja. Tindakan: Penyata kewangan diterima sebulat suara. AGENDA 6 - MEMBAHASKAN USUL-USUL DAN CADANGAN USUL BERTULIS YDP memohon kepada ahli mesyuarat merujuk muka surat 27 hingga 31. Usul yang terdiri daripada bidang pendidikan, keceriaan/pembangunan/kebersihan, kedai buku sekolah, sumbangan sekolah, keselamatan lalu lintas, pentadbir/guru dan lain-lain. En. Kamal : Isu bebanan beg sekolah dan isu usul tidak dibincangkan. (m/s 27) Respon YDP : Semua usul akan dibaca seperti yang dicadangkan. Respon Tn Guru Besar : Loker disediakan untuk murid tahap 1 manakala untuk murid tahap 2 dihadkan sebanyak 4 matapelajaran sehari. Guru merancang buku yang ingin digunakan. Tindakan: Berkenaan ‘group WhatsApp’, isu akan dibawa ke mesyuarat kurikulum supaya boleh dengar pandangan daripada pihak guru. 14 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-45
Pn. Fatin Suhana : Isu buku aktiviti yang tidak digunakan. (m/s 27) Respon Tn Guru Besar : Pihak sekolah telah berbincang dengan pihak kedai buku untuk menjual buku yang diperlukan sahaja. Buku kerja membantu beri latihan kepada murid-murid. Pihak sekolah juga telah memilih buku aktiviti yang mempunyai harga rendah di pasaran dan juga kandungan yang selari dengan PdPc. Tindakan: Isu ini akan dibawa ke mesyuarat guru yang akan datang. Pn. Nur’aisyah Najihah binti Mohammad Isa : Isu kenaikan harga buku NILAM. (m/s 28) Respon guru GPM : En. Mohd Noor Asyraf: Harga buku NILAM tidak pernah dinaikkan. Kali terakhir harga buku naik adalah pada tahun 2022 iaitu daripada RM2.50 naik ke RM3. Harga terpaksa naik disebabkan harga barang meningkat. Pembekal tidak boleh beri harga yang lebih murah. Muka surat juga turut berkurang disebabkan kos dan hanya 2 muka surat yang berkurang. Perincian buku juga perlu ditulis supaya mendidik murid untuk membaca dan memahami dan bukan untuk menyalin atau rekod tajuk buku yang paling banyak. Pn. Nur’aisyah Najihah binti Mohammad Isa : Cadangan pakaian pengawas sekolah. (m/s 28) Respon PK HEM : Pn. Nornajmah binti Muah : Ibu bapa boleh memilih untuk memakai baju kurung atau pun vest. Ibu bapa juga boleh menerima atau menolak tawaran untuk menjadi pengawas sekolah. Pakaian melambangkan identiti. Ia juga membezakan murid biasa dan pengawas. Pada musim panas ini, murid dibenarkan untuk tidak memakai vest untuk elak haba. En. Mohd Zailani bin Abd Wahab : Cadangan memakai pakaian sukan. (m/s 28) Respon Tn Guru Besar : Isu pakaian adalah di bawah arahan KPM dan bukan keputusan pihak sekolah. Pihak sekolah diberi autoriti seperti berikut; 2 hari uniform sekolah, 2 hari baju sukan dan 1 hari baju unit beruniform. Pemakaian vest dan tali leher turut dilonggarkan. Buat masa sekarang, KPM telah membenarkan murid-murid untuk memakai pakaian sukan namun, jika sekiranya cuaca semakin elok, kita akan kembali ke pakaian uniform sekolah seperti biasa. En. Rais bin Yahya : Cadangan membuat lawatan sekolah. (m/s 28) Respon Tn Guru Besar: Pihak sekolah hanya boleh membuat lawatan sebanyak 2 kali setahun sahaja. Ahli jawatankuasa lawatan yang dilantik akan berbincang tentang perincian lawatan yang akan dilaksanakan. Pn. Siti Junainah binti Jamaluddin : Cadangan ganti/tambah kipas. (m/s29) Respon YDP: Cadangan ini sudah berada dalam perancangan bergantung kepada keadaan kewangan semasa PIBG. Kos pendawaian juga mahal 15 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-45
Pn. Hairiawati binti Md. Zaini : Pertambahan jumlah sumbangan lalu lintas daripada RM20 ke RM25. (m/s 30) Tindakan: Seluruh ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan ini. Pn. Nornajmah binti Muah : 1. Sumbangan kekal Tindakan: Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan kenaikan sumbangan keselamatan iaitu daripada RM20 ke RM25. Kutipan sumbangan unit kebajikan bagi tujuan sumbangan musibah. Respon En. Muhd Suhaimi bin Muhd Shahidi : Mencadangkan untuk memberikan pembentangan bajet yang diperlukan sepanjang tahun dan kita kutip jumlah yang diperlukan sahaja. Respon Tn Guru Besar : Terdapat kekangan di situ kerana pihak sekolah tidak dapat meramal apa yang belum jadi. Kadangkala sekolah juga mendapat peruntukkan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Jika tidak cukup, baru kita usulkan dalam mesyuarat AJK untuk pihak PIBG bantu. Jika sumbangan lebih, baki itu akan dibawa ke hadapan. Kutipan hari Kanak-Kanak (RM10) Kutipan Majlis Gradusi Tahun 6 (RM50) Mengadakan program mencari sumbangan untuk menaiktaraf prasarana sekolah. Tindakan: Seluruh ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan berikut USUL LISAN En Mohd Taufiq bin Nordin : Isu keselamatan waktu pergi dan balik sekolah. Beliau mencadangkan pihak sekolah membuat permohonan dengan pihak yang bertanggungjawab untuk elak lori lalu di kawasan sekolah ketika waktu puncak. Letak papan tanda memaklumkan kenderaan berat ini boleh lalu pada waktu bila. Respon Tn Guru Besar: Cadangan ini akan diambil maklum dan dipanjangkan kepada pihak yang berkenaan. Pihak sekolah perlu membuat permohonan kepada MPK untuk letak papan tanda. Pematuhan daripada pihak pemandu lori akan mengambil masa. 16 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-45
Pn. Fazilah binti Shahrin :Isu parking van dan kenderaan ibu bapa. Beliau mencadangkan ibu bapa yang membawa kereta untuk tidak masuk ke kawasan parking van. Kebanyakkan ibu bapa tidak menghiraukan nasihat pengawal keselamatan di sekolah. Respon Tn Guru Besar: Pihak sekolah tidak menggalakkan ibu bapa menggunakan pagar depan (van keluar masuk). Pihak sekolah akan mengingatkan pihak pengawal keselamatan untuk lebih tegas. Mohon ibu bapa untuk sampaikan maklumat kepada ibu bapa lain yang tidak dapat hadir pada hari ini. Isu kedai buku menjual barangan yang tidak diperlukan. Respon Tn Guru Besar : Jika ada barang-barang yang tidak diingini di jual dan dibeli oleh anak, sila maklumkan terus kepada pihak sekolah agar boleh dipesan kepada kedai buku. Tindakan: Peti cadangan dan aduan akan diletakkan di hadapan pagar sekolah bagi memudahkan ibu bapa untuk membuat aduan. Kutipan hari Kanak-Kanak (RM10) Kutipan Majlis Gradusi Tahun 6 (RM50) Mengadakan program mencari sumbangan untuk menaiktaraf prasarana sekolah. Tindakan: Seluruh ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan berikut En. Muhd Razi bin Othman : Etika penjual di kedai buku. Pihak kedai buku seolah memaksa ibu bapa untuk membeli buku yang tidak diperlukan, kami hanya mendengar arahan guru yang mengajar sahaja. Cara percakapan agak tidak sopan sebagai penjual. Respon Tn Guru Besar : Pihak sekolah akan maklumkan kepada pengurus kedai buku untuk menasihati penjualnya. En. Tun Azmi (NYDP) : Isu usul tidak dibincangkan : Mencadangkan agar usul dijawab secara bertulis. Respon YDP : Usul ibu bapa yang tidak hadir akan dibincangkan di dalam mesyuarat AJK dan dijawab secara bertulis. Kad Amal, persoalan mengapa tahun 2023 tidak dijalankan. Respon Tn Guru Besar : Kad Amal tidak diteruskan kerana tidak mendapat kelulusan JPNS dan kutipan tidak boleh dijalankan dalam masa yang panjang. Sekolah juga tiada permit polis untuk menjalankan kutipan ini. Peruntukkan untuk ibu bapa yang menghadapi musibah termasuk guru-guru Respon YDP : Perkara ini sudah berada dalam perancangan. Respon En. Ahmad Zamzuri (AJK Guru) : Beliau tidak bersetuju untuk menggunakan sumbangan PIBG untuk kutipan musibah kerana sumbangan PIBG digunakan untuk infrastruktur sekolah. Jika ada musibah, kita akan membuat kutipan berasingan mengikut keperluan. Respon Tn Guru Besar: Fokus PIBG adalah untuk pembangunan sekolah. Kutipan ikhlas boleh diberikan untuk individu yang menghadapi musibah. Respon En. Zulkifli Abd Ghani (SU PIBG) : Dalam perlembagaan ada menyatakan boleh membantu untuk kebajikan dan tingkatkan fizikal sekolah. Bersetuju dengan pendapat En. Ahmad Zamzuri. Tindakan: Majoriti tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. 17
Mohon pengurus kantin dan kedai buku serta pemandu van untuk turut serta ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG. Respon Tn Guru Besar : MAT hanya boleh dihadiri oleh ahli sahaja dan tidak boleh dihadiri oleh pihak luar. En. Ahmad Zamzuri (AJK Guru) : Tidak semua buku aktiviti digunakan, mohon ibu bapa membeli mengikut senarai yang telah diberikan. Mohon ibu bapa membeli buku aktiviti yang wajib sahaja kerana akan digunakan di dalam kelas. En. Abdul Razak : Meminta guru-guru untuk mengingatkan keburukkan bermain telefon bimbit kepada anak murid. Respon YDP: Marilah sama-sama kita ibu bapa mengingatkan anak masing-masing. Meminta ibu bapa untuk sama-sama menasihatkan peniaga dihadapan sekolah untuk tidak berniaga di hadapan sekolah ketika sekolah mempunyai program agar tidak berlaku kesesakan. Minta juga lori tidak parking di hadapan sekolah kerana jalan sudah mendap dan merosakkan jalan. Respon Tn Guru Besar : Kawasan longkang di luar sekolah tersebut tidak boleh ditutup kerana jika berlaku banjir, pihak sekolah boleh disaman. En. Kamal : Meminta kepastian berkenaan kluster (streaming) kelas. Jika tiada streaming, mohon semua kelas diberikan fokus sama rata dan program tambahan untuk kelas pertama. Respon Tn Guru Besar : Pihak sekolah tidak lagi membuat streaming. Pihak sekolah terpaksa memindahkan murid yang tidak boleh menguasai 3M untuk duduk sekelas agar boleh ditangani guru pemulihan. Pn. Khairul Bariyah: Adakah AJK PIBG ada pasukan untuk mencari dana? Bagaimana PBD dijalankan? Bolehkah markah peperiksaan dimaklumkan kepada ibu bapa? Respon Tn Guru Besar : Markah tidak diberikan kerana penilaian adalah secara berterusan dan pihak sekolah ingin mengelakkan kekeliruan ibu bapa. Penilaian formatif adalah murid dinilai melalui buku tulis dan buku latihan. Penilaian sumatif dijalankan bagi menilai kefahaman murid kemudian baru dikeluarkan markah PBD. Isu kedai buku - etika 18
HAL-HAL LAIN AHLI JAWATANKUASA PIBG BAGI SESI 2024/2025 Terdapat pemilihan dan pelantikan AJK baru pada tahun 2024/2025. AJK PIBG bagi tahun 2023/2024 dibubarkan. En Mohd Noor Asyraf mencadangkan En Zulkifli Bin Mohd Abd Ghani menjadi pengerusi sementara. Berikut adalah senarai nama AJK PIBG ibu bapa dan guru bagi sesi 2024/2025: Penasihat : En Hasbullah bin Ibrahim @ Lembut Yang Di Pertua : Pn Khairul Bariyah binti Baharuddin Naib Yang Di Pertua : En Kamal Azmir bin Jumri Setiausaha Kehormat : En Syahril bin Aziz Bendahari Kehormat : Pn Julianna a/p Selvanayagam Ahli Jawatankuasa : AJK Ibubapa 1. En Mohd Razi bin Nekmat 2. Pn Hairiawati binti Md.Zaini 3. En. Rais bin Yahya 4. Pn Fazilah binti Shahrin 5. En Abdul Razak bin Mohd Noor 6. En Mohamad Tahir bin Sumali AJK Guru 1. En Azrilhairi Bin Ahmad 2. En Mohamad Rashidi bin Mohamad Halil 3. En Shahrul Fahmi Bin Idris 4. Pn. Nurul Syakirin binti Nazian 5. Pn Siti Zakiah Binti Ab Hamid 6. Pn. Siti Mubarakah Binti Mohammad Tarmudi Juruaudit Dalaman : Pn Siti Junainah binti Jamaluddin(ibu bapa) Juruaudit Dalaman : Pn Fazliani binti Khaled (guru) Persetujuan pertukaran tandatangan untuk jawatan- jawatan penting bagi urusan tandatangan buku cek. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa PIBG SKS 2023/2024 telah bersetuju untuk memberi kuasa kepada penama-penama berkaitan menurunkan tandatangan ke atas buku cek bernombor akaun 8002462542 dengan syarat minima 2 orang penama. 19
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-45 AGENDA 7 - UCAPAN PENANGGUHAN YDP Pn Khairul Bariyah mengalu-alukan segala jenis bantuan. Beliau menyatakan hasrat beliau akan melakukan yang terbaik untuk bantu sekolah. Mesyuarat di akhiri dengan Tasbih Kafarrah dan Surah Al-Asr. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.38 pagi. MAKLUM BALAS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2024 20
AKTIVITI UNIT KURIKULUM Pengerusi : En. Hasbullah Bin Ibrahim @ Lembut Penyelaras : En. Abdul Halim Bin Mohammad Setiausaha : Pn. Siti Hadijah Binti Atan AKTIVITI UNIT KOKURIKULUM Pengerusi : En. Hasbullah Bin Ibrahim @ Lembut Penyelaras : En. Mazlan Bin Ahmad Setiausaha : Cik Nur Nabilah Binti Aziz 21 LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG 2024/2025
AKTIVITI UNIT HAL EHWAL MURID Pengerusi : En. Hasbullah Bin Ibrahim @ Lembut Penyelaras : Pn. Nornajmah Binti Muah Setiausaha : Pn. Nurul Ezzah Hilwani Binti saleh 22 AKTIVITI PPKI Pengerusi : En. Hasbullah Bin Ibrahim @ Lembut Penyelaras : Pn. Jamaliah Binti Jelani Setiausaha : Pn. Hajah Rajiha Binti Mustaffa
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG 2024/2025 23
RUMUSAN KEWANGAN PIBG 2024 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SK SEMENTA PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BERAKHIR 31.12.2024 Kami yang bertandatangan di bawah ini mengaku telah memeriksa kira-kira kewangan PIBG SK Sementa bagi tempoh 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2024 bagi pihak PIBG SK Sementa dengan berpandukan resit dan baucer yang ditunjukkan oleh Bendahari Persatuan ini dan kami mengesahkan bahawa kira-kira ini betul. 24
PENDAPATAN NOTA RUJUKAN(2024) LAPORAN KEWANGAN PIBG 2024 25
PERBELANJAAN NOTA RUJUKAN (2024) 26 LAPORAN KEWANGAN PIBG 2024
27
28
USUL MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2025 BIL NAMA/USUL MAKLUMBALAS PIHAK PENTADBIR SEKOLAH/PIBG 1. Afiezahani binti Azizan Anak: Eshal Rafanda binti Fakhru Rosyeed Kelas: 1 UM Berharap guru lebih peka dan tegas dalam mendidik anak-anak murid supaya mereka cepat belajar dan berjaya. Usul ini di ambil maklum, akan di laksanakan dan akan ditambahbaik. 2. Azlina Binti Alias Anak: Nur Neelam Hawa binti Abdullah Kelas: 2 UM Membenarkan murid untuk Solat Zohor & Asar dengan pantauan guru kelas masingmasing. Usul ini di ambil maklum, akan di laksanakan dan akan ditambahbaik. 3. Ifwat Nasrullah Bin Nazri Anak: Aisy Aryan bin Ifwat Nasrullah Kelas: 2 USIM Meningkatkan prestasi pelajar. Memastikan murid yang lemah dalam mata pelajaran supaya dibimbing dan diberi latihan. Usul ini di ambil maklum, akan di laksanakan dan akan ditambahbaik. 4. Mohd Akhbar bin Mohamed Nahar Anak: Mohammed Jalaluddin bin Mohd Akhbar Kelas: 5 UPM Memberi penerangan kefahaman mengenai ADHD & AUTISM Usul ini akan dibawa ke mesyuarat AJK PIBG kali ke-1. Pihak PIBG akan mengadakan program cakna ADHD & AUTISM. 29
USUL MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2025 BIL NAMA/USUL MAKLUMBALAS PIHAK PENTADBIR SEKOLAH/PIBG 5. Mohd Nazrin bin Mohd Saad Anak: Che Nurul Aina Maisarah binti Mohd Nazrin Kelas: 6 UKM Saya mendapati anak kurang aktif dalam bidang jasmani. Saya berharap pihak sekolah dapat memperluaskan lagi aktiviti sukan di sekolah. Usul ini di ambil maklum, akan di laksanakan dan akan ditambahbaik. 6. Muhammad Taufiq bin Nordin Anak: Hani Zulaikha binti Muhammad Taufiq Kelas: 3 UM Mengusulkan diwujudkan kelab/aktiviti seperti Kelab Silat, Taekwondo, Catur, Memanah atau apa-apa aktiviti yang boleh memberi nilai tambah kepada murid. Mencadangkan usahajaya menjana pendapatan PIBG dengan kerjasama pihak sekolah dengan menawarkan khidmat sewa dewan terbuka sekolah kepada masyarakat. Menyelaraskan program motivasi/kem cuti sekolah. Mencadangkan program anjuran konsultan/anjuran PIBG dengan kadar minimum. Menganjurkan program FUN RUN sempena UlangTahun penubuhan sekolah (pupuk semangat cinta akan sekolah) dengan kadar bayaran bagi menjana pendapatan PIBG. Menubuhkan persatuan ALUMNI bekas pelajar SK Sementa. Bertujuan untuk menjana pendapatan dan juga menjadi ikon kejayaan kepada murid lain. Usul diambil maklum. Aktiviti yang melibatkan jurulatih luar perlu menghantar permohonan dan prosedur kepada Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. (JPNS) Usul diambil maklum. Penggunaan dewan perlu dipohon ke JPNS. Aktiviti sepanjang tahun dirancang mengikut takwim persekolahan. Usul diambil maklum dan akan dipanjangkan ke Mesyuarat AJK PIBG. Usul diambil maklum dan akan dipanjangkan ke Mesyuarat AJK PIBG 30
USUL MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2025 BIL NAMA/USUL MAKLUMBALAS PIHAK PENTADBIR SEKOLAH/PIBG 7. Nor Atikah binti Mohamad Noor Anak: Sarah Zulaikha binti Mohd Syahiman Kelas: 5 UiTM Mencadangkan kelas tambahan pada hari Sabtu atau Ahad. Cadangan di ambil maklum dan akan dibincangkan di dalam Mesyuarat Unit Kurikulum Sekolah. 8. Mohd Zakri bin Mumin Anak: Aryan Zahien bin Mohd Kelas: 5 UiTM Mencadangkan buku teks di SPBT disemak semula sebelum diberikan kepada murid. Anak mendapat buku yang rosak dan ibu bapa perlu menggantikannya. Ibu bapa dibenarkan untuk maklum dan tukar buku rosak. Guru SPBT akan sedaya upaya menggantikan buku yang lebih baik jika ada. Permohonan buku baru untuk kegunaan sekolah hanya 3% daripada jumlah murid untuk satu tahun. 9. Mohamad Kosni bin Madar Anak: Umar Hafidz Kelas: 6 UIAM Mohon pasang lampu di laluan jalan kaki belakang pondok pengawal terutama waktu pagi. Usul ini di ambil maklum dan akan di laksanakan. 10. Mohamad Pirdaus bin Bahari Anak: Muhammad Harraz Naufal Kelas: 2 USM Mencadangkan pihak sekolah menyediakan lebih banyak laci/rak buku. Loker buku telah disediakan oleh KPM untuk murid Thun 1,2 dan 3. Keadaan kelas dengan loker sedia ada dan murid yang ramai akan mengehadkan pergerakkan murid untuk beraktiviti di dalam kelas. 31
USUL MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2025 BIL NAMA/USUL MAKLUMBALAS PIHAK PENTADBIR SEKOLAH/PIBG 11. Nor Atikah binti Mohamad Anak: Muhammad Rifaul Mikail bin Mohamad Amirul Asyraf Kelas: 1 UTM Mencadangkan pihak sekolah sediakan loker atau rak untuk simpan buku teks bagi mengelakkan risiko terkena slip disc. Loker buku telah disediakan untuk murid Tahap 1. Guru kelas juga ada menyediakan rak buku tambahan di dalam kelas. 12. Norliza binti Ibrahim Anak: Norfatihah binti Zaidun Kelas: 5 USIM Mencadangkan ruang letak kereta yang lebih besar. Pihak sekolah dan PIBG telah memohon pembinaan culvert di hadapan sekolah. Proses masih dalam permohonan. 13. Mohd Al Hafiz bin Ali Anak: Hannan Hazirah binti Mohd Al Hafiz Kelas: 4 UKM Mencadangkan tambahan bumbung awning di bahagian depan pintu sekolah untuk keselesaan murid kerana yang sedia ada tidak mencukupi. Usul diambil maklum dan akan dibincangkan dalam Mesyuarat AJK PIBG 2025. 14. Azzieyana binti Musa Anak: Muhammad Izz Abqary bin Mohd Faizal Kelas: 2 UiTM Mencadangkan pengurangan harga makanan di kantin sekolah. Harga makanan kantin sekolah adalah selaras dengan tender daripada pihak sekolah. 32
USUL MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2025 BIL NAMA/USUL MAKLUMBALAS PIHAK PENTADBIR SEKOLAH/PIBG 15. Jamaliah binti Rahman Anak: Fiqtri Amara Aisyah binti Fikri Kelas: 1 UIAM Mencadangkan penambahbaikan makanan di kantin sekolah. Panduan menu makanan kantin sekolah telah diberikan oleh pihak KPM. Pihak kantin sedaya upaya mematuhi menu yang diberi. 16. Siti Zubaidah binti Sadli Anak: Muhammad Aisy Ferhan bin Muhammad Farid Kelas: 1 UKM Mengusulkan makanan di kantin yang lebih sihat. Panduan menu makanan kantin telah diberikan oleh pihak KPM. Pihak kantin sedaya upaya mematuhi senarai menu yang diberi. 17. Alwi Anak: Sofia Adelia binti Alwi Kelas: 3 UM Mengusulkan penjelasan peranan pihak RELA sama ada mengawal lalu lintas atau menjaga keselamatan murid. Kesesakan jalan raya sering terjadi dan hampir mengakibatkan kemalangan. Usul ini di ambil maklum, akan dibawa ke Mesyuarat AJK PIBG 2025. 18. Nur Azlan bin Arifin Anak: Nur Saif Qa’id Anaqi bin Nur Azlan / Nurul Sara Aisyah binti Nur Azlan Kelas: 4 UM / 2 UKM Lalu lintas anak-anak Usul ini di ambil maklum, akan dibawa ke Mesyuarat AJK PIBG 2025. 33
USUL MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2025 BIL NAMA/USUL MAKLUMBALAS PIHAK PENTADBIR SEKOLAH/PIBG 19. Sofiyyah binti Khairuddin Anak: Muhammad Hazwan Haziq Kelas: 6 USIM Mengusulkan pihak sekolah mengembalikan peraturan pihak van sekolah mengambil pelajar di pagar berdekatan dewan. Pihak sekolah mengalualukan pihak pemandu van sekolah untuk menggunakan pintu belakang namun tiada halangan untuk menggunakan pintu hadapan atas faktor keselamatan. 20. Mohd Sahidan bin Bajuri Anak: Ahmad Fauzan bin Mohd Sahidan Kelas: 5 UIAM Mengusulkan waktu tamat sekolah diawalkan seperti sebelum tahun ini kerana anak tergesa-gesa untuk ke sekolah agama. Pihak sekolah telah menambah waktu untuk memberi laluan kepada pelaksanaan aktiviti Kokurikulum pada hari Rabu. 21. Muhammad Aziz bin Mohd Sapiee Anak: Nur Alya Qaisara binti Muhammad Aziz / Nur Umairah Arissa binti Muhammad Aziz Kelas: 3 UPSI / 5 UKM Mengusulkan waktu pulang untuk Tahun 1,2 dan 3 berbeza untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Jadual waktu dilaksanakan mengikut SPI yang telah ditetapkan KPM. 22. Norwati binti Abd Hakim Anak: Syahmi Irsyad bin Mohammad Faisak Hakimy Kelas: 1 UM Mencadangkan pihak sekolah buat yang terbaik untuk kebajikan anak-anak dan sekolah. Usul ini di ambil maklum dan akan ditambahbaik. 34
USUL MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2025 BIL NAMA/USUL MAKLUMBALAS PIHAK PENTADBIR SEKOLAH/PIBG 23. Nurul Ain binti Mohd Yusof Maharus Anak: Aidan Farhad bin Mohd Fairus Kelas: 1 UTM Mengusulkan waktu balik awal pada bulan Ramadan. Usul ini di ambil maklum. Waktu pulang ditetapkan mengikut SPI KPM pada bulan Ramadan. 24. Nurul Azreen binti Ruslan Anak: Dhia Alisha binti Abdul Rashyid Kelas: 1 UM Mengusulkan waktu masuk sekolah sesi petang diselaraskan dengan hari Jumaat iaitu pada jam 2 petang. Usul ini di ambil maklum. Waktu masuk sekolah ditetapkan berdasarkan SPI KPM. 25. Siti Mariam binti Ismail Anak: Siti Nur Farah Aqilah binti Musa Kelas: 4 UPSI Mengusulkan waktu pulang murid sesi pagi dikembalikan seperti tahun lepas. Usul ini di ambil maklum. Waktu pulang murid pagi ditetapkan mengikut SPI KPM dan atas faktor perubahan aktiviti Kokurikulum ke hari Rabu. 26. Badan Kebajikan SK Sementa Mencadangkan agar kutipan sumbangan dapat dibuat daripada ibu bapa dan guru untuk murid-murid yang ditimpa musibah atau bencana. Kutipan dibuat mengikut keperluan bagi meringankan beban dan menzahirkan sikap cakna kepada warga sekolah. Usul ini diterima. Pihak PIBG bersetuju sebulat suara. 35
USUL MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2025 BIL NAMA/USUL MAKLUMBALAS PIHAK PENTADBIR SEKOLAH/PIBG 27. Nur Liyana Anak: Azamuddin Kelas: 3 UPSI Mengusulkan pembelian bendera kecil berwarna merah (berhenti) dan hijau (jalan) untuk memudahkan pihak Rela mengawal lalu lintas dan lebih mudah di fahami oleh pengguna jalan raya. Usul ini di ambil maklum, akan dibawa ke Mesyuarat AJK PIBG bil-1 2025. 28. Pihak PIBG 2024 Mengusulkan kutipan-kutipan berikut: Sumbangan PIBG dikekalkan: RM 60 (PIBG) RM 25 (Keselamatan lalu lintas) *Kutipan sumbangan per keluarga. Kutipan majlis Hari Kanak-Kanak. RM 10 seorang Kutipan Majlis Graduasi Tahun 6. RM 50 seorang Usul ini diterima. 36
BARISAN AJK PIBG SK SEMENTA 2024/2025 37 Penasihat : En Hasbullah bin Ibrahim @ Lembut Yang Di Pertua : Pn Khairul Bariyah binti Baharuddin Naib Yang Di Pertua : En Kamal Azmir bin Jumri Setiausaha Kehormat : En Syahril bin Aziz Bendahari Kehormat : Pn Julianna a/p Selvanayagam Ahli Jawatankuasa : AJK Ibubapa 1. En Mohd Razi bin Nekmat 2. Pn Hairiawati binti Md.Zaini 3. En. Rais bin Yahya 4. Pn Fazilah binti Shahrin 5. En Abdul Razak bin Mohd Noor 6. En Mohamad Tahir bin Sumali AJK Guru 1. En Azrilhairi Bin Ahmad 2. En Mohamad Rashidi bin Mohamad Halil 3. En Shahrul Fahmi Bin Idris 4. Pn. Nurul Syakirin binti Nazian 5. Pn Siti Zakiah Binti Ab Hamid Juruaudit Dalaman : Pn Siti Junainah binti Jamaluddin(ibu bapa) Juruaudit Dalaman : Pn Fazliani binti Khaled (guru)
STATISTIK KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG 2024 38
LAMPIRAN 39 Pertandingan Stacking Cup Negeri (Tempat Ketiga) Olahraga Pendidikan Khas Daerah Klang Hari Anugerah Kecemerlangan Murid (HAKMu) 2024 Program-program Unit Kurikulum SK Sementa 2024
PENGHARGAAN Seluruh Ahli Jawatan Kuasa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-46 mengucapkan jutaan terima kasih kepada: YANG DIPERTUA PIBG & AJK PIBG SK SEMENTA SESI 2024/2025 GURU BESAR, BARISAN PENTADBIR, GURU-GURU & KAKITANGAN SK SEMENTA PARA DERMAWAN SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-46 Kuning emas masaknya padi, Mawar merah dalam jambangan; Terima kasih daun keladi, Budi tuan jadi kenangan. 40
PIBG SK SEMENTA 2024/2025 41