1
2 Isi kandungan Kata alu – aluan 3 Staf Akedemik 2022 9 Staf Sokongan 2022 10 Guru & Staf keluar masuk 11 Program Transformasi Sekolah 12 Lipatan Sejarah 2022 SMK Taee 13 Karya Kreatif Murid 31 Galeri kelas 40 Galeri Kokurikulum 56 Unit Tingkatan 6 79 Iklan 101 Autograf 104
3 Kata Alu - Aluan
4 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Warga pendidik, murid-murid, warga sekolah dan ibu bapa yang saya kasihi, Sesungguhnya, tahun 2023 membuka lembaran baharu yang menuntut kita sebagai warga pendidik untuk melakar lebih banyak pencapaian yang signifikan dan mencipta lebih banyak peluang baharu. Yang pasti, seluruh nuansa ini pastinya perlu ditempuhi dengan semangat dan merangkul segala kekuatan yang ada. Terdahulu ketika negara ditimpa mehnah pandemik COVID-19, KPM telah memberikan I‹omitmen penuh dengan mengambil pelbagai langkah proaktif termasuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi memastikan tiada murid yang ketinggalan dalam silibus pendidikan. Malah ItPM cukup komited dalam melaksanakan pelbagai intervensi untuk merapatkan kesenjangan yang sedia ada. Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan rasa simpati saya kepada warga pendidik serta murid dan keluarga mereka yang terkesan akibat bencana banjir di beberapa negeri. Tidak diIupaI‹an buat keluarga mangsa kejadian tanah runtuh di Batang hali, saya utuskan ucapan takziah sekudusnya. Landasan sistem pendidikan yang kita warisi pada hari ini telah pun melalui siri- siri pemurnian. Namun kita tidak boleh kompromi dalam memastil‹an tekad beban guru dikurangkan dan kesejahteraan murid diraih secara menyeluruh. Justeru, pendekatan untuk mengekalkan dasar sedia ada diangkat dan ditambah baik dengan pemantauan di peringI‹at pelaksanaan. Penerapan nilai dan akhlak merupakan tunjang pembentukan diri seseorang murid secara holistik selaras Falsafah Pendidil‹an Kebangsaan. Maka, besar harapan saya agar warga pendidikan terus istiqamah membawa watak pendidik dalam membangunkan serta meIahirI‹an anak bangsa yang tinggi sopan dan susilanya, mulia pekertinya serta halus adab santunnya. Oleh yang demikian, tujuh teras utama yang menjadi tumpuan ItPM dalam mengemudi sistem pendidikan negara mendambakan sinergi antara guru, murid, ibu bapa serta komuniti yang merupakan kunci kejayaan pendidikan masa depan negara. MENTERI PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
5 Pendidikan adalah pintu gerbang menuju galaksi pengetahuan yang tiada penghujungnya. Makanya, proses pencarian pembinaan serta pengumpulan ilmu wajib dijadiI‹an budaya penerokaan yang bersifat membina otak dan watak. Ekosisten harmoni yang diterjemahkan dalam rangka murid ceria, guru bahagia, sekolah bitra dan negara sejahtera adalah aspirasi yang akan mengangkat darjat kemuIiaan (karamah insaniah) seluruh warga pendidikan, warga sekolah dan murid-murid keseluruhannya. Menavigasi sebuah kementerian pasca pandemik dalam keresahan tantangan ekonomi serta kos sara hidup yang menekan memerlukan sarwa pandang yang merentas zaman serta kalis masa hadapan. Semoga kita semua akan terus kuat menempuh cabaran mendatang sebagai satu pasukan warga pendidiI‹an yang kuat, padu dan saling menyokong antara satu sama lain. Akhir kata, tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah khususnya sidang redaksi yang telah berusaha merealisasikan penerbitan majalah seI‹oIah ini. Segala jerih payah dan sumbangan dalam penerbitan majalah ini adalah perlambangan kepada rakaman sejarah dan memori dari segenap sudut. Terima kasih seluhurnya I‹erana majalah ini telah melukiskan citra dan peta memori serta wajah kenangan yang manis. Besar harapan saya agar majalah ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh pembacanya. “MURID CERIA, GURU BAHAGIA, SEKOLAH BITARA DAN NEGARA SEJAHTERA”
6 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salanrt Sejahtera, Salam Keluarga Malaysia dan Salam Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak. "Fly Kenyalang Fly, Fly High" Terlebih dahulu tahniah saya ucapkan kepada Sidang Redaksi Majalah atas kejayaan menerbitkan majalah sekolah yang sentiasa ditunggu-tunggu penerbitannya oleh warga sekolah. Bagi pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak segala usaha dan sumbangan dalam penerbitan majalah ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi. Usaha pihak sekolah dalam penerbitan kali ini diharapkan akan menggiatkan lagi usaha mendokumentasi aktiviti-aktiviti, inovasi dan kejayaan sekolah sebagai rujukan generasi masa akan datang. Di samping itu, dapat meningkatkan pencapaian sekolah dalam akademik, sukan dan kokurikulum. Demi menyokong kejayaan ke arah matlamat sekolah yang berkualiti, konsep amalan Sekolahku SEJAHTERA telah diperkenalkan menerusi penerapan 14 elemen nilai iaitu "Selamat, Seronok, Sihat, Etika, Empati, Jati Diri, Adab Sopan, Harmoni, Tekun, Terampil, Eksplorasi, Rasional, Artikulasi" dalam kehidupan secara semula jadi kepada murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Penerapan elemen konsep ini dalam kalangan murid juga akan dilaksanakan secara holistikdi dalam dan luar sekolah bagi kesejahteraan murid. lanya bertujuan untuk mewujudkan suasana sekolah yang selamat, aman, selesa, menggembirakan, membina dan inklusif ke arah mencapai kesejahteraan masyarakat. Bagi merealisasikan Sekolahku SEJAHTERA ini, kerjasama secara meluas dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta haruslah dipertingkatkan. Dalam masa yang sama juga, amalan inovasi melalui perkembangan era digital turut menjadi pemacu pendidikan abad ke-21 dalam mendepani revolusi Industrial Revolution(IR) 4.0. selari dengan PPPM (2013-2025). PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK
7 Sebagai nadi utama dalam usaha membangunkan modal insan holistik dan cemerlang serta bakal pewaris negara masa hadapan, Jabatan Pendidikan akan terus berusaha untuk menggarap potensi murid secara menyeluruh dalam akademik serta pelbagai bidang lain. Marilah kita bersama-sama berganding bahu menggemblengkan tenaga, berusaha serta memberi komitmen yang tinggi untuk memastikan kecemerlangan pendidikan khususnya negeri Sarawak akan berterusan. Oleh yang demikian, kita jadikan majalah ini sebagai wadah pengantara sekolah dengan masyarakat dalam menyampaikan maklumat serta infomasi pelaksanaan program pendidikan. Coretan, karya dan paparan sejarah yang bermakna ini akan menjadi tanda aras dan teladan kepada masyarakat dalam memartabatkan ilmu pendidikan. Akhir kata, kepada semua warga pendidikan seluruh bumi kenyalang walau di mana saja berada, di kota ataupun di desa agar seritiasa berusaha bersama-sama mencapai kecemerlangari selari dengan hasrat Kerajaan bagi memenuhi kehendak semasa. Usaha-usaha bekerja dalam satu pasukan wajar diteruskan agar mendapat penghasilan yarig optimum dan manfaatnya dapat dirasai oleh seluruh masyarakat serta warga pendidikan khususnya. Berpandukan Pelan Strategik Organisasi (PSO) jabatan, kita perlu mengamalkan budaya kerja berkonsepkan Profesional, Integriti dan Mesra (PIM). Dari masa ke semasa penerapan PIM ini, haruslah seiring dengan budaya kerja 3C (Comunication, Collaboration and Creativity) selaras dengan keperluan dan kehendak semasa. Justeru, dalam mendepani dunia mencabar ini, kita perlu berusaha untuk memastikan kerja buat kita berpegang kepada prinsip 4S (Stay Focused, Stay Positive, Stay Strong dan Stay United.) agar apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Selamat maju jaya, teruskan usaha-usaha baik untuk manfaat bersama-sama. Sekian, terima kasih. "FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH"
8 PENGETUA SMK TAEE Saya merakamkan terima kasih tidak terhingga atas kejayaan menerbitkan majalah “Batu Anjung” edisi ke-32 tahun 2022. Terima kasih kerana memberi kesempatan untuk saya mencoretkan sepatah dua kata dalam majalah sekolah ini. Dengan kesempatan ini juga, saya mengucapkan penghargaan kepada semua warga sekolah atas kejayaan meningkatkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2021) dan juga Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM 2021). Puji syukur yang tidak terhingga kepada Tuhan yang Maha Esa kerana pada tahun ini, kita telah diberi peluang untuk mula proses pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka setelah hampir dua tahun terpaksa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PDPR) kerana pandemik Corona Virus (Covid-19). Kita perlu menghadapi norma baharu untuk menuntut ilmu dalam keadaan yang agak mencabar namun saya kagum dengan semua semangat guru-guru yang mampu menggalas tugas masing-masing melancarkan sesi persekolahan kita tahun ini menepati cogan kata sekolah kita ‘ONE STEP AHEAD’ untuk merealisasikan visi dan misi sekolah. Tidak lupa juga kepada para murid yang saling memberi kerjasama dalam pembelajaran dan dalam membendung penyakit Covid – 19 kerana ‘Kita Jaga Kita’. Walaupun kita masih lagi dalam fasa berjaga-jaga, saya berasa sangat bangga dengan guru-guru dan muridmurid SMK Taee kerana mampu menjadikan budaya kerja kita “TAKE AN EXTRA EFFORT” menjadi pegangan untuk terus memberi peluang kepada murid untuk memajukan sekolah dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid. Tahniah diucapkan kepada para murid yang telah berjaya dalam bidang kokurikulum sehingga ke peringkat negeri dengan usaha yang telah dicurahkan sepanjang tahun ini. Pembelajaran abad ke-21 yang berpusatkan murid merangkumi standard kolaboratif, komunikasi, kreativiti, pemikiran kritis dan nilai murni dan etika seharusnya menjadi tanda aras atau pegangan oleh semua guru untuk mencapai matlamat pendidikan negara bersesuaian dengan konsep sekolah TS25.
9 Staf Akedemik 2022
10 Staf Sokongan 2022
11 SELAMAT DATANG KE SMK TAEE Norazrin Amirah bt Sulaiman Guru Akademik Biasa DG41 Opsyen: Ekonomi Melanie Anak Repin Guru Akademik Biasa DG41 Opsyen: Ekonomi Rebecca anak Edmund Silu Guru Akademik Biasa DG41 Mariana Binti Yasok Guru Akademik Biasa DG41 Opsyen: Ekonomi Rumah Anatasia anak Jose Guru Akademik Biasa DG41 Opsyen: Perdagangan Muhammad Nizamudin Bin Mohd Azhar Guru Agama DG41 Opsyen: Pendidikan Islam Mimi Norazazimah Mohiddin Guru Akademik Tingkatan 6 DG48 Opsyen: TESL Nicollete Lequesne Guru Akademik Biasa DG41 Opsyen: Language and Literature Khairunnisa binti Zulkarnaen Guru Akademik Biasa DG41 Opsyen: Reka Bentuk dan Teknologi Zawawi Bin Jateng Guru Akademik Biasa DG42 Opsyen: pendidikan awal kanak-kanak
12 Program Transformasi Sekolah (TS25)
13 Lipatan Sejarah 2022 SMK TAEE
14
15 KEJOHANAN HOKI 5S PHNS 2022
16 Majlis Amal Sekolah Zon Payau RCK Bursary Award Penyampaian Hadiah Tempat Ketiga Bola Jaring Malaysia Institut Art Nation Wide Art & Design 2022 Anugerah pelajar cemerlang
17 PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL) BAGI PROGRAM GERAK SAMA KECEMERLANGAN SAINS & MATEMATIK (GeSaK ScMath) 2022
18 Mesyuarat Agong PIBG
19 Hari Permuafakatan Ibu Bapa
20 Sukan Tahunan SMK TAEE 2022
21
22
23 Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Akademik & Kokurikulum 2022
24
25
26
27 Hari Koperasi Sekolah 2022
28 ANNUAL DINNER & HAPPY RETIREMENT MR. THADEUS & MR. PATRICK
29
30 Kenangan Terindah SMK Taee
31 Karya Kreatif Murid
32 Tajuk: Engkaulah sahabatku Sejak kiyoshi berumur 9 tahun,keluarganya telah memelihara seekor kucing yang diberi nama Raku untuk menjadi teman Kiyoshi oleh kerana dia ialah seorang anak tunggal. Kiyoshi sangat menyayangangi Raku seperti adik-beradiknya sendiri. Menjulang malam Krismas,saudara-mara Kiyoshi datang ke Malaysia untuk mengambut perayaan itu bersama-sama. Kiyoshi sangat teruja akan kehadiran sepupu kesayangannya iaitu Haru. Haru memberi sebuah kotak yang bersaiz sederhana kepada Kiyoshi sebagai hadiah. Kiyoshi mengucapkan terima kasih kepada Haru sebelum rakus membuka kotak itu. Alangkah terkejutnya Kiyoshi melihat hadiah yang diberi oleh Haru adalah seekor anak kucing. "Saya dengar yang awak seorang pencinta kucing jadi saya menghadiakan awak seekor anak kucing untuk menjadi teman kepada Raju." kata Haru. "Terima kasih,Haru. Raku pasti gembira mendapat teman baru." Balas Kiyoshi sambal tersenyum ceria. Kiyoshi memberi nama seekor kucing itu Shiru. Setelah berbulan Shiru dipelihara oleh keluarga Kiyoshi,hubungan mereka sangat akrab. Raku yang dulu selalu dibelai digantikan tempat dengan Shiru. Kiyoshi tidak tahu bahawa dia tidak memberi kasih sayang dengan Adil terhadap kedua-dua kucingnya itu. Raku yang dulu manja tetapi kini menjadi kucing yang pendiam. Pada suatu hari,Cikgu Kyu iaitu cikgu Bahasa Melayu kelas Kiyoshi telah memberi tugasan kepada mereka sekelas untuk menceritakan cerpen tentang haiwan peliharaan mereka. Kiyoshi menceritakan tentang Raku. Dengan itu,satu persatu kenangannya dengan Raku terimbas dan perkara itu membuatkan Kiyoshi perasan bahawa ketidakadilannya. Kiyoshi pulang dari sekolah dan menuju ke arah Raku. Raku mengiau perlahan lalu air mata Kiyoshi menitis satu persatu. "Raku maafkan aku tidak memberi perhatian kepada kau." Kata Kiyoshi sambil membelai Raku. Kiyoshi telah berjanji kepada dirinya bahawa akan bertidak adil kepada kedua-dua kucingnya itu. Hari demi hari,hubungan Kiyoshi dan Raku mula akrab lagi akan tetapi badan Raku mula menjadi lurus. Hal ini membuatkan Kiyoshi risau. Kiyoshi membawa Raku ke klinik haiwan yang berdekatan. Raku telah disahkan menghidap penyakit yang parah. Kiyoshi berasa sedih dengan khabar itu. Setiap malam Kiyoshi selalu membelai Raku dan memeluk Raku dalam dakapannya.
33 Pada suatu malam, Kiyoshi termimpi Raku yang sedang bermain dengannya dan badannya berisi. Kiyoshi sangat gembira dan menganggap hal itu sebagai berita baik yang akan berlaku. Tiba-tiba Raku datang ke samping Kiyoshi untuk meminta satu pelukan hangat. Hal itu membuatkan Kiyoshi terjaga dari mimpinya dan memeluk Raku dengan erat. Menjelang waktu pagi, Kiyoshi bangun dari tidurnya lalu membelai Raku yang berada tepinya. Kiyoshi perasan bahawa badan Raku dingin lalu memanggil ibunya untuk membawa Raku ke klinik haiwan. Doktor keluar dari suatu bilik lalu menuju ke arah Kiyoshi dan ibunya." Bertabah adik,kucing anda tidak dapat diselamatkan kerana penyakitnya makin parah." Kata doktor itu lalu menepuk bahu Kiyoshi. Kiyoshi melutut lalu menangis teresak-esak. Dia tidak menyangkakan Raku yang berada di dakapannya tadi telah pergi. Kiyoshi menanam mayat Raku di halaman belakang rumahnya. Dia menanam Raku do satu phone besar yang berada disana kerana mempunyai banyak kenangan tentang Kiyoshi dan mendiang ayahnya. Akhir kata daripada Kiyoshi iaitu "Selamat tinggal, Raku. Engkaulah sahabatku dan keluarga. Ayah tolong jaga Raku di atas sana." Kata Kiyoshi lalu air matanya satu persatu menitis. Harmony Gading 3 Ruby
34 Tajuk: Ibu "Ukh…ukh" Terdengar batuk yang agak keras dari arah belakang rumah. Ternyata batuk itu sayangnya dari ibu. Ibu kelihatan sedang meniup kayu api untuk menjerang air. Air itu akan digunakan untuk membancuh air kopi. Agak terkilan juga hati melihat kepayahan orang tua itu. Teringin sahaja aku melihat dia berehat meskipun dalam waktu yang singkat. Namun apakah daya,sudah nasib. "Azumi,Anya,Aruki, mari sini nak. Sarapan dah siap ni". Ibu dengan suaranya yang agak lantang memanggil kami untuk bersarapan bersama. Menunya seperti biasa,iaitu air kopi dan biskut kering. Aku berasa bersyukur walaupun dalam keadaan yang susah,kami mampu juga mengisi perut kosong. Hidup kami ibarat kais pagi makan pagi,kais petang makan petang. Jam sudah menunjukkan pukul 6 pagi. Aku mencium tangan ibu dan ayah sebelum berangakat me sekolah. Aku mempercepatkan langkahku. Sampai di sekolah,kelihatan kelibat seorang lelaki yang tinggi lampai. Oh,cikgu Hoshi! Aku sempat memberi salam kepadanya sebelum masuk ke dalam kelas. "Semua berdiri,selamat pagi cikgu". Kami semua hampir serentak memberi ucapan selamat pagi kepada cikgu Hoshi yang mengajar subjek Bahasa Melayu. Dia memulakan sesi pembelajaran tersebut dengan mempersilakan kami duduk. " Hari ini kita akan membincangkan satu tajuk iaitu pengorbanan seorang ibu" kata cikgu dengan nada yang halus. Mendengarkan pemberitahuan tersebut,aku dapat merasa perbincangan ini pasti menarik. "Baiklah Azumi,sekarang giliran kamu untuk berkongsi cerita dengan kawan-kawan tentang pengorbanan seorang ibu kamu". Dengan kadar segera,aku terus meluru ke depan. Sebelum memulakan cerita,saya mengambil kesempatan memberi salam dan penghargaan kepada cikgu Hoshi serta rakan-rakan. "Rakan-rakan,saya sangat bertuah mempunyai ibu seperti ibu saya. Beliau sangat prihatin terhadap pendidikan walaupun hidup dalam keadaan yang kurang kemampuan,namun dia mencuba sedaya upaya untuk memenuhi keperluan kami. Dia mampu menjadi wanita,ibu dan isteri yang baik dalam satu masa. Saya bangga dilahirkan menjadi anaknya",jelasku panjang lebar kepada kawan-kawanku. Tanpa aku sedari,air mata mula bergenang di mata. Ditambah hati yang sebak membuatkan tangisanku semakin menjadi-jadi. Rrrrringg…..ring….rrrrringg Bergema bunyi loceng menandakan waktu pulang. Entah kenapa aku terasa ingin tahu di dalam hatiku semakin membuak-buak. Kasut ku tanggal secepat mungkin dan meluru masuk ke dalam rumah. Perasaan cemasku semakin menggila setelah melihat semua orang menangis.
35 Aku tergamam melihat sekunjur badan yang kaki,diselimuti kain putih seluruhnya. Tiba-tiba ayah mendekatiku. "Azumi bapa tahu kamu seorang anak yang kuat,ibu kamu telah meninggalkan kita semua untuk selamalamanya". Dengan serta-merta,air mata ku mula membasahi pipi. Kata-kata ayah sebentar tadi masih Segar terngiang-ngiang di telingaku. Aku segera mendekati jasad Ibu yang sudah tidak bernyawa. Aku mencium dahinya buat kali terakhir dan ku tap nak wajahnya puas-puas. Mayat ibu telah selesai dikebumikan. Iman Haji Zafaar sedang berdoa. Terdengar sayup suara tangisan menyelubungi tanah perkuburan itu. Aku sempat menitipkan doa untuk ibu. Jauh di dalam lubuk hatiku,perasaan kecewa menguasai. Ibu pergi ketika aku baru berusia 15 tahun. Belum sempat membalas segala jasanya yang tidak terhingga. Aku memohon agar dikuatkan iman dan diberi semangat untuk meneruskan hidup,tanpa ibu Elly Fitriana 3Ruby
36 TAJUK :“MAAFKAN AKU AYAH, IBU” Pada malam itu, ayah dan ibu bercadang untuk menziarahi saudaraku yang terlantar di hospital akibat kemalangan yang dialaminya dua minggu yang lepas. Selama dua minggu itu mereka tidak berkesempatan untuk menziarahi disebabkan kesibukan di tempat kerja. “Pretty”! Ibu memanggil aku. Aku hanya memekakkan telingaku. Ketika itu aku berada di bilikku. Itu merupakan kebiasaanku yang sentiasa terperap di dalam bilik dan hanya keluar pada waktu makan sahaja. Hubungan aku dengan orang tuaku bukan seperti rakanku yang lain. Kedua orang tua rakanku sentiasa meluangkan masa bersama anak-anak mereka berbeza dengan punyaku yang sentiasa sibuk dengan kerja mereka sehingga sentiasa balik lewat tanpa memikirkan aku yang bersendirian di rumah. Tidak beberapa lama, kedengaran bunyi tapak kaki menuju ke depan pintu bilikku. Aku mula berbaring dan memalingkan badanku menghadap dinding. Pintu bilikku dibuka. “Ibu beberapa kali panggil kamu! Tapi tiada satu pun kamu sahut!” Tengking ibuku. Aku hanya mendiamkan diri. Malas aku mahu melayan bebelan ibu. “Kamu dengar ke tak? Ibu tengah bercakap dengan kamu ni?” Aku mula bangun sambil duduk di hujung katilku. “ Dengarlah ibu,” jawab aku. “Ayah dan ibu mahu menziarahi saudaramu di hospital.” “Jadi?” Soalku sambil memandang wajah ibu yang semakin musam dengan apa yang dikatakan oleh aku. Ibu hanya mengeluh dan berkata, “Kamu tidak mahu ikut?” “Tidak ibu. Banyak kerja sekolah yang perlu aku siapkan”. “Baiklah kalau begitu. Ibu dan ayah pergi dulu.” Setelah ibu pergi, kesunyian mula datang. Aku amat suka suasana yang tenang begini. Beberapa jam kemudian, semua kerja sekolah telah aku siapkan. Jam menunjukkan pada pukul 11:30 malam, namun ayah dan ibuku masih belum lagi pulang. Sementara menunggu mereka, aku membaca beberapa buah buku cerita kerana itu sahaja yang aku dapat fikirkan untuk menghilangkan rasa bosan.
37 Malam semakin larut. Aku tidak dapat melelapkan mata walaupun beberapa buah buku cerita sudah habis kubaca. Tidak lama kemudian, hujan mulai turun dengan renyainya dan sekali-sekala, kudengar petir sambung-menyambung. Tiba-tiba, bekalan elektrik terputus. Suasana yang terang menjadi gelap-gelita. Bulu romaku mulai meremang. Ternyata aku ini seorang yang penakut. Dahiku mula basah dengan peluh. Aku mula teringat kisah-kisah seram yang pernah kutonton di televisyen. Satu demi persatu wajah-wajah yang menakutkan bermain-main di fikiranku. Tiba-tiba, aku terdengar bunyi ketukan yang kuat pada daun pintu rumahku. “Siapa itu?” Jeritku. Tetapi tiada satu pun sahutan yang kuterima. Dengan perlahan-lahan aku melangkah dan penyapu kuambil sebagai persiapan kerana kebarangkalian penyamun atau sesuatu yang mengerikan menunggu di sebalik pintu. Aku memusingkan tombol pintu dengan perlahan-lahan disertai perasaan takut. Sebaik sahaja pintu dibuka, aku melihat ayah dan ibuku sedang berdiri di ambang pintu dengan baju basah dan terus memelukku lalu berkata, “Jaga diri baik-baik ya.” Aku mula berasa hairan dan bertanya kepada mereka yang masih memelukku erat. “Kenapa ibu dan ayah berkata begitu? Ada sesuatu yang tidak kena berlaku?” tanya aku kepada mereka. Sebaik sahaja aku menghabiskan kata-kataku, mereka melepaskan pelukkan mereka dengan perlahan-lahan dan hanya tersenyum memandang aku. Tiba-tiba, rakanku Duya menelefon aku dan memberitahu bahawa ayah dan ibuku terlibat dalam kemalangan yang teruk sehingga menyebabkan kematian. Sebaik sahaja aku mendengar perkara yang dikatakan Duya, air mataku mula membasahi pipiku. Aku terus memaling kearah ayah dan ibuku yang berdiri tetapi mereka sudah tiada lagi disana. Ketika itu baru aku perasan yang ayah dan ibuku berjumpa dengan aku untuk kali yang terakhir sebelum mereka pergi. Aku berasa kesal kerana selama mereka hidup, aku selalu melawan, tidak menghormati dan selalu meninggikan suara apabila bercakap dengan mereka. Tidak sempat aku berbuat baik dengan mereka. Aku tidak berdaya berbuat apa-apa kerana badan aku terasa sangat lemah, lalu rebah. Aku merasakan badanku digoyang terasa seperti seseorang mencuba untuk membangunkanku. Sebaik sahaja aku membuka mata, aku melihat ibu dan bapaku berada di sisiku yang cuba untuk membangunkanku yang tidur di atas sofa ruang tamu. Aku mula berasa hairan.
38 “Ayah dan ibu belum meninggal?” “Apa benda yang kamu mengarut ni,” kata ayah. Aku mula menangis teresak-esak. Ayah dan ibuku terkejut lalu memelukku untuk menenangkan aku. “Agak nya dia mimpikan sesuatu yang menakutkan” kata ibu kepada ayah. Ayah hanya tersenyum sambil mengusap belakang badanku dengan perlahan.Aku mula berasa lega. Ketika itu aku berasa amat bersyukur kepada Tuhan kerana itu hanyalah mimpi dan aku sebenarnya tertidur di atas sofa ruang tamu ketika sedang membaca buku cerita. Sejak daripada itu, aku mulai insaf dan tidak mengulangi lagi perangai buruk aku yang dahulu. PRETTY CALISSY USUN 4 Garnet
39 My Favorite Type of Video Games Games are a type of entertainment that we love to play such as on game boards, electronic devices, gestures and so on. If you had been taking care of a baby before, you might've played pick-a-boo with them, or you might have playdates with your friends during childhood. In our world today, people of all ages are playing video games of a lot of genres. Some of the examples are casual, simulation, RPG, shooting and fantasy. One of my favorite video games are rhythm games because I can play the game according to the rhythm. These games also improve your lazy eye, besides with hearing cod music too. As I said earlier, the key to playing rhythm games is to focus on the rhythm, obstacles and to have a quick reflex. My favorite ones are Friday Night Funkin' (FF), Chikutake and Project Muse. These games can also be played online like Idol Party. Besides rhythm games, I also love RPG, which stands for ‘Role-Playing Game’. With that being said, this type of game allows the player to role-play as a specific character of the song. In role playing games, there would be a chat hon and expression to tell the player what the characters are saying. This includes some games like Contin Import, the Pokemon series, The legend of Zelda and even a game that I recently played, Paper Lily. One of the best games that I played is already mentioned. Paper Lily is not only on RPG, but also a horror visual novel made by Leek 6010. Paper Lily's prolouge is called Project Kat, in which a girl named Kat wanted to make a ritual to see her father again, but is killed in the end of the game. Since the fill game isn't released yet, there is a demo of paper lily, which not final. Lacie, a girl who had outlined from bullying and rumours around her school, wanted to end herself after everything that had happened to her. I hope the fill game of Paper Lily is released soon! I hope to make my own RPG in the future. If not, I would like to be one of the artists for a game. But I guess I have to wait for my future, for I am never sure what the future holds for me. I hope video games will be here to stay, as it's one of the entertainment that many would love to enjoy, young and old, boy and girl. Harmony Joy
40 Galeri kelas
41 1 Ruby 1 Garnet
42 1 Emerald 1 Diamond
43 1 Amber
44 2 Ruby 2 Garnet
45 2 Emerald 2 Diamond
46 2 Amber
47 3 Ruby 3 Garnet
48 3 Diamond 3 Emerald
49 3 Amber
50 4 Garnet 4 Ruby