The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dec09210018, 2023-07-25 12:05:49

BOOKLET INDUSTRI HIBURAN KANAK-KANAK

pdf_20230726_000646_0000

FAKULTI PENGURUSAN, PENDIDIKAN DAN KEMANUSIAAN DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK CHILDREN'S INDUSTRY AND ENTREPRENEURSHIP (DECE4303) NAMA : NUR ARIBAH BINTI MOHAMED TAJURE NO MATRIK : DEC09210018 TUGASAN : BOOKLET INDUSTRI HIBURAN (TAMAN HIBURAN & TAMAN TEMA) DISEDIAKAN UNTUK : ENCIK MOHD SHAWANI AHMAD SABRI TARIKH PENGHANTARAN : 27 JULAI 2023


INDUSTRI HIBURAN Kanak-Kanak


INDUSTRI HIBURAN Industri hiburan kanak-kanak tertumpu kepada permainan dan penting untuk pertumbuhan dan pembelajaran mereka.Hiburan juga disediakan kepada kanak-kanak atau diajar oleh orang dewasa dan banyak aktiviti yang menarik minat kanak-kanak dan turut dinikmati oleh orang dewasa.Industri hiburan memberi manfaat kepada kanak-kanak kerana dengan menonton filem, teater, drama, mendengar muzik, membaca buku cerita dan menghadiri sesi bercerita, kanak-kanak dapat belajar untuk menghargai perspektif orang lain tentang kehidupan dan mendapatkan pandangan yang lebih baik tentang cerita yang sudah diketahui.Terdapat beberapa jenis industri hiburan kanak-kanak contohnya persembahan, teater, wayang dan filem, tarian dan muzikal serta bercerita. Di Malaysia terdapat banyak contoh syarikat industri hiburan(taman tema)sebagai contoh ialah KidZania.KidZania menyediakan pelbagai aktiviti hiburan dan permainan untuk golongan kanak-kanak dan gologan dewasa.KidZania merupakan pusat pembelajaran dan hiburan tertutup bagi keluarga yang menawarkan pengalaman pembelajaran dan hiburan interaktif serta keseronokan.Selain itu, LEGOLAND juga merupakan satu contoh syarikat daripada industri hiburan yang menawarkan kanak-kanak untuk mencipta pengalaman yang agak ajaib tetapi sangat selamat.Syarikat ini juga mencipta pelbagai aktiviti bermain sambil belajar seperti Driving School, Boating School.Bukan itu sahaja, kanak-kanak juga boleh melakukan aktiviti di dalam hotel yang disediakan iaitu sesi menari, berjumpa dengan mascort karakter LEGO, pertunjukan tema serta menonton filem.


Industri hiburan(taman hiburan dan taman tema) pada masa hadapan perlu ditambah baik agar dapat menjadi yang terbaik.Hal ini kerana industri hiburan(taman tema) ini sememangnya industri yang penting dan perlu ditambah baik dari masa ke masa kerana sangat diperlukan terutamanya kepada ibu bapa untuk membawa kanak-kanak bercuti setelah penat menimba ilmu dan belajar di sekolah dan dijadikan ganjaran kepada kanak-kanak.Permainan yang disediakan di industri hiburan ini juga sangat bagus kerana disediakan mengikut lapisan umur.Industri hiburan menjadi salah satu industri yang akan maju pada masa hadapan kerana sifat dan naluri asal kanak-kanak suka akan keseronokan dan suka bermain dan menjadikan industri ini bertambah maju.


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version