The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by istihana, 2018-12-23 21:22:58

mesyuarat guru keEMPAT SK Felda Kerteh 1 2018

mesyuarat guru keEMPAT 2018

SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA KERTEH 1
23300 KETENGAH JAYA DUNGUN,TERENGGANU.
TEL/FAX : 09-8204278 / 09-8203545
____________________________________________________________________________

PERKARA : MESYUARAT GURU KALI –KEEMPAT / 2018

TARIKH : 11 NOVEMBER 2018 / 1.45 PETANG

TEMPAT : BILIK MESYUARAT SK FELDA KERTEH 1

KEHADIRAN 25. PN HASNAH BT OMAR
26. PN. FADHLINA BT ABDUL HAMID
1. EN. ROSLAN BIN SULAIMAN 27. PN ROSMANIRA BT SHAFIE
2. EN. ZAKARIA B MOKHTAR 28. PN. MAHANI HAMAD
3. PN. RUHANA BT ANANG 29. PN. NORAZLINA BINTI DERAMAN
4. EN. HAFIZUL BIN HUSSAIN 30. PUAN MARIAH BINTI MAHADI
5. EN. NORAZAN B IBRAHIM 31. PN. NOORA BT CHIK
6. EN NAZIRIN B MUSTAFFA 32. PN. ZURINAWATI BINTI ALIAS
7. EN. SYUKRI B MOHAMED 33. PN. CHE PUTEH BINTI YAHYA
8. EN MOHD ZURIADI BIN JUSOH 34. PN. ZULRAIDAH BINTI IBRAHIM
9. EN. RASYDAN B AB. RASYID 35. EN. MOHD ZAID B CHIK
10. PN. NORAZLINI BINTI ALI 36. PN. KAMALA KIRANA BT MUHAMMAD RASHID
11. PN. ISTIHANA BINTI BAKAR
12. PN. ZAINON BINTI MUHAMMAD TIDAK HADIR (BERSEBAB)
13. PN. JUMILIA BINTI JALI 37. EN. HASNAWI BT ALFADZIL(JU)
14. PN. FANIZA BT ZAKARIA 38. EN. AZIZOL B AB.RAHMAN (KURSUS)
15. PN. SALWANI BINTI ABDULLAH 39. EN MOHAMAD ALI B ALIAS(KURSUS)
16. PN NORITA BT ISA 40. PN. DAIMUL JANNAH OMAR (SPM)
17. PN. NORBAIYAH BT MUHAMMAD 41. PN NORAINI BT MAT SAPIA (MC)
18. PUAN MARYUNI SARMAN
19. PN. HAZNEEZA BINTI NOR AHMAD
20. PN. NOR RISLAH BINTI MOHD
21. PN AZIRA BINTI ABDULLAH
22. PN. ASLIZA BINTI AHMAD
23. PN.NORSYAFAWATI BT MOHD PAUZI
24. CIK HASLIZA BINTI M.DERIS

1.0. UCAPAN GURU BESAR
1.1. Tuan Guru Besar En. Roslan memulakan mesyuarat dengan bacaan ummul kitab Al-
Fatihah pada jam 1.50 petang.
1.2. Tuan Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana telah
menjayakan program Sukan tahunan SEFEKER 1.
1.3. Tuan Guru Besar mengucapkan tahniah kepada Ustaz Norazan kerana telah berjaya
memperolehi Master kedua didalam bidang Hadis.
1.4. Tuan Guru Besar mengucapkan tahniah kepada PraSekolah kerana telah berjaya
merealisasikan Majlis Sijil Tamat Sekolah yang diadakan di peringkat Zon Paka.
1.5. Tuan Guru Besar mengucapkan tahniah kepada semua guru atas segala program dan
aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun.

1.6. Pengisian dalam Online i.e. SKPMG2 telah dilaksanakan dan dihantar.

1.7. Guru-guru perlu melebihi tujuh hari kursus dan didaftarkan di SKPLKPM.

1.8. Guru-guru diingatkan untuk mengisi maklumat PAJSK dengan sebaiknya.

1.9. Guru-guru dinasihatkan untuk datang awal ke sekolah.

1.10. Guru-guru perempuan dinasihatkan untuk memakai kasut mengikut etika pakaian
penjawat awam.

1.11. Penyelenggaraan elektrik telah dilakukan dan diharapkan dapat berfungsi dengan baik.
Sekiranya malfungsi, guru-guru perlu segera melaporkan kepada pihak pentadbir kerana
penyelenggaraan masih dalam ‘warranty’.

1.12. Punch in Punch Out perlu diuruskan sebaik-baiknya oleh setiap guru.

1.13. Cuti Rehat Khas dan MC perlu dimaklumkan lebih awal kepada pihak pentadbir.

1.14. Buku rancangan Mengajar perlu dihantar oleh semua guru mengikut jadual. ERPH akan
dilaksanakan. Pn. Fadhlina memaklumkan guru-guru Prasekolah diwajibkan menggunakan
ERPH untuk tahun 2019.

1.15. Tuan Guru Besar menasihatkan guru-guru yang keluar semasa waktu sekolah agar
memaklumkan kepada pihak pentadbir terlebih dahulu sebelum keluar.

1.16. Tuan Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Norazan, PK Hem dan guru-
guru lelaki telah berjaya menebang pokok-pokok besar di padang yang membahayakan
keselamatan murid. (Respon : PK HEM memaklumkan bahawa tindakan susulan telah dibuat
berkenaan pokok besar di Pra Sekolah tetapi belum dapat dilaksanakan.

1.17. Keputusan pertukaran guru antara negeri sudah boleh disemak melalui EG-Tukar.

2.0. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1. Minit mesyuarat guru kali-KETIGA 2018 adalah disahkan oleh En. Zuriadi Bt Jusoh.

3.0. PERKARA BERBANGKIT
3.1. PERKARA 6.1. Program Khas perlu dilaksanakan untuk menarik minat murid ke sekolah
supaya dapat mencapai peratus hadir yang tinggi.
3.2. PERKARA 8.1. Encik Syukri memaklumkan SKFK1 mendapat penarafan 4 bintang.

AGENDA MESYUARAT

4.0. PENTADBIRAN
4.1. ISU-ISU GURU
Tuan Guru Besar memaklumkan mengenai isu-isu guru yang perlu diketahui. Antaranya :
4.1.1. Bacaan Al-Quran perlu lebih diperkasakan untuk persekolahan 2019.
4.1.2. Solat Dhuha perlu dimasukkan didalam jadual waktu sekolah.
4.1.3. Solat Zuhur akan diwajibkan kepada semua murid pada tahun 2019.
4.1.4. 5S ( senyum, sapa, salam datang, salam pemisah) perlu dilaksanakan.
4.1.5. Senaman muka selama 15 minit perlu dilaksanakan di sekolah.
4.1.6. Senamrobik perlu dilaksanakan di sekolah untuk mempromosikan cara hidup sihat
di kalangan warga SEFEKER.
4.1.7. Murid-murid diwajibkan membawa air semasa persekolahan.
4.1.8. Guru-guru perlu memeriksa suhu murid dari semasa ke semasa
4.1.9. Seni mempertahankan diri perlu diperkenalkan di sekolah
4.1.10. Latihan renang perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali setahun.
4.1.11. Latihan CPR perlu diketahui oleh setiap guru.

4.1.12. Rawatan sengatan binatang berbisa perlu diketahui oleh setiap guru.
4.1.13. Latihan menghadapi gempa bumi.
4.1.14. Program pemeliharaan warisan bangsa. i.e. tarian Terengganu, makanan, dialek.
4.1.15. LR2H love respect happiness and humanity. Saranan daripada Dr Maszlee B Malik.
4.1.16. Baju-T yang sama untuk semua murid Terengganu.
4.1.17. Lencana ‘Saya Benci Rasuah’ akan diperkenalkan disekolah: dipakai di kemeja

Uniform Murid.
4.1.18. Penggunaan perkataan Cikgu untuk semua guru bermula pada tahun 2019.

5.0. LAPORAN PKP
5.1. Tiada laporan Penolong Kanan Pentadbiran.

6.0. HAL EHWAL MURID
6.1. Penolong Kanan HEM Encik Zakaria mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang
telah memberi kerjasama dengan segala urusan HEM. Ada beberapa program yang
ditangguhkan dan akan dilaksanakan pada tahun 2019.

6.2. Penolong Kanan HEM memaklumkan mengenai penempatan murid ke SKFK1 pada tahun
2019. Mengikut APDM, jumlah murid tahun satu adalah 85 orang. Kelas baharu perlu dibuka
dan bilik-bilik perlu ditukar menjadi bilik darjah. Masalah yang dihadapi adalah kekurangan
bilik yang sesuai untuk dijadikan bilik darjah.

6.3. Tahniah kepada jawatankuasa KWAPM, RMT, SPBT, yang telah dilaksanakan dengan baik.
Penyelaras SPBT dikehendaki menyerah surat turun kuasa untuk menerima buku-buku yang
sampai ke SKFK1 diluar waktu persekolahan.

6.4. Guru SPBT dilarang membuat sebarang kutipan duit untuk buku-buku teks yang rosak dan
hilang.

6.5. Program susu masih ditangguhkan.

6.6. Lawatan murid telah berjaya dilaksanakan dengan baik ke Pulau Pinang.

6.7. Tiada masalah disiplin yang besar berlaku di SKFK1.

6.8. Masih banyak sisi keselamatan yang perlu di laksanakan . cth: Penutup Longkang belum

ada.

6.9. Pendaftaran ke sekolah menengah sudah dilaksanakan. Cg. Hasliza memaklumkan ada
beberapa murid yang belum mendaftar ke sekolah menengah sedangkan tarikh tutup
pendaftaran online sehingga 15 November.

6.10.
7.0. KO KURIKULUM

7.1. Penolong Kanan Ko Kurikulum Cg. Ruhana Bt Anang mengucapkan terima kasih kepada
semua guru yang telah terlibat dengan Sukan Tahunan yang telah dilaksanakan pada 25
Oktober 2018.

7.2. Sukan ping pong akan diperkenalkan memandangkan SKFK1 mempunyai kemudahan
sukan tersebut.

7.3. Laporan aktiviti perlu disediakan untuk setiap program yang dilaksanakan.
7.4. Fail Kokurikulum perlu dikemaskini dan diletakkan di bilik Penolong Kanan Ko Kurikulum.
7.5. Buku PAJSK perlu diletakkan di pejabat sepanjang masa.
7.6. Fail penyelaras setiap unit perlu disediakan.

8.0. HAL-HAL LAIN
8.1. Cg. Mahani memaklumkan untuk menubuhkan kelas Pusat Sumber. Respons : Guru Besar
memaklumkan bahawa untuk menubuhkan kelab perlu berdaftar dengan JPNT dan perlu
berkaitan kelab yang ada didalam sistem PAJSK.
8.2. Cg. Zuriadi memaklumkan berkaitan program Pasca UPSR akan diadakan satu jamuan
tahun enam pada 15 November 2018 di bilik JQAF.
8.3. Cg. Zuriadi mencadangkan agar tindakan lebih berkesan perlu diambil mengenai
kehadiran murid ke sekolah.
8.4. Cg. Norazlini mencadangkan waktu rehat murid pertama tahap 1 dan waktu rehat kedua
tahap 2 dan diawalkan rehat pertama ke 9.40 pg.
8.5. Cg. Norazlini memaklumkan fail pendaftaran murid telah kehabisan.
8.6. Cg. Norazlini mencadangkan agar nama kelas ditukar kepad nama yang lebih bermakna.
8.7. Cg. Salwani memaklumkan untuk melantik Ketua Panitia Pendidikan Islam ditukar kepada
yang baharu. Respons :akan dipertimbangkan.
8.8. GB memaklumkan mengenai 12 inisiatif terbaru peringkat sekolah.
8.9. Cg. Istihana mencadangkan agar diadakan perjumpaan ilmiah mingguan untuk input

guru-guru SKFK1.
8.10. Tuan Guru Besar memaklumkan agar setiap unit memaklumkan program dan aktiviti

2019 untuk dimasukkan ke dalam takwim.
9.0. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.10 petang.

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

………………………………………… ………………………………………………
(ISTIHANA BINTI BAKAR) (En. Roslan Bin Sulaiman)
S/U Mesyuarat Guru SK Felda Kerteh 1 Guru Besar SK Felda Kerteh 1


Click to View FlipBook Version