2 ISI KANDUNGAN • Bukti Penyebarluasan Inovasi • Pakar Rujuk • Analisis Ujian Pra & Pos • Maklum Balas Inovasi & Modul Latihan • Evolusi • Poster • Penghargaan
3 1.0 BUKTI PENYEBARLUASAN INOVASI Rajah 1: Gambar Inovasi Rajah 2: Contoh Latihan Praujian Rajah 3: Contoh Latihan Pascaujian
4 Penyebarluasan Di Sekolah • Sekolah Kebangsaan Muhibbah, Sandakan • Sekolah Kebangsaan Indersabah, Tawau • Sekolah Kebangsaan Laya-Laya, Tuaran. Rajah 4: Murid sedang menjawab praujian mengenai Kata Sendi Nama ‘dari’ dan ‘daripada’ Rajah 5: Murid sedang menjawab praujian mengenai Kata Sendi Nama ‘dari’ dan ‘daripada’ Rajah 6: Murid sedang menggunakan KitKatSeN Darada secara berkumpulan
5 • Sekolah Kebangsaan Berungis, Tuaran. • Sekolah Kebangsaan Pamaguan, Sandakan • Sekolah Kebangsaan Pekan Kiulu, Tuaran // Rajah 7: Murid sedang menjawab dan menggunakan inovasi bagi pascaujian mengenai Kata Sendi Nama ‘dari’ dan ‘daripada’. Rajah 8: Murid sedang menjawab dan menggunakan inovasi bagi pascaujian mengenai Kata Sendi Nama ‘dari’ dan ‘daripada’. Rajah 9: Murid sedang menjawab dan menggunakan inovasi bagi pascaujian mengenai Kata Sendi Nama ‘dari’ dan ‘daripada’.
6 Peluasan Modul Latihan KitKatSeN DARADA 2.0 • Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa, Tuaran • Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chen Sin, Tuaran Rajah 10: Murid sedang menjawab dan menggunakan inovasi serta modul latihan KitKatSeN DARADA 2.0 Rajah 11: Murid sedang menjawab dan menggunakan inovasi serta modul latihan KitKatSeN DARADA 2.0
7 2.0 PAKAR RUJUK Beberapa orang guru telah memberikan respons atau maklum balas mengenai inovasi yang dihasilkan apabila digunakan dalam bilik darjah. Petikan temu bual dan video adalah seperti di bawah: • Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran. • Sekolah Kebangsaan Muhibbah, Sandakan • Sekolah Kebangsaan Indersabah, Tawau “Inovasi ini sangat membantu murid untuk memahami cara penggunaan Kata Sendi Nama (KSN) ‘dari’ dan ‘daripada’ . Sebabnya, kalau nampak sendiri sebelum penggunaan jam darada ni, murid memang keliru . Tetapi selepas diperkenalkan dan dijelaskan barulah nampak perubahan pada penguasaan mereka terhadap penggunaan KSN tersebut .” Rajah 13: Petikan temu bual Cikgu Azri mengenai Inovasi Jam Darada yang merupakan guru bahasa Melayu tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Muhibbah. Rajah 14: Petikan pernyataan Cikgu Patimah mengenai Inovasi Jam Darada yang merupakan ketua panitia dan guru bahasa Melayu tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Indersabah. “Penggunaan inovasi ini bagi mengajar kata sendi nama khususnya dari dan daripada sangat berkesan bagi memberikan kefahaman yang lebih jelas dan mendalam mengenai fungsi kata sendi nama tersebut. Inovasi ini dapat membantu saya untuk mengajar dengan lebih mudah serta membantu meningkatkan kefahaman murid terhadap topik ini .” Rajah 12: Video Dr. Caroline @ Lorena David yang merupakan Timbalan Ketua Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Kent dalam memberikan komen mengenai Inovasi KitKatSeN DARADA. Pautan Video: https://drive. google.com/ file/d/1XDQk Qei3n9uZ82 MXrFqwz03p oDfdfsck/vie w?usp=sharing
8 3.0 ANALISIS PRAUJIAN DAN PASCAUJIAN KITKATSEN DARADA Analisis Data Praujian dan Pascaujian bagi 10 Orang Murid bagi SK Berungis, Tuaran Jadual 1: Analisis Soalan Praujian MARKAH PRAUJIAN MURID SOALAN MARKAH S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10 M1 1 0 1 1 0 0 1 0 0 0 4 M2 1 1 1 0 1 0 1 0 0 0 5 M3 0 1 0 0 1 1 0 0 0 0 3 M4 1 0 1 0 1 1 0 0 0 1 4 M5 1 1 1 0 1 0 1 0 0 0 5 M6 1 0 0 1 0 1 0 0 1 0 4 M7 0 1 1 0 0 0 0 0 0 0 2 M8 0 1 0 1 1 0 0 0 0 0 3 M9 1 0 1 0 1 0 0 0 0 0 3 M10 1 0 0 0 0 1 0 0 0 1 3 Jadual 2: Analisis Soalan Pascaujian MARKAH PASCAUJIAN MURID SOALAN MARKAH S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10 M1 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 9 M2 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 10 M3 1 1 1 0 1 1 1 1 1 0 8 M4 1 1 1 1 1 1 1 1 0 1 9 M5 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 10 M6 1 1 1 1 1 1 1 1 0 1 9 M7 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 10 M8 1 1 0 1 1 1 1 0 0 1 7 M9 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 10 M10 1 1 0 1 0 1 1 1 1 1 8
9 Jadual 3: Jadual Kekerapan Bilangan Murid Mengikut Markah MARKAH PRAUJIAN PASCAUJIAN 0 0 0 1 0 0 2 1 0 3 4 0 4 3 0 5 2 0 6 0 0 7 0 1 8 0 2 9 0 3 10 0 4 JUMLAH 10 10 Jadual 4: Taburan Data PRAUJIAN PASCAUJIAN MOD 3 10 MEDIAN 3.5 9 MIN 3.6 9 PERATUS 36% 90% Berdasarkan kepada taburan data yang terdapat pada Jadual 1, 2, 3 dan 4, dapat dilihat dengan jelas bahawa terdapat perbezaan markah dalam praujian dan pascaujian murid berkaitan penggunaan Kata Sendi Nama (KSN) ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam ayat bahasa Melayu. Kajian ini melibatkan seramai 10 orang murid tahun 5 sebagai sampel kajian bagi sebuah sekolah di Tuaran iaitu SK Berungis. Semasa praujian, kebanyakan murid tidak dapat mencapai markah 5 dan ke atas bagi 10 soalan yang diberikan. Min menunjukkan bahawa markah praujian murid berada pada tahap 3.6 iaitu hampir kesemua murid mendapat markah 3 dengan peratusan soalan yang dijawab dengan betul hanya sebanyak 36% sahaja. Hal ini disebabkan oleh kekeliruan yang timbul dalam kalangan mereka berkaitan penggunaan KSN ‘dari’ dan ‘daripada’ ini. Namun, setelah inovasi KitKatSen DARADA ini diperkenalkan, markah murid meningkat dengan banyak dalam pascaujian. Seramai 4 orang daripada 10 orang murid menjawab semua soalan yang diberikan dengan betul. Peratusan juga menunjukkan bahawa 90% soalan dijawab dengan betul dengan skor min 9. Hal ini membuktikan bahawa inovasi ini sememangnya berpotensi dalam menyelesaikan masalah murid berkaitan KSN khususnya ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam penggunaan ayat bahasa Melayu.
10 36% 34% 34% 39% 42 56 60 90% 87% 91% 91% 90 90 93 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 SK BERUNGIS SK PAMAGUAN SK MUHIBBAH SK INDERSABAH SK PEKAN KIULU SK LAYALAYA SJKC CHUNG HWA PERATUS (%) SEKOLAH Graf Peratusan Soalan Ujian Pra dan Pasca yang Dijawab dengan Betul bagi 10 Orang Murid Setiap Sekolah Analisis Data Praujian dan Pascaujian bagi 10 Orang Murid di 7 buah Sekolah. Jadual 5: Taburan Data Bagi 7 Buah Sekolah Graf 1: Perbezaan Peratusan Soalan Praujian dan Pascaujian yang Dijawab dengan betul bagi 10 Orang Murid Setiap Sekolah Berdasarkan graf 1 di atas, terdapat banyak perbezaan dari segi peratusan markah murid bagi praujian dan pascaujian yang dijawab oleh 10 orang murid bagi setiap sekolah. Dalam praujian, murid akan diberikan soalan berkaitan KSN ‘dari’ dan ‘daripada’ dan mereka perlu menyelesaikan soalan ini mengikut kefahaman masing-masing. Namun, setelah dinilai, peratusan soalan yang berjaya di jawab dengan betul untuk semua murid bagi setiap sekolah hanyalah berada pada tahap 60% dan kebawah. Kebanyakan murid hanya boleh menjawab 3 daripada 10 soalan yang diberikan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa murid masih tidak faham lagi berkaitan fungsi penggunaan KSN ini dalam ayat bahasa Melayu. SK BERUNGIS SK PAMAGUAN SK MUHIBBAH SK INDERSABAH SK PEKAN KIULU SK LAYA-LAYA SJKC CHUNG HWA PRA PASCA PRA PASCA PRA PASCA PRA PASCA PRA PASCA PRA PASCA PRA PASCA MOD 3 10 4 10 3 10 4 10 5 10 6 10 7 10 MEDIAN 3.5 9 3.5 8.5 3 9.5 4 9 4.5 9 6 9 7 9.6 MIN 3.6 9 3.4 8.7 3.4 9.1 3.9 9.1 4.2 9 5.6 9 6.0 9.3 PERATUS 36% 90% 34% 87% 34% 91% 39% 91% 42% 90% 56% 90% 60% 93%
11 Oleh yang demikian, inovasi KitKatSen DARADA diberikan kepada kesemua murid bagi menilai keberkesanan inovasi ini dalam membantu masalah yang wujud berkaitan KSN ‘dari’ dan ‘daripada’. Setelah pascaujian ini telah dinilai, dapat diperhatikan bahawa peratusan soalan yang berjaya di jawab dengan betul adalah meningkat bagi setiap sekolah. Terdapat 3 buah sekolah yang berjaya mencapai aras 90% dan ke atas setelah inovasi ini digunakan dalam pembelajaran iaitu SK Berungis, SK Muhibbah, SK Pekan Kiulu, SK Laya-laya dan SK Indersabah manakala SK Pamaguan pula mencapai 87% pada Pascaujian. Perbezaan ini jelas menunjukkan bahawa inovasi KitKatSen DARADA yang diperkenalkan, banyak membantu masalah murid berkaitan Kata Sendi Nama (KSN) ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam penggunaan ayat bahasa Melayu. Peningkatan prestasi murid ini juga menandakan bahawa mereka sudah mula mengetahui serta memahami fungsi penggunaan KSN khususnya ‘dari’ dan ‘daripada’ ini dengan lebih baik. Hal ini jelas menunjukkan bahawa inovasi KitKatSen DARADA ini banyak membantu murid mengenal pasti dan membuat banding beza terhadap KSN ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam penggunaan ayat bahasa Melayu dengan lebih berkesan. Bukan itu sahaja, inovasi ini juga banyak memberikan manfaat kepada guru kerana murid lebih mudah memahami KSN ini dan proses pengajaran dan pembelajaran pun berjalan dengan baik dan lancar.
12 4.0 MAKLUM BALAS TERHADAP PROJEK INOVASI 4.1 SKRIP TEMUBUAL RESPONDEN (MURID) TERHADAP PROJEK INOVASI Sebuah temu bual telah dijalankan terhadap seorang murid tahun 4 dan tahun 5 bagi mengambil maklum balas setelah penggunaan inovasi KitKatSen DARADA semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru. Oleh hal yang demikian, perkara ini bertujuan bagi memastikan sebarang penambahbaikan dilakukan berdasarkan respons yang diterima daripada murid-murid. 4.1.1 Responden 1 (Murid Tahun 4) Penulis : Assalamuaikum Aiman, apa khabar kamu hari ni? Aiman : Walikumsalam cikgu. Saya sihat seja ni. Kenapa cikgu tanya? Penulis : Ou, baguslah tu. Sajalah bah cikgu mau tanya khabar. Jadi Aiman ada guna tadi kan fail-fail besar yang cikgu bawa tu? Aiman : Ya ada cikgu. Masa tadi cikgu suruh kami guna sama kawan-kawan. Penulis : Ya. Jadi, apa Aiman rasa masa guna fail-fail tu? Aiman : Rasa best cikgu. Sebab ada game-gamenya yang boleh dimain. Penulis : Selain itu, apa lagi yang Aiman buat. Aiman : Selain dari main game ular-ular tu, kami ada belajar-belajar juga cikgu tentang kata sendi dari sama daripada. Penulis : Ya betul. Cikgu ada letak nota-nota disitu supaya kamu boleh baca. Selain game sama nota-nota. Apa lagi Aiman main? Aiman : Ou iya cikgu, ada satu roda-roda kami main. Tapi Aiman lupa sudah namanya. Itu kami pusing-pusing jarumnya cikgu. Penulis : Itu namanya Jam Darada Aiman. Jadi apalah tujuan kamu pusingpusing jarumnya tu Aiman? Aiman : Kami pusing-pusing jarumnya cikgu supaya kami dapat tahu cara guna dari dan daripada tu cikgu. Penulis : Ou nah betullah tu. Jadi Aiman pandai juga guna roda-roda tu? Aiman : Pandai juga cikgu. Ada arahannya situ kami baca. Dia suru cari kata kunci baru kami boleh jumpa jawapannya mahu guna dari kah atau daripada. Penulis : Nah pandai juga kamu. Jadi kamu rasa best kah fail-fail yang cikgu bawa tu? Aiman : Seronok betul bah kami main tadi cikgu. Kami main lagi ramai-ramai tadi. Aku, c Daus, C Aisyah sama c Siti. Kami lawan empat orang main game ular-ular tu. Penulis : Ou oklah tu. Sambil kamu main sambil juga kamu belajar kan.
13 Aiman : Ya cikgu. Masa kami main ular-ular tu, kami di suruh jawab soalan. Nah soalanya pasal yang dari sama daripada tu. Penulis : Jadi kamu semua dapat jawap juga? Aiman : Ada yang dapat ada juga yang tidak cikgu. Kadang kami tengok di nota-nota seja tu contohnya. Penulis : Nah oklah tu, jadi sekurang-kurangnya kamu tahu sudah kan apa fungsi kata sendi tu? Aiman : Ya cikgu, kami tahu sudah. Senang seja kami cari jawapannya di roda tu. Penulis : Nah, baguslah tu. Kamu ingat dan simpan dalam ingatan kamu. Supaya kamu senang nanti kalau buat dalam karangan. Aiman : Ya bah cikgu. Nanti kami cuba hafal-hafal. Penulis : Nah baguslah tu Aiman. Terima kasih Aiman. Baliklah kamu pergi kelas. Aiman : Ok cikgu. Sama-sama. Nanti cikgu bawa lagi itu fail-fail. Kami mahu main lagi. Penulis : Hahaha. Yala Aiman. Nanti cikgu bawa lagi kalau cikgu masuk kelas kamu. Aiman : Ok cikgu. Terima kasih. Assalamualaikum cikgu Penulis : Ok Aiman, sama-sama. Walaikusalam.
14 4.1.2 Responden 2 (Murid Tahun 5) 4.1.3 Rumusan Skrip Temubual Penulis : Aisyah. Sini dulu kejap. Ada cikgu mahu tanya. Aisyah : Kenapa tu cikgu. Penulis : Tadi masa cikgu mengajar kamu ada main juga yang kit tu? Aisyah : Ya ada cikgu. Kenapa cikgu? Penulis : Apa komen kamu terhadap kit tu? Aisyah : Komen apa tu cikgu? Penulis : Maksud cikgu, apa perasaan kamu main main kit tu. Best kah atau bosan kah. Aisyah : Ou begitu. Mahu cakap bosan tidak juga cikgu. Kalau aku macam best. Sebab tadi aku sama si Laila suka main yang game ular tu. Kami lawan dua orang tadi. Penulis : Ou. Kamu main game ular-ular sejalah tadi? Aisyah : Tidaklah juga cikgu. Kami ada belajar-belajar juga guna nota pengajaran tu sambil kami main roda-roda. Penulis : Kamu faham jugalah tadi yang kamu main tu? Aisyah : Pertama cikgu, masa kami baca-baca nota tu, masih jugalah kami tidak faham cara guna yang dari sama daripada. Sebab banyak pula mahu diingat. Tapi sekali kami main yang roda-roda tu. Rupanya senang saja. Tinggal pusing-pusing cari kata kunci, boleh sudah kami jumpa jawapannya. Penulis : Ya. Jadi senanglah juga kamu cari jawapannya tadi? Aisyah : Ya senang juga cikgu. Tinggal kami sesuaikan saja dengan apa soalan mahu. Penulis : Ou. Jadi best kah juga main tu? Aisyah : Best bah cikgu. Jarang kami main-main begitu kalau di kelas. Biasanya kami buat latihan saja. Kalau yang ni tidak kami pandai penat cikgu main. Penulis : Kalau begitu baguslah tu. Harap nanti kamu dapat kuasailah topik tu. Aisyah : Ya cikgu. Penulis : Bah, kalau begitu, itu sajalah cikgu mahu tanya. Aisyah : Ou yalah cikgu kalau begitu. Penulis : Ok Aisyah, Assalamualaikum. Aisyah : Walaikumsalam cikgu. Kami jalan dulu. Penulis : Yalah. Bagus-bagus kamu.
15 Berdasarkan skrip temubual tersebut, jelaslah bahawa inovasi ini mampu membantu murid menyelesaikan masalah berkenaan penggunaan kata sendiri nama ‘dari’ dan ‘daripada’. Hal ini dikatakan sedemikian kerana kepelbagaian jenis permainan sedikit sebanyak menarik minat murid untuk bermain kit tersebut. Pernyataan tersebut dapat dibuktikan melalui “..best bah cikgu..” R2 “Seronok betul bah kami main..” R1 Berdasarkan transkripsi temubual bersama dua orang responden, mereka menyatakan bahawa inovasi yang dihasilkan dapat mewujudkan perasaan yang menyeronokkan dalam bilik darjah. Perkara ini dapat membantu mereka untuk lebih memahami topik pengajaran guru di dalam kelas. Bukan itu sahaja, penggunaan warnanya pula bersifat ‘soft colour’ menyedapkan mata murid di samping menggunakannya. Murid bukan sahaja dapat belajar namun juga dapat bermain dam ular DARADA tersebut dengan seronok. Pembelajaran sambil didik hibur seperti inilah yang menjadi salah satu kunci meningkatkan kefahaman murid tentang sesuatu topik yang dipelajari oleh mereka. Justeru, boleh dikatakan bahawa inovasi ini sememangnya memberi banyak manfaat seterusnya mewujudkan satu impak positif dalam kalangan murid bagi menguasai topik kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’.
16 4.2 Laporan Soal Selidik Penilaian terhadap Inovasi KitKatSen DARADA 2.0 telah dilakukan melalui soal selidik yang dijalankan secara atas talian melalui Platform Google Form. Seramai 20 orang responden telah dipilih untuk menilai tahap keberkesanan inovasi ini berdasarkan aspek teknikal, multimedia, dan kandungan. Responden adalah terdiri daripada kalangan guru pelatih dan guru yang menggunakan inovasi KitKatSeN DARADA di sekolah. Soal selidik ini pula kemudiannya, telah dikumpul dan diterjemah dalam bentuk jadual dan graf bagi memudahkan analisis data. i) Bahagian Teknikal Skala Latar Belakang Kekemasan Projek Bahan: Mesra Pengguna Bahan: Jimat Kos Bahan: Tahan Lama 1 0 0 0 0 0 2 0 2 1 1 2 3 20 18 19 19 18 Hasil dapatan kajian penilaian terhadap projek Inovasi KitKatSen DARADA yang telah dihasilkan dalam bahagian teknikal dapat ditunjukkan dalam jadual dan graf di atas. Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat (2014), teknikal bermaksud sesuatu yang berkaitan dengan pelaksanaan sesuatu kerja atau projek yang mengandungi aspek-aspek atau perincian yang tertentu. Oleh itu, dalam bahagian ini, terdapat 5 aspek yang akan dinilai dimana 3 daripadanya adalah merangkumi aspek penggunaan bahan. Contoh aspek yang dinilai dalam bahagian teknikal adalah seperti latar belakang projek, kekemasan, bahan yang mesra pengguna, menjimatkan kos dan tahan lama. Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas, maka graf bar digunakan untuk menterjemah data yang 0 2 4 6 8 10 12 14 16 18 20 22 Latar Belakang Kekemasan Bahan: Mesra Pengguna Bahan: Jimat Kos Bahan: Tahan Lama Bilangan Responden Aspek Teknikal Graf Penilaian Responden Terhadap Bahagian Teknikal Inovasi KitKatSen DARADA Skala 1 Skala 2 Skala 3
17 telah dikumpul. Hal ini kerana, graf bar dapat menunjukkan perbandingan yang tepat dan terperinci terhadap 5 aspek teknikal yang dinilai dan analisis data pun akan dapat dibuat dengan mudah. Aspek pertama yang dinilai adalah latar belakang projek. Latar belakang projek ini merujuk kepada penggunaan imej sebagai “backdrop” kepada inovasi yang dihasilkan. Kesemua responden iaitu seramai 20 (100%) orang sangat setuju bahawa latar belakang yang digunakan amat sesuai dengan kumpulan sasar iaitu murid Tahap 2. Hal ini kerana, kesemua latar belakang imej yang digunakan dalam KitKastSen DARADA ini bersifat ceria dan bewarna warna. Selain itu, antara muka projek juga turut dinilai dalam penghasilan gamifikasi ini. Seramai 18 (90%) orang responden telah menyatakan yang mereka sangat setuju bahawa kekemasan inovasi ini adalah amat baik teratur manakala terdapat 2 (10%) orang responden yang hanya bersetuju dengan kenyataan ini. Kekemasan projek merujuk kepada susun atur bahan seperti Nota Pengajaran, Permainan Dam Ular, Inovasi Jam DARADA yang kemas, baik dan teratur. Dalam inovasi ini, sememangnya kekemasan menjadi aspek yang terpenting agar murid dapat menggunakannya dalam keadaan yang selesa dan mampu mendorong guru untuk melakukan sesi PdP dengan lebih berkesan. Seterusnya adalah berkaitan dengan elemen penggunaan bahan. Contohnya seperti penggunaan bahan yang mesra pengguna dan menjimatkan kos. Bagi kedua-dua aspek ini, dilihat terdapat hanya seorang (5%) responden sahaja yang menyatakan bahawa dia bersetuju dengan kenyataan yang diberikan, manakala 19 (95%) orang responden lagi sangat bersetuju terhadap kenyataan tersebut. Hal ini kerana, kebanyakan bahan yang digunakan dalam penghasilan KitKatSen DARADA ini adalah daripada barangan sedia ada seperti kertas, kertas laminate dan sebagainya. Bahan-bahan yang dibeli pula adalah tidak memakan jumlah yang sangat banyak dan digunakan dalam kuantiti yang sedikit. Contohnya seperti kadbod, skru penghubung, jarum pelekat, serta kertas pembalut. Akhir sekali adalah berkaitan bahan yang tahan lama. Dapat dilihat dengan jelas bahawa seramai 18 (90%) orang responden sangat bersetuju dan 2 (10%) orang lagi hanya bersetuju dengan bahan yang digunakan adalah tahan lama dalam penghasilan inovasi ini. Hal ini kerana, bahan yang digunakan adalah keras seperti kadbod dan kertas-kertas juga adalah di ’laminate’ kan supaya menjadi keras, tidak mudah koyak dan kalis air. Bahan yang tahan lama ini sudah pasti mampu menjamin kualiti Inovasi KitKatSen DARADA ini untuk digunakan dalam waktu jangka masa yang Panjang.
18 ii) Bahagian Multimedia Skala Warna Teks Muzik Latar Rakaman Suara Pergerakan Animasi Grafik 1 0 0 0 0 0 0 2 3 3 2 3 3 2 3 17 17 18 17 17 18 Bagi bahagian multimedia, dapatan kajian penilaian terhadap projek yang telah dihasilkan dapat ditunjukkan dalam jadual dan graf bar di atas. Menurut Dwilky Andika (2018), multimedia dapat didefiniskan sebagai penggunaan beberapa media yang berbeza untuk menggabungkan dan menyampaikan informasi dalam bentuk teks, audio, grafik, animasi, serta video. Oleh itu, dalam bahagian ini, terdapat 6 aspek yang akan dinilai seperti warna, teks, muzik latar, rakaman suara, pergerakan animasi serta grafik yang digunakan. Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas, kaedah yang sama juga turut digunakan dalam menterjemah data iaitu dengan menggunakan graf bar bagi menunjukkan perbandingan terhadap aspek yang dinilai dan membantu membuat analisis data menjadi lebih mudah. Bagi aspek warna, dilihat seramai 17 (85%) orang responden sangat bersetuju dengan kenyataan bahawa warna yang digunakan dalam inovasi KitKatSen DARADA Digital ini amat sesuai dan selebihnya lagi iaitu seramai 3 (15%) orang responden hanya setakat bersetuju sahaja. Kesemua mereka dikatakan bersetuju dengan kenyataan ini dan boleh dilihat sebabnya adalah kerana warna yang digunakan dalam gamifikasi ini adalah pelbagai. Contohnya seperti menggunakan warna merah jambur, coklat, putih dan sebagainya serta warna biru menjadi warna paling dominan sekali dalam inovasi versi digital ini. Seterusnya adalah berkaitan aspek teks. 3 0 2 4 6 8 10 12 14 16 18 20 Warna Teks Muzik Latar Rakaman Suara Pergerakan Animasi Grafik Bilangan Responden Aspek Multimedia Graf Penilaian Responden Terhadap Bahagian Multimedia Inovasi KitKatSen DARADA Digital Skala 1 Skala 2 Skala 3
19 (15%) orang responden telah bersetuju manakala 17 (85%) orang lagi sangat bersetuju dengan penggunaan teks yang sesuai dalam inovasi digital ini. Hal ini kerana, teks yang digunakan adalah menarik dan juga dipelbagaikan. Contohnya, bagi tajuk, teks yang digunakan adalah dalam bentuk berangkai dan bagi arahan serta nota pengajaran pula diberikan dalam bentuk yang mudah difahami dan bersifat formal bagi memudahkan pembacaan yang berkesan. Seterusnya, muzik latar juga turut menjadi salah satu aspek terpenting dalam Inivasi KitKatSen DARADA Digital ini. Muzik latar dilihat mampu menjadikan inovasi ini terlihat jauh lebih menarik dan berupaya menambahkan keseronokan kepada murid semasa menggunakannya. Dilihat seramai 18 (90%) orang responden sangat bersetuju dengan penggunaan muzik latar yang jelas dan sesuai dalam gamifikasi ini manakala 2 (10%) orang lagi hanya setakat bersetuju sahaja. Hal ini disebabkan oleh muzik latar yang digunakan amat sesuai dengan murid-murid kerana bersifat santai dan ceria serta menghiburkan. Bagi rakaman suara pula, seramai 3 (15%) orang responden bersetuju bahawa rakaman suara amat jelas dan sesuai manakala 17 (85%) orang lagi sangat bersetuju. Hal ini jelas menunjukkan bahawa rakaman suara dalam inovasi ini amat jelas kerana dirakam menggunakan perakam suara dan diedit atau diubah suai menjadi suara kanak-kanak. Dengan ini, ujaran animasi dalam bentuk rakaman suara akan dapat difahami dengan jelas dan mudah. Pergerakan animasi juga berada pada tahap yang cukup baik kerana seramai 3 (15%) orang responden telah bersetuju bahawa pergerakan animasi dalam Inovasi KitKatSen DARADA Digital ini jelas, terang dan lancar manakala 17 (85%) orang responden lagi sangat bersetuju. Hal inilah yang menjadikan inovasi ini menjadi lebih menarik dan berupaya menarik minat muridmurid untuk menggunakannya sepanjang masa sebagai rujukan dan panduan. Akhir sekali adalah grafik dimana garfik yang digunakan adalah amat terang dan jelas. Buktinya, seramai 18 (90%) orang responden sangat setuju dan 2 (10%) orang lagi bersetuju. Grafik ini dikatakan jelas kerana penggunaan warnanya yang terang dan kualiti imej yang tinggi digunakan.
20 iii) Bahagian Kandungan Skala Menarik Jelas & Mudah Difahami Mudah Digunakan 1 0 0 0 2 0 3 0 3 20 17 20 Penilaian juga turut dilakukan dalam bahagian kandungan. Dapatan kajian penilaian terhadap projek inovasi yang telah dihasilkan dapat ditunjukkan dalam jadual dan graf bar di atas. Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat (2014), kandungan bermaksud seuatu perkara yang termuat dalam sebuah projek ataupun bahan. Dalam bahagian ini pula, hanya terdapat 3 aspek yang akan dinilai seperti kandungan yang menarik, manual penggunaan yang jelas dan mudah difahami, serta inovasi yang mudah untuk digunakan. Bagi menganalisis dapatan data ini, maka graf bar sekali lagi digunakan bagi mewakili perwakilan data yang telah dikupulkan dalam bahagian ini. Hal ini adalah bertujuan untuk memastikan perbandingan dapat dibuat dan dilihat dengan lebih jelas terhadap aspek yang dinilai. Pertama, bagi aspek kandungan yang menarik perhatian dan menyeronokkan, didapati 100% atau kesemua responden telah merespon sangat setuju dengan pernyataan tersebut. Hal ini kerana, Inovasi KitKatSen DARADA yang dihasilkan ini dicipta secara kreatif dengan mempertimbangkan segala aspek yang boleh merangsang minat pengguna khususnya kumpulan sasar iaitu murid tahap 2. Antara aspek-aspek yang dipertimbangkan adalah seperti penggunaan corak, warna, susun atur bahan dan sebagainya. Dengan ini, murid akan merasa seronok dan dapat menggunakan inovasi ini secara berterusan dalam pembelajaran. Seterusnya adalah berkaitan dengan manual penggunaan yang jelas dan mudah difahami. Seramai 17 (85%) orang responden sangat bersetuju bahawa manual penggunaan yang diberi dalam inovasi ini adalah 0 2 4 6 8 10 12 14 16 18 20 22 Menarik Jelas & Mudah Difahami Mudah Digunakan Bilangan Responden Aspek Kandungan Graf Penilaian Responden Terhadap Bahagian Kandungan Inovasi KitKatSen DARADA Skala 1 Skala 2 Skala 3
21 jelas dan difahami manakala 3 (15%) orang lagi hanya bersetuju dengan pernyataan tersebut. Kebanyakan murid atau pengguna yang baru sahaja menggunakan inovasi ini pasti akan merasa keliru dalam penggunaan inovasi ini. Namun, setelah menggunakan inovasi ini beberapa kali, sudah pasti akan mereka akan lebih memahami dan mengetahui cara penggunaan inovasi ini dalam PdP bahasa Melayu. Akhir sekali adalah berkaitan inovasi yang mudah digunakan. Iovasi ini sememangnya sangat mudah untuk digunakan sebagai Bahan Bantu Belajar (BBB) kepada murid dan Bahan Bantu Mengajar (BBM) kepada guru. Buktinya, kesemua 20 (100%) orang responden sangat bersetuju dengan pernyataan ini. Hal ini kerana, inovasi ini hanya perlu digunakan dengan cara memusingkan anak panah Biru ke arah kata kunci yang telah tersedia dan murid ataupun pengguna hanya perlu melihat anak panah Merah sebagai petunjuk kepada jawapan sama ada penggunaan Kata Sendi Nama (KSN) yang betul dalam sebuah frasa ayat adalah ‘Dari’ ataupun ‘Daripada’.
22 0 2 4 6 8 10 12 14 16 18 20 22 Mudah difamai dan digunakan Membantu murid lebih memahami Membina pengetahuan yang lebih sistematik Menarik dan sesuai dengan tahap dan pengetahuan murid Bilangan Responden Aspek Teknikal Graf Penilaian Maklum Balas Terhadap Penggunaan Modul Latihan KitKatSeN DARADA 2.0 bagi Murid Sekolah Rendah Tahap 2 Skala 1 Skala 2 Skala 3 4.3 Maklum Balas Modul latihan KitKatSeN DARADA 2.0 Penilaian terhadap Modul Latihan KitKatSeN DARADA telah dilakukan melalui soal selidik yang dijalankan secara atas talian melalui Platform Google Form. Seramai 20 orang responden telah dipilih untuk menilai tahap keberkesanan penggunaan modul ini terhadap murid sekolah rendah Tahap 2. Responden adalah terdiri daripada kalangan guru guru pelatih IPG Kampus Kent yang telah melihat dan menggunakan modul latihan ini. Soal selidik ini pula kemudiannya, telah dikumpul dan diterjemah dalam bentuk jadual dan graf bagi memudahkan analisis data. Berdasarkan jadual dan graf di atas, dapat dikenal pasti bahawa penggunaan Modul Latihan KitKatSeN DARADA 2.0 ini sangat berguna untuk disebarluaskan terhadap murid sekolah rendah tahap 2. Hal ini dibuktikan melalui dapatan data yang telah ditunjukkan iaitu seramai 20 orang responden telah memberikan skala 3 (Sangat Setuju) terhadap kandungan soalan latihan yang mudah untuk difahami dan modul yang mudah untuk digunakan. Hal in kerana, aras soalan latihan yang dimasukkan ke dalam modul ini berbentuk soalan mudah yang tidak memerlukan murid untuk berfikir secara mendalam. Soalan yang diberikan juga amat ringkas dan tidak memberikan sebarang kekeliruan terhadap murid semasa membaca soalan yang terkandung di dalam modul Skala Aspek Mudah untuk difahami & digunakan Membantu murid lebih memahami Membina pengetahuan yang lebih sistematik Menarik dan sesuai dengan tahap dan pengetahuan murid 1 0 0 0 0 2 0 3 6 1 3 20 17 14 19
23 tersebut. Modul ini mudah untuk digunakan kerana dilengkapi dengan inovasi KitKatSeN DARADA 2.0 beserta manual penggunaannya. Dengan ini, murid dapat menyelesaikan modul latihan ini dengan mudah dan berkesan. Selain itu, seramai 17 orang responden memberikan skala 3 iaitu Sangat Setuju terhadap modul latihan yang membantu murid untuk lebih memahami fungsi penggunaan KSN ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam ayat bahasa Melayu. 3 orang responden pula hanya memberikan skala 2 iaitu setuju terhadap aspek ini. Hal ini demikian kerana, melalui modul latihan ini, murid dapat membuat ulang kaji dan melakukan pembelajaran kendiri sepanjang masa bersama inovasi KitKatSeN DARADA 2.0 yang dibekalkan. Dengan latihan yang berpanjangan ini, maka murid dapat membina pengetahuan yang lebih mendalam dan membantu penguasaan terhadap KSN ‘dari’ dan ‘daripada’ dengan lebih berkesan. Bukan itu sahaja, seramai 14 orang responden memberikan skala 3 iaitu Sangat Setuju terhadap aspek membina pengetahuan yang lebih sistematik. Hal ini kerana, soalan latihan yang diberikan merangkumi pelbagai peringkat atau aras soalan yang berbeza. Contohnya, unti latihan yang pertama, murid hanya diminta untuk mengisi tempat kosong dan akhir sekali, aras soalan yang diberikan ditingkatkan kepada kemahiran membina ayat berdasarkan gambar menggunakan KSN ‘dari’ dan ‘daripada’. Hal ini dianggap sistematik kerana murid dapat mengembangkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam penggunaan KSN ‘dari’ dan ‘daripada’ secara berperingkat melalui aras soalan berbeza yang diberikan. Dengan ini, murid akan dapat membuat kefahaman yang mendalam berkaitan KSN ‘dari’ dan ‘daripada’ ini dari semasa ke semasa. Akhir sekali, seramai 19 orang responden memberikan skala 3 iaitu Sangat Setuju terhadap aspek modul latihan yang menarik dan bersesuai dengan tahap dan pengetahuan murid sekolah rendah tahap 2. Modul latihan ini diakatakan amat menarik kerana, dilengkapi dengan motif corak bunga dan dihiasi dengan warna keunguan. Hal ini sekaligus akan melahirkan minat yang mendalam terhadap murid dalam menggunakan modul latihan ini secara menyeluruh. Bukan itu sahaja, modul latihan ini juga dikatakan amat bersesuaian dengan tahap dan pengetahuan murid kerana kandungan yang dimasukkan adalah hanya berfokuskan kepada kata sendi nama dari dan daripada sahaja. Ayat bahasa Melayu yang diberikan pula adalah tidak panjang dan mudah difahami oleh murid. Hal ini jelas menunjukkan bahawa inovasi ini sangat sesuai untuk digunakan oleh murid sekolah rendah Tahap 2 dalam membantu mereka menambahkan lagi ilmu pengetahuan berkaitan topik KSN ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam ayat bahasa Melayu.
24 5.0 ANUGERAH PROJEK INOVASI 1. Kolokium Penyelidikan Dan Pertandingan Inovasi IPG Kampus Kent 2021 ▪ Anugerah Perak ▪ Naib Johan bagi Kategori PISMP Amb Jun 2020 2. Pertandingan Inovasi Peringkat IPG Zon Sabah Tahun 2022 • Anugerah Perak • Naib Johan bagi Kategori Kumpulan Pelajar
25 3. Persidangan Minda Inovasi Dinamik (MInD) • Anugerah Bitara Harapan • Anugerah Bitara Emas bagi Kategori Pelajar 4. NCRI 2022 Konferensi Penyelidikan dan Inovasi Peringkat Kebangsaan 2022 IPGKTAR • Anugerah Platinum
26 6.0 EVOLUSI PROJEK INOVASI Perbandingan Antara Inovasi Jam DARADA, KitKatSen DARADA dan KitKatSen DARADA 2.0 Perbandingan Jam DARADA KitKatSen DARADA KitKatSen DARADA 2.0 Jam DARADA √ √ √ Jam DARADA Mini √ √ √ Jam Tangan DARADA √ Latih Tubi √ √ Nota Pembelajaran Kata Sendi Nama ‘Dari’ & ‘Daripada’ √ √ Snake Ladder DARADA √ √ KitKatSen DARADA Digital √ √ Modul KitKatSen DARADA √
2 1. Ka 2. Tid 3. Be 4. Ko 5. Pe 6. Kit Kelebihan & Kelemahan Jam DARA Jam DARADA Kelemahan 1. Tidak tahan lama 2. Mudah rosak 3. Tidak kalis air Kelebihan 1. Mudah dibawa 2. Penggunaan kos terendah Evolusi Inovasi
7 Kelemahan 1. Mobiliti tinggi 2. Memerlukan ruang penyimpanan besar Kelebihan lis air dak mudah rosak rsifat tahan lama s rendah rmainan bahasa ‘Dam Ular Darada’ Katsen DARADA Digital ADA dan KitKatSen DARADA KitKatSen DARADA
2 1. K 2. T 3. B 4. K 5. P 6. K 7. P 8. M Kelebihan 1. Kalis air 2. Tidak mudah rosak 3. Bersifat tahan lama 4. Kos rendah 5. Permainan bahasa ‘Dam Ular Darada’ 6. KitKatsen DARADA Digital Kelemahan 1. Mobiliti tinggi 2. Memerlukan ruang penyimpanan besar Kelebihan & Kelemahan KitKatSen DA KitKatSen DARADA Evolusi Ino
8 Kelemahan 1. Mobiliti tinggi 2. Memerlukan ruang penyimpanan besar Kelebihan Kalis air idak mudah rosak Bersifat tahan lama Kos rendah Permainan bahasa ‘Dam Ular Darada’ KitKatsen DARADA Digital Pelbagai jenis BBM Modul Latihan ARADA dan KitKatSen DARADA 2.0 KitKatSen DARADA ovasi
30