The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HASMIDA BINTI ARIFUDDIN IPG-Pelajar, 2023-11-12 02:10:10

PSVK3453 ASAS KRAF TRADISIONAL

ASAS KRAF TRADISIONAL

ASAS KRAF TRADISIONAL NAMA: HASMIDA BINTI ARIFUDDIN NO. KP/P: 030307-12-0574 ANGKA GILIRAN: 2021012340095 NAMA & KOD KURSUS: PSVK3453 ASAS KRAF TRADISIONAL NAMA PENSYARAH: TUAN THADIUS GUGAU


Menurut atau merupakan tradisi yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi Merupakan warisan bangsa, pusaka tinggalan nenek moyang sutu masa dahulu Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur budaya. Dilihat melalui bentuk gaya, sifat, garis, gerak dan warnanya. Asalnya dihasilkan untuk kegunaan harian atau untuk sesuatu kerohanian.


DDEEFFIINNIISSII Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turuntemurun.


ALAT DOMESTIK ALAT PERMAINAN ALAT PERTAHANAN DIRI PERHIASAN DIRI (ORNAMENT) BATIK TEKAT UKIRAN TENUNAN ANYAMAN TEMBIKAR 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.


TUJUAN & KEPENTINGAN KRAF TRADISIONAL Tujuan kepentingan menanam sikap cinta akan warisan seni menyedarkan murid bahawa kraf tradisional memiliki nilai estetika & perlu dipelajari merasa bangga akan warisan tradisi negara mempelajari teknik membuat produk mengetahui setiap nama pada corak ragam hias kraf tradisional memahami dan mengenali bahan yang digunakan untuk membuat kraf tradisional


Barangan keperluan harian seperti perkakasan dapur yang digunakan bagi memudahkan urusan seharian


CONTOH- CONTOH BARANGAN DOMESTIK Tudung saji Kukur duduk Lesung batu Cerek tembaga Kukur bersilang


Buat kerangka tudung saji berupa jejari sebanyak 12 buah. Kerangka harus di untuk disambung satu dengan yang lain. Kawat dicat sewarna dengan warna kain yang akan membungkusnya. Kain dipotong sesuai pola dengan ukuran 60 cm dua kali. Lekatkan kain dengan gam tembak sambil ditarik dan ditekan agar terentang dengan kuat. Untuk hiasan gunakan kain kaca ( organdi ) atau pita yang kita bentuk bunga sesuai dengan corak kita. Sisa-sisa dawai yang masih dinampak ditutupi dengan renda yang serupa warna. PROSES ALAT DOMESTIK (TUDUNG SAJI)


ALAT PERMAINAN Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini.


JENISALAT PERMAINAN Batu seremban Congkak Wau Sepak raga Gasing


1. Memilih buluh 2. Meraut buluh 3. Membuat rangka 4. Menampal rangka 5. Membuat corak 6. Menampal corak 7. Memasang teraju PROSES MEMBUAT WAU


PENGENALAN Alat pertahanan diri ialah senjata yang digunakan untuk mempertahankan diri sendiri daripada serangan musuh, binatang liar dan sebagainya. Alat ini juga adakalanya menjadi bahan dalam majlismajlis yang melibatkan semangat halus serta menjadi lambang keberanian pahlawan melayu.


CONTOH-CONTOH GAMBAR ALAT PERTAHANAN DIRI PERISAI KERIS LEMBING


PPRROOSSEESSMMEEMMBBUUAATTKKEERRIISS Proses Mencampurkan Besi Proses menempa Proses Membuat Lok Keris Proses Membentuk Belalai Gajah Proses Mengikir Proses Menyepuh Proses Menimbulkan Pamor 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.


Alat perhiasan diri ialah alat yang menjadi pelengkap kepada pemakaian kita. Masyarakat melayu lama mempunyai beberapa alat perhiasan diri yang sinonim dan menjadi lambang keunikan masyarakat melayu hingga kini. Lazimnya alat perhisan diri menjadi pelengkap pakaian di dalam majlis-majlis istiadat, majlis perkahwinan dan sebagainya. Pada masa kini alat perhiasan diri telah diubahsuai dan dimodenkan selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini. PERHIASAN DIRI PERHIASAN DIRI


JENIS-JENIS ALAT PERHIASAN DIRI Dokoh - perhisan yang dipakai di leher mempunyai tiga atau lebih plat yang diperbuat daripada timah, tembaga atau logam. Ianya sering dipadankan dengan pemakaian baju kebaya. Pending- ialah perhiasan yang dipakai di bahagian pinggang. Lazimnya diperbuat daripada logam (emas dan tembaga). Cucuk sanggul - Cucuk sanggul ialah hiasan yang dipakai untuk menghiasi sanggul supaya tampak lebih menarik. Anting-anting- Anting-anting ialah hiasan yang dipakai ditelinga. Ianya dipakai oleh kaum wanita


Cucuk sanggul Pending Anting- anting Dokoh CONTOH ALAT PERHIASAN


PROSES MEMBUAT KERONGSANG 1. MELEBUR 2. MEMESIN DAWAI 3. MENARIK DAWAI 4. MEMINTAL DAWAI 5. MENGGULUNG DAWAI 6. MEMBENTUK DAWAI 7. MEMBENTUK BINGKAI 8. PENGISIAN DAWAI


BATIK


Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.


MOTIF FLORA MOTIF FAUNA MOTIF GEOMETRI MOTIF ISEN motif akar menjalar, buah pala, bunga raya motif burung, ayam, rama- rama dan siput motif ada-ada, sisik, sabut kelapa motif parang rosak, swastika, dan pilin berganda MOTIF - MOTIF BATIK


menggunakan pemidang skrin dan sekuji BATIK SKRIN menggunakan canting untuk menerap lilin BATIK LUKIS menggunakan teknik ikat dan celup, tidak gunakan lilin BATIK PELANGI menggunakan blok/ sarang untuk menerap lilin BATIK BLOK JENIS- JENIS BATIK


Buat rekacorak kain batik di atas kain putih dengan pensil. Motif boleh dipilih berasaskan tradisional/ethnik, flora fauna, geometrikal, organic, garisan dan ruang, semi abstrak dan lain-lain. Dalam penentuan motif, biasanya tiap orang memiliki selera berbeza- beza. Ada yang lebih suka untuk membuat motif sendiri, namun yang lain lebih memilih untuk mengikuti motif-motif umum yang telah ada. Menggunakan canting yang telah diisi lilin cair untuk mencorakkan kain. Kepanasan lilin perlu dikawal agar tidak terlalu panas untuk mengelakkan garisan lilin kembang dan sekaligus menghasilkan garisan yang tidak konsisten. Pelukis terpaksa menuangkan semula lilin cair ke dalam bekas lilin sebelum lilin cair itu sejuk. Seterusnya menceduk lilin lain bagi menjamin aliran lilin cair tersebut dapat digunakan dengan lancar. Mematikan warna. Sodium silicate digunakan sebagai bahannya. Proses ini dilakukan untuk memastikan warna tidak akan luntur apabila dibasuh seterusnya. Setelah empat jam direndam kain dalam bahan tersebut, kain tersebut dibasuh dan direbus. Tujuannya adalah untuk menghilangkan lapisan lilin, sehingga motif yang telah digambar sebelumnya terlihat jelas. Air panas dimasukkan serbuk soda bagi memudahkan lilin ditanggalkan daripada kain. Seterusnya kain tersebut dibasuh sekali lagi dan dibilas. Paling elok, kain batik ini dijemur di tempat teduh agar warnanya dapat dijamin ketahan dan kualitinya. Langkah pertama Langkah kedua Langkah ketiga Langkah keempat PROSES MEMBUAT BATIK


CONTOH BATIK


DEFINISI TEKAT Seni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. Menekat merupakan kerja menyulam benang emas ke atas kain dasar (jenis baldu). Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk membentuk bunga tekat.


Tekat timbul benang emas dikenali sebagai tekat bersuji yang merupakan proses sulaman benang emas atau perak yang ditekat di atas kain balsu mengikut motif atau corak. Tekat Timbul Benang Emas JENIS- JENIS TEKAT


Tekat gubah pula menggunakan acuan yang diperbuat daripada kertas nipis yang ditebuk dengan motif atau reka corak. Benang sutera merah yang dikenali sebagai benang untina digunakan untuk menjahit benang mengikut reka corak yang dipilih. Tekat Gubah


MOTIF TEKAT Motif Bunga Raya Motif Padi Motif Bunga Kekwa Motif Bunga Lawang


PROSES PENYEDIAAN SENI TEKAT


Langkah 1 Langkah 2 PROSES PENYEDIAAN CUBAN Menyediakan lima kotak lilit untuk menggulung benang emas ke cuban. Melilit benang emas ke cuban secara bersilang.


PROSES PENYEDIAAN MEMPULUR Melakar motif pada kemaga. Mempulur yang telah siap. Lilin digunakan untuk melicinkan bahagian tepi mempulur. Proses memotong motif yang telah dilakar pada kemaga. Melakar dan menyurih motif pada kemaga.


PROSES MENEKAT Kain kapas bertelinga diregang pada pemidang. Kain kapas diikat pada pemidang berkaki menggunakan tali. Pemidang kayu yang siap diregang. Gam (kanji) atau jahit kain irasan di atas permukaan kain putih (kain lapis). Langkah 1: Persiapan Pemidang Kayu Berkaki 1 2 3 4


Mempulur diletakkan di atas permukaan kain irasan. Mempulur dijahit untuk meletakkan kedudukannya supaya mudah ditekat. Proses menjahit diulang sehingga selesai. Mempulur yang sudah siap dijahit. Langkah 2: MENJAHIT MEMPULUR 1 2 3 4


Benang emas direntaskan di atas mempulur dan dijahit dengan benang putih. Proses menekat diulang sambil memastikan benang emas rata dan kemas. Jahitan benang putih disisipkan ke bawah mempulur bagi memastikan kemasan. Proses menekat diulang sehingga selesai. Langkah 3: MENEKAT 1 2 3 4 5 Pastikan benang pemegang mempulur digunting sebelum meneruskan tekatan. 6 Hasil tekatan yang sudah siap.


UKIRAN


Ukiran kayu atau di seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Ianya dapat dilihat dalam kehidupan masyarakat Melayu terutamanya pada ukiran-ukuran yang terdapat pada rumah-rumah tradisional. Seni ukir akan memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi. Menghasikan sebuah karya seni ukir memerlukan kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu, memilih dan melukis motif ukiran hinggalah mengukir silat dengan menggunakan pemahat dan pisau wali. PENGENALAN


Seni ukiran mempunyai prinsip asas daripada aspek bahasa Seni Visual dapat dilihat pada sususnan motif karya yang dihasilkan. Tukang ukir menghasilkan moif ukiran yang berasaskan prinsip asas yang meliputi garisan, rupa, bentuk, ruang , jalinan dan sebagainya. Prinsip seni ukiran bagi setiap kaum memiliki persamaan secara universal, iaitu prinsip ketuhanan, hubungan sosial dan kepercayaan. Motif seni ukiran yang digunakan bersifat harmoni dengan persekitaran.


MOTIF UKIRAN KAYU Motif yang terhasil dalam seni ukiran ialah awan larat atau ragam hias yang diilhamkan daripada beberapa unsur. Awan larat terbahagi kepada dua jenis iaitu Awan Larat Melayu Asli (awan larat jawi) dan Awan Larat Jawa. Pengukir menggunakan sumber alam semula jadi yang terdapat di sekeliling untuk menghasilkan motif. Motif ukiran yang sering dihasilkan iaitu motif flora, fauna, kosmos, geometri dan kaligrafi. Motif Flora (Bunga Raya) Motif Fauna (Lebah bergantung) Motif Kosmos (Bulan Bintang) Motif Geometri (Bulat, segi tiga) Motif Kaligrafi (Tulisan Cina)


BENTUK- BENTUK UKIRAN Ukiran Tebuk Tembus Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa keping papan yang ditebuk dengan menggunakan gerudi gergaji (gergaji menggerudi) supaya tembus bentuk-bentuk bunga atau corak. Ukiran BUNGA TIMBUL Ukiran ini tidak tembus. Ia mengandungi bunga ukir yang disilatkan dan tidak silat. Terdapat pada perabot, mimbar masjid, barang hiasan yang diperbuat daripada kayu, ulu serta sampir senjata. Bunga ukirnya sama seperti ukiran tebuk. Ukiran ini banyak terdapat pada ulu senjata seperti ulu keris, kepala tongkat, kukur kelapa, kotak nelayan dan sebagainya. Bunga ukirannya sama seperti ukiran timbul tetapi lebih halus dan kecil. Ukiran ARCA Larik Melarik merupakan satu cara orang-orang Melayu mengukir kayu. Ukiran larik berbentuk bulat dengan susunan gerlang-gerlang dan genting-gentat yang menarik. Ukiran ini sering terdapat pada ulu senjata, perabot, tongkat, gasing, tiang-tiang rumah dan sebagainya. Ukiran Kayu Hanyut kiran ini di anggap masih baru. Ukiran idi diperkenalkan oleh Perbadanan Kraf tangan Malaysia. Ukiran ini hanya sebagai hiasan semata-mata. Ukiran kayu hanyut diukir pada bahagian-bahagian tertentu dan dibentuk menyelupai ikan, burung dan sebagainya.


TOKOH- TOKOH SENI UKIRAN Tuan Haji Wan Su bin Othman Encik Latiff bin Long Wan Su juga merupakan dari keturunan pengukir terkenal di daerah Besut Terengganu. Ukirannya sangat halus dan mempunyai unsur tradisi. Wan Su cukup mahir dengan motif-motif ukiran kayu. Sehingga kini beliau telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia sebagai Adiguru bagi ukiran kayu. Pengiktirafan ini adalah diperingkat tertinggi oleh kraftangan Malaysia. Bengkel beliau terletak di Besut Terengganu dan banyak menerima tempahan dari dalam dan luar negara. Latiff bin Long dilahirkan di Besut Terengganu, Beliau adalah seorang pengukir ukiran kayu yang mahir. Bapa Latiff juga terkenal dengan seorang pengukir. Ukirannya masih tersimpan di istana Raja Besut yang terdapat di muzium negeri Terengganu. Latiff telah menerima pengajaran ukiran kayu dari bapanya sejak berumur lima tahun. Beliau pernah memenangi pertandingan Kraftangan ukiran kayu semasa bersekolah. Pada tahun 1971 beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan Ukiran Kayu Jenis silat dalam Pameran Ukiran Kayu berlangsung di Balai Seni Lukis Negara. Kini Latiff Long adalah pengusaha Ukiran yang terkenal dan membuka bengkelnya di Pasir tumbuh Kelantan dan banyak menerima tempahan dari dalam dan luar negara.


CONTOH-CONTOH SENI UKIRAN


Melukis corak pada kertas Menekap corak pada kayu Melurut dan mengukir dengan pisau wali Memahat Mengilatkan dengan syelek Melicin PROSES MENGUKIR


TENUNAN Tenunan adalah seni tekstil yang terkenal di tanah Melayu. Ianya mempunyai keunikan tersendiri kerana proses pembuatannya memakan masa. Selain itu, motif yang digunakan juga mempunyai keunikan tersendiri dan ekslusif.


Perkataan songket berasal dari ‘Sungkit’ yang bermaksud teknik menyungkit menggunakan lidi atau bilah buluh. Mula bertapak di 3 buah negeri di Pantai Timur iaitu Terengganu, Pahang dan Kelantan. Kelantan dan Terengganu pengeluar kain tenunan benang emas. Pahang pengeluar kain tenunan tidak berbenang emas di kenali sebagai tenun Pahang. Tenunan dari Pahang dipercayai berasal dari Riau atau Sulawesi (Bugis) dibawa masuk ke Pahang abad ke-16. Bermula sejarah songket sejak pemerintahan Che Siti Wan Kembang (1610-1677). Kain tenunan asalnya hanya dipakai oleh golongan bangsawan (kerabat Diraja) PENGENALAN


Kain ini bercorak tanpa benang emas. Warna benang berbeza-beza digunakan untuk membangkitkan corak petak-petak yang dipanggil ‘ragi kain’. Dikenali dengan nama kain ‘hujan emas’ atau ‘beras patah’. Awalnya benang emas diselit secara melintang, kemudian motif corak mula diperkenalkan. Dihasilkan dari teknik ikat dan berasal dari India. Terkenal dikalangan kaum Batak, Sumbawa, Toraja dan suku-suku di Sabah dan Sarawak. Mengandungi 3-5 warna pada satu kain. Dibuat dari benang sutera. Merupakan pakaian wanita istana zaman dahulu. 1. Kain Tenun 2. Kain Selit Benang Emas 3. Kain Cindai 4. Kain Limar Jenis- Jenis Kain Tenun Semenanjung


Corak penuh bersulam juga dikenali songket cuban. Motif benang emas dan perak ditenun memenuhi keseluruhan kain. Corak ditenun secara bertaburan dan tidak terikat atau berangkai antara satu sama lain. Motif bunga yang ditenun ialah bunga tanjung, bunga buah cermai, bunga buah kesemak dan lain-lain. Taburan pada kain songket juga dilengkapi dengan garisan corak di kepala dan kaki kain. TENUNAN BUNGA PENUH SUSUNAN BUNGA TABUR SUSUNAN BERCORAK Susunan motif dibuat secara jaluran berdiri atau melintang


PROSES TENUNAN Proses dimana benang yang kering dimasukkan sejenis alat bernama ’rahak’ untuk diputar pada satu alat lain dipanggil ’peleting’ Benang yang telah menjalani proses melerai dimasukkan ke alat menaning untuk menentukan panjang benang. Segulung benang loseng berukuran 26-31m dan boleh hasilkan 12-14 helain kain. Benang yang telah dianing digulung pada papan gulung ikut lebar gigi jentera. Loseng ialah benang yang memanjang pada kek. Proses memasukkan benang loseng ke dalam gigi jentera atau sikat. Proses menyambung benang daripada loseng kepada benang yang tertinggal pada jentera. Cara ikatannya dipanggil ‘ubung tindas’. Proses melilit benag asing atau benang karat kepada kayu karat, termasuk benang loseng. Menyolek reka corak pada kain. Proses terakhir dimana benang loseng dipangkah oleh benang pakan untukdijadikan kain. 1. Melerai . 2. Menganing 3. Menggulung 4. Menyampuk 5. Menghubung 6. Mengarak 7. Menyolek. 8. Menenun


Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut. DEFINISI


Click to View FlipBook Version