The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by irda0203, 2019-06-17 20:20:57

Min Mesy Kecemerlangan 3/2019

min mesy 3 2019

SK KELEBANG BESAR, MELAKA

MINIT MESYUARAT KECEMERLANGAN KALI 3/2019

Tarikh : 9 Mei 2019 (Khamis)

Masa : 2.30 petang

Tempat : Makmal Komputer SK Kelebang Besar

Kehadiran Guru:

1. Tn Hj Anuar b. Jaffar
2. Pn Ratna bt Hashim
3. Pn Nasidah bt Nasaha
4. Pn Rozita bt Talip
5. Cik Irdawati bt Basri
6. Cik Noor Hasnita bt Ja’afar
7. Pn Nadhra bt Zakaria
8. En Syarudin b. Ibrahim
9. Pn Aidayuwati bt Abdullah
10. Pn Syarila bt Mat Daud
11. Pn Asiah bt Gabil
12. Pn Norhayati bt Ismail
13. Pn Hasnah bt Hassan
14. En Mohd Fauzi b. Abu Bakar

Tidak Hadir:

1. Pn Siti Haszrah bt Turemen
2. En Muhammad Saufe b Abu Samah
3. Pn Rahmah Rahim bt Rahim
4. Tn Hj Ahmad Fahmi b. Ibrahim
5. Pn Amalina bt Abd Rafid

1.0 Ucapan Guru Besar

1.1 Guru Besar mengalu-alukan kehadiran guru-guru ke mesyuarat Kecemerlangan kali ketiga bagi
tahun 2019.

1.2 Guru Besar mengharapkan semua guru-guru Tahun 6 akan terus melipat gandakan usaha bagi
memastikan kejayaan anak-anak didik di SK Kelebang Besar.

1.3 Beliau menyatakan bahawa mesyuarat ini diadakan bertujuan bagi mengetahui perkembangan
murid-murid di dalam peperiksaan Gerak Gempur 2.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat 1
Pencadang : Pn Norhayati bt Ismail
Penyokomg : Pn Nasidah bt Nasaha

3.0 Post Mortem Gerak Gempur 2

Lampiran Analisa Gerak Gempur 2 disediakan oleh Setiausaha Peperiksaan.

Berdasarkan analisa tersebut, terdapat sedikit peningkatan bagi semua subjek berbanding dengan
Ujian Gerak Gempur 1.

3.1 Dapatan daripada analisa Gerak Gempur tersebut juga, Guru Besar meminta setiap Panitia untuk
menyatakan permasalahan yang timbul dan kesannya kepada perkembangan murid-murid. Guru-
guru menyuarakan rasa tidak berpuashati berkaitan program sekolah yang dirancang terlalu hampir
bagi setiap satu program. Akibatnya murid-murid tidak memberi tumpuan kepada sessi PdPc,
sebaliknya terlalu asyik dengan program sampingan yang menyebabkan tumpuan mereka terjejas.
Guru Besar menyatakan bahawa perkara tersebut tidak dapat dielakkan dan berharap supaya murid-
murid dapat lebih memberi tumpuan selepas ini.

3.2 Guru Besar juga meminta guru-guru subjek untuk menyenaraikan nama murid-murid target bagi
tahun 2019.

Bahasa Melayu Matematik
Anis Batrisyia Mohamad Hisham
Muhammad Razin Adli Syahmi
Anis Fadzlina Muhammad Razin
Umie Humairah Nurfarisya Qistina
Nur Amalia Nurul Hanisah
Nurul Hanisah Umie Humairah

Bahasa Inggeris Sains
Anis Fadzlina
M. Alif Mikael Mohamad Hisham
Muhammad Razin Muhammad Razin
Nur Amalia Anis Fadzlina
Nurul Hanisah Nur Amalia
Umie Humairah Nurul Hanisah
Umie Humairah

Tiga nama telah disenarai pendek bagi tujuan tersebut.

1. Umie Humairah
2. Nurul Hanisah
3. Muhammad Razin

4.0 Hal-hal lain

4.1 Program CO

SK Kelebang Besar dipertanggungjawabkan untuk menyediakan soalan-soalan modul MT sebagai
kerja rumah semasa cuti pertengahan tahun dan perayaan Hari Raya Aidilfitri. Modul tersebut perlu
dihantar selewat-lewatnya 16 Mei 2019.

4.2 Kelas Tambahan Selepas Waktu Persekolahan

Bermula selepas cuti pertengahan tahun, murid-murid tahun 6 akan mula mengikuti kelas tambahan
setiap petang Isnin dan Selasa. Kelas tambahan tersebut akan diadakan selama 2 jam bermula jam
2.30 sehingga 4.30 petang. Sehubungan dengan itu, Guru Besar memaklumkan bahawa guru Tahun
6 akan dikecualikan dari mengikuti aktiviti Ko-Kurikulum.

4.3 Lawatan Pemantauan Akademik

Guru Besar memaklumkan bahawa jadual pemantauan telah ditangguhkan sehingga selepas cuti
Hari Raya Aidilfitri. Tarikh baru akan dimaklumkan kemudian.

4.4 Pembentangan Kewangan

Bendahari Jawatankuasa Kecemerlangan melaporkan sehingga 4 Mei 2019, sebanyak RM8590.00
telah dapat dikutip daripada semua murid tahun 6 hasil sumbangan untuk Program Kecemerlangan
sekolah. Perincian:

6K – RM4390

6M – RM3300

6S – RM900

Jumlah perbelanjaan: RM1172.05

Baki: RM6442.95

Sebelum mengakhiri mesyuarat pada hari tersebut, Guru Besar meminta semua guru-guru Tahun 6
terus berusaha memastikan kejayaan anak-anak didik SK Kelebang Besar serta mengambil
kesempatan di bulan Ramadhan yang mulia ini untuk mendoakan kejayaan murid-murid tahun 6 di
dalam peperiksaan yang akan datang.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang

Disediakan Oleh:

Irdawati bt Basri
Setiausaha Kecemerlangan
SK Kelebang Besar


Click to View FlipBook Version