The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PERPUSTAKAAN SULTANAH HAMIMAH, 2024-01-06 23:33:10

e Buletin HEBAT Edisi 2 2023

e Buletin HEBAT Edisi 2 2023

https://www.facebook.com/ipgksahfb https://new.ipsah.edu.my/ #ipgksahHEBAT H E B A T HIGH ACHIEVER . ENERGETIC . BOLD & BALANCED . ARTICULATE . TRUSTWORTHY buletin EDISI 2/2023 (Julai-Disember)


"Jika ingin meraikan kejayaan lihat sahaja pada hasilnya tetapi jika ingin menghargai kejayaan maka lihatlah prosesnya" Dr. Hj. Ridzuan bin Ahmad Pengarah Dr. Aris Fazil bin Hj. Ujang Timbalan Pengarah MUTIARA KATA i "Ilmu adalah teman yang terbaik. Ia ibarat bayang-bayang yang akan mengekori kita walau ke mana jua. Tatkala orang sekeliling menolak, ilmu pasti membisikkan sesuatu yang berharga.”


Siti Haslina binti Mohamad Shah Ketua Unit Pusat Sumber Mutiara Kata....................................... i Kandungan......................................... ii Lensa IPGKSAH ................................... 1 Permata IPGKSAH ...............................32 Pena Kreatif ....................................... 35 Warga Kampus .................................. 41 Poster program 2023 ......................... 43 PENAUNG Dr. Hj. Ridzuan bin Ahmad PENASIHAT Dr. Aris Fazil bin Haji Ujang KETUA EDITOR Pn. Siti Haslina binti Mohamad Shah EDITOR Unit Pusat Sumber Kelab Rakan Pustaka WARGA PRODUKSI Seluruh warga IPGKSAH S I D A N G R E D A K S I Buletin ini diterbitkan dwisetahun secara bercetak dan dalam talian (online) Hak cipta Terpelihara 2023 IPG Kampus Sultan Abdul Halim (Unit Pusat Sumber) Jalan Kuala Ketil 08000 Sungai Petani, Kedah 04 4218621 [email protected] Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat sama ada secara elektronik , gambar serta rakaman tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim terlebih dahulu. KANDUNGAN ii “ Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan. Jika kita berjaya ucapkanlah rasa syukur, tetapi jika sebaliknya zahirkan juga rasa syukur kerana kita akan menjadi orang yang beruntung sebab belajar daripada kesilapan.”


Lensa IPGKSAH PROSES MEMBAWA PULANG RELAU DARIPADA MUZIUM ARKEOLOGI LEMBAH BUJANG Proses membawa pulang relau dari Muzium Arkeologi Lembah Bujang telah selamat sampai ke IPGKSAH pada 25 September 2023. Sementara waktu, relau tersebut akan ditempatkan di Balai Ilmu sebelum dipindahkan ke Galeri Jabatan Sejarah yang kini dalam proses untuk dibina. AKTIVITI KONSERVASI ARTIFAK RELAU SUNGAI BATU 29 September 2023, aktiviti konservasi artifak relau Sungai Batu telah berjaya diadakan. Aktiviti ini melibatkan kumpulan pelajar PPISMP major Sejarah. Tujuan aktiviti konservasi ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tatacara proses membaik pulih relau dilakukan. J A B A T A N S E J A R A H 1


Lensa IPGKSAH PROGRAM PEDAGOGI MURID ORANG ASLI DI SK TELANOK Pada 7 November 2023 seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar major Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Sejarah dan Pengajian Melayu telah mengadakan program bersama murid-murid orang asli di SK Telanok, Cameron Highlands. Program ini bertujuan untuk mewujudkan kerjasama serta perkongsian ilmu dan pengalaman di antara pihak IPG Kampus Sultan Abdul Halim bersama pihak Sekolah Kebangsaan Telanok (JHEOA). BICARA MUZIUM KOTA KUALA KEDAH Bicara Muzium Kota Kuala Kedah telah diadakan pada 29 Ogos 2023 bertempat di Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Kota Kuala Kedah. Program ini melibatkan pelajar PISMP Ambilan Jun 2022. Sesi perkongsian ilmu sejarah berkaitan Kota Kuala Kedah turut diadakan. Program ini juga membolehkan pelajar mengaplikasikan di dalam penulisan akademik aspek-aspek yang berkaitan ekonomi, politik dan sosial. 2


Lensa IPGKSAH PROGRAM BERMALAM DI MUZIUM ARKEOLOGI LEMBAH BUJANG Pada 22 September 2023 seramai 10 pelajar PISMP major Sejarah telah menyertai Program Bermalam di Muzium Arkeologi Lembah Bujang . Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Program seperti ini dapat memberi pengalaman kepada para pelajar dalam menguruskan sesuatu program serta memahami peranan muzium sebagai institusi menyimpan barangan bersejarah dan eskavasi arkeologi. Program bual bicara Pengisahan Rundingan Baling 1955 telah diadakan pada 3 September 2023 di Dewan Munsyi, IPGKSAH. Program ini telah dirasmikan oleh Dr. Aris Fazil bin Hj. Ujang, Timbalan Pengarah. Tetamu jemputan yang turut hadir ke program tersebut ialah Tuan Azhar bin Mohamed Noor, Pengarah Muzium Arkeologi Lembah Bujang & Tuan Mohd Faudzi bin Sulaiman, Penolong Pengarah Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Program ini telah memberi peluang khususnya kepada para pelajar untuk menyelami dan menghayati sejarah yang berlaku semasa Rundingan Baling pada tahun 1955. Kisah ini telah diceritakan sendiri oleh Tuan Haji Jaafar bin Ismail. PENGISAHAN RUNDINGAN BALING 1955 3


Lensa IPGKSAH PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT IPGKSAH Bagi memupuk semangat patriotisme serta perasaan cinta akan tanah air dalam kalangan warga kampus, Jabatan Sejarah telah menganjurkan sambutan Bulan Kebangsaan peringkat IPGKSAH. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya ialah pertandingan pakaian beragam, pertandingan kenderaan berhias, explorace merdeka, senamrobik merdeka, pertandingan nyanyian, teater dan tarian serta beberapa lagi program yang melibatkan semua warga kampus. Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan telah diadakan pada 20 Ogos 2023 bertempat di Dataran IPGKSAH dan dirasmikan oleh Dr. Hj. Ridzuan bin Ahmad, Pengarah, IPGKSAH. 4


Lensa IPGKSAH Sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan tersebut, Program Keluarga Cemara Sejarah telah diadakan bagi memberi ruang kepada pelajar-pelajar baharu untuk saling mengenali dan mengeratkan hubungan silaturrahim. Aktiviti permainan tradisional, kuiz, pertandingan video deklamasi sajak, pertandingan video patriotik paling kreatif juga turut diadakan Majlis penutupan sambutan Bulan Kebangsaan telah diadakan pada 17 September 2023 bertempat di Dewan Munsyi. Majis ini telah dirasmikan oleh Dr. Aris Fazil bin Hj. Ujang, Timbalan Pengarah, IPGKSAH. 5


Lensa IPGKSAH MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PRASEKOLAH DIDIKKU SAYANG 2023 Majlis Anugerah Kecemerlangan Prasekolah Didikku Sayang telah diadakan pada 8 November 2023 bertempat di Dewan Bukhari. Majlis ini telah disempurnakan oleh Dr. Nor Aimi bin Hj Harun, Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Penganjuran majlis ini bertujuan memberi penghargaan kepada murid prasekolah atas usaha dan prestasi murid sepanjang sesi pembelajaran selama tempoh setahun. SAH INOPRA'23 INOVASI PRASEKOLAH PERINGKAT DAERAH KUALA MUDA/ YAN 2023 Pada 1 November 2023, Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak telah menganjurkan pertandingan Inovasi Prasekolah Peringkat Daerah Kuala Muda/Yan bertempat di Dewan Munsyi, IPGKSAH. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Ahmadi bin Abdullah, Timbalan Akademik dan Pembelajaran, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/ Yan. Peserta pertandingan terdiri daripada guru-guru prasekolah Daerah Kuala Muda/Yan dan pelajar major Pendidikan Awal Kanak-Kanak IPGKSAH. Program ini diadakan bertujuan memupuk kemahiran menilai, memilih dan menyusun tatacara penyelesaian alternatif dalam menghasilkan produk pengajaran dan pembelajaran, memupuk kemahiran mengendali dan menyelesaikan masalah secara kreatif dan inovatif serta memupuk jaringan kolaborasi dan perkongsian idea inovasi pengajaran dan pembelajaran antara guru prasekolah dengan bakal guru prasekolah. JABATAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 6


Lensa IPGKSAH LAWATAN PENANDA ARAS DAN KOLABORATIF BERSAMA UPSI Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak telah mengadakan Lawatan Penanda Aras dan Kolaboratif bersama NCDRC Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak pada 16 Oktober 2023. Program ini melibatkan empat pensyarah dan 32 pelajar dari Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Objektif lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pensyarah dan pelajar dalam aspek pengurusan Bilik Simulasi. BENGKEL DIDIK HIBUR DAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Bengkel Didik Hibur dan Kreativiti dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak telah diadakan pada 11 Oktober 2023 bertempat di Dewan Bukhari, IPGKSAH Bengkel ini telah mendapat bimbingan daripada Prof. Madya Dr. Abdul Halim bin Masnan iaitu Pensyarah Jabatan Pendidikan Awal KanakKanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Seramai 169 pelajar major Pendidikan Awal Kanak-Kanak IPGKSAH terlibat sebagai peserta. Objektif bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman baharu kepada para pelajar agar dapat memenuhi kriteria pelibatan pelajar dalam pengurusan acara rasmi dan 8K dalam kemahiran insaniah pelajar. 7


Lensa IPGKSAH PROGRAM MENYELUSURI MASYARAKAT PERKAMPUNGAN AIR DI SEMPORNA, SABAH Bagi meningkatkan semangat perpaduan dan keprihatinan, Program Menyelusuri Masyarakat Perkampungan Air di Semporna, Sabah telah diadakan pada 1 hingga 6 Oktober 2023. Program ini melibatkan seramai 23 orang pensyarah IPGKSAH. Melalui program seperti ini ia dapat mewujudkan rasa kebertanggungjawaban dan sifat penyayang terhadap masyarakat pribumi di pedalaman Sabah. Selain itu kita juga dapat mempelajari sosiobudaya masyarakat Bajau Laut disamping menyantuni mereka dalam dunia pendidikan. 8


Lensa IPGKSAH MINGGU PENGURUSAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PISMP AMBILAN JUN 2022 Minggu Suaikenal dan penyesuaian dengan Budaya IPGKSAH telah diadakan secara dalam talian pada 9 Ogos 2023. Semua pelajar baharu PISMP Ambilan Jun 2022 telah menyertai sesi tersebut. PENDAFTARAN DAN PENGURUSAN PELAJAR BAHARU PISMP AMBILAN JUN 2023 Pendaftaran dan Minggu Suai kenal pelajar baharu PISMP Ambilan Jun 2023 telah berlangsung di Dewan Munsyi pada 14 Ogos 2023. JABATAN HAL EHWAL PELAJAR 9


Lensa IPGKSAH PROGRAM PENDIDIK BERINTEGRITI Program Pendidik Berintegriti telah diadakan di Dewan Munsyi, IPGKSAH pada 12 Julai 2023. Penceramah jemputan ialah Pn. Nor Azreen binti Zukifli, Ketua Pegawai SPRM Cawangan Sungai Petani. Seramai 200 pelajar terlibat dalam program tersebut. Program ini bertujuan untuk menyebarluas konsep Malaysia Madani berteraskan pemahaman terhadap sistem Demokrasi Berparlimen Raja Berpelembagaan dalam kalangan belia bagi melahirkan belia celik demokrasi. PROGRAM MEMBINA MALAYSIA MADANI TAHAP 1 (SEKOLAH RUKUN NEGARA ASAS) Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Kementerian Belia dan Sukan telah menganjurkan program Membina Malaysia Madani pada 22 Jun 2023 bertempat di Dewan Bukhari, IPGKSAH. Seramai 200 pelajar IPGKSAH terlibat dalam program tersebut. 10


Lensa IPGKSAH PROGRAM PENANDA ARAS JPP IPGKSAH BERSAMA JPP IPGKSM & JPP IPGKDRI Pada 24 Julai 2023, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPGKSAH telah mengadakan program Penanda Aras bersama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Sultan Mizan dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Dato’ Razali Ismail. Program seperti ini dapat memberi peluang kepada ahli JPP untuk belajar tatacara berkomunikasi secara berkesan terutama daripada aspek pengucapan awam dan sosial. Selain daripada itu, ia juga dapat memberi pengalaman kepada pelajar dalam aspek pengendalian dan pengelolaan program. Disamping itu, adalah diharapkan agar akan wujud satu kumpulan JPP yang berketerampilan dan mempunyai semangat kerjasama berpasukan. PROGRAM PEMBINAAN KARAKTER BANGSA MALAYSIA PELAJAR LEPASAN MENENGAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2023 Seramai 30 wakil pelajar IPGKSAH telah menyertai program Pembinaan Karakter Bangsa Malaysia yang diadakan di Ellisa Garden, Titi Gajah Alor Setar. Program pada 10 Ogos 2023 ini dianjurkan oleh Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) dengan tujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan KARAKTER BANGSA MALAYSIA. 11


Lensa IPGKSAH PROGRAM KEPIMPINAN ALTRUISTIK ZON UTARA ANJURAN I-LEAD KBS Seramai 24 pelajar IPGKSAH telah menyertai program anjuran i-LEADS KBS pada 20 Oktober yang lalu bertempat di Kem Wawasan Negara Kulim. Program ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai sifat kepimpinan Altruistik atau kesukarelawanan serta sentiasa bersiap siaga pada bila-bila masa jika diperlukan dalam usaha membantu masyarakat. MAJLIS PENERIMAAN PELAJAR SEJARAH IPGKDA KE IPGKSAH Majlis penerimaan pelajar-pelajar major Sejarah dari Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman. Majlis telah diadakan pada 20 Julai 2023 bertempat di Dewan Munsyi, IPGKSAH. IPGKSAH telah menerima seramai 40 pelajar. 12


Lensa IPGKSAH BENGKEL PELAKSANAAN IBSE DALAM PEMBELAJARAN DALAM PEMBELAJARAN SAINS Bengkel Pelaksanaan Inquiry-Based Science Education (IBSE) telah diadakan pada 24 September 2023 bertempat di Bilik Pengajaran Mikro, IPGKSAH. Seramai 6 pensyarah bidang Sains dan 54 pelajar major dan elektif Sains telah menyertai bengkel tersebut. Melalui bengkel ini pelajar dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam merancang dan menyampaikan pengajaran dan pembelajaran Sains secara inkuiri di sekolah rendah. Selain itu, pelajar juga dapat mengetahui teknik pengajaran mata pelajaran Sains berasaskan Inkuiri melalui aktiviti hands-on yang berpandukan kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). JABATAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK (STEM) FASA 2-PELAKSANAAN PENDEKATAN STEM MELALUI MODEL MRCEKOR DALAM PDP DI SEKOLAH 1 Pada 12 September 2023, program pelaksanaan pendekatan STEM melalui model MRCEKOR telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Amanjaya, Sg Petani. Seramai 27 peserta terlibat dalam program tersebut yang terdiri daripada seorang Guru Besar, 3 orang Penolong Kanan dan 22 orang guru sekolah. Program ini bertujuan mengintegrasikan Sains, Matematik dan Teknologi melalui amalan kejuruteraan dan reka bentuk kejuruteraan dalam PdP. 13


Lensa IPGKSAH LAWATAN PELAJAR PISMP (SAINS) KE KARNIVAL SAINS MATRIKULASI (MASCAR) PERINGKAT KEBANGSAAN DAN HARI TERBUKA KMPP 2023 40 pelajar major Sains dan dua orang pensyarah JSTEM telah mengadakan lawatan ke Karnival Sains Matrikulasi (MASCAR) yang diadakan di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang pada 14 September 2023. Lawatan ini dapat meningkatkan kesedaran pelajar mengenai kepentingan STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics), bidang Astronomi dan Teknologi Hijau sebagai elemen penting dalam kehidupan masyarakat. Selain itu ia juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar berkaitan hasil penyelidikan dan inovasi yang berkualiti. LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SK PENDIDIKAN KHAS, SUNGAI PETANI Pada 24 Oktober 2023, Jabatan STEM telah mengadakan lawatan sambil belajar ke SK Pendidikan Khas, Merbok, Sungai Petani, Kedah. Seramai 15 pelajar Elektif Sains dan lima pensyarah JSTEM terlibat dalam program tersebut . Program ini dapat meningkatkan kefahaman pelajar tentang konsep dan pelaksanaan pedagogi , pentaksiran serta isu dan cabaran dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains Inklusif di sekolah-sekolah aliran perdana di Malaysia. Selain itu, ianya juga dapat memberi pengalaman bermakna kepada para pelajar untuk melihat sendiri dan merasai pengalaman sebenar bagi murid-murid berkeperluan khas . Pelajar juga akan dapat membina kefahaman yang lebih mendalam berkaitan murid berkeperluan khas. 14


Lensa IPGKSAH PROGRAM PENGUCAPAN AWAM Bagi melahirkan siswa pelatih yang mempunyai keterampilan diri dan sahsiah yang tinggi, berdisplin, rajin, kreatif, kritis dan berinovatif, Program Pengucapan Awam telah diadakan pada 5 November yang lalu bertempat di Dewan Munsyi. Para pelajar telah mendapat bimbingan berkaitan teknik pengucapan awam, kemahiran berbahasa dan komunikasi yang berkesan. Semoga program ini dapat membangun pontensi diri serta pembangunan kemenjadian karakter 96 bakal guru yang berkualiti. CERAMAH PENDIDIKAN INKLUSIF Ceramah Pendidikan Inklusif telah dilaksanakan pada 16 November 2023 bertempat di Dewan Bukhari. Program ini telah mendapat bimbingan daripada En. Norazrolnisham b. Nordin. Seramai 68 orang peserta yang terdiri daripada pelajar major matematik dan elektif sains mendapat pendedahan tentang cara pengurusan sekolah yang mempunyai pendidikan inklusif. Penceramah juga dapat berkongsi tentang konsep dan amalan terkini di sekolah. 15 JABATAN PENGAJIAN MELAYU


Lensa IPGKSAH PERTANDINGAN SAHIBBA PERINGKAT IPGKSAH SEMPENA SAMBUTAN DEKAD BAHASA KEBANGSAAN 2023 PERKONGSIAN PINTAR : INOVASI DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU Sempena sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan, Jabatan Pengajian Melayu telah menganjurkan pertandingan SAHIBBA peringkat IPGKSAH pada 27 Ogos 2023. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar IPGKSAH. Objektif utama penganjuran pertandingan ini adalah untuk memupuk minda kreatif dan logik dalam membina kosa kata bahasa Melayu dan meningkatkan penguasaan dan pengembangan kosa kata bahasa Melayu dalam kalangan pelajar. Program perkongsian pintar “Inovasi dalam Pengajaran Bahasa Melayu” telah diadakan di SK Chepir pada 17 Julai 2023. Program ini telah dirasmikan oleh Dr. Hj. Ridzuan bin Ahmad, Pengarah IPGKSAH. Objektif program ini adalah untuk membuat perkongsian dan inovasi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, perkongsian MoLIB, Penyelidikan Tahap Penguasaan Bahasa Melayu Standard dan Dialek, Kajian Dialek Bahasa Sik, Pertandingan Berbalas Pantun dan sebagainya. 16


Lensa IPGKSAH Bengkel Penjurian SAHIBBA telah diadakan pada 20 Ogos 2023 bertempat di Dewan Munsyi, IPGKSAH. Program ini mendapat bimbingan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara. Pelajar major Bahasa Melayu telah terlibat dalam program ini. Bengkel ini dapat menambah pengetahuan tentang peraturan dalam permainan SAHIBBA, meningkatkan kemahiran pelajar dalam menjuri pertandingan serta mendapat pendedahan kepada situasi pertandingan SAHIBBA yang sebenar. BENGKEL PENJURIAN SAHIBBA BENGKEL PENULISAN DOKUMEN RASMI Bengkel Penulisan Dokumen rasmi telah diadakan pada 20 hingga 21 September 2023 bertempat di INTURA Sg. Petani. Bengkel ini dirasmikan oleh Pengarah DBP Wilayah Utara dan melibatkan penyertaan daripada pensyarah dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP). Melalui bengkel ini peserta dapat mempraktikkan ciri-ciri terbaik penulisan berbentuk rasmi dan dapat mengaplikasikan format yang betul bagi setiap jenis penulisan yang berlainan. 17


Lensa IPGKSAH PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN PERINGKAT IPGKSAH Pusingan akhir pertandingan berbalas pantun telah berlangsung di Perpustakaan Sultanah Haminah pada 13 Julai 2023. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah, Dr. Hj. Ridzuan bin Ahmad. Pertandingan akhir berbalas pantun ini melibatkan pasukan pelajar major Bahasa Melayu dan pelajar major Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Pertandingan ini dapat menimbulkan minat pelajar untuk menguasai dan menghayati keunikan pantun sebagai warisan budaya Melayu dan memupuk kreativiti pelajar dalam penggunaan bahasa yang indah dan puitis. KENDURI PANTUN – MENJUNJUNG BUDAYA MENJULANG BAHASA Sempena penutupan Dekad Bahasa Kebangsaan, Jabatan Pengajian Melayu telah mengadakan program Kenduri Pantun “Menjunjung Budaya Menjulang Bahasa” bertempat di Dewan Munsyi pada 29 Oktober 2023. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah, Dr. Hj. Ridzuan bin Ahmad. Program ini dapat mendedahkan keunikan pantun yang kaya dengan adat budaya bangsa dan kesantunan berbahasa serta memartabatkan warisan budaya bangsa dalam kalangan generasi muda. Program ini juga dapat menghidupkan keunikan pantun sebagai warisan budaya Melayu dan memupuk kreativiti pelajar dalam penggunaan bahasa yang indah dan puitis. 18


Lensa IPGKSAH BENGKEL ASAS TEATER Bagi memantapkan kemahiran siswa guru dibawah Dasar MBMMBI, Jabatan Pengajian Melayu telah menganjurkan Bengkel Asas Teater pada 28 Oktober 2023. Bengkel ini telah dilaksanakan di Dewan Munsyi, IPGKSAH dan mendapat bimbingan daripada En. Zulkamal bin Ismail @ Joe KAS. Bengkel ini dapat menambah ilmu pengetahuan pelajar mengenai ilmu asas teater supaya dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. EKSPLORASI BAHASA ”DARI JELAPANG PADI KE TANAH TINGGI” Seramai 15 pelajar daripada Jabatan Pengajian Melayu dan 16 pelajar Jabatan Bahasa telah menjayakan program Eksplorasi Bahasa ‘Dari Jelapang Padi ke Tanah Tinggi” di SK Ringlet, Cameron Highlands. Program ini telah dilaksanakan pada 2 November 2023 di bawah dasar MBMMBI. Program ini dapat memberi pendedahan dan berkongsi pengetahuan tentang penyelidikan dan inovasi kepada warga SK Ringlet. Pelajar juga dapat mempraktikkan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan selain membina jalinan dan jaringan kerjasama antara IPG dan pihak sekolah. 19


Lensa IPGKSAH BENGKEL PENULISAN CERPEN Beberapa orang pelajar dan pensyarah telah menyertai Bengkel Penulisan Cerpen yang diadakan di IPGK Tuanku Bainun pada 19 Oktober 2023. Program ini anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara yang melibatkan pelajar-pelajar IPG dari Zon Utara. Bengkel ini dapat memupuk kreativiti pelajar dalam penggunaan bahasa yang indah dan puitis. Peserta juga dapat memperkembang bakat penulisan kreatif serta penghasilkan penulisan cerpen yang bermutu BENGKEL PENTAKSIRAN PENSYARAH BAHARU Unit Peperiksaan dan Penilaian telah menganjurkan Bengkel Pentaksiran Pensyarah Baharu pada 23 Oktober 2023 bertempat di Dewan Sri Kayangan, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda Yan. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Dr. Aris Fazil bin Hj. Ujang. Bengkel ini bertujuan memberi kefahaman kepada pensyarah baharu tentang pelaksanaan pentaksiran di IPG berdasarkan carta alir tugas pentaksiran, memberi ruang kepada pensyarah baharu untuk menimba pengalaman secara hands on melalui aktiviti-aktiviti tertentu semasa sesi bengkel dan memastikan isu-isu berkaitan pentaksiran dalam kalangan pensyarah baharu dapat dibincang dan diselesaikan secara kolektif. Bengkel ini melibatkan pensyarah-pensyarah baharu sebagai peserta dan pemeriksa dalam sebagai fasilitator. UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN 20


Lensa IPGKSAH JABATAN PENDIDIKAN HOLISTIK JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN MAJLIS MAJLIS SEKALUNG BUDI JASAMU Majlis ini telah diadakan pada 27 September 2023 DIKENANG bagi meraikan persaraan Dr. Quinie Ong Kooi Loo dan Dr. Hajah Rohani binti Abdullah. PERTANDINGAN PEDAGOGI INOVATIF 21 Jabatan Holistik bersama-sama Jabatan STEM telah menganjurkan Pertandingan Pedagogi Inovatif pada 15 November 2023 bertempat di Dewan Munsyi, IPGKSAH. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Dr. Hj. Ridzuan bin Ahmad, Pengarah, IPGKSAH. Pertandingan ini diadakan bagi mencungkil bakat dan kompetensi pelajar agar dapat mengaplikasikan teori yang dipelajari dalam situasi pengajaran sebenar di bilik darjah melalui simulasi pengajaran.


Lensa IPGKSAH SUKARELAWAN SIPMA 2023 Seramai 20 pelajar major Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah terlibat sebagai sukarelawan SIPMA 2023 yang diadakan pada 10 September 2023 di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pelajar dapat menimba pengalaman dan ilmu tentang kepegawaian bola sepak. MAJLIS APRESIASI ATLET 2023 JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN 22 Pada 26 November 2023 telah berlangsungnya Majlis Apresiasi Atlet, IPGKSAH. Majlis ini dijayakan sebagai satu penghargaan bagi meraikan pencapaian para atlet yang cemerlang dalam mengharumkan nama IPGKSAH. Selain itu ia juga dapat memupuk dan menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan pelajar IPGKSAH


Lensa IPGKSAH KLINIK PETANQUE Seramai 10 pelajar telah menyertai Klinik Petanque yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Kedah pada 13 Oktober 2023. Program ini diadakan bersempena dengan sambutan Hari Sukan Negara 2023. Klinik ini dapat meningkatkan kemahiran dalam permainan Petanque. HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI KEDAH Pada 14 Oktober 2023, sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kedah 2023 telah diadakan di SMK Sg. Layar. Bagi meningkatkan kemahiran dan pengalaman, seramai 37 pelajar termasuk pensyarah telah terlibat sebagai sukarelawan dalam program tersebut. Program ini secara tidak langsung dapat mewujudkan jaringan kolaborasi Unit Kokurikulum, IPGKSAH bersama Pejabat Belia dan Sukan Kuala Muda 2. UNIT KO KURIKULUM 23


Lensa IPGKSAH KEDAH SCOUTS ' DAY OUT Kedah Scouts’ Day Out telah berlangsung pada 7 Oktober 2023 bertempat di Central Square Sg Petani. Seramai 37 orang KLM 21 menyertai program ini. Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran dan ilmu pengakap disamping mendedahkan KLM 21 dengan aktiviti pengakap peringkat negeri. Selain itu, program ini dapat memupuk semangat sukarelawan dalam kalangan KLM 21 dan menjalin hubungan baik dengan PPM Kedah. AMAZING SECURITY RACE 5 OKTOBER 2023 YAN Program Amazing Security race anjuran Majlis Keselamatan Negara telah diadakan di Yan, Kedah pada 5 Oktober 2023. Seramai lima pelajar termasuk pensyarah telah menyertai program tersebut. Program ini mencabar kekuatan mental dan fizikal peserta dalam menyelesaikan 8 check points antaranya menangkap ikan dan membuat pekasam, memotong dan menampi padi, kukur kelapa dan perah santan serta menjawab soalan kuiz. Selain itu, program ini dapat mewujudkan hubungan baik antara IPGKSAH dan Majlis Keselamatan Negara. 24


Lensa IPGKSAH BENGKEL HANDS ON SISTEM EPEROLEHAN: MODUL PEMBELIAN TERUS & SEBUTHARGA BAGI BEKALAN/ PERKHIDMATAN Unit Khidmat Pengurusan telah mengadakan Bengkel Hands On Sistem Perolehan: modul pembelian terus dan sebutharga bagi bekalan perkhidmatan pada 27 September 2023 bertempat di AADK Sg. Petani. Bengkel ini mendapat bimbingan daripada Cik Nadia binti Che Utama. Seramai 18 staf daripada Unit Perkhidmatan dan Unit Kewangan telah dilibatkan. Melalui bengkel ini, peserta dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman sistem ePerolehan dan pengurusan perolehan kerajaan. Staf juga dapat mempraktikkan tatacara yang betul dalam menguruskan perolehan serta dapat membantu peserta untuk memahami tatacara perolehan secara pembelian terus dan sebut harga mengikut kriteria & peraturan yang ditetapkan. Diharapkan perserta dapat menguruskan perolehan dengan betul dari segi akauntabiliti awam dan nilai faedah terbaik. BENGKEL SEMAKAN BUKU REKOD PERKHIDMATAN DAN KEMASKINI MAKLUMAT HRMIS Unit Khidmat Pengurusan telah menganjurkan Bengkel Semakan Buku Rekod Perkhidmatan dan Kemaskini Maklumat bertempat di Bilik Al-Jazari pada 22 Oktober 2023. Bengkel ini memberi peluang kepada semua PPP dan AKP untuk membuat semakan sendiri Buku Perkhidmatan Kerajaan dan maklumat di dalam sistem HRMIS pegawai bagi mengelak keciciran maklumat yang mungkin mengakibatkan berlakunya kesulitan di dalam urusan perkhidmatan PPP dan AKP kelak. UNIT KHIDMAT PENGURUSAN 25


Lensa IPGKSAH UNIT PUSAT SUMBER PROGRAM MENYELUSURI SEJARAH IPGKSAH Program Menyelusuri Sejarah IPGKSAH anjuran Unit Pusat Sumber telah diadakan pada 25 Jun 2023. Program ini bertujuan mengumpul, memelihara dan mendokumentasi sejarah IPGKSAH. Program temubual bersama mantan Pengetua MPSAH (1983-1985), Tn. Hj. Radzani bin Ahmad telah diadakan di kediaman beliau di Taiping, Perak. Semoga program ini dapat memupuk budaya menghargai dan menghayati fakta serta nilai warisan sejarah. BENGKEL PENYEDIAAN KERTAS KONSEP INOVASI Bagi melahirkan bakal guru yang berketrampilan, berinovatif dan kreatif, Unit Pusat Sumber telah mengadakan Bengkel Penyediaan Kertas Konsep Inovasi kepada ahli Kelab Rakan Pustaka pada 10 September 2023. Semoga bengkel ini dapat melahirkan bakal guru yang dapat memantapkan pengurusan dan perkhidmatan pusat sumber apabila berada dalam perkhidmatan nanti. 26 PROGRAM BICARA PEJUANG TRAGEDI LAHAD DATU Program Bicara Pejuang Tragedi Lahad Datu, Sabah anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah telah diadakan pada 23 November yang lalu. Seramai 4 orang pegawai Unit Pusat Sumber menghadiri program tersebut.


Lensa IPGKSAH HARI TERBUKA PERPUSTAKAAN 2023 Unit Pusat Sumber buat julung kalinya telah menganjurkan Hari Terbuka Perpustakaan pada 29 Oktober 2023 bertempat di Perpustakaan Sultanah Haminah. Program ini berjaya dilaksanakan hasil usaha Unit Pusat Sumber bersama Kelab Rakan Pustaka. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memeriahkan program pada hari tersebut antaranya Coffee Talk bersama penulis novel Sophilea, pameran inovasi dan robotik serta booth kaligrafi jawi, cina, dan india. Aktiviti yang mendapat perhatian pada hari tersebut ialah pertandingan melafazkan pantun oleh murid prasekolah, pertandingan teka jumlah mukasurat buku dan permainan golden ball. 27


Lensa IPGKSAH Bengkel Sinergi AKRAB 2023 telah diadakan pada 23 Oktober 2023 bertempat di Teluk Nipah, Pulau Pangkor. Program selama 3 hari 2 malam ini melibatkan 18 pensyarah dan AKP. Antara objektif program ini ialah untuk membina hubungan baik dikalangan ahli, berinteraksi dan bekerjasama dengan efektif serta memupuk semangat yang positif melalui AKRAB. SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA Sempena sambutan Hari Sukan Negara, AKRAB IPGKSAH telah menganjurkan pertandingan tenpin bowling trio pada 4 Oktober 2023 bertempat di Park Avenue Bowling Center. Pertandingan ini telah disertai oleh pensyarah dan AKP. Turut hadir bersama ialah Dr. Aris Fazil bin Hj. Ujang, Timbalan Pengarah, IPGKSAH Selain pertandingan tenpin bowling, program sukaneka turut diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Sukan Negara. Program sukaneka telah dijalankan di Dewan Munsyi pada 5 Oktober 2023 yang melibatkan seramai 32 orang peserta dalam kalangan pensyarah dan AKP. Turut menyertai program pada hari tersebut ialah murid-murid prasekolah. BENGKEL SINERGI AKRAB 2023 KELAB AKRAB 28


Lensa IPGKSAH EKPLORASI PENDAKIAN DAN MENEROKA AWAN SALJU GUNUNG SILIPAT, BETONG, THAILAND Seramai tujuh ahli Kelab Rekreasi, IPGKSAH telah menyertai Eksplorasi Pendakian dan meneroka awan salju Gunung Selipat di Betong, Thailand. Program pendakian pada 21 Julai 2023 dapat mewujudkan Interaksi positif dalam kalangan ahli bagi membentuk semangat kerja berpasukan. PROGRAM TEAM BUILDING STAF DAN PEGAWAI PENGURUSAN IPGKSAH 2023 Program Teambuilding staf dan pegawai pengurusan telah diadakan pada 30 Mei 2023 di Taman Negara Pulau Pinang. PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR LELAKI 27 September 2023 telah diadakan Perlawanan Persahabatan Bola Tampar Lelaki antara pasukan IPGKSAH dan JKR Mekanikal Kuala Muda. KELAB REKREASI 29


MAJ Lensa IPGKSAH LIS ANUGERAH APRESIASI PRKHIDMATAN 2023 30 NOVEMBER , HOTEL JERAI Imbas kod QR untuk koleksi gambar sekitar majlis 30 Majlis ini diadakan sebagai satu penghargaan daripada pihak pungurusan kepada warga IPGKSAH yang telah mencapai prestasi dan kejayaan terbaik dalam pelbagai bidang. Selain itu ia juga akan menjadi pembakar semangat dan lonjakkan motivasi agar warga IPGKSAH dapat terus mempertingkatkan mutu perkhidmatan dengan lebih cemerlang.


Lensa IPGKSAH PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR LELAKI 27 Oktober 2023 Perlawanan persahabatan bola tampar lelaki IPGKSAH dan IPG Kampus Darulaman. KEJOHANAN BOLA TAMPAR LELAKI PSKPPK DAERAH KUALA MUDA YAN 2023 Pada 16 November 2023 bertempat di SMK Sin Min Private School, Sg. Petani pasukan bola tampar lelaki IPGKSAH yang terdiri daripada pensyarah dan AKP telah mendapat JOHAN dalam pertandingan yang dianjurkan oleh PPD Daerah Kuala Muda. 31


Permata IPGKSAH PERTANDINGAN INOVASI DALAM KONVENSYEN BAHASA MELAYU (KONBAYU) IPGK BAHASA MELAYU 5 SEPTEMBER IPGK BAHASA MELAYU PERTANDINGAN 1ST NATIONAL MELEWAR CREATIVITY & INNOVATION DAY 2023 20 JUN IPGK RAJA MELEWAR 32


Permata IPGKSAH PERTANDINGAN SYAIR DAN RESENSI BUKU SEMPENA DEKAD BAHASA KEBANGSAAN DAN DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN 25 SEPTEMBER SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI KEDAH ANJURAN JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM KEDAH (JHEAIK), PERSATUAN ANGKATAN SASTERAWAN NASIONAL NEGERI KEDAH (ASASI) DAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA WILAYAH UTARA (DBPWU) 23 SEPTEMBER 2023 33


Permata IPGKSAH PERTANDINGAN FORUM PIALA MENTERI BESAR PERAK PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-13 2023 PERTANDINGAN INTERNATIONAL INNOVATION & DESIGN IN LIBRARY & INFORMATION SCIENCE COMPETITION 2023 (INDELIB2023) 34


Pena Kreatif PUTERA KECIL Demi Tuhan Aku orang yang berdosa Demi Tuhan Adakah aku punca jeritan dua suara ? Mereka mungkin melihat aku sebagai putera emas Ibarat ditatang minyak penuh Jauh dari hitamnya dunia Hakikatnya, aku hanyalah putera kecil Yang sering melihat pertemuan kebencian dan kekejian Sungguh, aku sunyi dan sepi Diri yang mahu sebuah pelukan Tetapi kehinaan yang menanti di teratak suci Akulah alat lepasan amarah Kadang, garisan ungu muncul di betis kaki Kadang, terpelanting diri kerdil ini ke dinding kayu rapuh Kadang, nafasku hampir terhenti beberapa kali Aku dicaci, dihina bagai najis yang tidak suci Sedangkan aku tidak terfikir untuk wujud di muka bumi Di kamar aku diamkan diri Mendengar jeritan yang tiada kesudahan Demi Tuhan, Aku cuba ikhlaskan hati Tapi, ada suara menyuruh mengakhiri diri Sampai bila putera kecil ini mampu bertahan? Tuhanku, Kuatkan putera kecil yang ketakutan ini Jeritan yang menghantui tidak akan berhenti Sungguh, putera ini hanya inginkan sebuah rumah Rumah bahagia. Nukilan: Baim Bad Perjalanan ini singkat cuma tiba saat dan ketika kembali kita menemui-Nya pencipta yang Esa. Usah diburu bibit sengketa hanya semarakkan lagi amarah dan dendam di jiwa yang nyata mencalarkan usia. Ayuh tautkan kembali ukhuwah yang terlerai agar tersimpul rapi terpimpin hingga syurga. Serlahkan pekerti mulia cerminan diri tuntutan agama menyongsong kehidupan lebih sempurna. Jadilah seperti sungai walau ribuan halangan dinginnya tetap terasa segar dan mendamaikan. rona hidup tentunya indah andai kita saling memaafi saling menyayangi tanpa runtuh harga diri. Nukilan: JJ, JPM INSAFLAH 35


Pena Kreatif i Aku mengira urat di jemari ayah sudah terlalu tua dalam riuh kepenatan menanggung resah. Kuhitung kedutan kulit kasar digigit bahang mentari. Tatkala keringat ayah tumpah hingga pulangnya mentari. Di kocek ayah masih tersimpan bimbang jika jamuan malam ini hanya sekadar rasa semalam. Tiada erti lena dalam kamus hidup tuanya. Lebat hujan tidak mampu membunuh kasihnya. ii Lewat dinihari ayah masih di jalanan. Kakinya gagah menerjah lopak lelah walau sedikit habuan dibawa pulang. Mata yang menanti di rumah lebih penting pada ayah. Meskipun keroncong di perutnya lebih bingit seakan ngauman sang Belang. Kepenatan ayah mati menatap si kecil lewat di muka pintu rumah. iii Kini masa menjadi seperti kereta api melintas terminal yang menunggu penumpangnya. Begitu juga usia ayah dimamah perjalanan hidup. Jerih payah yang diharung tergantung di bahu lalu dibiar sakit menjadi ubatnya. Usia ayah redup dalam lipatan masa. Kupeluk kasih ayah dalam pemergian nan abadi. Nukilan: Bintang Utara AYAH Sekelilingnya menjadi kabur Matanya yang jelas menjadi gelita Terdiam dia sejenak bagai batu Rasanya bagai berlari sepuluh marhalah nafasnya Tangannya menggeletar Seperti algojo menjemput Penyakit yang terpilih sahaja rasai Mereka hanya melihat tanpa simpati Ada yang kata hanya lakonan Ada yang kata meraih perhatian Ada yang memarahi Ada yang tertawa sinis Seperti baru sahaja melihat badut membuat kelucuan Tapi, Rasa itu hanya Dia yang Mengetahui Tiada ungkapan yang dapat dikamuskan Peti suara disekat dari meminta pertolongan Hanya mampu diam membisu Tapi hakikatnya hati nurani ini menangis Meronta minta dilepaskan dari sakit ini Sakit yang terpilih sahaja fahami Nukilan: Baim Bad PANIK 36


Pena Kreatif Bumi bertuah tanah tumpah darah menyaksikan pelbagai kisah suka duka jerih payah raih merdeka tidak mudah. Kini anak muda seakan alpa derita dan keringat pejuang lama seolah-olah tiada nilai di mata tiada harga buat mereka. Hancur luluh perasaan si nenda maruah bangsa dicalar tanpa rasa khazanah warisan dirobek hingga ternoda dicabul rakus angkara pembelot durjana. Ke mana perginya rasa cinta akan negara? Ke mana halanya wawasan yang direncana? Di mana maruah dan khazanah berharga? Kenapa dicela musnah sekelip mata? Apa bakal dijawab kepada anak cucu kita? Mengapa milik mereka dinafikan? Mengapa kita tidak berusaha pertahankan? Mengapa dibiar dan reda dilepaskan? Duhai anak pewaris negara usah dibiarkan bumi bertuah ini tergadai oleh kealpaan rakus nafsu serakah lantaran mendaulatkan kemahuan diri hingga tergadai terlepas pergi direntap ganas pendosa tidak berintegriti. Hari menyongsong hari bulan dan tahun silih berganti tanah ini makin tua dimamah usia meski jasanya tidak terhitung tidak terkira. Ayuh anak muda yang bijaksana syukuri nikmat yang telah dikurnia jadikan sempadan setiap cela dan noda demi memelihara dan membangunkan pertiwi tercinta. Nukilan: JJ, JPM NASIB PERTIWIKU 37


Pena Kreatif Hati ini meruntun hiba tatkala diajak berbicara perihal ayahanda bonda kerana aku tiada lagi mereka. Kini aku sendiri tanpa mereka di sisi tiada lagi tempat untukku mengadu merengek manja. Yang pastinya cemburuku setinggi langit buat mereka yang masih punya peluang berbakti menabur jasa membalas budi sedang aku menahan tangis merawat rindu pada kunci syurgaku. Ketika rindu datang menerpa aku hanya mampu mengimbau hari-hari lalu dalam lipatan sejarah dulu duka tawa menerjah minda tersentuh jiwa membuai rasa. Bahagia mereka yang masih punya mendukung peluang yang tersisa namun aku hanya mampu menadah tangan memohon keampunan yang Esa agar mereka bahagia di sana. Nukilan: JJ, JPM KUNCI SYURGA Sungai yang jernih Tempat yang indah lagi disayangi Alur yang berliku mengalir tanpa henti Seperti riwayat hidup yang tidak akan berhenti Inilah sungai pemberian Ilahi Kini Suaranya kian lesu didengari Tangisannya semakin diresahi Bisikannya penuh pilu hingga dibimbangi Kerana tangan-tangan manusia yang tidak mengerti Wahai sungai Kau dulu sangat indah tiada tandingi Kini berubah hingga tercemar harga diri Wahai manusia Gunalah akal yang sedia ada Jangan menjadi punca kemusnahan bumi ini Nukilan: Nur Aqilah binti Manzul DERITA SUNGAI 38


Pena Kreatif Visual poems are a result of the combination of poetry and the visual arts. They encompass a wide range of verbo-visual creations that focus on the textual materiality of language. Visual poetry is written for the eye, but are always poetic. It provides a reading challenge to most readers, because the methods of interpreting information can be very different. Some poems read linearly, just as a traditional poem would. Many others utilise individual words outside of any traditional syntax, requiring the reader to find connections that are suggested only spatially. Colour, shape, and arrangement—including proximity to, and integration with, images—are important elements in the meaning of any visual poem. Adapted from: Visual Poetry Today by Geof Huth https://www.poetryfoundation.org/poetrymagazine/articles/69141/visual-poetry-today VISUAL POEMS By: Hammad Afiff bin Mohd Affandi (F1G) 39


Pena Kreatif By: Nur Darwisyah Irdina Binti Zulkarnain (F1G) By: Ili Damia Najihah binti Ghazali (F1G) 40


Warga Kampus F1A F1B F1C F1D 41 PISMP AMBILAN JUN 2023/2028


Warga Kampus F1E F1F F1G F1H 42


Program 2023 43


Program 2023 44


Program 2023 45


Program 2023 46


https://www.facebook.com/ipgksahfb 04 4218621 https://new.ipsah.edu.my/ [email protected] DITERBITKAN OLEH (Unit Pusat Sumber) Jalan Kuala Ketil 08000 Sungai Petani KEDAH DARUL AMAN Apabila menjadi pemimpin , tugasmu menjadi lebih payah. Jangan ikut resmi ketam yang menyuruh anaknya berjalan dengan betul kerana yang berjalan betul itu bukan kaki tetapi hati nurani. -Sasterawan Negara Baha Zain KATA PUJANGGA


Click to View FlipBook Version