The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by imanhaziqah45, 2022-06-01 08:24:22

International travel checklist collage blue_clone

International travel checklist collage blue

LOGO RASMI KELAB PENGGUNA

CARTA ORGANISASI KELAB PENGGUNA

CARTA GANTI KELAB PENGGUNA

DEFINISI PENGGUNA

Pengguna diistilahkan setiap orang yang mendapatkan
barangan dan perkhidmatan dari pasaran untuk

kegunaan dirinya dan keluarganya. Secara mudah kita
lihat pengguna dan konsep kepenggunaan ini dalam
konteks yang paling mikro iaitu diri kita sendiri. Kita

sebagai individu adalah pengguna tanpa mengira siapa
sebenarnya kedudukan kita dalarn masyarakat

sekeliling.Sebahagian besar dari apa yang kita gunakan
adalah hasil usaha orang lain sama ada dalam bentuk

barangan atau perkhidmatan.

Hak untuk mendapatkan keperluan asas
•Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi

menjamin
kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini
termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan,

kemudahan kesihatan dan
pendidikan, dan sebagainya



Hak untuk mendapatkan keselamatan
•Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta
perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.



Hak untuk mendapatkan maklumat
•Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk
memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah
dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain
yang palsu, penipuan dan penyelewengan.



Hak untuk membuat pilihan
•Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai
keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang

dapat memberi pilihan
dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan

perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.



Hak untuk bersuara
•Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang

sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat
serta saksama daripada
pentadbiran pengadilan.



Hak untuk mendapatkan ganti rugi
•Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang
cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan'

serta pampasan bagi
perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.

Pengguna-pengguna juga mempunyai tanggungjawab tertentu, iaitu:



Kesedaran untuk mengkritik
*Pengguna mestilah mempunyai kesedaran untuk mengkritik jika
berlaku sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-

hak pengguna.



Penglibatan dan tindakan
*Pengguna mesti terlibat dan mengambil tindakan yang sewajarnya

untuk memastikan hak-hak pengguna dilayani dengan adil.



Tanggungjawab sosial
*Pengguna mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran

terhadap masyarakat supaya tindak-tanduk yang diambil tidak
menimbulkan kesulitan yang lebih besar.


Bersatu padu

*Pengguna mesti bersatu dan bekerjasama dalam tindakan agar kepenti
ngan mereka tidak mudah digugat.



Tanggungjawab terhadap alam sekitar
*Pengguna mesti bertanggungjawab terhadap alam sekitar agar ia dapat

dipelihara untuk generasi masa akan datang

SUMBER RUJUKAN :

https://www.fomca.org.my/v1/index.php/ten
tang-kami/tanggungjawab-pengguna
https://anyflip.com/center/flips/book.php?
cid=737399
https://www.canva.com/design/DAFCWijIBo
M/GuawT5gEi1sWR_4Xe3wl-A/edit

GAMBAR AKTIVITI KELAB
PENGGUNA ONLINE


Click to View FlipBook Version