The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by akuka.chan, 2023-12-16 21:14:05

Akil baligh

Akil baligh

REMAJA & AKIL BALIGH DISEDIAKAN OLEH: CR MOHD FAKRUL RIZAL BIN MOHAMED DIN KAUNSELOR SM IMTIAZ YT BESUT UNTUK : KURSUS PRS TAHAP MUDA PPD BESUT


TAKRIF REMAJA • Remaja ialah peringkat peralihan dari alam kanak-kanak ke alam kedewasaan. • Alam remaja amat mencabar dan penuh cabaran di mana remaja mengalami pelbagai perubahan fizikal, intelek dan emosi yang boleh menimbulkan konflik di dalam diri dan persekitarannya. • Menurut WHO (World Health Organisation ), peringkat remaja adalah di antara umur 12 – 24 tahun


AKIL BALIGH • Akil baligh menandakan kematangan seksual dan reproduktif seseorang itu. Maknanya seseorang itu sudah berupaya mempunyai anak. • Remaja perempuan selalunya lebih cepat baligh berbanding lelaki  sekitar purata usia antara 12-13 tahun, namun ini tidak bermakna tahap kematangannya lebih tinggi. • Cara didikan, ilmu dan pengalaman serta personaliti menentukan tahap kematangan seseorang itu


AKIL BALIGH Akil baligh adalah satu peringkat dalam hidup anda di mana tubuh badan anda berubah dari seorang kanak-kanak ke seorang dewasa. Perubahan-perubahan ini termasuklah ciri-ciri seks ‘primer’ dan ‘sekunder’. Ia disebabkan bahan kimia di dalam badan yang dipanggil hormon.


UMUR AKIL BALIGH • Umur akil baligh bagi lelaki dan perempuan adalah antara 9-16 tahun. • Namun ada yang awal dan ada pula yang lewat. • Perbezaan ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti keturunan, nutrisi, bahan kimia dalam makanan dan persekitaran


TANDA – TANDA AKIL BALIGH LELAKI • Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan zakar (penis) dan buah zakar (testis) • Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan pertumbuhan misai dan janggut serta suara yang lebih garau • Bulu ketiak serta di bahagian kemaluan juga merupakan tanda-tanda akil baligh


TANDA – TANDA AKIL BALIGH PEREMPUAN • Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan faraj dan ovari • Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan perubahan payudara serta punggung membesar • Bulu dari ketiak dan di bahagian kemaluan juga merupakan tanda-tanda akil baligh


BILAKAH SAYA AKIL BALIGH? • Umur akil baligh bagi lelaki dan perempuan adalah antara 9-16 tahun. • Namun ada yang awal dan ada pula yang lewat. • Perbezaan ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti keturunan, nutrisi, bahan kimia dalam makanan dan persekitaran


ADAKAH AKIL BALIGH AWAL SATU KEBAIKAN ATAU SEBALIKNYA? • Ia bukanlah buruk mahupun baik. • Tiada apa yang perlu dirisaukan. • Mereka yang mengalami kematangan seksual yang awal serta bergaul dengan rakan yang lebih matang, mungkin terdedah kepada gejala-gejala sosial seperti merokok, mengandung dan lumba haram


5 PERINGKAT PERKEMBANGAN CIRI SEKSUAL SEKUNDER • Dikenali sebagai peringkat Tanner • Lelaki – zakar penis) • Lelaki - kerandut buah zakar (skrotum) • Lelaki – Bulu kemaluan • Perempuan – Payudara • Perempuan – Bulu kemaluan


PERUBAHAN EMOSI , PSIKOLOGI DAN SOSIAL • Kedua-dua remaja lelaki dan perempuan boleh mengalami perubahan emosi, psikologi dan sosial semasa peralihan daripada zaman kanak-kanak ke alam dewasa. • Perubahan ini bergerak seiring dengan perubahan zikal akil baligh. • Walau bagaimanapun, perubahan ini tidak sama bagi semua remaja. Perubahan boleh berlaku seperti cara remaja memberi respons kepada keluarga atau rakan-rakan dan cara memandang diri sendiri. • Ramai remaja mengalami perubahan mood, keresahan, kekeliruan, dan sensitif. Sebaliknya, tidak semua perubahan emosi akil baligh berkaitan dengan pemikiran negatif atau rasa kecewa


PERUBAHAN EMOSI, PSIKOLOGI DAN SOSIAL YANG BERLAKU PADA REMAJA LELAKI DAN PEREMPUAN TERMASUKLAH: • Identiti kendiri. • Pengaruh rakan sebaya. • Menjadi sensitif. • Kesedaran diri. • Boleh mengalami perubahan mood. Ini lebih kerap berlaku pada remaja perempuan sebelum datang haid. • Perasaan kon ik dan ketidakpastian. • Perasaan seksual terhadap berlainan jantina


Click to View FlipBook Version