The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERATURAN AM PERMAINAN BJ MSSD 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by IRDHA BINTI HAKIM KPM-Guru, 2023-07-01 08:45:14

PERATURAN AM MSSD 2023

PERATURAN AM PERMAINAN BJ MSSD 2023

Keywords: MSSD

BOLA JARING MSSD 2023 PERATURAN PERMAINAN KEJOHANAN BOLA JARING MSSD 2023 1. TARIKH DAN TEMPAT 1.1 Tarikh : 1 HINGGA 4 OGOS 2023 1.3 Masa : SEPENUH MASA 1.4 Tempat : 2. KATEGORI UMUR 2.1 Di bawah umur 12 tahun (lahir pada Tahun 2011) 2.2 Di bawah umur 15 tahun (lahir pada Tahun 2008 ) 2.3 Di bawah umur 18 tahun (lahir pada Tahun 2006) 3. KELAYAKAN PEMAIN 3.1 Hanya pemain yang bersekolah di dalam daerah Sepang sahaja layak bermain. 3.2 Pelajar mestilah bermain mengikut kumpulan umur masing-masing. 4. SISTEM PERTANDINGAN : Rujuk Peraturan Pertandingan MSSM 5. PENGESAHAN PENYERTAAN 5.1 Bawah 12 tahun - 28 pasukan 5.2 Bawah 15 tahun - 15 pasukan 5.3 Bawah 18 tahun - 16 pasukan 6. PEGAWAI PASUKAN 6.1 Pegawai pasukan hendaklah terdiri daripada pegawai wanita sahaja iaitu: i. Seorang Pengurus Pasukan ii. Seorang Jurulatih iii. Seorang Fisioterapi 7. PENGURUS PASUKAN 7.1 Pengurus pasukan mestilah seorang guru yang mengajar di sekolah tersebut. 7.2 Pengurus pasukan mestilah sentiasa berada di tempat kejohanan sepanjang kejohanan dijalankan. 1


BOLA JARING MSSD 2023 7.3 Beliau bertanggungjawab ke atas disiplin dan kehadiran pemain-pemainya. 7.4 Segala urusan pertukaran pemain hanya boleh dilakukan oleh pengurus pasukan. 7.5 Pegawai atau penyokong lelaki tidak dibenarkan berada di kawasan permainan. 8. PASUKAN YANG LEWAT 8.1 Pasukan yang akan bermain mestilah berada di gelanggang 15 minit sebelum pertandingan dijalankan dengan sekurang-kurangnya 5 orang pemain. 8.2 Pasukan yang gagal sampai ke tempat pertandingan 10 minit selepas permainan dikira memberi kemenangan kepada pihak lawan 8.3 Pasukan yang menunggu mestilah berada di dalam gelanggang untuk pengadil meniup wisel tamat dan mengumumkan kemenangan 9. PERTUKARAN DAN PENGGANTIAN 9.1 Sekiranya pemain tidak boleh meneruskan permainan kerana kecederaan, ketidakupayaan atau kecemasan, maka pemain tersebut bolehlah diganti. 9.2 Penggantian atau pertukaran mestilah mematuhi Peraturan Permainan oleh Gabungan Persekutuan Bola Jaring Wanita Antarabangsa (INF) dan MSSM 10. PENDAFTARAN PASUKAN 10.1 Pendaftaran pemain mestilah menggunakan Borang R01 / M01 10.2 Pendaftaran pasukan hendaklah menggunakan borang R02 / M02 10.3 Semua borang pendaftaran hendaklah diisi dengan lengkap. 10.4 Borang yang tidak lengkap akan ditolak dan pasukan itu TIDAK DIBENARKAN BERMAIN . 11. PAKAIAN PEMAIN 11.1 Pemain-pemain diwajibkan memakai bib mengikut Peraturan Gabungan Persekutuan Bola Jaring Dunia (World Netball). 11.2 Tiap-tiap pasukan dikehendaki membawa 2 set bib. 11.3 Pemain-pemain hanya dibenarkan memakai skirt atau seluar trek secara berpasukan sahaja. 11.4 Jika kedua-dua pasukan memakai bib yang sama warna, penentuan dibuat secara lambungan duit. 2


BOLA JARING MSSD 2023 12. PERATURAN PERMAINAN 12.1 Pertandingan akan mengguna pakai undang-undang permainan Gabungan Persekutuan Bola Jaring Wanita Antarabangsa (INF) dan MSSM bagi semua kesalahan permainan. 13. CARA MEMBERI MATA 13.1 Cara memberi mata kemenangan Menang - 3 mata Seri - 1 mata Kalah - 0 mata 13.2 Penentuan Kemenangan i) Secara PURATA GOL, iaitu dengan membahagikan jumlah gol yang dijaringkan dengan jumlah gol yang kena. ii) Jika Purata Gol masih seri, maka keputusan akan ditentukan secara PERBEZAAN GOL iaitu jumlah gol yang dijaringkan tolak jumlah gol yang kena. iii) Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaringkan gol terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang. iv) Sekiranya kedudukan masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan pasukan tersebut dikira sebagai pemenang. 13.3 Cara Kalah Mati Bagi pertandingan yang dijalankan secara KALAH MATI, jika keputusan pertandingan berakhir dengan seri, maka keputusan pertandingan akan ditentukan seperti berikut : 13.3.1 Apabila tamat masa pertandingan, pasukan akan diberi masa rehat selama dua (2) minit. 13.3.2 Masa tambahan selama dua (2) x lima (5) minit setiap bahagian akan dimainkan. 13.3.3 Pasukan akan bertukar Kawasan Gol dan perlawanan dimulakan semula oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah berikutnya. 13.3.4 Pasukan bertukar Kawasan Gol di separuh masa selepas rehat satu (1) minit. 13.3.5 Sekiranya berlaku seri di akhir masa tambahan, permainan akan diteruskan sehingga satu pasukan mendapat dua (2) kelebihan gol. 3


BOLA JARING MSSD 2023 14. UNDIAN KUMPULAN 14.1 Kedudukan pasukan yang Johan dan Naib Johan 2022 akan diberi seeded iaitu di Kumpulan A dan Kumpulan B. Manakala kedudukan pasukan lain akan ditentukan dengan cabutan undi. 15. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN 15.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan Am ini dan Peraturan Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad. 4


Click to View FlipBook Version