The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN LMCR 1322 ESTETIKA DALAM PUISI MELAYU KLASIK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zvvfsmh, 2024-06-04 14:29:42

EBOOKLET KUMPULAN 4 (GEMALA)

TUGASAN LMCR 1322 ESTETIKA DALAM PUISI MELAYU KLASIK

KKOOLLEEKKSSII PUISI KKLLAASSIIKK LMCR 1322 ESTETIKA DALAM PUISI MELAYU KLASIK P E N S Y A R A H : D R . P U T E H N O R A I H A N A . R A H M A N GEMALA


Penghargaan Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat kami menyempurnakan tuugasan bagi kursus LMCR1322 Estetika Puisi Melayu Klasik ini.. Insya-Allah dengan pengalaman menyiapkan tugasan ini dapat memberikan banyak impak positif kepada kami dari segi pengetahuan dan pemahaman serta dapat digunakan di masa akan datang. Di kesempatan ini, kami dari kumpulan Gemala (kumpulan 4) ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Puteh Noraihan A. Rahman selaku pensyarah bagi kursus LMCR1322 Estetika Puisi Melayu Klasik kerana tidak putus memberikan bimbingan, dorongan, dan panduan kepada kami sepanjang proses menyiapkan tugasan ini dengan mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Selain itu, Dr. Puteh Noraihan juga telah membantu memeriksa dan memberikan teguran yang membina kepada kami supaya dapat memperoleh hasil tugasan yang baik dan cemerlang. Tidak dilupakan juga ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada setiap ahli kumpulan kami iaitu Mohamad Fadhlullah Faiz bin Badul, Nur ‘Irfan bin Noor Mu’azam, Ahmad Nafiz bin Mohd Nasaruddin, dan Ahmad Yusri bin Shahrizan kerana sangat tekun dan bekerja keras dalam melaksanakan kerja-kerja yang diberikan. serta mempunyai sikap bersatu hati yang teguh dalam memberikan kerjasama yang utuh, cadangan yang baik dan idea yang bernas. Akhirulkalam, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menyelesaikan tugasan ini. Semoga segala jasa semua pihak, diberikan ganjaran yang baik oleh Allah S.W.T.


Malumat Penulis Hikayat Merong Mahawangsa Kisah Pak Pandir Hikayat Panca Tanderan Hikayat Si Miskin Rujukan 4-7 8-11 12-14 15-18 19-22 23 Isi Kandungan


Mohamad Fadhlullah Faiz bin Badul berasal dari negeri Bumi Kenyalang. Beliau dilahirkan pada 18 Julai 2004. Beliau merupakan pelajar tahun 1 dalam bidang Psikologi di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Maklumat Penulis Pertama 4


Nur ‘Irfan Bin Noor Mu’azam berasal dari negeri selatan semenanjung Malaysia iaitu Johor Darul Ta’zim. Beliau dilahirkan pada 07 Julai 2003. Beliau merupakan pelajar tahun 1 dalam bidang Usuluddin dan Falsafah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Maklumat Penulis Kedua 5


Ahmad Nafiz bin Mohd Nasaruddin dilahirkan bumi Kuala Lipis, Pahang. Beliau dilahirkan pada 26 Januari 2003 dan sekarang sedang menyambung pengajian sebagai pelajar tahun 1 dalam bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan, jurusan Geografi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Maklumat Penulis Ketiga 6


Maklumat Penulis Keempat Ahmad Yusri bin Shahrizan berasal dari Kampung Sungai Penchala,Kuala Lumpur.Lahir pada tanggal 14 Mac 2004.Kini menuntut ilmu belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),Mengambil kos ekonomi di Fakulti ekonomi dan Pengurusan 7


Hikayat Merong Mahawangsa Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh geroda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan. Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera. Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepaga Sultan Muzaffar Syah. 8


Pantun Hikayat Merong Mahawangsa Terbang burung dibawa bayu Hinggap di tebing mencari juadah Karya agung alam melayu Asal usul negeri Kedah. Subur pohon sesudah dibaja, Buahnya lebat jatuh ke titi, Karisma jurai raja-raja, Penuh disipilin juga sakti. Terlihat juadah datang si kera, Sudah digenggam dibawa lari, Tiada tanding kasih putera, Lanun ditempur demi puteri. Perajurit bertempur jaga wilayah, Sungguh lincah gerak dan geri, Bunga diberi sebagai hadiah, Wujud hubungan antara negeri. Tumbuh subur pohon mempelam, Buahnya jatuh di tepi perigi, Tradisi berubah hadirnya islam, Arak diminum tiada lagi. 9


Indah busana dipakai serani, Tidak dilupa kebaya nyonya, Mahawangsa gagah berani, Juga disanjung sopan santunnya. Penat didaki gunung daik, Langkah dijaga jangan alpa, Mahasipusat hatinya baik, Taat perintah ibu bapa. Gadis rupawan sudah berpunya, Jejaka kecewa hidup sendiri, Raja Ong baran orangnya, Sifat zalim memakan diri. Barang kemas didalam peti, Dikunci rapat agar tak hilang, Anak raja berbudi pekerti, Rakyat senang kerajaan dijulang. Tumbuh melata bunga melati, Gugur daunnya ditepi batu, Mak inang punya empati, Ketika susah raja dibantu. 10


Dipetik dari https://images.app.goo.gl/pxBpBAUvxBugEz2w9 Gambar Buku 11


Kisah Pak Pandir Pada zaman dahulu, terdapat sepasang suami isteri yang tinggal di dalam sebuah hutan. Si suami bergelar Pak Pandir dan si isteri pula Mak Andeh. Pak Pandir yang menyara kehidupannya dengan bercucuk tanam itu memang terkenal di seluruh kampung sebagai seorang yang dungu. Alkisahnya pada satu hari, Mak Andeh menyuruh Pak Pandir pergi ke sungai mencari ikan untuk dibuat lauk-pauk. Lalu, Pak Pandir pon bertanya Mak Andeh mahu menggunakan umpan apa untuk memancing ikan itu nanti. Lantas, dijawabnya Mak Andeh dengan pergi menangkap belalang rusa untuk dijadikan umpan. Selepas itu, Pak Pandir pun segera menuju ke sungai. Dalam perjalannya ke sungai tersebut, terlihat Pak Pandir seekor rusa jantan sedang nyenyak tidur di bawah sepohon pokok. Lalu tanpa basa-basi, Pak Pandir pon mengikat kaki rusa tersebut kerana teringat pesanan Mak Andeh untuk mencari rusa jantan sebagai umpan seingatnya. Kemudian diheretnya rusa itu ke sungai lalu dicangkuknya mata kail pada rusa tersebut dan mencampak rusa tersebut ke dalam sungai. Sesudah itu, Pak Pandir pun pulang ke rumah sebentar untuk membuat kerjanya. Setibanya Pak Pandir ke rumah, Mak Andeh bertanyakan kepadanya jeritan apa yang semakin kuat itu, lalu dijawabnya dengan tenang iaitu barangkali bunyi umpan yang aku tinggalkan di sungai tadi. “Umpan apa yang sebegitu kuat bunyinya?” tanya Mak Andeh. Dan dengan spontannya Pak Pandeh menjawabnya itu adalah rusa jantan yang Mak Andeh pesan untuk dijadikan umpan. Lalu dimarahnya Pak Pandir kerana yang disuruh carinya sebagai umpan itu belalang rusa bukan rusa jantan dan diherdiknya Pak Pandir kerana kebodohannya itu. 12


Seloka Kisah Pak Pandir Pandai pandai wahai Pak Pandir, Anak dipijak, dagang dijinjing; Kucing dibunuh, tikus dibela, Harta habis, badan tergadai. Mendengar gelagak dagang, Tak sedar bertelanjang, Mendengar guruh di langit, Air tempayan dicurahkan. Mulut kena suap pisang, Buntut kena cangkuk onak, Gunting makan dihujung, Pak Pandir juga yang menanggung. Apa didengar gelagak dagang, Gelagak rambutan jantan, Orang berbunga, dia berbunga, Orang berbuah, tapi dia haram! Kilat memancar, hujan tak lalu, Awak juga kecundangan! Pandai pandai wahai Pak Pandr, Awak juga yang menanggung. 13


Gambar Buku Dipetik dari https://fliphtml5.com/dyint/seee/Kisah_Pak_Pandir/ 14


Hikayat Panca Tanderan Di negeri Padaliparum, tanah Hindustan, memerintahlah seorang raja bernama Sugadarma. Ia memiliki empat orang putra yang sangat dungu-dungu dan tidak mahu menurut nasihat orang tua. Maka sangat masygullah hati Sri Paduka dan berdukacitalah dia akan kelakuan mereka. Maka pada suatu hari, tatkala Sri Paduka dihadap oleh para menteri dan pembesar kerajaan semuanya, adalah seorang brahmana bernama Sumasanma yang sanggup untuk mendidik putra-putranya. Maka sangat bersukacitalah Sri Baginda Sugadarma akan tawarannya. Maka dihantarkanlah sang brahmana segala anugerah dan kurnia kerajaan. Syahdan mengajarlah sang brahmana keempat putra dungu tersebut. Namun sebagai seorang bijaksana, mereka tidak diwajibkan belajar ilmu pengetahuan biasa. Akan tetapi diapun bercerita. Ceritanya adalah lima (panca) cerita yang dibagi-bagi menurut ilmunya (tandera, tantra) dan disisipi cerita-cerita hewan dalam sebuah cerita bingkai. 15


Gurindam Hikayat Panca Tanderan Di Hindustan luas, Padali parum, Raja Sugadarma berduka hati. Putra bodoh, tak patuh bapa, Mengundang derita, baginda dukacita. Datang Brahmana Sumasanma namanya, Menawarkan bimbingan, pandu langkahnya. Raja sukacita, terima telus, Memberi anugerah, kesetiaan teguh. Brahmana mengajar, lima cerita, Kisah binatang, memenuhi ruang. Putra bodoh, belajar tekun, Dari kegelapan, bangkit semangat. Dua serigala, yang bijaksana Cemburu terjaga, jangan merana. Hikmah berjalan, cerita terdengar, Kebijaksanaan menang, liku kehidupan. Buih lautan bergelora bersatu, Menghadapi bahaya terbuka bersama. Tekukur tikus gempur bersama, Musuh kalah, persahabatan kekal. 16


Peperangan tipu helah tersembunyi, Gagak bersiasat tipu daya. Burung hantu dikecoh terbelit, Kediaman terbakar perdamaian tercabik. Bicara manis hati bermain, Buaya terperdaya, kera pandai. Atas pokok, hati disimpan, Buaya tertipu, halus terpampang. Padang ilmu, langkah bijak, Hati bersih, tak tergesa lantas, Si Alim, periksa cermat, Kesalahan jangan, terburu-buru diucap. Di alam tajam, perangkap mengintai, Tertiblah hati, jangan terlena, Gurindam pesan bijak terulang, Kewaspadaan penjaga, jalan ranjau. Dalam Kegelapan jangan terhenti, Cahaya menyinari jalan redup. Bijak bertindak, bijaklah berpikir, Hikmah menunggu bagi yang sabar. 17


Gambar Buku Dipetik dari https://ilhambooks.com/hikayat-panca-tanderan/ 18


Hikayat Si Miskin Hikayat Si Miskin berkisah tentang seorang pemuda miskin yang hidup di sebuah kampung terpencil. Dia dikenal dengan nama Si Miskin karena keadaan hidupnya yang serba kekurangan. Meskipun hidup dalam kemiskinan, Si Miskin memiliki hati yang baik, budi pekerti yang luhur, dan iman yang kuat. Dalam perjalanan hidupnya, Si Miskin sering dihadapkan pada berbagai cobaan dan rintangan. Namun, dengan keteguhan hati dan keimanannya, dia selalu mampu menghadapinya dengan sabar dan tabah. Di tengah kesulitan, dia selalu berusaha untuk bekerja keras dan berdoa kepada Tuhan, memohon pertolongan dan rezeki. Si Miskin sering dihina dan diremehkan oleh orang-orang kaya di sekitarnya, tetapi dia tidak pernah membalas dengan kebencian. Sebaliknya, dia selalu menunjukkan sikap rendah hati dan pemaaf. Kebaikan hatinya membuatnya disayangi oleh orang-orang yang mengenalnya dengan baik. Pada suatu hari, berkat ketekunan dan doanya, Si Miskin akhirnya mendapatkan keberuntungan. Dia menemukan harta karun yang tersembunyi, yang kemudian mengubah hidupnya. Namun, meskipun sudah kaya, Si Miskin tetap hidup sederhana dan tidak sombong. Dia menggunakan kekayaannya untuk membantu orang lain yang membutuhkan dan membangun kehidupan yang lebih baik untuk dirinya dan keluarganya. 19


Syair Hikayat Si Miskin Tinggal si miskin di kampung sepi, Hidup susah tak henti-henti, Hatinya kuat tak pernah mati, Walau derita datang bertubi. Siang bekerja malam berdoa, Mencari rezeki penuh usaha, Hidupnya payah namun setia, Kepada keluarga yang dicinta. Rumahnya kecil tak berguna, Tiada harta yang dibangga, Namun hati tetap bahagia, Karena iman di dalam dada. Orang kaya sering menghina, Si miskin sabar tak mengeluh lara, Kekayaan jiwa itulah utama, Bukan emas perak atau benda. Makan seadanya tidak mengapa, Asal keluarga sentiasa bersama, Kebahagiaan mereka yang dijaga, Itulah harta paling berharga. 20


Kepada Tuhan yang Maha Esa, Mohon rezeki yang tak terduga, Untuk keluarga hidup sejahtera. Walau hidup penuh ujian, Si miskin tak kenal putus harapan, Setiap langkahnya dalam kesabaran, Yakin Tuhan beri ganjaran. Kekayaan bukan di harta benda, Tapi di hati yang penuh cinta, Si miskin paham makna sebenarnya, Bahagia sejati ada di jiwa. Akhirnya Tuhan mendengar doa, Memberi rezeki yang tak terduga, Si miskin tetap rendah hati sentiasa, Syukur pada Tuhan tak terhingga. Hikayat si miskin jadi teladan, Bahwa hidup penuh kesabaran, Rezeki ada di tangan Tuhan, Bahagia lahir dari ketulusan. 21


Gambar Buku Dipetik dari https://images.app.goo.gl/gTDE3ALpw6BLxv5Q9 22


Rujukan Diterbitkan semula oleh Syafiq Hadzir. (2020) Hikayat Merong Mahawangsa pdf. Suhaiza Ibrahim (2012), “Kisah Pak Pandir”, diterbitkan oleh Edukid Publication Sdn. Bhd. Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi (2016), “Hikayat Panca Tanderan”, Dicetak oleh Mashi Publication Sdn. Bhd. Rubaidin Siwar (2002),”Hikayat Si Miskin”,DIcetak oleh Percetakan Mun Sun Sdn Bhd. 23


Click to View FlipBook Version