The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 778-3-husnina, 2022-04-12 06:40:48

TUGASAN 2 BMMB1144 PRODUK KPPB

TUGASAN 2 BMMB1144 PRODUK KPPB

BMMB1144
KESANTUNAN BERBAHASA

TAJUK : PENGGUNAAN BAHASA KURANG SANTUN DALAM MEDIA SOSIAL DAN CADANGAN
MENGATASINYA

TUAN ABDUL RAHIM BIN OTHMAN



NUR HUSNINA BINTI ALIAS
2021252310122
KELAS F2E

BUKTI PENGGUNAAN BAHASA
KURANG SOPAN DALAM
KALANGAN MASYARAKAT

JUSTIFIKASI PENGGUNAAN BAHASA KURANG
SOPAN RAKYAT TERHADAP
Teks tersebut menunjukkan bahawa seorang pengguna KERAJAAN
Facebook yang menggunakan kata kesat seperti ‘bodoh’
kepada kerajaan. Hal ini berlaku kerana rasa tidak puas
hati terhadap kepimpinan kerajaan di Malaysia.
Tambahan pula, pengguna tersebut juga telah
menyalahkan sesuatu tindakan yang dilakukan oleh
kerajaan. Namun begitu, perkataan kesat tidak boleh
dilontarkan di media sosial kerana dapat memberi
pengaruh yang negatif kepada masyarakat. Ini
membuktikan bahawa masih ada rakyat yang berani
mengutuk kerajaan dengan kata kesat.

Sumber : Facebook

JUSTIFIKASIVideo tersebut menunjukkan bahawa

Menteri Kinabatangan iaitu Dato'Sri Bung

Moktar yang melontarkan perkataan yang

kasar dan kesat di dalam dewan Parlimen

tersebut. Pada pandangan saya, menteri

tersebut tidak perlulah mengeluarkan kata

yang tidak sopan seperti sedemikian walaupun

dalam keadaan yang marah kerana telah

mencerminkan bahawa beliau tidak

mempunyai adab pekerti yang baik. PENGGUNAAN BAHASA KURANG
SOPAN DALAM PARLIMEN
Tambahan pula, perkara tersebut hanya akan
https://youtu.be/ohY1XvJLO1s
menjatuhkan maruah beliau sebagai seorang
SUMBER : YOUTUBE
pemimpin rentetan sebagai seorang

pemimpin, beliau perlulah menjaga kata-kata

supaya tidak dipandang serong oleh rakyat

sekaligus menghilangkan kepercayaan

terhadapnya.

PENGGUNAAN BAHASA KURANG JUSTIFIKASI
SOPAN IBU DAN ANAK KEPADA
Berdasarkan video ini, terdapat ibu dan anak yang
PEKERJA KEDAI RUNCIT. mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan kepada pekerja
kedai tersebut walaupun pekerja itu bercakap dengan sopan
https://youtu.be/8Eu91VzbBrQ kepada mereka. Hal ini berlaku kerana terjadinya salah faham
SUMBER : YOUTUBE antara mereka yang menyebabkan ibu dan anak tersebut rasa
tidak puas hati. Namun begitu, sebagai seorang ibu, dia
hendaklah melarang anaknya untuk mengeluarkan kata-kata
yang tidak sopan seperti bodoh dan babi kerana ia
menunjukkan bahawa ibunya tidak mengajar anaknya berbudi
bahasa. Malahan, lebih memalukan apabila, ibunya begitu
bangga untuk menyebarkan video pergaduhan tersebut di
media sosial iaitu Facebook supaya mendapat perhatian ramai.
Daripada itu, kita dapat lihat bahawa ibunya hanya
menginginkan perhatian semata mahupun ingin mendapat
nama di mata masyarakat lain dengan menayangkan sikap
keangkuhannya. Kesannya, perkara tersebut hanya akan
memalukan diri dan keluarganya.

PENGGUNAAN BAHASA KURANG JUST
IFIKASI
SOPAN DALAM KALANGAN
KANAK-KANAK Berdasarkan video tersebut, terdapat kanak-kanak
yang bergaduh dan mengeluarkan bahasa yang tidak
https://youtu.be/cbxZTF5_Y78 sopan. Misalnya, "Mak kau hijau", "Mak Kau keling" dan
"bongok". Hal ini berlaku kerana pengaruh daripada
SUMBER : YOUTUBE rakan sebaya yang mendorong mereka untuk
mengeluarkan perkataan yang tidak santun. Perkara ini
seharusnya tidak berlaku dalam kalangan kanak-
kanak seusia mereka rentetan akan membentuk akhlak
yang buruk apabila mereka menjelang usia dewasa
kelak. Oleh hal yang demikian, kanak-kanak yang
setahun jagung itu perlulah diberi didikan supaya
mereka tidak terus terjebak dalam melontarkan
perkataan yang kasar . Video yang tular di media sosial
ini juga telah tersebar sehingga ramai terpengaruh
untuk mengikut sekali dalam menggunakan bahasa
yang kurang santun. Hal ini menunjukkan kesan negatif
media sosial yang menyebabkan keruntuhan
kesantunan berbahasa dalam kalangan masyarakat.

PENGGUNAAN BAHASA KURANG JUSTIFIKASI
SOPAN TERHADAP AGONG
Twitter tersebut memaparkan penulisan tidak beradab
seseorang terhadap Agong. Individu tersebut telah
menghina Agong dengan perkataan yang begitu kasar
seperti bodoh. Oleh hal yang demikian, tindakan atau
hukuman yang setimpal telah diberikan kepada individu
yang menghina Agong kerana Agong merupakan insan yang
mulia dan kita patut setia dan taat kepadanya. Dengan ini
kita dapat lihat kesantunan berbahasa dalam kalangan
masyarakat semakin hilang sehingga mereka berani
menghina Agong iaitu Raja negara sendiri. Kita
sememangnya tidak boleh menghina institusi diraja kerana
kita adalah rakyat yang tidak berkuasa.

SUMBER : TWITTER

BAHASA KURANG JUSTIFIKASI
SOPAN PENSYARAH
TERHADAP PELAJAR Berdasarkan video rakaman tersebut, seorang pensyarah telah
menghina seorang pelajar dan golongan B40 ketika sesi
pembelajaran dalam talian. Pensyarah tersebut menimbulkan
rasa tidak puas hati kepada masyarakat yang mendengarnya
kerana pensyarah tersebut seolah-olah tiada rasa simpati
dalam diri. Beliau juga telah melemparkan kata-kata hinaan
kepada golongan B40 bahkan memandang rendah terhadap
golongan tersebut. Sebagai contoh, beliau memandang rendah
terhadap pelajar yang tidak mempunyai komputer riba.
Tambahan lagi, pensyarah ini juga menggunakan bahasa rojak
seperti pencampuran bahasa inggeris dengan bahasa melayu.

SUMBER : YOUTUBE

https://youtu.be/6roGHcPv2fg

JUSTIFIKASI PENGGUNAAN BAHASA TIDAK
SOPAN SEORANG PEMPENGARUH
Sajat merupakan salah seorang yang terkenal dalam
media sosial rentetan pengikutnya dalam media sosial

begitu banyak dan terdiri daripada pelbagai lapisan https://youtu.be/XS--K4vi90k
umur masyarakat. Sehubungan itu, dia sering
menggunakan banyak perkataan yang sangat kasar di
dalam media sosialnya terutamanya dalam sesi siaran
lansung di instagram. Misalnya, "hanjing", "babi" dan
lain-lain. Oleh itu, jika dia suka melemparkan kata-kata
yang kesat atau terkutuk itu, pengikutnya juga akan
terpengaruh serta mengikuti menyebut perkataan
tersebut.

SUMBER : INSTAGRAM

JUSTIFIKASI KESELURUHAN ISU KESANTUNAN BERBAHASA

Pada pandangan saya, berdasarkan bukti-bukti yang telah
dikemukakan, penggunaan bahasa kurang sopan dalam kalangan
masyarakat ini semakin berleluasa seiring dengan perkembangan dunia
teknologi kini. Isu ini telah melibatkan pelbagai lapisan masyarakat tidak
kira tua mahupun muda. Isu ini boleh dibendung sekiranya pelbagai inisiatif
dilakukan oleh semua pihak. Oleh itu, kita mestilah menjaga pelakuan dan
tutur kata kita supaya bangsa, negara mahupun diri kita tidak dipandang
hina oleh sesiapa.

CADANGAN
MENGATASI ISU
KESANTUNAN

BERBAHASA

CADANGAN

Antara cadangan yang boleh saya kemukakan adalah ibu bapa perlulah memainkan peranan mereka dalam
membimbing dan mendidik anak-anak mereka sejak kecil. Hal ini kerana, ibu bapa merupakan contoh dan orang
yang paling rapat dengan anak-anak. Dengan itu, ibu bapa janganlah terlalu berharap kepada guru semata-
mata untuk mengajar anak mereka. Ibu bapa perlu mendidik anak dengan budi bahasa dalam diri supaya mereka
membesar dengan penuh budi bahasa . Contohnya, tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat, bercakap dalam
nada yang tinggi, dan hendaklah menghormati orang yang lebih tua. Kesannya, anak-anak yang dididik dengan
baik dari kecil akan mengikuti segala yang dilihat dan dipelajari oleh kedua ibu bapanya bak kata pepatah
bagaimana acuan begitulah kuihnya.



Selain itu, pihak sekolah juga memainkan peranan yang begitu penting dalam mendidik murid bagi
meningkatkan kesantunan berbahasa dalam kehidupan. Hal ini kerana murid banyak meluangkan masa berada di
sekolah berbanding di rumah. Sebagai seorang pendidik, guru mestilah menunjukkan peribadi yang mulia terhadap
anak muridnya kerana guru merupakan contoh yang paling dekat. Contohnya, guru perlulah menunjukkan sikap
yang positif terhadap anak murid seperti tidak menghina atau mencarut dihadapan murid. Selain itu, pihak
sekolah juga perlu menerapkan kesantunan berbahasa melalui pembelajaran di dalam bilik darjah iaitu melalui
subjek pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

CADANGAN

Selain itu, pihak kerajaan juga perlu memainkan peranan yang sewajarnya. Sebagai
contoh, mengadakan pelbagai kempen kesedaran tentang kesantunan berbahasa dalam kalangan
masyarakat. Dengan adanya kempen seperti ini, masyarakat akan lebih peka dan sedar tentang
kepentingan kesantunan berbahasa. Kempen yang diadakan bertujuan untuk menerapkan elemen
sopan santun, berbudi bahasa dan sebagainya dalam kalangan masyarakat.

Seterusnya, peranan sesama masyarakat. masyarakat perlu saling menegur antara
satu sama lain jika diantara mereka ada yang melanggar kesantunan berbahasa. misalnya, menaip
dan mengeluarkan perkataan tidak sopan di media sosial seperti facebook, instagram dan twitter.
kita perlulah menegur dengan cara yang baik dan tidak melemparkan kata kesat agar individu
tersebut boleh terima teguran atau nasihat kita.

Akhir sekali ialah peranan media massa. Media massa adalah bertujuan untuk
menyebarkan maklumat tentang kepentingan untuk berbudi bahasa antara satu sama lain. Hal ini
kerana media massa memberi pengaruh yang kuat kepada pengguna. Terdapat pelbagai lapisan umur
yang menggunakan media sosial untuk mendapatkan maklumat. Oleh itu, mesej yang hendak
disampaikan kepada masyarakat akan diterima dengan lebih cepat dan tepat.

Rujukan

Azura Halid. (2019, Januari 29). Wa', 'Lu', 'kencing', 'Bro' dan tersalah emoticon: Cabaran kesantunan dalam media sosial.
Astro Awani. https://www.astroawani.com/gaya-hidup/wa-lu-kencing-bro-dan-tersalah-emoticon-cabaran-kesantunan-
dalam-media-sosial-197277

Dr Megat Yasin. (2020, September 24). Komen jelik bertebaran. Harian Metro.
https://www.hmetro.com.my/rencana/2020/09/623734/komen-jelik-bertebaran.

Hariyati Ariffin. (2019, November 18). Bahasa kurang sopan ubah cara komunikasi remaja masa kini. Sinar Harian.
https://www.sinarharian.com.my/article/57798/KHAS/Pendapat/Bahasa-kurang-sopan-ubah-cara-komunikasi-remaja-
masa-kini

mStar Online Malaysia . (2018, Ogos 7) Ucapan KJ terganggu. Bung Moktar mencarut, ajak gaduh dalam Parlimen [Video].
Youtube. https://youtu.be/ohY1XvJLO1s

Parlimen Malaysia. (2018, Jun). Bahasa yang tidak sesuai di parlimen. https:// www.parlimen.gov.my/index.php?
modload=glosari&action=20000&id=9&lang=bm

TV Pertiwi Official. (2019, Jun 24). Kecelaruan bahasa Melayu era digital- Prof Dr Normaliza Abd Rahim. [Video]. Youtube.
https://www.youtube.com/watch?v=Bnh6sP2yGog

TERIMA KASIH

Pergi ke sik bersama kroni,
Segala halangan kita rintangi.
Jangan tangisi perpisahan ini,

moga kita bersua lagi.


Click to View FlipBook Version