The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by abua67618, 2021-08-21 23:52:36

bm tesis

bm tesis

E-MINI TESIS

KAJIAN NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5

NAMA : NUR AWATIF BINTI OSMAN

KELAS : 4 MAWARDI

NO. MAKTAB : PB180172

HOMEROOM : CIKGU RAFIDAH

ISI KANDUNGAN

ABSTRAK
PENGHARGAAN

1. BAB 1 : PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN- LATAR BELAKANG
1.2 APA ITU NOVEL FIKSYEN DAN BUKAN FIKSYEN
1.3 PENYATAAN MASALAH
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
1.5 SKOP PENYELIDIKAN
1.6 HIPOTESIS AWAL
1.7 KEPENTINGAN KAJIAN
2. BAB 2: TINJAUAN BACAAN
2.1 BIOGRAFI SETIAP PENULIS
2.2 SINOPSIS 8 NOVEL
2.3 2.3 TARIKAN SETIAP NOVEL
3. BAB 3: METODOLOGI JAHIAN 8 NOVEL
3.1 JENIS NOVEL
3.2 PROSES PENGUMPULAN DATA
3.3 TEMA SETIAP NOVEL
3.4 KEUNIKAN DALAM NOVEL
3.5 PERSAMAAN YANG TERDAPAT DALAM 8 NOVEL
3.6 KETERBEZAAN ANTARA 8 NOVEL
3.7 BANDING BEZA NOVEL MALAYSIA DAN NOVEL LUAR NEGARA
3.8 NOVEL DAN KEHIDUPAN
3.9 KEDUDUKAN NOVEL
3.10 KESIMPULAN

1

4. BAB 4: PENUTUP
4.1 RUMUSAN KAJIAN
4.2 IMPLIKASI DAN CADANGAN
4.3 HIPOTESIS TERAKHIR
4.4 PENUTUP

2

ABSTRAK

Saya mengkaji tentang ringkasan novel-novel yang digunakan untuk Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) terdiri daripada novel tingkatan 4 dan tingkatan 5. Novel yang digunakan
di tingkatan 4 ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa, Di Sebalik Dinara, Jendela Menghadap
Jalan dan Pantai Kasih. Bagi tingkatan 5 pula Songket Berbenang Emas, Tirani, Silir
Daksina dan akhir sekali ialah Bimasakti Menari. Semoga kajian ini dapat memberi manfaat
kepada pembaca.
PENGHARGAAN

Saya memberi penghargaan kepada guru-guru kerana membantu saya melengkapkan
tugasan ini. saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan ibu bapa
yang memberi kata-kata semangat untuk saya menyiapkan tugsan ini. saya amat menghargai
jasa anda semua.

3

BAB 1 : PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN – LATAR BELAKANG
Novel ialah satu bentuk yang terdiri daripada karangan prosa panjang yang ditulis oleh

seseorang penulis. Novel merangkumi rangkaian cerita kehidupan seseorang watak dengan
orang sekelilingnya juga menonjolkan perwatakan dan sifat setiap pelaku dalam kisah yang
diceritakan secara bahagian tertentu dalam bentuk bab yang mengisahkan permulaan,
perkembangan, konflik, kemuncak dan peleraian.

1.2 APA ITU NOVEL FIKSYEN DAN BUKAN FIKSYEN
FIKSYEN

Fiksyen adalah penciptaan imaginasi tulen. Ini bermakna apabila seseorang penulis
menggunakan imaginasi suburnya untuk mengarang beberapa jenis cerita maka itu jatuh di
bawah fiksyen. Kebanyakan drama, novel, dan cerita pendek berada di bawah kategori
fiksyen. Hal ini kerana cerita-cerita ini dibina di sekeliling orang yang tidak wujud yang
melalui situasi yang tidak wujud. Walaupun fiksyen memperkatakan imaginasi dan
bercakap mengenai watak-watak khayalan, topik dan masalah yang dibincangkan dalam
karya fiksyen berkaitan dengan dunia nyata.

BUKAN FIKSYEN
Bukan fiksyen adalah bertentangan dengan fiksyen. Bukan fiksyen adalah orang-

orang yang bercakap tentang orang sebenar dan kejadian sebenar. Akhbar, jurnal dan
biografi adalah sebahagian daripada tulisan yang jatuh di bawah bukan fiksyen. Walau
bagaimanapun, tema asas yang dibincangkan dalam fiksyen adalah berdasarkan dunia
sebenar

4

1.3 PENYATAAN MASALAH(BAGAIMANA UNTUK MENARIK MINAT
MEMBACA NOVEL)
Untuk menarik minat pelajar membaca novel ialah dengan melakukan beberapa
aktiviti untuk mendedahkan dahulu apa itu sebenarnya novel ini. sebagai contoh, pihak
sekolah boleh mengadakan pertandingan mengulas novel. Selain itu, pelajar boleh
mempromosikan karya sastera mereka di majalah sekolah dan sosial media. Guru-guru
boleh mengadakan kempen “MENGHAYATI SASTERA” bagi menggalakkan pelajar
untuk membaca novel. Sesetengah pelajar perlu dibimbing oleh ibu bapa dan rakan bagi
menarik minat membaca novel. Oleh itu, pihak yang terlibat mestilah berusaha
membimbing generasi kini agar dunia sastera tidak hilang ditelan zaman.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dapat mengkaji tentang ciri-ciri novel yang akan diminati pelajar.

Selain itu, saya juga dapat mengkaji cara-cara menaikkan minat pelajar dalam
membaca novel keluaran Pendidikan Kesihatan Malaysia

1.5 SKOP PENYELIDIKAN
Skop penyelidikan saya ialah Novel tingkatan 4 dan tingkatan 5 dari 4 zon yang

berbeza. Novel tingkatan 5 dari zon Perlis, Pulau Pinang, Kedah dan Perak adalah novel
Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip dari zon Selangor, Negeri Sembilan,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah novel Tirani karya Beb
Sabariah, dari zon Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah
Novel Silir Daksina karya Nizar Parman.

Novel tingkatan 4 dari zon Perlis, Pulau Pinang, Kedah dan Perak adalah
Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin, dari zon Terengganu, Pahang,
Kelantan dan Melaka adalah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Dari zon
Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah

5

novel Leftenan Adnan karya Abdul Latip Talib dan dari zon Johor, Sabah, Sarawak,
dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah novel Disebalik Dinara karya Dayang Noor.
1.6 HIPOTESIS AWAL

Setiap orang mempunyai minat yang tersendiri. Oleh itu, saya berpendapat
bahawa minat seseorang kepada novel terletak pada tajuk buku, jalan cerita, dan genre
tersendiri serta buku itu fiksyen mahupun bukan fiksyen.
1.7 KEPENTINGAN KAJIAN

Novel-novel ini dapat memberi impak yang positif iaitu dengan meletakkan nilai
yang dapat diamalkan oleh pembaca dan dapat memperbaiki akhlak pembaca untuk
masa akan datang. Selain itu, membaca novel dapat meluaskan minda pembaca.
Seterusnya, novel juga dapat memberikan seseorang lebih memahami konsep sastera
dengan lebih yakin. Penggunaan bahasa yang diisi oleh penulis pasti akan memberi
rangsangan kepada pembacanya.

6

BAB 2 : TINJAUAN BACAAN
2.1 BIOGRAFI SETIAP PENULIS

Tingkatan 4- novel Di Sebalik Dinara
Nama Gelaran: Dayang Noor
Nama Sebenar: Nor Aziza binti Sulaiman
Akademik: Ijazah Kejuruteraan (Elektronik dan komputer) UPM
Kerjaya: 15 tahun pengalaman bekerja dalam bidang IT
Sejarah Pendidikan: Sekolah Kebangsaan Kerayong, Triang, Pahang
Terbitan : Penerbit UTM dan Utusan Publications
Tahun: 2012

Tingkatan 4- Jendela Menghadap Jalan
Nama Sebenar: Ruhaini Matdarin
Tarikh lahir: 16 Mac 1981
Tempat lahir: hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, Saba
Kerjaya : berkhidmat dengan sebuah syarikat swasta tempatan
Sejarah : pada tahun 2006 memenangi tempat pertama dalam peraduan engarang cerpen
peringkat kebangsaan semperna kempen budi Bahasa Budaya Kita anjuran kementerian
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Pada tahun 2008 beliau memenangi tmpat kedua
Hadiah Sastera Sabah 2006/2007, kategori novel remaja menerusi novel Gadis Adikara. Pada

7

tahun 2009 pula beliau telah memenangi tempat kedua Hadiah sastera kumpulan utusan 2008
menerusi novel Jendela Menghadap Jalan.

Tingkatan 4- novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
Nama: Abdul Latip bin Talib
Nama gelaran : Pak Latip
Tarikh lahir : 2 jun 1954
Tempat lahir Kampung Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan
Kerjaya: penulis sepenuh masa yang menulis sajak, cerpen, rencana, drama televisyen dan
novel.
Sejarah: terkenal dengan penulis prolifik melalui novel-novel sejarah islam yang ditulis beliau
yang dikenali sebagai siri Novel Sejarah Islam

Tingkatan 4- novel Pantai Kasih
Nama: Azmah Nordin
Tarikh lahir: 10 Januari 1958
Tempat lahir:Kulim, kedah
Akademik : pendidikan rendah dan menengah dalam aliran Melayu dan Inggeris
Sejarah: pada tahun 1973,beliau berpindah dan menetap di Sabah. Beliau mula berjinak dengan
dunia penulisan pada awal 1980-an, iaitu dalam penulisan rencana. Beliau menulis dalam
bidang sastera pada awal tahun 1986.

8

Tingkatan 5- novel Songket Berbenang Emas
Nama: Khairuddin Ayip
Tarikh lahir: 25 Februari 1962
Tempat lahir: Batu Pahat, Johor
Kerjaya: bertugas sebagai pegawai School Improvement Specialist Coaches + (SISC +) di
pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Selangor.
Sejarah:

 Pada tahun 1969, beliau mendapat pendidikan awal di SK Pintas Raya dan pada tahun
1975, beliau meneruskan persekolahan di SM Tun Ismail sehingga lulus SPM. Pada
tahun 1980, Khairuddin melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam di SM Dato' Bentara
Luar. Setelah lulus STP, pada tahun 1982 hingga 1984 beliau mengikuti kursus dalam
bidang Pendidikan Sekolah Menengah, Pendidikan Seni dan Pengajian Melayu di
Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru.

 Mulai tahun 1985, Khairuddin bertugas sebagai guru di SRK Sri Petaling, Petaling
Jaya. Setelah sepuluh tahun di sekolah tersebut, beliau bertugas di SR Seksyen 18, Shah
Alam sebagai Penyelia Petang. Bermula Disember 1995, bertugas sebagai Guru
Penolong Kanan I di SK Seksyen 20, Shah Alam. Mulai bulan Julai 1996,

 Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengkhususan Bahasa dan Linguistik
Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Setelah
tamat, pada tahun 1999 beliau bertugas di SM Teknik, Shah Alam, Selangor.

 Kini beliau bertugas sebagai Pegawai School Improvement Specialist Coaches (SISC)
di Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Selangor.

9

Tingkatan 5- novel Tirani
Nama: Bibi Sabariah Hj Abang Awet
Tarikh lahir: 7 November 1949
Tempat lahir: kampung Pusa, Saribas, Bahagian Betong’ Sarawak
Sejarah:

 Lulus Senior Cambridge dari SMK Green Road Kuching,
 Beliau terus mendapat pendidikan ikhtisas diploma dari Maktab Perguruan Rajang

Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Baharu.
 Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam genre cerpen,

puisi, rencana serta rencana kritikan sastera.
 Menetap di Bandar raya Kuching
 Beb Sabariah adalah ahli KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) dan PEKASA

(Persatuan Karyawan Sastera Sarawak).
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tingkatan 5- novel Silir Daksina
Nama: Nizar Parman
Tempat lahir: Batu Pahat, Johor
Kerjaya: seorang guru di SK Seri Lalang,Kluang dan baru menamatkan pengajian ijazah asas
di Universiti Terbuka Malaysia pengkhususan Bahasa Melayu sekolah rendah.
Sejarah:

 Telah dilantik sebagai Jurulatih Utama Bahasa Melayu negeri Johor mulai tahun 2002
 Beliau mula berkecimpung dalam penulisan kreatif pada tahun 1995

10

 Memenangi tempat pertama Sayembara Menulis Cerpen Hari Guru Peringkat Negeri
Perak 1995, tempat ketiga Sayembara Cerpen Hari Guru anjuran DBP - BPG 1998, dan
hadiah saguhati Sayembara Jubli Emas DBP kategori cerpen 2007

Tingkatan 5-novel Bimasakti Menari
NAMA: Sri Rahayu binti Mohd Yusop
Akademik: Sekolah Tun Fatimah itu memiliki ijazah sarjana muda TESL dari Universiti Otago,
New Zealand dan kelayakan ikhtisas pendidikan di maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala
Lumpur.
Kerjaya: Guru Bahasa Inggeris di SMK Pandan Jaya , Ampang
Sejarah:

 Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 9, Tanjong Karang dari (1983-1988),
Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor (1989 -1993).
Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras; University of Otago, New Zealand dan
Dunedin College of Education, New Zealand (1994-1999)

 Guru Bahasa Inggeris di SMK Dato' Harun, Tanjong Karang (2000 - 2003), SMK
Pandan Jaya, Ampang (2004-2020)

2.2 SINOPSIS 8 NOVEL
TINGKATAN 4

1. DI SEBALIK DINARA
Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA.
Tanpa disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk
menguji DNA gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki
rumahnya kerana Azraai (abang Farisha) telah memasang pengimbas retina pada pintu
rumahnya yang disewa bersama-sama Shida. Azraai bimbang akan keselamatan
adiknya. Keesokan hari, Farisha dan Rosman bertemu dengan Aqram di sebuah
simposium. Aqram menawarkan sebuah projek mini kepada mereka. Beberapa hari

11

kemudian, Farisha menyatakan persetujuannya terhadap projek itu. Aqram
memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi. Mereka berada di rumah
kepunyaan Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab yang banyak berjasa malah pernah
menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Dr. Maxi menawarkan RM1.5 juta
kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam
tempoh empat minggu.

Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti. Farisha
dan Shida memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab untuk menulis
sebuah rencana manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara.
Farisha diperlukan oleh Dr. Maxi untuk rancangan mereka manakala Shida pula ialah
physical backup kepada Farisha. Rakan kongsi Farisha iaitu Rosman tidak dapat
bersama-sama di Soft Lab kerana mengurus projek di Senawang. Pagi berikutnya,
Farisha telah dipukau oleh Alia berdasarkan arahan Dr. Maxi. Dalam keadaan bawah
sedar, Alia telah berkomunikasi dengan Karl yang meminta pertolongan Farisha untuk
menyelamatkan Dinara. Hal ini mengundang kemarahan Alia yang menyangka Farisha
menjalin hubungan dengan Karl. Ketika makan tengah hari, Shida mengungkapkan
persoalan tentang Medina yang menghilangkan diri secara tiba-tiba dari Soft Lab. Pada
pendapat Farisha, kehilangan Medina bukanlah persoalan yang besar.

Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit
kepala secara tiba-tiba. Rosman, Farisha dan Shida memutuskan untuk pulang ke
rumah. Uncle Seng, pemilik kedai runcit di bangunan itu memberitahu mereka bahawa
dia melihat dua orang yang kelihatan mencurigakan namun tiada laporan polis dibuat.
Dua malam kemudian, Farisha mengunjungi Azraai dan keluarganya. Dia terkejut
apabila mendapat tahu bahawa Azraai terkena serangan jantung dan hakikat bahawa dia
ialah anak angkat kepada keluarga Azraai.

Keesokan pagi, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram
mendapatkan Shida untuk mengetahui penyakit yang sedang dihidapi oleh Farisha
namun Shida tidak tahu apa-apa mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu
menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti tentang
penyakit Farisha tetapi tidak berjaya sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang
merupakan anak angkat. Di hospital, Farid dan Amin menggunakan peranti untuk
mendapatkan maklumat daripada fikiran Farisha dan berjaya. Selepas mereka beredar,
Aqram pula datang dan mengukur tahap kesihatan gadis itu. Kesihatannya amat tidak

12

memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram, Khairul Anwar dan Alia bersedia untuk
menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha.

Keesokannya, Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl.
Dr. Maxi hanya menghentikan sesi tersebut setelah lima minit walaupun Shida
menunjukkan tindak balas di luar jangkaan. Farisha pula dihubungi oleh mummy
melalui minda bawah sedar. Di suatu tempat yang lain, Farid dan Amin kehairanan
melihat Marilyn kegembiraan. Rupa-rupanya Marilyn (mummy) telah dapat berhubung
dengan Farisha. Di Soft Lab, Shida yang kemurungan mengurungkan diri di bilik
Farisha. Aqram mencuba menerobos minda Shida namun gagal.

Di hospital, Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha. Setelah
Farisha memaklumkan Azraai bahawa mummy telah menghubunginya, Azraai
membawa Farisha keluar dari hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula, Shida
berhubung dengan Karl melalui sesi bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha
dibawa ke situ kerana virus yang disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan lalu
memusnahkan Dinara serta ribuan manusia. Dalam perjalanan ke Kulai, Farisha diculik
oleh orang suruhan mummy. Karl (Shida) mendedahkan kisah silamnya. Antaranya
ialah penyeksaan terhadap seorang wanita hingga cacat dan pendedahan identiti sebenar
Khairul Anwar. Alia mengakui bahawa dialah wanita cacat yang diseksa oleh Karl
kerana enggan meninggalkan agamanya. Medina pernah menjalani proses seperti Shida
tetapi gagal. Rosman dan Azraai menuju ke Soft Lab. Keadaan di Soft Lab semakin
tegang apabila Karl (Shida) menyanyikan lagu yang didendangkan setiap kali dia selesai
menyeksa Alia. Aqram merayu kepada Dr. Maxi supaya mengembalikan diri Shida
yang sedia kala. Marilyn berusaha mengambil hati Farisha dengan menceritakan perkara
sebenar yang terjadi. Melalui telefon, Dr. Haris memberikan amaran tentang kesihatan
Karl yang semakin merosot namun tidak dipedulikan oleh Dr. Maxi. Karl(Shida)
berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara dengan menggunakan komputer
table. Kedatangan Marilyn (Medina / mummy) ke Soft Lab telah membongkar rahsia
bahawa Marilyn (Medina / mummy) dan Karl ialah ibu bapa kandung Farisha. Karl
(Shida) dipengsankan kerana Karl yang sebenar sedang nazak.

Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberikan peluang untuk berjumpa
dengan Karl buat kali terakhir. Karl menghembuskan nafas terakhir tepat pada pukul
7.00 malam. Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya ditabur di Selat
Melaka. Upacara dijalankan di Port Dickson. Shida yang berkelakuan aneh
menyebabkan Aqram berpendapat bahawa Karl masih berada dalam diri Shida. Farisha

13

yang terkejut berlari mendapatkan Marilyn. Apabila Karl (Shida) menyatakan bahawa
dia tidak sanggup meninggalkan Akeem, Aqram terus terdiam

2. SONGKET BERBENANG EMAS

Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan
disenangi oleh teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga
sehingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal
didudukinya. Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada adik-
adiknya setelah pelbagai masalah melanda keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di
Hospital Permai kerana mengalami masalah tekanan mental. Ayahnya dipatuk ular
sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Adik lelakinya pula terpengaruh
dengan kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk belajar. Situasi ini telah
menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya.Tekanan
hidup Dahlia semakin bertambah apabila hubungannya dengan Azhari dipandang
serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan
Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya.Walau
bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah atas kesabarannya
menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang dapat melanjutkan
pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.

3. TIRANI

Novel ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu
menjadi cantik dan berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga
ingin mencapai kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga
suaminya, Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas
pergaulan sebagai isteri. Bagi menjadi cantik Waheeda yang kebetulan hidungnya
digigit monyet melakukan pembedahan rekonstruksi atau pembinaan semula wajahnya
dengan memasang hidung palsu menjadikannya hidungnya mancung dan cantik.
Dengan kejayaannya menjadi cantik datang jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya.
Bidang pelancongan yang diterokainya telah mempertemukannya dengan suaminya,
Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan

14

dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga.
Sebenarnya tidak menjadi kenyataan kerana apa yang diperolehnya itu yang
merosakkan kehidupannya. Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya bertambah berat
dan harapan orang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat
memikulnya. Dalam novel TIRANI cinta Waheeda terhadap suaminya begitu
mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian itu
berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikan dirinya dan
ditambah dengan rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya Waheeda bertekad untuk berjaya
dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di
Cameron Highland. Kemajuan chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya
Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid. Akhir mereka
dipertemukan di chalet itu. Namun, di sudut hati Waheeda dan Zahid terserlah satu
falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu TIRANI.

4. PANTAI KASIH

Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui
pelbagai bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas
menghadapi kegagalan dalam perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan
mentornya, Doktor Uwang agar menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali
sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu
tentang komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus
menabung wang bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di
pusat rawatan itu. Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi
komplikasi yang serupa. Kian terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah
seorang daripada pesakit. Dari mata kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku.
Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini
membuatkan Raiha tambah tertekan.

Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang
perlahan-lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan
menyayat hati. Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga
perjuangan dalam bidang perubatan.

15

Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor
Uwang, ternyata mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang
adalah guru demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-
unsur surgeri ataupun pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam
spesifikasi ortopedik, di institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun
kemudian, apabila dia memulakan klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah
beberapa kali membantu Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap
mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan sebagainya. Malah, hatinya
perrnah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari
pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain daripada sebagai mentor,
Doktor. Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.

Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor. Uwang dan
ditugaskan untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang
menghadapi komplikasi berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah.
Pelbagai tanda tanya, menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah
Doktor Uwang mengalami kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan
itu.

Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha
tentang menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan
yang dibeli khas oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit
yang berpendapatan sederhana.

5. JENDELA MENGHADAP JALAN

Lili ialah seorang remaja berusia 17 tahun yang tinggal bersama--sama ibu dan
bapanya di Kuala Lumpur. Ketika cuti sekolah, ibu ingin menghantar Lili bercuti
bersama-sama nenek di kampung. Walaupun Lili agak keberatan untuk pulang ke
kampung, tetapi disebabkan perasaan hormatnya kepada ibu, Lili pulang juga untuk
bercuti bersama-sama datuk dan neneknya.

Ketika berada di kampung, Lili menyaksikan beberapa peristiwa yang
menjadikan dirinya lebih tertarik untuk tinggal lebih lama di situ. Datuk Lili merupakan
antara orang pertama yang membuka kampung itu. Datuk merupakan seorang pengamal

16

perubatan tradisional. Sejak belakangan ini, pesakit datuk semakin berkurangan kerana
mereka beralih kepada cara perubatan moden disebabkan oleh pengaruh yang dibawa
oleh anak-anak mereka yang masih muda.

Lili juga menyaksikan pertentangan pendapat antara golongan muda dengan
golongan tua berkaitan dengan isu kubah masjid, sama ada perlu diletakkan di atas surau
sedia ada ataupun membina masjid baharu. Geetha dan Daniel yang ditemuinya ketika
dalam perjalanan ke kampung menjadi sahabat baiknya. Mereka mempunyai cara
pemikiran yang sama, tetapi bertentangan pendapat dengan masyarakat yang lebih tua
di situ.

Terdapat sebuah keluarga yang porak-peranda di kampung itu, iaitu keluarga Che
Jah. Anak Che Jah, iaitu Rafiq dan Haziq sering dibelasah oleh orang kampung kerana
suka mencuri dan terlibat dalam pengambilan dadah. Pada suatu ketika, sewaktu Lili
pulang dari bandar, dia telah ditangkap oleh Rafiq dan Haziq. Lili dibawa ke suatu
kawasan yang tidak diketahui dan telah ditawan oleh mereka. Akhirnya, Lili berjaya
diselamatkan oleh Daniel.

Walaupun Lili pernah ditawan oleh Rafiq dan Haziq, namun dia mempunyai
pendapat yang berbeza dengan orang kampung. Dia tidak memandang rendah kepada
Che Jah dan anak-anaknya kerana baginya semua yang terjadi disebabkan oleh suami
Che Jah yang tidak bertanggungjawab. Dengan pertolongan Hamimah yang kebetulan
datang untuk berubat dengan datuk, akhirnya suami Che Jah ditangkap dan anak-
anaknya akan dibantu sehingga pulih. Setelah pulang ke Kuala Lumpur, datuk dan
nenek telah menceritakan sejarah kedatangan mereka ke situ dan rahsia jendela yang
menghadap jalan.

17

6. BIMA SAKTI MENARI

Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai
Cerap Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj
Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun
gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi
tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan
mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan
berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan
negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor.

Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung
Kuantan. Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya
dipagar untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa
menemui ‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan
pemilik anak sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip
tidak terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan
Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam.
Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur rancangan untuk
mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan
memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan Muhammad
Taufik mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan itu dirancang
oleh musuhnya. Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa apabila diculik dan
abangnya, Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul Hafsa
dengan mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen minyak Petronas.

Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba
menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor.
Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat aktiviti
bukan perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu
dan berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri. Muhammad
Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim.

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala
Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri

18

Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan
menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan
beliau dan musuh perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan kemuka
pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul
Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke
kediaman orang tua Nurul Hafsa.

7. SILIR DAKSINA

Kisah dalam Silir Daksina bermula apabila Haiqal mendapat sebuah manuskrip
lama. Alamat pengirim manuskrip tersebut sama dengan alamat tempat lahirnya tetapi
pengirimnya berbangsa Cina iaitu Ong See Hwa. Haiqal mendapati bahawa kisah yang
terdapat dalam manuskrip tersebut seakan-akan benar berlaku dan menceritakan kisah
hidup arwah ayahnya; Abdullah bin Kayan tetapi kisah itu dimainkan oleh watak Cikgu
Nizam. Haiqal bertekad untuk pulang ke Johor untuk menjejak warisan ayahnya
walaupun niat itu ditentang oleh uminya. Walid tidak menghalang pemergian Haiqal
malah berjanji akan mengirimkan wang kepadanya untuk dibelanjakan ketika di Johor.

Kehadiran Haiqal di Kampung Seri Purnama disambut baik oleh penduduk-
penduduk di sana terutamanya Tauke Ong. Kemudian, Tauke Ong telah menyerahkan
wang simpanan, hasil jualan kelapa sawit dan kebun kelapa sawit kepada Haiqal untuk
diuruskan. Haiqal telah mengenali anak Tauke Ong iaitu Ong See Hwa. Haiqal
mendapati bahawa perwatakan Ong See Hwa mirip dengan watak Ai Ling. Haiqal juga
telah bersahabat baik dengan Lazim. Perkenalan Haiqal dengan Lazim dan Ong See
Hwa memudahkan Haiqal untuk menjejak warisan Abdullah bin Kayan. Mereka telah
menunjukkan kisah hidup Abdullah bin Kayan melalui pameran di balai raya lama.
Haiqal mendapat bahawa arwah bapanya merupakan orang yang hebat dalam bidang
seni dan sastera. Haiqal juga mendapat tahu bahawa bakat arwah ayahnya diiktiraf oleh
pihak kerajaan negeri.

19

Kehadiran Haiqal di Kampung Seri Purnama hanyalah untuk mencari kenangan
yang ditinggalkan oleh Abdullah bin Kayan. Penduduk kampung seperti Pak Cik Bakar,
Haji Salim dan Tauke Ong mengharapkan Haiqal supaya mengembalikan kegemilangan
tarian zapin di kampung mereka kerana mereka melihat semangat kepemimpinan Haiqal
mirip arwah ayahnya, Abdullah bin Kayan. Haiqal tidak mahu menghampakan harapan
mereka kerana mereka telah melayan Haiqal dengan baik. Haiqal dan penggiat tarian
zapin jincat seperti Pak Cik Bakar dan Haji Salim telah bersepakat untuk mengadakan
persembahan tarian zapin. Ketika hari persembahan, Lazim telah ditimpa kemalangan.
Haiqal dan Ong See Hwa telah menarikan tarian zapin sehingga ada sebilangan
penduduk kampung yang berasa terharu kerana terkenangkan arwah Abdullah bin
Kayan. Umi, walid dan Nurul Aisyah juga turut hadir untuk menyaksikan persembahan
zapin tersebut. Umi juga telah ke kubur Abdullah bin Kayan dan umi telah mengaku
kesilapannya memisahkan Haiqal daripada bapa kandungnya kerana darahnya turut
mengalir dalam tubuh Haiqal. Setelah beberapa bulan di Kampung Seri Purnama,
Haiqal melanjutkan pelajaran dalam bidang keguruan di sebuah universiti di Sarawak.

8. LEFTENAN ADNAN : WIRA BANGSA

Pada awal penceritaan, novel ini mengisahkan kehidupan Adnan semasa kecil.
Beliau dilahirkan di sebuah kampung di Sungai Ramal, Selangor. Rata-rata penduduk
kampung itu masih berada dalam kemiskinan. Kehidupan mereka bergantung pada
sawah dan kebun getah yang luasnya sekadar cukup makan sahaja. Keadaan ini turut
dirasai oleh Pak Saidi dan Mak Milah, iaitu bapa dan ibu Adnan yang membesarkan tiga
orang anak, iaitu Adnan, Ahmad dan Amarullah. Adnan merupakan anak sulung
keluarga Pak Saidi. Sejak kecil, Adnan rajin membantu keluarganya dan merupakan
anak yang taat akan perintah orang tuanya. Walaupun usianya baru mencecah sepuluh
tahun, setiap pagi Adnan akan pergi ke kebun getah membantu orang tuanya menoreh
getah. Selain itu, dia turut membantu keluarganya mengerjakan sawah bendang. Pak
Saidi dan anak-anaknya tidak suka membuang masa dengan duduk bersembang di kedai
kopi.

20

Pak Saidi sebenarnya berketurunan pahlawan. Beliau sengaja merahsiakan
keturunannya kerana khuatir akan diburu oleh pihak penjajah kerana moyangnya
menjadi orang buruan inggeris. Darah kepahlawanan itulah yang mengalir dalam jiwa
Adnan. Semangat patriotik yang dimiliki oleh Pak Saidi amat tebal. Pak Saidi amat
mengambil berat tentang sejarah tanah air. Beliau sentiasa menekankan betapa
pentingnya orang-orang Melayu mengubah kehidupan di negara sendiri. Para penjajah
telah mengambil kekayaan negeri ini dan menjadikan kaum peribuminya hidup dalam
kemiskinan. Nasib orang Melayu terpinggir dan tidak terbela.Pak Saidi tidak mahu
anak-anaknya mewarisi pekerjaannya. Pengetahuan Pak

Saidi yang luas tentang sejarah tanah air amat dikagumi oleh penduduk
kampungnya. Pak Saidi banyak membaca tulisan pengarang tanah air ketika itu seperti
Syed Syeikh Al-Hadi. Keberanian pahlawan Melayu seperti Dol Said, Mat Kilau, Datuk
Bahanam dan Datuk Siamang Gagap sering menjadi inspirasi dalam meningkatkan
semangat patriotisme yang ada dalam dirinya.

Pak Saidi tidak mengabaikan tanggungjawabnya untuk memberikan pendidikan
terbaik untuk anak-anaknya. Beliau mahu anak-anaknya berbakti kepada
agama,bangsa,dan tanah air.Oleh sebab itu,Adnan telah dilengkapi dengan ilmu
keagamaan dan ilmu persilatan. Pak Saidi sedar bahawa dengan ilmu pengetahuan
sahajalah negara akan dapat dibangunkan.Pihak penjajah sememangnya tidak suka
orang melayu menjadi pandai. Pelajaran yang diperolehi mereka setakat boleh membaca
dan menulis sahaja.Atas dasar itu, Pak Saidi berhasrat mahu menghantar anak-anaknya
ke sekolah aliran Inggeris untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Tindakan Pak Saidi itu
mendapat tentangan daripada masyarakat kampung yang khuatir anak-anak Pak Saidi
akan diresapi pengaruh agama Kristian dan seterusnya menjadi murtad. Tentangan
penduduk kampung itu tidak mematahkan semangat Pak Saidi untuk menghantar anak-
anaknya menimba ilmu di sekolah aliran inggeris. Bagi Pak Saidi, masyarakat Melayu
perlu belajar daripada orang

Inggeris yang lebih maju dalam pelbagai bidang keilmuan. Anak-anak perlulah
dilengkapi dengan ilmu pengetahuan kerana itu sahaja caranya untuk mengambil alih
pemerintahan negara ini daripada tangan penjajah.
Adnan bersekolah di sebuah sekolah aliran inggeris.Di sekolah, Adnan terkenal sebagai
pelajar rajin dan pintar. Sikap ringan tulangnya amat disenangi oleh teman-teman dan
juga guru-guru sekolah.Adnan menyatakan cita-citanya untuk menjadi askar.Setelah
tamat persekolahan, beliau diterima menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Sungai

21

Ramal. Namun,bidang perguruan bukanlah minatnya. Cita-citanya hanyalah satu, iaitu
untuk menjadi askar.Adnan telah terpilih menjadi askar dalam suatu sesi temu duga
yang diadakan di Port Dikson. Kejayaan Adnan terpilih untuk menjalani latihan
ketenteraan menjadi buah mulut di pelosok kampung.

Konflik berlaku apabila Nordin memperlekehkan usaha Adnan untuk menjadi
tentera. Adnan dituduh sebagai pengkhianat bangsa kerana menjadi tali barut Inggeris.
Adnan tidak menghiraukan tempelak rakan-rakan sekampungnya. Beliau menjadi
pengasas Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu yang hanya berjumlah 25 orang.
Kegigihan Adnan membolehkan beliau terpilih mewakili platun Askar Melayu dalam
perbarisan memberi hormat bagi menyambut upacara pertabalan King George VI di
London. Adnan telah berkahwin dengan Sophia,anak Pak Fakih. Adnan membawa
Sophia dan anak-anaknya ke Singapura. Namun, Adnan terpaksa menghantar anak-
anaknya dan Isterinya pulang ke kampung selepas mendapat berita yang mengejutkan.
Beliau mendapat tahu bahawa Jepun mahu menyerang Singapura. Mereka juga mahu
menjajah Tanah Melayu.

Kesungguhan dan kecekalan 25 orang perintis askar Melayu ini telah berjaya
menyakinkan Mejar G.MC Bruce mengenai kemampuan anak-anak muda Melayu
menjadi tentera lalu diadakan pengambilan rekrut baharu. Pada 1 Januari 1935, pasukan
percubaan Askar Melayu telah ditukarkan menjadi Rejimen Askar Melayu dengan
kekuatan anggota sebanyak 150 orang. Kemudian dipercepatkan pengambilan anggota
baharu menjadi 232 orang. Mereka dibahagikan kepada dua kompeni dilengkapi dengan
platun mesingan, seksyen semboyan dan unit tambur. Pada 1 Januari 1938, Batalion
Pertama Askar Melayu ditubuhkan dengan dianggotai 17 pegawai British, 6 pegawai
melayu, 11 pegawai waran, 759 pegawai dan lain-lain pangkat. Pada bulan Mac 1941,
Rejimen Askar Melayu ditambah kekuatan menjadi dua batalion. Mereka diberi
tanggungjawab untuk mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan Jepun.

Pada Sabtu 6 Disember 1941, satu persidangan telah berlangsung di Manila
yang dihadiri oleh pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat dan British.
Laporan perisikan menyatakan bahawa angkatan laut Jepun telah berlayar menuju
Asia.Risikan mendapati sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut yang diiringi
oleh kapal tempur,kapal penjajap, dan kapal pembinasa menuju Laut China Selatan.Hal
ini merupakan isyarat jelas Bahawa Jepun akan terlibat dalam Perang Dunia Kedua.

Batalion Kedua Askar Melayu ini ditempatkan di Kelantan menentang pendaratan
askar Jepun dan mereka terlibat dalam pertempuran di Pantai Cahaya Bulan pada 8

22

Disember 1941. Pada hari pertama askar Jepun mendarat,mereka telah ditentang hebat
oleh askar Melayu yang dibantu oleh tentera India British yang berkubu di sepanjang
pantai. Pada hari kedua,kapal-kapal perang Jepun telah melepaskan tembakan di
sepanjang pantai menyebabkan ramai yang terkorban.Hal ini banyak menyebabkan
askar India yang berkhidmat dengan tentera British melarikan diri. Namun, askar
Melayu terus bertahan dan berjaya menggagalkan pendaratan askar Jepun. Namun,pada
hari ketiga,askar Melayu yang sedang bertempur diarahkan berundur. Dengan itu, askar
Jepun berjaya mendarat di Kelantan setelah tiga hari bertempur.

Mitos keunggulan tentera British di Tanah Melayu dapat dihancurkan oleh
Jepun dalam masa tiga hari sahaja apabila askar Jepun berjaya mendarat di Kota Bharu,
Kelantan. Pertahanan tentera British mudah sahaja ditewaskan oleh tentera Jepun
Yang cukup licik dan memiliki kemahiran dalam peperangan. Akibatnya, negeri-negeri
di Tanah Melayu satu persatu jatuh ke tangan tentera Jepun. Kemudian,mereka terus
mara ke Singapura dan dalam masa 69 hari Inggeris terpaksa menyerah kalah kepada
Jepun.

Pada mulanya British begitu yakin akan kekuatan tenteranya untuk menangkis
serangan askar Jepun. Sebaik-baik sahaja mendapat laporan tentang tentera Jepun
mendarat di Kota Bharu, Inggeris telah menghantar askarnya berkubu di sepanjang
pantai.British juga menghantar dua buah kapal perang, iaitu Prince Of Wales dan
Repulse untuk mempertahankan Tanah Melayu.Malangnya,kedua-dua buah kapal
perang kebanggaan British itu berjaya ditenggelamkan oleh kapal terbang Jepun yang
melakukan serangan kamikaze.Berita tenggelamnya dua buah kapal perang itu telah
mengejutkan

British sekali gus melemahkan moral dan semangat askarnya. Namun, mereka
masih percaya satu-satunya kubu pertahanan yang dianggap kebal ialah Singapura.
Malah Inggeris yakin kubunya di Singapura itu tidak akan dapat ditembusi oleh askar
Jepun. Dalam pertempuran dengan askar Melayu di Kelantan dan di Singapura,naskar
Melayu telah menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat.
Sebanyak 152 orang askar melayu, termasuk 7 pegawai Melayu yang dipinjamkan ke
Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara pegawai askar Melayu yang terkorban itu
termasuklah Leftenan Adnan bin Saidi. Beliau bersama-sama dengan 42 orang
anggotanya yang masih hidup telah berjuang sehingga titisan darah yang terakhir.nPada
15 Februari 1942, askar Jepun berjaya menakluki Singapura setelah berlaku
pertempuran hebat. Akhirnya, British terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.

23

2.4 TARIKAN SETIAP NOVEL

PANTAI KASIH
Novel ini membuatkan pembaca tertanya tanya tentang apa yang akan berlaku

selepas itu,sebagai contoh, pembaca akan tertanya-tanya mengapa Unong Sinon
membuat pembedahan sebanyak lima kali tetpi masih belum sembuh dan apakah yang
berlaku seterusnya? Novel begini juga adalah ciri-ciri novel yang diminati remaja
kerana mereka akan terus membaca novel tesebut sehingga pertanyaan mereka
terungkai

SONGKET BERBENANG EMAS
Novel ini menampilkan banyak nilai murni di dalamnya, nilai dan pengajaran

dalam sesebuah karya perlu diberi penekanan bagi menghasilkan karya yang menarik
dan bermutu tinggi. Sesebuah karya haruslah menampilkan nilai-nilai murni yang dapat
memberi kesan kepada pembaca dan secara tidak langsung membentuk jati diri pelajar
bermoral tinggi dalam usaha melahirkan modal insan yang berminda kelas pertama

SILIR DAKSINA
Novel ini mengandungi ciri-ciri yang diminati oleh sesetengan remaja dan

penggemr novel. Ha ini demikian kerna noovel ini menyelitkan unsur tanda tanya
tentang kewujudan manuskrip lama. Selain itu, novel tersebut juga memaparkan
masalah yang dihadapi oleh watak utama yang merupakan masalah realiti yang akan
berlaku dalam kehidupan kita. Jadi, penulis memberikan situasi kita dalam mendalami
dan dapat memahami situasi watak utama tersebut. Mengandungi nilai murni dan
pengajaran serta mengandungi unsur saspens yang menimbulkan rasa ingin tahu kepada
pembaca.

BIMA SAKTI MENARI
Novel ini membuatkan pembaca tertanya-tanya tentang penyelesaian yang akan

dibuat oleh Nurul Hafsa yang berjanji untuk mengembalikan kegelapan di negeri
Selangor agar bintang bintang kelihatan semula dan juga ingin mengetahui sama ada

24

cara tersebut berjaya atau tidak dalam usaha melestarikan alam sekitar. Selain itu, novel
ini juga memaparkan nilai tidak putus asa dalam menepati janjinya itu. Novel ini dapat
diberikan pengajaran kepada remaja kini dan juga dapat menarik minat remaja untuk
membacanya disebabkan oleh watak perwatakan yang boleh dijadikan contoh kepada
remaja kini.

TIRANI
Remaja boleh memupuk nilai murni yang terdapat dalam novel tersebut. Waheeda

yang sentiasa bersikap positif dan mempunyai pendirian yang tegas boleh menjadikan
ikhtibar kepada remaja kini untuk terus bangkit walaupun berada dalam keadaan yang
sangat genting. Novel ini dangat menarik dan dapat diberikan perhatian oleh remaja
kini kerana daripada nilai-nilai yang terdapat di dalam novel tersebut dan atur cerita
yang menarik yang dapat memberikan inspirasi kepada pembaca

JENDELA MENGHADAP JALAN
Novel ini mengisahkan tentang persahabatan dan kekeluargaan. Novel ini dapat

menarik minat remaja kini untuk membaca adalah kerana penulis menampilkan tema
masalah cita rasa remaja kini kerana ia bertepatan dengan cita rasa mereka dan juga
mereka dapat mendalami perwatakan watak tersebut

LEFTENAN ADNAN- WIRA BANGSA
Novel ini menarik perhatian pembaca dan istimewa kerana perwatakan watak

utama dalam novel ini berjaya meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa pembaca
terutamanya kepada generasi muda yang masih mempunyai kudrat untuk berjuang
mempertahankan negara. Novel ini memberikan nilai dan pengajaran kepada remaja kini
untuk membuka minda mereka. Selain itu, mereka juga dapat melahirkan motivasi diri
dalam kehidupan harian mereka. Sebilangan remaja lebih gemar novel yang bergenre
sebegini.

25

3.1 JENIS NOVEL

TINGKATAN 4

 Di Sebalik Dinara: fiksyen
 Jendela Menghadap Jalan: fiksyen
 Pantai Kasih: fiksyen
 Leftenan Adnan Wira Bangsa : bukan fiksyen

TINGKATAN 5

 Tirani – fiksyen
 Songket Berbenang Emas- fiksyen
 Silir daksina- fiksyen
 Bimasakti Menari – fiksyen

3.2 PROSES PENGUMPULAN DATA

tarikh Keterangan proses
16/3/2021 Mencari sinopsis kelapan-lapan novel tersebut

26/7/2021 Mendengar taklimat mengenai penghasilan E-mini
tesis

30/7/2021-31/7/2021 Mencari maklumat mengenai:
- Maksud novel
- Maksud fiksyen dan bukan fiksyen
- Biografi penulis

1/8/2021 Mencari tema dan keunikan setiap novel

3/8/2021-7/8/2021 Mencari maklumat mengenai:
- Persamaan dan keterbezaan setiap novel
- Nilai yang tersapat dalam setiap novel
- Cara untuk menarik minat pembaca

26

- Penambahbaikan untuk novel

8/8/2021-10/8/2021 Membuat rumusan kajian dan hipotesis akhir

11/8/2021 Menghantar draft bab 3 dan 4 di tapak microsoft
team

13/8/2021 Membuat semakan keseluruhan kajian dan
mengenalpasti kesalahan yang perlu diperbaiki

15/8/2021 Menghantar kajian lengkap di tapak microsoft teams
yang telah disediakan oleh guru

3.3 TEMA SETIAP NOVEL
TINGKATAN 4

1. Jendela Menghadap Jalan – Kecekalan seorang gadis menghadapi pelbagai cabaran
rintangan

2. Pantai Kasih – tabah menghadapi kematian anak perempuannya
3. Leftenan Adnan Wira Bangsa – keberanian seorang anggota tentera dalam

mempertahankan tanah air
4. Di Sebalik Dinara – penghasilan teknologi canggih berdasarkan pengetahuan sains

TINGKATAN 5
1. Tirani - kegigihan seorang wanita dalam menempuh berbagai – bagai cabaran dan
dugaan dalam kehidupannya
2. Songket Berbenang Emas - ketabahan seorang gadis menghadapi dugaan hidup

27

3. Bimasakti Menari : kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan alam sekitar
4. Silir Daksina : kekeluargaan .Konflik keluarga yang berpunca dari penceraian ibu dan

ayah sesebuah keluarga

3.4 KEUNIKAN DALAM NOVEL
Antara keunikan novel yang ada di dalam Jendela Menghadap Jalan adalah penulis

menulis jalan cerita yang saspens dan menarik minat pembaca iaitu dimana kes penculikan yang
menjadi tanda tanya kepada pembaca. Seterusnya, novel Di Sebalik Dinara pula menceritakan
tentang sistem teknologi yang amat maju dan saya sebagai pelajar berasa minat untuk membaca
novel tersebut. Selain itu, novel Pantai Kasih yang mempunyai keunikan tentang seorang doktor
yang menghadapi pelbagai bentuk ujian dan rintangan sebelum dia menjadi doktor pakar bedah.
Di samping itu, novel Leftenan Adnan mempunyai keunikan yang tersendiri iaitu penulis
menceritakan perjuangan seorang askar Melayu yang berani berjuang mempertahankan negara
demi kemerdekaan. Novel Songket Berbenang Emas penulis menceritakan tentang kegigihan
seorang pelajar Tingkatan 6 yang menghadapi masalah keluarga yang mengganggu
tumpuannya terhadap peperiksaan . Keunikan cerita ini dimana penulis menunjukkan ketabahan
seorang pelajar dalam menghadapi masalahnya. Seterusnya, ialah novel Tirani, keunikan cerita
ini adalah cara penulis membuatkan tanda tanya kepada pembaca setelah wanita itu diserang
oleh beruk dan membuat pembedahan di Singapura. Novel seterusnya ialah novel Bima Sakti
Menari. Keunikan novel ini ialah penulis berjaya memberi pembaca berasa saspen buat
seketika. Akhir sekali, novel Si;ir Daksina. Keunikan novel ini ialah penulis menceritakan
tentang seorang anak gigih mencari bapanya selepas menerima manuskrip dari bapanya.

3.5 PERSAMAAN DALAM NOVEL
Persamaan yang ada di dalam novel Tirani dan Pantai Kasih ialah jalan cerita yang

menunjukkan kegigihan seseorang untuk mencapai sesuatu kejayaan. Manakala, novel Jendela
Menghadap Jalan dan Bimasakti Menari yang menunjukkan unsur saspen di dalam jalan cerita.
Akhir sekali, novel Songket Berbenang Emas dan novel Silir Daksina yang bertemakan
kekeluargaan.

28

3.6 KETERBEZAAN ANTARA 8 NOVEL
Keterbezaan yang ada novel – novel ini adalah tujuh daipada novel ini merupakan

novel fiksyen. Manakala satu novel daripadanya iaitu novel Leftenan Adnan adalah novel
bukan fiksyen
Akhir sekali, terdapat pelbagai nilai murni yang berbeza yang terdapat di dalam setiap novel,
yang dapat memberi pengajaran kepada pembaca

3.7 BANDINGKAN NOVEL MALAYSIA DAN LUAR NEGARA
Pada pendapat saya, novel luar negara lebih menarik kerana penulis – penulis luar

negara yang lebih kreatif dalam menggunakan imaginasi mereka dalam menulis sebuah
cerita yang dapat memberi impak yang banyak kepada pembacanya serta dapat menambah
minat seseorang untuk membaca
3.8 NOVEL DAN KEHIDUPAN

Setelah mengkaji kelapan – lapan novel banyak nilai yang dapat dicontohi.
Antara nilai yang dapat dicontohi ialah nilai ketabahan. Novel yang mempunyai nilai
tersebut ialah novel Di Sebalik Dinara, Leftenan Adnan, Pantai Kasih dan Songket
Berbenang Emas. Pengajaran yang kita dapat dari novel -novel tersebut adalah kita
hendaklah sentiasa tabah dalam menghadapi ujian. Seterusnya, nilai kasih sayang.
Antara novel yang mempunyai nilai tersebut ialah novel Di Sebalik Dinara. Pengajaran
yang kita dapat dari nilai tersebut ialah kita hendaklah sayang akan ahli keluarga. Selain
itu, nilai kegigihan. Novel yang mempunyai nilai tersebut di dalamnya ialah novel Di

29

Sebalik Dinara. Pengajaran yang saya dapat dari nilai tersebut ialah kita hendaklah
sentiasa gigih dalam mencapai sesuatu dalam hidup kita.

3.9 KEDUDUKAN NOVEL
SANGAT MENARIK
1. Leftenan Adnan Wira Bangsa
2. Pantai Kasih
MENARIK
3. Tirani
4. Jendela Menghadap Jalan
KURANG MENARIK
5. silir Daksina
6. Di Sebalik Dinara
7. Songket Berbenang Emas
8. Bimasakti Menari

3.10 KESIMPULAN
Kesimpulannya, kebanyakan novel keluaran pihak Kementerian Pelajaran Malaysia

membosankan para pelajar dan ada juga novel yang menyebabkan para pelajar berasa tidak
selesa semasa membacanya kerana ada unsur – unsur yang tidak sepatutnya. Novel – novel ini
banyak memberikan pengajaran yang dapat saya ikut untuk memperbaiki hidup saya

30

4.1 RUMUSAN KERJA
Pada pendapat saya, berdasarkan kesemua novel yang saya kaji , novel yang

menarik minat saya ialah novel Leftenan Adnan. Novel ini menunjukkan semangat,
keberanian, ketabahan dan kegigihan seorang tentera dalam melindungi negara tercinta.

4.2 IMPLIKASI DAN CADANGAN
Pada pandangan saya, antara cadangan yang dapat dilakukan untuk penambahbaikan

novel adalah penulis menulis cerita yang menarik seperti novel – novel yang di luar negara.
Selain itu, menambah gambar untuk memberi pembaca lebih faham dengan situasi yang ingin
disampaikan.

4.3 HIPOTESIS TERAKHIR

Setiap orang mempunyai minat masing – masing. Novel juga mempunyai
keunikan dan daya tarikan yang tersendiri. Hal ini disebabkan oleh penulis yang
bersusah payah untuk menyiapkan karyanya bagi mendapatkan jalan cerita yang dapat
menarik minat para pelajar

4.4 PENUTUP

Kesimpulan yang dapat saya buat di sini berdasarkan kajian yang saya lakukan
adalah setiap penulis mempunyai minat mereka sendiri. Hal ini kerana kebanyakan
novel yang telah saya baca menunjukkan idea daripada imaginasi mereka yang
pelbagai minat. Oleh itu, kita hendaklah memperbanyakkan membaca karya sastera di
dalam negara mahupun di luar negara.

4.5 RUJUKAN
Gemilang, B. (2021, June 30). → Bahasa Melayu : Komsas Tingkatan 4, 5 (SPM) (A).
Bumi Gemilang. https://www.bumigemilang.com/bahasa-melayu-tingkatan-4-5-komsas-1/

31

Sgo, A. (2020, October 17). Novel Songket Berbenang Emas. Sistem Guru Online.
https://www.sistemguruonline.my/2019/09/novel-songket-berbenang-emas.html
(2021, May 26). Novel Tirani : Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai & Pengajaran.
Ipendidikan.my. https://www.ipendidikan.my/novel-tirani.html

32


Click to View FlipBook Version