The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fazwan0706, 2022-08-16 10:49:47

LAPORAN PROJEK INOVASI

LAPORAN PROJEK INOVASI

LAPORAN PROJEK
SUB TEMA : PEMBELAJARAN IMERSIF

MAKLUMAT PROJEK

Tajuk projek : KitKatSeN Darada
Nama ahli kumpulan : 1. Mohd Fazwan Pang

Kursus / mata pelajaran / bidang yang 2. Mohd Hanif Bin Abdul Latif
terlibat 3. Mohammad Apenddy Bin Yapp Wai Yee
4. En. Tajip Bin Tassan (Pensyarah Pembimbing)

: BAHASA MELAYU

Sinopsis projek:

Inovasi KitKatSen DARADA menggunakan konsep pembelajaran Imersif Teradun

(Blended Learning) kerana ianya menggabungkan pembelajaran secara atas talian dan

bersemuka iaitu murid boleh menggunakannya di rumah dan juga di sekolah. Inovasi ini

bertujuan untuk membantu sesi pengajaran dan pembelajaran guru menjadi lebih efektif

dan berkesan. Inovasi KitKatSen DARADA dikhususkan untuk murid sekolah rendah bagi
memudahkan mereka menguasai penggunaan Kata Sendi Nama (KSN) ‘dari’ dan
‘daripada’ dalam bahasa Melayu. Penyebarluasan di tiga buah daerah iaitu SK Pamaguan

dan SK Muhibbah di Sandakan, SK Pekan Kiulu, Laya-Laya, Berungis di Tuaran, SK

Indersabah di Tawau, pascaujian ini telah dilaksanakan. Peratusan soalan yang berjaya

dijawab dengan betul mengalami peningkatan bagi setiap sekolah. Terdapat lima buah

sekolah yang berjaya mencapai aras 90% dan ke atas iaitu SK Berungis, SK Pekan Kiulu,

SK Laya-laya, SK Muhibbah, dan SK Indersabah manakala SK Pamaguan pula mencapai

87% pada pascaujian. Perbezaan ini menunjukkan bahawa inovasi KitKatSen DARADA
yang diperkenalkan membantu menyelesaikan masalah murid berkaitan KSN ‘dari’ dan
‘daripada’ dalam penggunaan ayat bahasa Melayu. Secara keseluruhannya, inovasi yang

dicipta ini bukan sahaja mampu meningkatkan kefahaman yang mendalam dalam diri

murid, tetapi turut membantu memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru
berkaitan topik KSN ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam ayat bahasa Melayu.

(tidak melebihi 200 patah perkataan)

A. RASIONAL PROJEK

A1. Jelaskan isu / permasalahan utama dan signifikan projek yang menggerakkan
pemikiran dan reka bentuk.

Antara masalah yang dihadapi ialah murid tidak dapat membezakan penggunaan
fungsi kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’. Oleh itu, ia telah menyebabkan kesukaran
seterusnya memberi satu impak yang negatif kepada murid yang kurang menguasai topik
ini kerana KSN ‘dari’ dan ‘daripada’ sering digunakan dalam ayat bahasa Melayu. Secara
tidak langsung, prestasi murid dalam mata pelajaran bahasa Melayu akan terjejas. Oleh
yang demikian, inovasi yang telah dihasilkan ini dapat mengatasi masalah yang dihadapi
oleh murid terutamanya penggunaan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam bahasa
Melayu.

(tidak melebihi 100 patah perkataan)

1

A2. Jelaskan objektif projek.

Inovasi yang dihasilkan memberi penekanan bagi memastikan murid dapat menguasai
kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’. Antara objektifnya ialah:

• Membantu murid mengenal pasti fungsi penggunaan kata sendi nama ‘dari’ dan
‘daripada’ dengan betul.

• Murid dapat membezakan fungsi penggunaan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’.
• Murid dapat menggunakan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ dengan tepat

dalam ayat bahasa Melayu.
Secara keseluruhannya, objektif yang ingin dicapai ini adalah diselaraskan dengan aras
Taksonomi Bloom iaitu aras memahami, menganalisis dan mengaplikasi bagi memastikan
murid berfikir secara kritis terutamanya dalam kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’.

(tidak melebihi 100 patah perkataan)

B. KEUNIKAN IDEA

B1. Huraikan keunikan idea projek inovasi tersebut dalam mencapai matlamat Revolusi
Industri 4.0 (4IR)? (contoh : kekuatan, penjimatan kos, penemuan baharu).

i. Penggunaan Kos yang Minimum
Kos bagi menghasilkan sebuah KitKatSen Darada hanya dalam anggaran RM20 dan ke
bawah. Bagi kos penghasilan Jam Darada adalah sebanyak RM5 dan ke bawah. Ini kerana,
kebanyakan bahan digunakan terdiri daripada bahan sedia ada seperti gam, pembaris dan
sebagainya. Manakala, bahan-bahan yang melibatkan kos adalah papan kad, fail, kertas,
Laminating Film dan kertas warna.

ii. Penambahbaikkan Projek
Penghasilan awal inovasi ini bersifat tidak tahan lama dan mudah rosak. Oleh itu,
penambahbaikkan inovasi telah dibuat dari segi penggunaan bahan yang lebih keras, tahan
lama dan kalis air. Pemilihan bahan ini memberikan satu penggunaan yang optimum kerana
dapat digunakan dalam jangka masa panjang. (Pautan Evolusi

https://drive.google.com/file/d/1w604c6iCNYWvqiqCB1-7e0GTXgUSjoEx/view?usp=sharing)

Inovasi Jam DARADA juga telah dihasilkan dalam versi mini yang mana khusus diberikan
kepada murid sebagai bahan bantu belajar untuk digunakan di dalam bilik darjah mahupun
di rumah. Selain itu, guru pula menggunakan versi standard sebagai bahan bantu mengajar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

iii. Pendigitalan Inovasi
Selari dengan pembelajaran abad ke-21, inovasi ini telah disesuaikan untuk digitalisasikan
bagi membolehkan murid menggunakannya secara dalam talian. Hal ini dapat memberikan
manfaat kerana inovasi ini boleh diakses dan digunakan pada bila-bila masa sekaligus
memenuhi tema pertandingan inovasi pada kali ini. (Pautan Scratch
https://scratch.mit.edu/projects/708414220)

(tidak melebihi 200 patah perkataan)

B2. Jelaskan idea projek ini sama ada asli atau adaptasi dari mana-mana sumber/model

Projek yang dihasilkan merupakan idea asli yang diketengahkan oleh ahli kumpulan kami
sendiri setelah melihat kepada isu dan masalah yang wujud dalam penggunaan kata sendi
nama khususnya dari dan daripada. Idea ini tercetus hasil perbincangan terhadap masalah
yang timbul dalam kalangan murid tahap dua berkenaan penggunaan KSN ‘dari’ dan
‘daripada’ dalam ayat bahasa Melayu. Inovasi ini juga dicipta secara kreatif mengikut
kreativiti dan kesesuaian idea bagi membuat perbandingan fungsi KSN tersebut dengan
lebih jelas.

(tidak melebihi 100 patah perkataan)

2

C. IMPAK PROJEK INOVASI KE ATAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PELAJAR / INOVASI PENGURUSAN

C1. Jelaskan impak utama projek inovasi yang dihasilkan terhadap kumpulan sasar.

Setelah uji rintis dilaksanakan di enam buah sekolah, hasil ujian menunjukkan bahawa
penggunaan inovasi ini membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid. Ini
dibuktikan melalui analisis graf keputusan praujian dan pascaujian pada lampiran C4 bagi
sebuah sekolah yang dipilih. Berdasarkan graf tersebut, markah praujian dan pascaujian
bagi 60 orang murid tahap dua mengalami peningkatan. Buktinya, semasa praujian, majoriti
murid tidak berjaya menjawab 10 soalan dengan betul. Namun setelah murid menggunakan
inovasi ini, hampir kesemua murid berjaya menjawab soalan dengan tepat. Secara
keseluruhannya, inovasi ini murid dapat mengenal pasti dan membezakan penggunaan
kata sendi nama dalam binaan ayat bahasa Melayu.

(tidak melebihi 100 patah perkataan)

C2. Huraikan sejauh mana projek ini dapat meningkatkan pencapaian kumpulan sasar dari
aspek kemahiran IR4.0.

IR4.0 merujuk kepada aplikasi teknologi moden, pengawalan maklumat, dan pengenalan
komunikasi era moden. Tujuannya adalah melahirkan generasi yang mempunyai daya
pemikiran kreatif untuk mendepani cabaran globalisasi. Dalam konteks pendidikan, IR4.0
merupakan penggunaan teknologi moden sebagai medium pembelajaran berterusan.
Penghasilan inovasi ini bertepatan dengan aspek kemahiran IR4.0 kerana pengguna dapat
meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang teknologi. Ini disebabkan, inovasi yang
dihasilkan terdiri daripada dua versi iaitu bahan maujud dan digital dengan menggunakan
perisian Scratch yang boleh diakses secara dalam talian. Oleh itu, penggunaan inovasi
digital ini mewujudkan pembelajaran kendiri dalam kalangan murid tahap dua kerana boleh
diakses pada bila-bila masa.

(tidak melebihi 100 patah perkataan)

C3. Huraikan sejauh mana projek ini memberi kesan kepada perubahan sikap dan
peningkatan kemahiran sosial terhadap kumpulan sasar.

Melalui inovasi yang diperkenalkan ini, ianya sedikit sebanyak memberi kesan kepada
kemahiran sosial dalam kalangan murid khususnya dari aspek komunikasi. Hal ini dapat
dilihat apabila murid menggunakan inovasi ini secara berkumpulan. Sepanjang proses ini,
murid-murid akan berinteraksi antara satu sama lain dengan membuat perbincangan,
memberikan pendapat, menyatakan hujah serta mengemukakan idea bagi menyelesaikan
permasalahan dalam penggunaan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’. Contohnya,
semasa murid melakukan gamifikasi, murid akan bekerjasama untuk bermain dan
menyelesaikan semua soalan yang terdapat dalam permainan tersebut. Secara tidak
langsung, kemahiran sosial murid dapat ditingkatkan dengan adanya proses komunikasi
pelbagai hala serta mewujudkan sikap keterbukaan dalam diri mereka. Selain itu, murid
juga dapat menerima dan mematuhi segala arahan yang terdapat dalam inovasi KitKatSen
DARADA.

(tidak melebihi 200 patah perkataan)

C4. Bahagian ini memerlukan bukti yang perlu disertakan. Contoh: keputusan
peperiksaan/ujian/pra dan pasca ujian/anugerah dan pengiktirafan
/prototaip/penerbitan, refleksi, kisah kejayaan, success stories dan sebagainya). Bukti
perlu disertakan dalam bentuk portfolio bercetak dan/atau portfolio digital.

(Pautan Portfolio Digital: https://anyflip.com/yofws/ttpo/)

3

D. PERLUASAN / KOMERSIAL
D1. Adakah projek ini disebar luas dan mempunyai nilai komersial (cadangan dan bukti).

Contohnya, MyIPO, ISBN dan nota kolaboratif. Bukti perlu disertakan dalam bentuk
portfolio bercetak dan/atau portfolio digital.
i. E-ISBN

• Koleksi Inovasi KoPPI: Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tahun 2021/
IPG Kampus Kent, Tuaran Sabah e-ISBN 978-967-0008-04-2

ii. MyIPO
• Sijil Pemberitahuan Hak Cipta.
(No. Pemberitahuan CRLY2022s03008

4

iii. Penyebarluasan / Komersial
Penghasilan KitKatSen DARADA ini bermatlamat membantu guru dan murid bagi
mengatasi kelemahan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Bagi itu,
kit ini telah disebar luas bagi memberi manfaat kepada ramai murid dan guru
melalui pelbagai medium penyampaian. Kit ini juga berupa untuk dikomersial dan
memberi pulangan berbaloi kepada pengeluar dan juga pengguna. Ini kerana
penghasilan kit ini amat mudah dan murah serta bahan yang digunakan adalah
tahan lasak. Dianggarkan kos bagi penghasilkan satu kit yang lengkap bernilai
RM20 sahaja. Ianya dapat digunakan berulang kali disamping boleh digunakan
untuk jangka masa panjang. Selain itu juga, inovasi ini telah disebarluaskan dan
diperkenalkan di enam buah sekolah di tiga buah daerah di Sabah. Antara sekolah
yang terlibat ialah SK Berungis, SK Pekan Kiulu, SK Laya-laya di Tuaran, SK
Pamaguan dan SK Muhibbah di Sandakan dan SK Indersabah di Tawau.

5


Click to View FlipBook Version