PANITIA BAHASA MELAYU SK BANDAR SRI
DAMANSARA 3
Hari Bahasa
melayu
Cerita Pak Pandir
Mandikan Anaknya..
Pak pandir mandikan anaknya
Pada zaman dahulu, ada sepasang suami isteri iaitu Pak Pandir dan Mak Andeh. Mereka dikurniakan
Seorang anak lelaki berumur 6 bulan. Pada suatu hari Mak Andeh hendak ke pekan untuk membeli
barang keperluan. Jadi, anaknya itu ditinggalkan bersama suaminya, Pak Pandir.
Sebelum pergi, Mak Andeh berpesan
“ Abang Pandir, nanti apabila tengah hari, mandikanlah anak kita dengan air suam ya!..
Pak Pandir pun bertanya “ air suam itu apa Andeh?”
Kosa kata - Cikgu Siti
1. dikurniakan- diberikan
2. . Pekan - bandar
Pak pandir mandikan anaknya
Jawab Mak Andeh. “ Air suam itu, air panas yang menggelegak dicampur dengan air sejuk”.
Oooh, begitu! Jawab Pak Pandir tanda faham. Baiklah! Jawab Pak Pandir lagi.
Mak Andeh pun teruslah ke pekan. Sepermergian Mak Andeh, tinggallah Pak Pandir mengasuh
dan bermain dengan anaknya. Apabila tiba waktu tengah hari, tibalah anaknya dimandikan.
Pak Pandir pergilah ke dapur menjerang air.
Kosa kata - Cikgu Siti
1. Menggelegak – air mendidih dan berbunyi
2. . Mengasuh – menjaga
3. Menjerang-memasak air
Pak pandir mandikan anaknya
“Ouuu, panasnya air ini!.. Macam mana hendak mandikan anak aku? Tentu dia menangis ?”. Fikir Pak
Pandir di dalam hati.
Pak Pandir pun menceduk secawan sahaja air panas lalu dicampurkan dengan
sebaldi air sejuk. Lalu dimandikannya anak itu. Setelah dimandikan , Pak Pandir pun mengelapnya,
Kemudian disapunya bedak dan dipakaikan lampin serta baju.
Kosa kata - Cikgu Siti
1. Menceduk – mengambil air atau lain-lain menggunakan bekas.
Pak pandir mandikan anaknya
Sejam kemudian, Mak Andeh pun pulang. Mak Andeh terus mendukung anak itu. Mak Andeh berkata
Sambil menguntumkan senyuman.
“Kalau macam ini, bolehlah saya tinggalkan lagi anak kita bersama abang Pandir. Pandainya
sibapa menjaga anak.” Pak Pandir pun ketawa.
TAMAT
Kosa kata
1. Mendukung –membawa anak-anak kecil dengan menyokong punggungnya dengan sebelah tangan di pingang
- Cikgu Siti
Pak pandir mandikan anaknya
PENGAJARAN / MORAL CERITA INI
1. Kita mestilah berfikir sebelum melakukan apa-apa tindakan yang boleh membawa kemudaratan
kepada diri sendiri mahu pun orang lain.
2. Kita haruslah menghargai jasa orang lain kepada kita.
- Cikgu Siti
Pak pandir mandikan anaknya
Tulislah kosa kata yang telah kamu pelajari dalam cerita ini
dalam buku kosa kata kamu
- Cikgu Siti