Kandungan tajuk
Mukasurat
2- 3 MUKADIMAH
4 – 18 RESIPI & PROSES PEMBUATAN
19 – 20 INTI KARIPAP
21 – 22 JENIS-JENIS KARIPAP LAIN
23 PEMBUNGKUSAN
24 HARGA & PEMASARAN
25 PENUTUP
26 – 27 TIPS BERNIAGA & LINK VIDEO
PENGARANG IMLASUMRON
PERINGATAN
Semua gambar dan video dalam ebook ini adalah kepunyaan pengarang
dan Noor Almi Enterprise. Mencetak dan mengedarkan dalam apa
bentuk dan cara sekalipun adalah dilarang. Sekiranya didapati ada yang
mencetak dan mengedarkan dalam bentuk apa sekali pun tindakan
tegas undang-undang akan diambil.
Hak Cipta Terpelihara November 2020
1
Assalammualaykum Salam sejahtera
MUKADIMAH
Karipap adalah kuih kegemaran ramai netizen Malaysia tidak
mengira bangsa. Karipap ada dua (2) jenis iaitu yang biasa dan
pusar atau ada juga yang panggil pusing. Kalau menurut
Wikipedia karipap adalah jenis sajian pencuci mulut, tempat asal
Malaysia, Brunei, Singapura dan Thailand. Inti karipap biasanya
dari kentang, keledek, ayam, daging, sardine dan lain-lain lagi.
Di sini saya hendak kongsikan bagaimana hendak buat kulit
karipap pusar/pusing frozen atau sejuk beku. Cara penyimpanan
dalam freezer sebab itu dipanggil ‘frozen’ atau sejuk beku.
Penyimpanan begini untuk jangka hayat yang panjang lebih
kurang enam (6) bulan ke setahun. Ada banyak teknik cara
pembuatan dan resipi serta tips. Lain orang lain caranya biasalah
lain padang lain belalangnya. Nasihat saya pilihlah yang anda
mudah fahami dan praktikkan.
2
Permintaan karipap memang tinggi apatah lagi karipap pusar.
Karipap pusar mengambil msa sedikit untuk membuat kulit/
pastrinya. Intinya sama saja macam karipap biasa dan saya tidak
akan bagi resepi untuk inti tapi akan kongsi tips sahaja. Bagi
saya buat inti masing-masing ada citarasa tersendiri dan itulah
yang membezakan rasa karipap individu itu sebenarnya. Karipap
pusar frozen boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan atau
utama. Dalam ebook ini saya akan kongsi resipi karipap pusar
frozen, pembungkusan, perlabelan dan bagi tips untuk inti serta
bagaimana hendak jana pendapatan dengan karipap frozen.
Mula-mula kena fokus dan buang semua yang negatif dari minda
dulu. Jangan ada dalam minda perkataan “susah” dan “tidak
boleh buat”. Semua orang bermula dari “0” dan tidak salah untuk
menuntut seberapa banyak ilmu mengenainya. Kalau sudah
bersedia jom kita mulakan dengan Bismillahirahmanirahim.
JOM BASUH TANGAN
DULU
3
RESIPI & PROSES PEMBUATAN
KULIT KARIPAP PUSAR
❖ Bahan-bahan – Doh Kuning
Tepung Gandum 50gm
Margerin
(Boleh gunakan sebarang jenama tepung gandum & margerin}
❖ Cara-cara
1. Campur tepung gandum dengan margerin 50 gm.
2. Guna hujung jari gaul margerin dengan tepung jadi seperti
serbuk roti tambah margerin sedikit demi sedikit.
4
3. Tambah margerin sedikit demi sedikit, uli sehingga jadi doh
dengan hanya menggunakan margerin tidak boleh tambah
air atau lain-lain bahan. Ini doh kuning. Sekiranya terlalu
lembik boleh tambah tepung sedikit. Doh tidak melekat di
tangan dan boleh dikepal tidak berderai.
5
❖ Bahan-bahan – Doh Putih
Tepung Gandum (sebarang jenama)
Air sejuk peti ais (air + ais)
(Boleh juga tambah margerin 1 sudu besar untuk 1kg tepung atau
kuning telur 1 biji untuk 500gm)
Garam
❖ Cara-cara
1. Sukat tepung gandum contoh 500gm
2. Campur sedikit garam (boleh masukkan telur/margerin jika mahu)
3. Perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit tuang air sejuk. Uli sehingga
menjadi doh yang tidak melekat di tangan atau bekas pengadun.
Boleh juga menggunakan mesin pengadun, uli sehingga menjadi
doh yang tidak melekat pada mangkuk mesin. Jika menggunakan
mesin pengadun air akan kurang dari uli menggunakan tangan.
Setelah doh siap rehatkan doh selama 10 – 20 minit. Tutup mangkuk
pengadun dengan tuala putih lembab.
6
❖ DOH KUNING &
7
❖ LANGKAH SETERUSNYA
1. Timbang doh kuning 50gm
2. Timbang doh putih 100gm (boleh juga lebihkan sehingga 150gm)
3. Kepal doh kuning dan leperkan doh putih. Letak doh kuning atas
doh putih dan balut doh kuning dengan doh putih seperti buat kuih
ondeh-ondeh (namakan doh ondeh-ondeh). Balut sehingga doh
kuning tidak kelihatan.
Doh ondeh-ondeh
8
Di sini saya akan tunjukkan 2 teknik/gaya buat kulit karipap pusar yang
saya pelajari dan biasa buat. Hasilnya tetap sama ada pusar.
1. Leperkan doh ondeh-ondeh. Canai dan leper membentuk bulat
(lebih kurang) jangan nipis sangat (anggaran 0.5cm).
2. Guna pisau tajam untuk potong sedikit macam dalam gambar di
bawah. Potong dari tengah sampai ke tepi.
3. Lepas potong gulung arah lawan jam (jadi seperti caterpilar)
9
4. Lepas itu canai gulungan (gulungan caterpilar) sehingga agak nipis
anggaran 0.5 cm.
5 Seterusnya gulung kemas dan potong jadi roda.
BEREHAT SEKETIKA DENGAN TEKNIK KARIPAP PUSAR GULUNG
10
KULIT KARIPAP PUSAR TEKNIK LIPATAN
1. Guna doh ondeh-ondeh dan canai untuk meleperkan. Canai dan
leperkan dengan menjadikan segi empat bujur/tepat nipis lebih
kurang 0.5 cm.
2. Lipat sebelah (sama ada kanan atau kiri namakan lipatan 1) dan
kemudian buat lipatan 2 dari yang sebelah tindan atas yang
pertama (lihat foto di bawah).
Lipatan 1 Lipatan 2
11
3. Selepas lipatan 2 canai semula menjadi nipis anggaran 0.5cm.
Ulang semula proses lipatan sekali lagi dan canai jadi segi empat
tepat/bujur nipis anggaran 0.5cm.
4. Selesai melipat dan mencanai kali kedua jadi segi empat
panjang/tepat gulung menjadi roda. Gulung dengan kemas ketat
dan padat untuk memudahkan memotong jadi seperti roda kecil
dengan pusaran yang cantik.
12
5. Selepas gulung ianya dipotong menjadi roda dan besar kecil karipap
bergantung pada ketebalan potongan roda. Kalau nipis maka kecil
jadi karipap. Apa pun saya nasihatkan anda mencuba buat
beberapa jenis potongan dengan ketinggian/ketebalan yang
berbeza dan tengok sendiri hasilnya. Ini juga patut dipraktikan untuk
kulit karipap pusar teknik gulung.
Semasa buat teknik gulung saya berhenti rehat di sini. Jelas yang
hasilnya adalah sama jadi roda yang ada pusaran warna putih dan kuning.
Ikut keselesaan masing-masing untuk memilih teknik yang mana satu.
13
TOPI KARIPAP PUSAR
Topi ini fungsinya untuk mencegah inti terkeluar semasa menggoreng.
Pusaran itu biasanya ada yang tidak cukup rapat atau kemas terlekat
menyebabkan inti mudah masuk ke celah pusaran dan bila
menggoreng ia akan mudah terkeluar. Tidak semua orang gunakan
topi tapi saya gunakan.
1. Ambil dari doh putih anggaran 5gm dan bulat-bulatkan kemudian
leperkan dan tampal atas doh roda pusaran. Tampal sebelah
sahaja.
14
2. Selepas tampal canai untuk meleperkan dan membentukkan ianya
jadi bulat atau bujur. Canai dengan lembut dan rata nipis juga
anggaran 0.5cm. Canai juga sebelah yang tanpa topi dalam 1 atau
2 gelekkan.
3. Letak inti di atas kulit karipap yang bertopi kemudian lipat jadi
separa bujur atau bulat.
15
4. Kini sampai pada klim karipap. Saya tunjukkan di sini gambar klim
karipap ori guna jari. Kena pastikan kulit depan dan belakang
melekat. Jika anda tidak pandai hendak klim tangan gunakan garpu
dan tekan disekeliling kulit karipap itu. Tekan dengan kuat dan
pastikan kulit depan dan belakang melekat.
5. Sediakan dulang dengan taburkan sedikit tepung di atasnya agar
karipap tidak melekat. Nampak garis-garis pusar dalam 2 warna
putih dan kuning.
16
6. Sekarang sudah sampai untuk proses menyimpan. Ada 3
teknik/cara yang boleh diguna pakai sebelum disimpan sebagai
sejuk beku dalam freezer.
1. Goreng sekejap dalam minyak yang sederrhana panas.
Pastikan karipap tenggelam dalam minyak. Jangan selalu
membalikan ia boleh menhancurkan kulit karipap pusar dan
menyebabkan intinya terkeluar. Angkat bila warna karipap
nampak sedikit kekuningan toskan minyak tunggu sejuk baru
buat pembungkusan.
17
Ini adalah hasil dari proses menggoreng. Warna keemasan boleh
dimakan terus tapi warna keputihan atau kuning pudar untuk
simpanan sejuk beku. Lihat perbezaan warnanya.
SIAP UNTUK
DIBUNGKUS DAN
DISEJUK BEKU
2. Cara satu lagi ialah dengan membakar dalam oven pada suhu
1600C (bergantung pada oven) selama 20 minit (anggaran).
Keluar sejukkan dan baru dibungkus (maaf tidak ada gambar)
3. Cara ke 3 selesai klim simpan terus dalam freezer sehingga
betul-betul keras kemudian keluarkan terus segera dibungkus
dan disejuk bekukan semula (maaf tidak ada gambar).
18
INTI KARIPAP
Maaf saya tidak kongsi resepi inti karipap atas alasan berikut:
➢ Inti itu adalah yang sebenarnya yang lebih membezakan rasa
karipap tersebut bukan pada kulit atau pastrinya.
Saya bagi tips dan sedikit panduan. Antara bahan-bahan inti yang
selalu digunakan dengan campuran rempah kari:-
✓ Kentang (potong dadu jangan besar atau kecil sangat. Rebus
pun jangan sampai lembik sangat)
✓ Keledek (potong dadu saiz sederhana)
✓ Daging Ayam (hendak sedap ambil bahagian tanpa tulang
cincang/kisar sendiri. Hendak senang beli ayam cincang yang
sedia dijual)
✓ Daging Lembu (beli bahagian mana yang mampu
kisar/cincang sendiri atau beli yang sedia dijual “mince beef”)
✓ Sardin (buang tulang belulang, siat-siat guna garfu dan kalau
boleh jangan guna semua sosnya)
✓ Daging kambing (rebus dulu atau terus masak pun boleh)
✓ Sayur campur (biasa untuk ‘vegetarian’ hendak senang beli
yang sedia dijual. Hendak kelainan dadu carrot sendiri campur
kacang peas dan keledek unggu atau lada benggala)
19
Cadangan
Cuba guna makanan laut (udang, sotong, kerang dll)
Isi durian tanpa sebarang campuran tambahan balut dengan
doh topi kemas-kemas. Kemudian balut pula dengan doh
berpusar dan klim.
Untuk rasa premier lebihkan daging ayam/daging lembu dll
kurangkan kentang atau keledek.
❖ Tips Inti
Inti jangan terlalu basah atau berminyak sebaiknya kering kerana
minyak akan mudah meresap ke dalam pusaran. Cuba tambah kisaran
bawang goreng untuk dapat rasa yang berbeza tapi umph.
20
JENIS-JENIS KARIPAP LAIN
1. Karipap biasa
➢ Bahan-bahan untuk kulit adalah tepung gandum, minyak masak
yang dipanaskan anggaran ½ cawan campur 1 sudu besar margerin
untuk 1kg tepung. Gaul guna senduk kayu atau garfu (sebab
minyak panas jangan guna tangan) dan bila sudah sejuk/suam guna
hujung jari uli jadi serbuk roti. Tuang air sejuk lebih kurang 1 cawan
dicampur garam untuk menguli.
➢ Uli sehingga doh tidak melekat di tangan dan boleh juga gunakan
mesin pengadun. Sukatan air guna mesin pengadun biasanya
kurang sedikit dari adun guna tangan. Uli sehingga doh tidak
melekat di mangkuk pengadun. Rehatkan doh dalam 10 – 20 minit
dalam bekas ditutup kain lembab (biasanya guna tuala putih “good
morning” yang dilembabkan sahaja.)
➢ Canai dan terap dengan acuan bulat pun boleh atau guna acauan
plastik karipap sedia ada dijual. Klim tangan atau guna garfu.
➢ Goreng dalam minyak yang panas tapi jangan terlalu panas. Sama
seperti karipap pusar bila warna bertukar pudar kekuningan angkat
dan toskan minyak tunggu betul-betul sejuk baru bungkus dan
simpan sejuk beku. Hendak makan terus goreng sehingga garing!
21
2. Karipap Bakar (Oven)
➢ Bahan-bahannya tepung gandum 300gm, margerin atau mentega
120gm dan sedikit garam uli hujung jari sehingga jadi serbuk roti.
Tambah air sejuk anggaran 3 – 4 sudu besar uli sehingga doh
licin. Rehatkan doh dalam bekas tutup dengan kain lembab
(biasanya guna tuala putih “good morning” yang dilembabkan
sahaja).
➢ Canai ikut bentuk kesukaan ketebalan anggaran 0.5cm (boleh
nipis lagi tapi jangan tebal) isi inti, lipat dan klim tepi sama ada
guna jari atau garfu. Hendak gulung saja pun boleh. Bakar dalam
oven 180ºC lebih kurang 25 minit (bergantung pada oven).
Selepas 10 minit keluarkan dan sapu kuning telur di luar yang
telah dicampur setitik atau dua pewarna kuning telur dan minyak
masak dalam setitik atau dua untuk mengilatkan selepas itu masuk
dalam oven semula dan terus bakar 15 minit lagi
➢ Peringatan:
➢ Karipap jenis ini memang jarang dibuat sejuk beku (cukup sekadar
simpan dalam bekas kedap udara di ruangan chiller tapi jangka
hayatnya tidak lama) tapi boleh juga sejuk beku cuma untuk
memanaskan semula perlulah juga oven dan suhunya rendahkan
sedikit.
22
PEMBUNGKUSAN
✓ Kalau untuk buat jualan guna plastik PE adalah yang terbaik untuk
simpanan sejuk beku kuih-muih dengan ketebalan 06-08 dan
biasanya karipap guna saiz 7 x 10inc. Kenapa plastic jenis PE
kerana ianya tidak mudah koyak/pecah. Kena ingat hendak simpan
dalam suhu freezer -180C hingga-230C kalau silap pilih jenis plastik
boleh pecah bila beku. (Kalau untuk simpanan sendiri boleh
gunakan bekas plastik aiskrim sebab ia tahan sejuk beku).
✓ Ianya juga lebih lutsinar kalau kita banding dengan plastik yang
guna untuk bungkus minuman. Plastik yang guna untuk bungkus
minuman adalah jenis PP.
✓ Ada satu jenis plastik yang amat bagus dan menjadi pilihan
pengusaha sekarang adalah jenis nylon. Namun begitu plastik jenis
nylon ini kos agak tinggi.
✓ Buat stiker dapatkan nasihat dari mereka yang mahir sekiranya
anda berniat untuk menjadi usahawan makanan.
✓ Tarikh pembuatan itu mustahak kena rekod sebab dari situ boleh
tahu bila tarikh luput.
Cuba dapatkan konsultansi perlabelan & pembungkusan dari:
SIRIM BERHAD - Bahagian Pusat Reka Bentuk Pembungkusan &
Keselamatan atau agensi lain seperti MARA, MARDI, FAMA bahagian
yang berkaitan perlabelan dan pembungkusan.
23
HARGA & PEMASARAN
Kini sampai pada tajuk harga. Harga karipap pusar memang mahal
sedikit dari karipap biasa. Saiz, jenis serta kuantiti inti juga
mempengaruhi harga karipap pusar ini.
Harga karipap pusar frozen murah sedikit dari yang sudah siap goreng
boleh terus dimakan. Permintaan karipap pusar tinggi. Hendak
membuatnya agak leceh dan ambil masa jadi bila buat sekali banyak
sejuk bekukan. Tawarkan pada adik-beradik, saudara-mara, kawan-
kawan, jiran tetangga (sedekah bagi rasa dan bagi tahulah yang kita
ada buat ‘frozen’ ini namanya ‘marketing’ mulut ke mulut. Bila ada
kenduri atau jamuan sedekahkan ikut kemampuan kita In Sya Allah ada
berkatnya.)
Kalau untuk jualan tidak kira frozen atau sebaliknya timbanglah juga inti
jangan main agak-agak letak saja. Semua itu masuk dalam costing.
Bila kita berniaga semua kos diambil kira contoh sekilo bawang kena
tetap berapa jumlah kentang, daging hingga ke garam dll bukan
sekadar untuk costing tapi untuk menjaga rasa tidak berubah.
Satu lagi kos yang perlu diambil kira kos penghantaran kecuali
pelanggan dating ambil sendiri.
Kalau rumah tepi jalan sibuk apa lagi di taman perumahan jual
gorengan seperti karipap pusar dll tambah air balang satu atau dua In
Sya Allah ada pelanggan. Cari kelainan kalau sudah ada peniaga.
24
Saya adalah mantan seorang usahawan yang berniaga kuih frozen
hampir 8 tahun dengan memegang juga sijil HALAL JAKIM. Niat
saya buat ebook ini untuk berkongsi ilmu semuga ada yang lebih
berjaya dari saya mengikut jejak langkah seperti Fatihah Frozen &
Nani’s Frozen antara 2 usahawan bumiputera yang berjaya.
Mereka sudah lama dan ada kilang serta menggunakan mesin tapi
permulaannya dari bawah juga.
Nasihat saya cuba beli produk mereka rasa dan tengok
pembungkusan mereka. Jadikan contoh dan idola. Setiap dari kita
Allah anugerahkan kelebihan dan keistimewaan berbeza jadi
gunakanlah. Setiap manusia ada kelemahan dan tidak ada yang
100% sempurna tapi belajarlah untuk menjadi sesempurna yang
terbaik.
Di sini juga saya kongsikan video pembuatan 2 teknik karipap pusar
frozen ini. Semuga ianya membantu. Jangan lupa “practise make
perfect.” IN SYA ALLAH
SEMUGA ALLAH
PERMUDAHKAN
URUSAN KITA
25
TIPS BERNIAGA
Ini adalah cadangan dan contoh sahaja sekiranya anda rasakan praktikal
buatlah.
Pembungkusan karipap pusar atau kuih jenis lain 1 bungkus x 6 biji sahaja
Jual sebungkus Rm3.60 & 2 bungkus Rm7.00 (ada diskaun 0.20sen di
situ walau nampak sikit tapi pelanggan amat menilainya)
Tetapi ingat saiz karipap atau sebarang jenis kuih mestilah berbaloi
dengan harga.
Alasan beli frozen boleh makan panas dan tidak kira masa atau ada
hidangan tetamu datang mengejut.
Hantar ke kedai makan atau restoran tapi yang sudah digoreng. Banyak
sekarang ini peniaga buat 1 bungkus ada 2 atau 3 jenis kuih dan ianya
satu usaha dan idea yang baik. Kalau boleh campurlah kuih manis dan
pedas serta nampak menarik contoh karipap dengan seri muka pandan.
Ingat warna dan susun atur memainkan peranan dalam memikat mata
pelanggan.
Selalu lah bersedekah kepada jiran tetangga dan saudara mara tidak
perlu dengan kuantiti yang banyak sekadar termampu.
26
Sekiranya berniaga gorengan panas campur pisang goreng, keledek dan
lain-lain buat papantanda kertas “KUIH FROZEN ADA DI SNI” dan
namakan kuih-kuih itu. Kalau dapat jual juga air balang atau sebarang
jenis air kerana keuntungan niaga air memang tinggi.
Buat juga perkhidmatan penghantaran dan caj ikut jarak atau “rider”.
Dalam berniaga kualiti dan kuantiti kena seiring. Kualiti untuk tarik selera
pelanggan untuk terus membeli manakala kuantiti untuk melebarkan
kadar keuntungan perniagaan.
Kira kos dengan teliti dan jangan kecualikan apa-apa biar pun tenaga kita
sendiri. Garam contohnya nampak sedikit tapi bila habis kita masih kena
beli begitu juga dengan minyak menggoreng.
Kebersihan kena jaga bermula dari penampilan diri dan senyumlah selalu.
Niat dalam hati “aku berniaga kerana Allah”
Dalam perniagaan PEMASARAN & PENJUALAN (Marketing & Sales)
seiring tidak boleh dipisahkan.
OK CUKUP SAMPAI DI SINI SAHAJA. SAYA DOAKAN SEMUGA ANDA
BERJAYA BERNIAGA DAN DIPERMUDAHKAN URUSAN OLEH ALLAH
DI BAWAH LINK VIDEO CARA MEMBUAT KARIPAP PUSAR FROZEN
https://youtu.be/r2MNkIaR4ko
https://youtu.be/DB5oa7ZfToE
27