PIMK 3023
PERKEMBANGAN TAFSIR BIL MA’THUR
WAN NOR ‘IZZUMI NAZHIFAH WAN JUSOH
SLIDESMANIA.CO
TAFSIR BIL MA’THUR
Tafsir bi al-Matsur adalah penjelasan Al-Qur’an sendiri,
dari Rasulullah SAW yang disampaikan kepada para
sahabat, dari para sahabat berdasarkan ijtihadnya, dan
dari para tabi’in juga berdasarkan ijtihadnya.
SLIDESMANIA.CO
PERKEMBANGAN TAFSIR BIL MA’THUR
Perkembangan Tafsir bi Al-Mathur terbahagi kepada lima peringkat iaitu ;
1. Secara Lisan atau periwayatan
2. Secara penulisan bersama dengan hadith
3. Penulisan tafsir bil Ma’thur dengan jalur sanad terasing dari hadith
4. Penulisan tafsir secara lengkap beserta dengan sanad yang
bersambung
5. Pengguguran Sanad dari tafsir bil Ma’thur
SLIDESMANIA.CO
Secara Lisan atau periwayatan
- Berlaku pada zaman sahabat dan permulaan zaman tabiin iaitu kurun pertama hijrah pada zaman
Khulafa’ al-Rasyidin dan kerajaan Bani Ummayah.
- Melalui cara ini, para sahabat mengambil penafsiran daripada Rasulullah saw atau para sahabat
meriwayatkan daripada sahabat iaitu dengan cara penukilan yang boleh dipercayai, diteliti dan
mengambil berat tentang sanad periwayatan.
- Waktu ini lahirnya mufassirin dari kalangan sahabat utama seperti khulafa’ al-Rasyidin, Ibn Masud,
Ibn Abbas, Ubai bin Kaab dan Aisyah r.a.
- Keadaan ini berterusan sehingga zaman permulaan tabiin yang mana mereka menerima secara
lisan dari sahabat.
- Pada zaman ini munculnya Madrasah Tafsir; Ibn Abbas di Mekah, Ubay bin Kaab di Madinah dan
Abdullah bin Masud di Kufah.
SLIDESMANIA.CO
SLIDESMANIA.CO Secara penulisan bersama dengan hadith
- Cara kedua adalah hasil lanjutan daripada cara pertama iaitu riwayat-riwayat tersebut dicatat.
- Pada peringkat awal ia ditulis dalam kitab-kitab hadith seperti kitab al-Tafsir dalam sahih al-Bukhari.
- Cara ini berlaku pada zaman tabiin dan tabi’ tabiin iaitu pada kurun ke-2 Hijrah pada zaman pemerintahan kerajaan
Abasiah.
- Golongan tabiin dan tabi’ tabiin telah mencatat riwayat-riwayat tafsir sama ada dalam bentuk marfu’ atau mauquf pada
sahabat atau kata-kata tabiin yang utama(Kibar al-Tabiin).
- Riwayat-riwayat ini ditulis dengan sanad bersama dengan hadith-hadith termasuklah pandangan sahabat berkaitan
hadith, fiqh , aqidah dan istinbat hukum.
- Pada masa ini munculnya Mujahid (104H), Said bin Jubayr (95H), Qatadah (118H) yang mencatat tafsiran guru mereka Ibn
Abbas, Muhammad bin Kaab (120H), Zaid bin Aslam (136H) yang mencatat tafsiran Ubay bin Kaab dan Hasan al-Basri
(110H) dan Masruq bin al-Ajda’ (63H) yang mencatat tafsiran Abdullah bin Mas’ud.
Penulisan tafsir bil Ma’thur dengan jalur sanad
terasing dari hadith
- Pada peringkat ini tafsir bil Ma’thur ditulis secara berasingan dari hadith. Penulisan ini berlaku pada zaman Atba’ al-
Tabiin iaitu pada kurun ke-2 dan ke-3 hijrah.
- Antara tafsir yang dibukukan pada tempoh ini ialah:
(a) Sahifah Ali bin Abi Talhah (143H) yang mencatat riwayat Ibn Abbas.
(b) Tafsir Sufyan bin Said al-Thawri (161H)
(c) Tafsir Sufyan bin Uyahnah (198H)
(d) Tafsir Abd al-Razzaq bin Hammam al-San’ani (211H)
(e) Tafsir Abd bin Humayd (249H)
(f) Tafsir Ishaq bin Rahawayh (238H)
(g) Tafsir al-Nasai (303H)
SLIDESMANIA.CO
Penulisan tafsir secara lengkap beserta dengan
sanad yang bersambung
- Peringkat ini berlaku sekitar tahun ke-4 Hijri dengan tafsir menjadi satu disiplin ilmu yang tersendiri dan berpisah secara
sepenuhnya dari hadith.
- Para mufassirin sepanjang tempoh ini berusaha mengumpulkan riwayat yang ma’thurat dalam tafsir dari hadith-hadith,
kata-kata sabahat, kata-kata Tabiin dan Tabi’ Tabiin.
- Pada peringkat ini munculnya tafsir al-Quran yang lengkap mengikut susunan mushaf dengan menyebut riwayat-riwayat
dan pandangan-pandangan yang ma’thur bagi setiap ayat.
- Antara tafsir yang dibukukan pada peringkat ini ialah:
(a) Tafsir Ibnu Majah (273H)
(b) Tafsir Imam Ibnu Jarir al-Tabari (310H)
(c) Tafsir Abu Bakar bin al-Mundhir al-Naysaburi (318H)
(d) Tafsir Ibn Abi Hatim al-Razi (327H)
(e) Tafsir Ibn Hibban (369H)
(f) Tafsir al-Hakim (405H)
(g) Tafsir Abu Bakar bin Mardawayh (410H)
SLIDESMANIA.CO
SLIDESMANIA.CO Pengguguran Sanad dari tafsir bil Ma’thur
- Peringkat ini adalah peringkat selepas al-Tabari, Ibn Abi Hatim, Ibn al-Mundhir dan Ibn
Mardawayh.
- Pada peringkat para pentafsir menggugurkan sanad riwayat-riwayat tafsir dengan tujuan
memudahkan penuntut ilmu tafsir. Mereka menyebut semua riwayat tanpa mengambil kira
riwayat yang sohih dan daif.
- Oleh kerana riwayat-riwayat tersebut ditulis tanpa sanad maka sukar sekali untuk menilai
riwayat tersebut dan membezakan antara riwayat yang sohih dan daif. 4
- Para pentafsir pada peringkat ini menyebut pelbagai pandangan yang ma’thur dari sahabat
atau tabiin atau tabi;tabiin sehinggakan ada diantara riwayat tersebut bertentangan antara
satu sama lain.
Tafsir yang menjadi contoh kepada peringkat ini
● Tafsir Bahr al-Ulum oleh al-Samarqandi
● Al-Kashf wa al-Bayan An Tafsir Al-Quran karya Abu Ishaq al-Tha’labi
● Tafsir Bahr al-Muhit karangan Abu Hayyan
● Al-Durr al-Manthur fi Tafsir bil Ma’thur hasil tangan al-Sayuti
● Tafsir al-Quran al-Azim hasil garapan Ibn Kathir al-Dimashqi
● Fath al-Qadir tinggalan al-Shawkani.
SLIDESMANIA.CO
SUMBER TAFSIR BIL
MA’THUR
SLIDESMANIA.CO
Tafsir al-Quran dengan al-Quran
- Sebaik-baik cara pentafsiran hendaklah mentafsirkan al-Quran dengan al-Quran, sebab perkara yang dijelaskan secara
mujmal pada satu ayat diperincikan di tempat lain.
- Sehubungan itu Ibn Kathir berkata: “ Sekiranya ada orang bertanya, apakah jalan terbaik mentafsir, maka jawapannya
ialah al-Quran itu sendiri.”
- Mentafsir al-Quran dengan al-Quran dapat dilihat dari berbagai sudut.
a) Penafsiran terhadap ayat yang ringkas
b) Penafsiran secara lebih jelas terhadap ayat yang berbentuk menyeluruh (mujmal)
c) Penafsiran dengan mengkhususkan ayat-ayat yang umum.
SLIDESMANIA.CO
Tafsir al-Quran dengan hadith Rasulullah saw
- Tafsir al-Quran dengan hadith Rasulullah saw merupakan cara kedua mentafsirkan al-Quran
sekiranya pentafsir tidak mendapat pentafsirannya dari ayat yang lain.Imam al-Safie menyebut:
Segala apa yang diberikan hukumnya oleh Rasul saw, maka itu adalah apa yang baginda fahami
daripada al-Quran.
- Pentafsiran hadith kepada al-Quran dapat dilihat dalam beberapa bentuk :
1) Hadith menafsirkan terhadap ayat-ayat al-Quran yang mujmal (menyeluruh).
2) Hadith mengkhususkan terhadap sesuatu ayat yang umum.
3) Hadith menentukan ikatan terhadap sesuatu ayat yang mutlak.
4) Hadith menjelaskan kemusykilan yang terdapat pada ayat al-Quran.
5) Hadith menguatkan kedudukan sesuatu hukum yang terdapat dalam al-Quran
6) Hadith menerangkan dengan lebih meluas apa yang dikemukan oleh al-Quran.
7) Hadith mentafsirkan perkataan-perkataan al-Quran.
SLIDESMANIA.CO
Tafsir al-Quran dengan perkataan para sahabat
- Tafsir sahabat adalah antara tafsir yang patut diterima dan dijadikan pegangan kerana mereka menerima
ilmu secara langsung dari Rasulullah saw.
- Para sahabat menyaksikan wahyu, mengetahui asbab al-Nuzul dan memiliki kemampuan dalam
memahami al-Quran(Ibn Taymiyyah)
- Namun tafsir para sahabat diterima menjadi pegangan dalam tafsir al-Quran perlulah memenuhi kriteria
berikut:
a) Sanadnya baik dan tidak terputus
b) Perawinya bersifat adil dan mempunyai hafalan yang baik
c) Riwayat tidak bertentangan dengan athar sahabat lain yang lebih kuat
d) Riwayat tidak bertentangan dengan hadith nabi yang sahih
e) Tidak bertentangan dengan al-Quran
SLIDESMANIA.CO
Tafsir al-Quran dengan Pandangan Tabiin
- Para ulama berselisih pandangan berhubung tafsir al-Quran dengan
pandangan Tabiin adakah ianya termasuk dalam tafsir bi al-Ma’thur
atau tidak.
- Pandangan yang kuat ialah tabiin termasuk dalam tafsir bi al-Ma’thur
kerana mereka adalah murid kepada para sahabat.
SLIDESMANIA.CO
TERIMA
KASIH ☺
SLIDESMANIA.CO