The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by abuahmadsiamang, 2022-06-05 04:25:12

P&P abad ke-21

P&P abad ke-21

LOGO

BMMB3186

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
ABAD KE-21

▪ Aspirasi Wawasan 2020 dan Wawasan
Pendidikan

▪ Transformasi Pendidikan
▪ Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
▪ Enam Aspirasi Murid
▪ Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Abad

Abad ke 21

Aspirasi Wawasan 2020 dan
Wawasan Pendidikan

❖DEFINISI WAWASAN
❖•Halatuju, harapan, matlamat atau

sasaran akhir organisasi atau pun masa
depan yang kita ingini ( future success )
❖•Kejayaan masa depan yang kita
kehendaki berdasarkan satu tempoh masa
❖•Wawasan mesti boleh dicapai dan
dilaksanakan

WAWASAN 2020

❖•Diilhamkan oleh Perdana Menteri
❖•Merupakan satu

matlamat/harapan/sasaran jangka
panjang untuk menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara maju dengan
acuan sendiri menjelang tahun 2020
❖•9 Cabaran Wawasan 2020

WAWASAN PENDIDIKAN

❖•Perpaduan
❖•Pengurusan dan Kepimpinan
❖•Perkhidmatan Penyayang
❖•Empowerment
❖•Budaya Ilmu
❖•Sekolah Penyayang
❖•Budaya Cemerlang

Wan Zahid(1999)

TRANSFORMASI PENDIDIKAN















ANJAKAN 4



ANJAKAN5



























PELAN PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN MALAYSIA

❖ Kerajaan telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 pada 6
September 2013. Pelan itu menyaksikan sebanyak 11 anjakan melibatkan transformasi
dari segi sistem pendidikan negara.

❖ Berikut merupakan 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025:

❖ 1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
❖ 2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
❖ 3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
❖ 4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
❖ 5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
❖ 6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus

berasaskan keperluan.
❖ 7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
❖ 8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
❖ 9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
❖ 10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
❖ 11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

❖ Di samping itu, proses transformasi sistem pendidikan
turut akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun menerusi
tiga gelombang:

❖ 1. Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada
usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan
guru dan tumpuan kepada kemahiran asas.

❖ 2. Gelombang 2 (2016-2020) mempercepatkan
penambahbaikan sistem.

❖ 3. Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan
menerusi operasi yang lebih fleksibel.

❖ Pelan ini juga menyasarkan pembangunan pelajar yang
memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka
bersaing di peringkat global, iaitu pengetahuan,
kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran
dwibahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti
kebangsaan

ENAM ASPIRASI MURID

❖Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
akan terus mendukung hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan untuk pendidikan
seimbang sebagai asas aspirasi setiap
murid. Pelan ini juga merujuk sistem
pendidikan berprestasi tinggi lain untuk
membina perincian bagi kemahiran
khusus dan atribut yang boleh diterapkan
kepada murid bagi membolehkan mereka
menerajui pembangunan ekonomi dan
dunia global masa hadapan.



Pengetahuan

❖ Di peringkat paling asas, setiap kanak-kanak perlu
menguasai sepenuhnya kemahiran literasi dan numerasi.

❖ Selain itu, penting bagi setiap murid menguasai mata
pelajaran teras seperti Matematik dan Sains.

❖ Murid juga perlu didedahkan kepada pengetahuan am
yang menyeluruh tentang Malaysia, Asia, dan dunia dari
aspek sejarah, manusia, dan geografi.

❖ Murid juga digalakkan mengembangkan pengetahuan
dan kemahiran dalam bidang lain seperti seni, muzik, dan
sukan.

Kemahiran Berfikir

❖ Setiap murid akan belajar cara memperoleh ilmu
pengetahuan sepanjang kehidupan mereka
(menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan
pembelajaran sepanjang hayat) untuk membolehkan
mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu dan
mencipta ilmu yang baharu.

❖ Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran
kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis,
kreatif, serta inovatif.

❖ Bidang ini kurang diberi perhatian, menyebabkan murid
kurang berupaya untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan
dan berfikir secara kritis di luar konteks akademik.

Kemahiran Memimpin

❖ Dalam dunia yang saling berhubung kait, kebolehan
untuk memimpin dan bekerja dengan orang lain
secara berkesan adalah penting.

❖ Sistem pendidikan negara akan membantu setiap
murid mencapai potensi sepenuhnya dengan
mewujudkan peluang yang formal dan bukan formal,
bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri
kepimpinan.

❖ Dalam konteks sistem pendidikan, kepimpinan
merangkumi empat dimensi, iaitu keusahawanan,
berdaya tahan, kecerdasan emosi, dan kemahiran
berkomunikasi dengan berkesan.

Kemahiran Dwibahasa

❖ Setiap kanak-kanak menguasai sekurang-kurangnya
bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan
bahasa perpaduan, serta bahasa Inggeris sebagai
bahasa komuniksai antarabangsa.

❖ Dengan tahap penguasaan bahasa ini selepas
menamatkan persekolahan, murid sepatutnya
berupaya menggunakan bahasa Malaysia dan
bahasa Inggeris dalam persekitaran kerja.

❖ Di samping itu, Kementerian akan menggalakkan
semua murid untuk mempelajarai bahasa lain
sebagai bahasa tambahan.

Etika dan Kerohanian

❖ Sistem pendidikan akan memupuk etika dan
kerohanian dalam diri setiap murid bagi mendepani
cabaran yang akan ditempuhi dalam kehidupan
dewasa, agar mereka boleh menyelesaikan konflik
secara harmoni, bijak membuat pertimbangan,
berpegang kepada prinsip ketika berada dalam
situasi yang kritikal, serta berani melakukan sesuatu
yang betul.

❖ Sistem pendidikan juga berhasrat untuk membentuk
individu penyayang yang dapat menyumbang
kepada kesejahteraan komuniti dan negara.

Identiti Nasional

❖ Identiti nasional yang kukuh terikat dengan prinsip
Rukunegara yang diperlukan untuk kejayaan masa depan
Malaysia.

❖ Setiap murid akan berbangga dikenali sebagai rakyat
Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau status
sosioekonomi.

❖ Semangat patriotik perlu dipupuk dalam diri setiap murid
dengan cara memahami sejarah negara, dan berkongsi
aspirasi yang sama untuk masa depan negara.

❖ Demi mewujudkan identiti nasional yang sebenar,
semangat kukuh cintakan tanah air diperlukan.

❖ Identiti nasional akan dapat dicapai bukan hanya melalui
belajar memahami, tetapi juga menerima serta
menghayati hakikat kepelbagaian.

Konsep Pembelajaran abad 21

Tugasan:
Anda dikehendaki mencari maklumat
tentang Konsep Pembelajaran Abad Ke-
21.


Click to View FlipBook Version