The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hafizy619, 2020-10-17 23:30:23

BENGKEL PENGGUNAAN ASAS APLIKASI CANVA

BENGKEL PENGGUNAAN ASAS APLIKASI CANVA

BENGKEL ASAS PENGGUNAAN
APLIKASI CANVA

http://bit.ly/BengkelAsasCanva

BENGKEL ASAS
PENGGUNAAN
APLIKASI CANVA

ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN CANVA
2. TETAPAN TEMPLAT CANVA
3. CARA-CARA UNTUK MENGGUNAKAN CANVA :

a. Mewujudkan Akaun / Log Masuk
b. Mewujudkan Folder
c. Memilih Saiz Atau Templat Gambar
d. Memilih & Mereka Bentuk Latar Belakang Gambar
e. Menambah Teks
f.Muat Turun Reka Bentuk
4. PENUTUP

PENGENALAN
CANVA

APA ITU CANVA ?

Canva adalah aplikasi rekabentuk grafik atas talian yang digunakan
secara meluas di seluruh dunia. Ia aplikasi yang mudah digunakan oleh
semua orang tidak kira peringkat umur & ia menawarkan pelbagai ciri-ciri
& templat yang menarik untuk diterokai.
Aplikasi canva ini banyak digunakan untuk menghasilkan pelbagai
rekabentuk visual yang diinginkan sama ada untuk kegunaan di Laman
Web, Blog, Media Sosial & pelbagai lagi.
Ia mempunyai 2 versi iaitu Berbayar & Percuma.
Ia dapat diakses melalui 2 cara, iaitu, sama ada melalui Komputer
ataupun Telefon Pintar.

TETAPAN
TEMPLAT
CANVA

TEMPLAT

Canva telah menyediakan pelbagai jenis templat segera yang amat menarik bagi

kemudahan pengguna tanpa perlu memikirkan corak atau jenis reka bentuk yang

ingin dihasilkan.



CARA-CARA
MENGGUNAKAN
CANVA

a. MEWUJUDKAN
AKAUN

MEWUJUDKAN AKAUN / LOG MASUK
MENGGUNAKAN ALAMAT EMEL

Pengguna boleh log masuk
ke Canva melalui akaun
Google, Facebook &
Apple ataupun mencipta
akaun anda terlebih dahulu
dengan memasukkan
nama, alamat emel & kata
laluan anda.

b. MEWUJUDKAN
FOLDER

CARA-CARA
MEWUJUDKAN

FOLDER

c. MEMILIH SAIZ
ATAU TEMPLAT
GAMBAR

CARA-CARA MEMILIH SAIZ
ATAU TEMPLAT GAMBAR

1. Klik butang Create A Design

2. Seterusnya, klik butang Custom
Dimensions atau Scroll sahaja untuk

memilih tetapan lain.

3. Masukkan saiz / dimensi reka Latar Belakang
bentuk yang diingini & klik Create
4. Proses menyediakan templat latar belakang
New Design selesai. Pengguna boleh memasukkan nama

untuk reka bentuk yang dibuat.

d. MEMILIH &
MEREKA BENTUK
LATAR BELAKANG
GAMBAR

MEMILIH LATAR BELAKANG

Pengguna boleh memilih pelbagai jenis latar belakang yang diingini dengan klik diruangan
Photos ataupun Background.
Setiap gambar yang ada di dalam galeri mempunyai ciri-ciri berbeza iaitu :

Photos - gambar yang disediakan mempunyai gaya & orientasi yang berbeza- beza
seperti horizontal & vertikal.
Background - menyediakan latar belakang yang mempunyai pelbagai kecerunan /
gradien warna serta gambar-gambar yang mempunyai gaya yang sederhana.

a. Photos b. Background

MENGEDIT LATAR BELAKANG

1. Pilih mana-mana gambar yang ingin dijadikan latar belakang.

2. Sesuaikan ukuran gambar agar ia menyamai saiz templat yang dibuat.

3. Jika gambar terlalu cerah, tekan butang Adjust & pengguna boleh memilih untuk

menetapkan sendiri tetapan penyesuaian yang pengguna inginkan.

4. Jika pengguna ingin membatalkan perubahan yang dibuat, pengguna boleh

menekan butang Undo seperti yang dibulatkan pada gambar.

e. MEMILIH &
MENAMBAH TEKS

MEMILIH & MENAMBAH TEKS

Terdapat 2 cara yang boleh digunakan untuk
memasukkan teks iaitu, yang pertama, pengguna boleh
memilih templat teks yang telah disediakan oleh Canva
dan yang kedua, pengguna boleh memilih untuk
menggunakan salah satu diantara 3 model teks yang
berbeza saiz dan pengguna boleh memilih untuk
menggunakan pelbagai jenis tulisan / font yang
disediakan .

Pengguna tidak perlu khuatir dengan model tulisan yang
dipilih kerana, pengguna boleh mengubah saiz, warna
dan gaya tulisan dengan menggunakan tetapan yang
ditunjukkan dalam kotak warna merah.

Pengguna tidak perlu khuatir
dengan model tulisan yang dipilih
kerana, pengguna boleh
mengubah saiz, warna dan gaya
tulisan mengikut pilihan
pengguna sendiri dengan
menggunakan tetapan yang
ditunjukkan dalam kotak warna
merah.

f. MUAT TURUN
REKA BENTUK

MUAT TURUN REKA BENTUK

Pengguna juga boleh memuat turun
reka bentuk yang dihasilkan dengan
menekan butang Download.
Pengguna boleh memilih untuk memuat
turun reka bentuk dalam pelbagai jenis
format fail seperti PNG, JPEG, PDF &
sebagainya.

Selepas itu, pengguna akan dibawa
terus ke tetingkap Save As &
pengguna boleh memilih lokasi untuk
menyimpan reka bentuk yang hendak
dimuat turun dan tekan Save.

SEKIAN,

Terima Kasih


Click to View FlipBook Version