PANITIA BAHASA MELAYU
Pak Pandir Membeli Lembu
Pak Pandir Membeli Lembu
Pada zaman dahulu kala, tinggal sepasang suami isteri di sebuah
kampung. Nama isterinya, Mak Andeh dan nama suaminya Pak Pandir.
Pada satu hari, Mak Andeh meminta tolong suaminya untuk membeli
lembu. Suaminya bertanya pada isterinya, " Bagaimanakah rupa lembu
itu ya Andeh?" Isterinya pun menjawab, "Rupa lembu itu senang sahaja.
Lembu bertanduk dan makan rumput."
Kosa kata
1. Bertanduk – ada di atas kepala mahkluk
Cikgu Siti
Pak Pandir Membeli Lembu
Pak Pandir pun berjalan di keliling kampung mencari lembu. Sedang dia
berjalan, dia terlihat seorang hamba Allah sedang menyambit rumput
dengan menggunakan sabit.
"Itu pun lembu yang diberitahu oleh Mak Andeh," fikirnya sendirian.
Dia pun menghampiri orang itu. "Saya hendak beli lembu di tangan
saudara itu." Sambil Pak Pandir menunjuk sabit di tangan orang itu.
Kosa kata Cikgu siti
2. Keliling – di sekitar kawasan
Pak Pandir Membeli Lembu
"Ini bukan lembu, ini sabit," beritahu orang itu.
"Tidak, itulah lembu. Jualkanlah kepada saya. Saya mahu membelinya,"
kata Pak Pandir bersungguh-sungguh.
Kerana bersungguh-sungguh benar Pak Pandir mahu beli sabit itu,
orang itupun beri.
"Nah ini bayarannya," sambil Pak Pandir memberi semua duit yang diberi
oleh Mak Andeh tadi.
"Tapi duit apa banyak sangat ni?" orang itu bertanya kebingungan. Pak
Pandir tidak menghirau apa-apa lagi. Dia terus mengikat sabit tersebut
dengan tali dan ditarik pulang, seperti menarik lembu.
Kosa kata Cikgu Siti
Kebingungan – kehilangan akal
Pak Pandir Membeli Lembu
Setibanya di halaman rumah, Pak Pandir pun memanggil isterinya, "Mak
Andeh, Ini lembu yang awak suruh beli." Mak Andeh yang belum melihat
lagi, cuma mendengar suara Pak Pandir merasa sukacita.
"Cepat dia dapat beli lembu. Sudah boleh diharap Pak Pandir aku ni,"
fikir Mak Andeh sendirian sambil menuju ke tingkap hendak melihat
lembu yang dibawa pulang.
Kosa kata
Sukacita - Gembira
Cikgu Siti
Pak Pandir Membeli Lembu
"Ha! Mana dia lembu yang awak katakan itu?" tanya Mak Andeh. "Ini!
Aku beli dengan semua duit yang engkau beri itu," sambil Pak Pandir
menunjukkan kepada sabit yang diikat dengan tali itu.
Mak Andeh menepuk-nepuk kepala ..
"Habis duit simpanan aku..," mengeluh Mak Andeh.
TAMAT
Cikgu Siti
Pak Pandir Membeli Lembu
Pengajaran/ moral cerita ini.
1. Kita hendaklah membantu orang yang memerlukan bantuan.
2. Kita mestilah bersungguh-sungguh melakukan pekerjaan supaya
pekerjaan kita menjadi lebih mudah.
3. Kita hendaklah mempercayai orang sekeliling kita dan sentiasa bantu
mereka ketika jika mereka salah.
Cikgu Siti
Pak Pandir Membeli Lembu
Tuliskan kosa kata yang telah kamu pelajari berdasarkan cerita ini di dalam buku
kosa kata
Cikgu Siti