SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA KERTEH 1
23300 KETENGAH JAYA DUNGUN,TERENGGANU.
TEL/FAX : 09-8204278 / 09-8203545
____________________________________________________________________________
PERKARA : MESYUARAT GURU KALI –KEDUA / 2018
TARIKH : 22 APRIL 2018 / 2.00 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SK FELDA KERTEH 1
KEHADIRAN
1. EN. MOHD NOOR B SIDIK 23. PN ROSMANIRA BT SHAFIE
2. EN. HASNAWI BT ALFADZIL 24. PN NORITA BT ISA
3. EN. ZAKARIA B MOKHTAR 25. PN. NORBAIYAH BT MUHAMMAD
4. PN. RUHANA BT ANANG 26. PUAN MARYUNI SARMAN
5. EN MOHAMAD ALI B ALIAS 27. PN NORAINI BT MAT SAPIA
6. EN. AZIZOL B AB.RAHMAN 28. PN. HAZNEEZA BINTI NOR AHMAD
7. EN. HAFIZUL BIN HUSSAIN 29. PN. NOR RISLAH BINTI MOHD
8. EN. NORAZAN B IBRAHIM 30. PN. FADHLINA BT ABDUL HAMID
9. EN NAZIRIN B MUSTAFFA 31. PN. ZURINAWATI BINTI ALIAS
10. EN. MOHD ZAID B CHIK 32. PN. DAIMUL JANNAH OMAR
11. EN. SYUKRI B MOHAMED 33. PN. NORAZLINA BINTI DERAMAN
12. EN. SAPARIS BIN MOHAMMAD 34. PN. CHE PUTEH BINTI YAHYA
13. EN MOHD ZURIADI BIN JUSOH 35. PN AZIRA BINTI ABDULLAH
14. EN. RASYDAN B AB. RASYID 36. PN. MAHANI HAMAD
15. PN. NORAZLINI BINTI ALI
16. PN. ISTIHANA BINTI BAKAR TIDAK HADIR (BERSEBAB)
17. PN. ZAINON BINTI MUHAMMAD 37. PN. ASLIZA BINTI AHMAD (YDSM)
18. PN. JUMILIA BINTI JALI 38. CIK HASLIZA BINTI M.DERIS (YDSM)
19. PN. FANIZA BT ZAKARIA 39. PUAN MARIAH BINTI MAHADI (YDSM)
20. PN. SALWANI BINTI ABDULLAH 40. PN HASNAH BT OMAR (YDSM)
21. PN. NOORA BT CHIK 41. PN. NORSYAFAWATI BT MOHD. PAUZI
22. PN. ZULRAIDAH BINTI IBRAHIM
1.0. UCAPAN PENGERUSI MAJLIS
1.1. Tuan Guru Besar En. Mohd Noor memulakan mesyuarat dengan bacaan ummul kitab Al-
Fatihah pada jam 2.15 petang.
1.2. TUAN GURU BESAR mengucapkan terima kasih kepada semua kerjasama guru-guru
dalam merealisasikan program-program sekolah yang berjalan dengan jayanya.
1.3. Guru-guru perlu mengikut SOP yang ditetapkan terutamanya apabila melibatkan murid-
murid.
(Tindakan : Semua Guru)
1.4. Pakaian guru perlu mematuhi etika yang telah ditetapkan.
1.5. Guru wajib mematuhi punch in dan punch out waktu kerja.
1.6. Keluar masuk guru-guru semasa waktu bekerja perlu membuat makluman awal dan
membuat catatan didalam buku rekod.
1.7. Guru perlu memaklumkan CRK dan cuti sakit kepada TUAN GURU BESAR dan PENOLONG
KANAN PENTADBIRAN.
2.0. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1. Minit mesyuarat guru kali-KEDUA 2018 adalah disahkan oleh Puan Daimul Jannah Bt Omar.
3.0. PERKARA BERBANGKIT
3.1. PERKARA 1.13. Guru-guru ERPH memaklumkan tiada masalah dengan penggunaan ERPH.
3.2. PERKARA 1.16. Penggunaaan VLEFrog masih belum mencapai tahap KPI. TUAN GURU
BESAR berharap guru-guru dapat menggunakan VLEFrog dengan lebih efisyen dan melepasi
tahap yang ditetapkan .
(Tindakan : Semua guru)
3.3. PERKARA 1.17. Tiada guru-guru SEFEKER yang terlibat dalam proses kepartian yang
ekstrem.
3.4. PERKARA 1.30. Cuti haji dan umrah telah dilanjutkan kepada 10 hari.
3.5. PERKARA 7.1. Kesilapan ejaan nama Puan Ruhana Bt Anang.
3.6. PERKARA 7.2. Pembelian buku PAJSK sudah dipromosikan kepada murid-murid yang
kehilangan buku.
3.7. PERKARA 9.0. Masalah penutup longkang masih belum diselesaikan.
AGENDA MESYUARAT
4.0. PENTADBIRAN
4.1. SKPMG2
4.1.1. SKPMG2 KURIKULUM
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN memaklumkan bahawa SKPMG2 masih belum
melengkapkan sepenuhnya dan SEFEKER tidak terlibat dengan pemantauan daripada pihak
PPD. SKPMG2 secara online sudah diselesaikan dan diharapkan guru-guru dapat
mengemaskini evidens dengan sebaiknya mengikut standard yang telah ditetapkan.
(Tindakan : Semua guru/ Panitia)
guru perlu mengisi maklumat didalam tapak pelaporan yang telah disediakan oleh Puan Izzati
untuk pelaporan PdPc mengikut kelas masing-masing.
(Tindakan : Semua guru/ Panitia)
4.1.2. SKPMG2 HEM
PENOLONG KANAN HEM memaklumkan banyak pengemaskinian telah dilakukan oleh S/U
HEM iaitu Pn. Zainon.
TUAN GURU BESAR memaklumkan agar guru-guru berhati-hati dalam pengisian dan
menghantar agar tepat dan lengkap dan perlu disemak supaya tidak menjadi salahfaham
pihak lain.
4.1.3. SKPMG2 KOKURIKULUM
PKKO memaklumkan bahawa semua fail telah disediakan kecuali kelab-kelab yang baru
ditubuhkan. Banyak fail yang telah dilengkapkan dan dikemaskini.
4.1.4. TUAN GURU BESAR memaklumkan PELAN STRATEGIK KURIKULUM / HEM/
KOKURIKULUM yang telah disediakan oleh pihak pentadbir untuk tahun 2017-
2019.
4.2. PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2018
4.2.1. Puan Maryuni memaklumkan bahawa tarikh peperiksaan adalah 20/5-2018 –
24/5/2018. Penghantaran kertas soalan selewat-lewatnya adalah pada 3/5/2018.
Penambahbaikan kepada borang penghantaran soalan; perlu ada nama pembuat
soalan.
4.2.2. Diharapkan penjimatan kertas soalan dapat dilakukan dengan sebaiknya; maksima
2 kertas setiap subjek.
4.2.3. Puan Maryuni berharap semua guru-guru dapat mendaftar nama matapelajaran
dan jumlah murid dengan tepat supaya memudahkan proses analisa peperiksaan.
4.2.4. Soalan peperiksaan subjek teras untuk tahap 2 adalah disediakan oleh pihak MGB.
Soalan subjek agama masih belum mendapat kepastian sama ada akan disediakan
oleh MGB. Subjek tahap 1 perlu disediakan sepenuhnya oleh guru.
4.2.5. En. Zuriadi bertanyakan sama ada Subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan perlu
diadakan peperiksaan. PENOLONG KANAN PENTADBIRAN respon: Panitia
dikehendaki berbincang sama ada mahu diadakan peperiksaan PJK ataupun tidak.
(Tindakan :Panitia PJK)
4.2.6. Pn. Daimul Jannah mencadangkan agar subjek PSV hanya berdasarkan soalan
aplikasi lukisan.
(Tindakan : Panitia PSV)
4.2.7. Pn. Maryuni mencadangkan agar peperiksaan Subjek Muzik ditetapkan sebanyak
60% amali 40% peperiksaan.
4.3. PRASEKOLAH
4.3.1. Permohonan online prasekolah 69 permohonan dan telah menerima 61 borang
permohonan.
4.4. LINUS
4.4.1. Pn Norazlina memaklumkan bahawa saringan LINUS telah selesai. Saringan tahun
1 dan tahun 2 hanya melibatkan bahasa Inggeris manakala tahun tiga melibatkan
semua subjek LINUS.
4.5. UPSR
4.5.1. Kelas tambahan rakyat telah bermula setiap Jumaat dan Sabtu selama 10 minggu.
4.5.2. Kem Kecemerlangan UPSR di De Teratai akan diadakan pada 2/8-4/8
4.5.3. Penyelaras UPSR mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang terlibat
didalam Program anak angkat panitia matematik.
4.5.4. Penyelaras UPSR memaklumkan mengenai seorang murid bermasalah, Asraf
Iskandar yang mempunyai masalah tidak hadir sekolah. Pihak UPSR telah
melakukan lawatan ke rumahnya untuk mendapatkan lebih maklumat.
(tindakan : Kaunselor)
4.5.5. TUAN GURU BESAR berharap penyelaras UPSR dapat membentangkan mengenai
analisa OTI1.
4.6. HARI GURU (Dimaklumkan oleh pihak MGDK, En Zuriadi).
4.6.1. Acara Tahunan Bowling, 13/5/2018. 2.30 ptg di Mesra Mall.
4.6.2. Tarikh yang ditetapkan ialah 15/5/2018.
Tema : Ala back to school.
Tentatif : pagi, acara rasmi. Lepas rehat; acara sukaneka dgn kerjasama wakil
PIBG.
4.6.3. Jamuan untaian Kasih dan Hi-Tea Hari Guru pada 16/6/2018.
(Tindakan : MGDK dan semua guru)
5.0. KURIKULUM
5.1. TUAN GURU BESAR berharap guru-guru dapat melaksanakan PdPc mengikut kecaknaan
PAK21.
6.0. HAL EHWAL MURID
6.1. Penolong Kanan HEM Encik Zakaria mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang
telah memberi kerjasama dengan segala urusan HEM.
6.2. PENOLONG KANAN HEM berharap guru-guru dapat mencatat buku kehadiran murid
dengan kemas dan teliti.
(Tindakan : Guru Kelas)
6.3. PENOLONG KANAN HEM berharap guru-guru dapat menyemak dan mengemaskini data
APDM murid dengan betul.
(Tindakan : Guru Kelas)
6.4. PENOLONG KANAN HEM berterima kasih kepada jawatankuasa kantin kerana terdapat
perubahan yang positif.
6.5. PENOLONG KANAN HEM berharap guru-guru dapat cakna dengan perkembangan disiplin
murid-murid dan bukan hanya terletak pada guru disiplin sahaja.
(Tindakan : Semua guru)
6.6. PENOLONG KANAN HEM memaklumkan bahawa ada murid-murid yang belum mendapat
buku teks dan diharap guru-guru dapat cakna dengan aduan murid.
(Tindakan : Guru SPBT)
6.7. PENOLONG KANAN HEM berharap guru-guru dapat menunjukkan rasa prihatin kepada
murid-murid cicir.
7.0. KO KURIKULUM
7.1. Penolong Kanan Ko Kurikulum Pn Ruhana Bt Anang mengucapkan terima kasih kepada
semua guru yang telah terlibat dengan latihan dan perlawanan sukan SEFEKER.
7.2. Terdapat sukan yang masih belum selesai iaitu hoki dan bola sepak.
7.3. Perarakan Aprisiasi KoKurikulum akan diadakan pada 24 April 2018.
8.0. HAL-HAL LAIN
8.1. TUAN GURU BESAR mengucapkan terima kasih kepada En. Rasydan yang telah membantu
menaiktaraf tempat wudhu surau SK Felda Kerteh 1.
8.2. Pn Istihana mengucapkan terima kasih kepada En Rasydan yang telah menampal Papan
Putih untuk kelas-kelas di blok lama.
8.3. Pn Mahani memaklumkan akan ada pemantauan daripada PSS bagi ICT, NILAM, MBMMBI
dan bilik SAL. Semua penyelaras diminta untuk mengemaskini fail masing-masing.
8.4. Pn Norazlini Bt Ali memaklumkan mengenai gotong royong perdana PIBG akan disertai
oleh Guru, Ibu Bapa dan KAF (Kami anak Felda) pada 29 April 2018 . Pihak KAF memaklumkan
dapat hadir pada tarikh 26 April sahaja. Pn Norazlini mencadangkan agar dapat disediakan
sedikit jamuan ringan.
(Tindakan : J/K PIBG SKFK1)
8.5. Pn Salwani memohon untuk melancarkan tabung barakah Ramadhan pada 2/5/2018 dan
dipersetujui oleh Pihak Pentadbir.
9.0. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.
Disediakan Oleh : Disemak Oleh :
………………………………………… …………………………………………………
(ISTIHANA BINTI BAKAR) (En. Mohd Noor B Sidik)
Guru Besar SK Felda Kerteh 1
S/U Mesyuarat Guru SK Felda Kerteh 1