The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NOVEL NOVEL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 DAN 5

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by erwanrais07, 2021-08-21 21:07:39

MINI TESIS ERWAN RAIS

NOVEL NOVEL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 DAN 5

MINI TESIS

Nama:Mohamad Erwan Rais Bin Mohd
Rizuan
Kelas:4 Mawardi
No. Maktab: PB180301
Homeroom:Cikgu Norakma

1

Bab ISI KANDUNGAN

Bab 1(1.1) PERKARA
1.1 Abstrak
1.2
1.3 Penghargaan
1.4 Pendahuluan
1.5 Novel fiksyen dan bukan fiksyen
1.6 Penyataan masalah
Objektif kajian
Bab 2(2.1) Skop penyelidikan
2.2 Hipotesis awal
2.3 Kepentingan kajian
Biografi setiap penulis
Bab3(3.1) Sinopsis setiap novel
3.2 Tarikan setiap novel
3.3 Jenis novel
3.4 Proses pengumpulan data
3.5 Tema setiap novel
3.6 Keunikan dalam novel
3.7 Persamaan dalam 8 novel
3.8 Keterbezaan antara 8 novel
3.9 Banding beza novel malaysia dan novel luar negara
3.8 Novel dan kehidupan
Kedudukan novel
Bab 4(4.1) Kesimpulan
4.2 Rumusan kajian
Implikasi dan cadangan
2

4.3 Hipotesis akhir
4.4 Penutup
4.5 Sumber rujukan

3

Penghargaan

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana telah
mengurniakan saya kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan mini tesis ini dengan
sempurna. Mini tesis ini dapat saya laksanakan dengan sempurna.

Hasil kerja ini adalah atas bantuan pelbagai pihak.Antara daripada bantuan cikgu saya
senditi yang sudah membimbing saya sehingga saya bsrjaya menyiapkan mini tesis ini.
Beliau banyak memberi penerangan tentang cara melakukan mini tesis ini. Saya amat
menghargai semua jasa cikgu.

Seterusnya,saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang turut
menolong saya dalam melakukan mini tesis ini.
Akhir sekali, saya berharap dapat mempelajari banyak ilmu pengetahuan daripada mini tesis
ini.

ABSTRAK
Tajuk mini tesis ini ialah berkaitan 8 novel tingkatan 4 dan tingkatan lima.Objektif yang
digunakan dalam mini tesis ini ialahuntuk mengetahui daya tarikan dari novel danuntuk
tarikan para pelajar untuk membaca novel.Kedua dua objektif ini dipilih kerana Untuk
mengkaji dari aspek tersebut.Tambahan lagi kaedah yang digunakan bagi saya ialah mencari
maklumat di laman sesawang .Dalam kajian saya,saya dapaati dalam novel ini terdapat
pelbagai pengajaran dan nilai nilai murni ynag berfaedah pada diri masing
masing.Kesimpulannya,daripada mini tesis ini dapat memberi banyak faedah kepada diri para
pelajar dalam membaca novel.
4

Bab1

PENDAHULUAN

NovelI ialah suatu bentuk sastera terdiri daripada karangan prosa panjang
yang ditulis seseorang penulis (novelis) mengandungi rangkaian cerita kehidupan
seseorang watak dengan orang sekelilingnya dengan menonjolkan perwatakan dan sifat setiap
pelaku dalam kisah yang diceritakan secara bahagian tertentu dalam bentuk bab mengisahkan
permulaan, konflik dan peleraian. Tebal dan panjang novel ini amat diambil kira yang
membezakan penulisan bercerita ini dengan cerita pendek; malah panjang sebuah novel
masih menjadi hal penentu dipakai kebanyakan anugerah sastera sebagai kriteria penilaian.
"Novel" juga berasal dari bahasa Itali novella bererti "baru" "berita" atau "cerita pendek
mengenai sesuatu yang baru", dan kata itu sendiri berasal dari bahasa Latin novella, bentuk
jamak dari novellus yang disingkatkan kepada novus yang turut memberi erti sama. Novel
yang mudah lazim mengisahkan suatu "wira" atau hero yang mudah dikenali. Walter
Scott mendefinisikannya sebagai "narasi fiktif dalam bentuk prosa atau sajak. Tujuannya
adalah menjadikan peristiwa di dalamnya sebagai peristiwa yang luar biasa dan jarang
terjadi", sementara dalam novel "peristiwa-peristiwanya adalah rentetan peristiwa nyata yang
biasa terjadi dalam kehidupan manusia dan keadaan masyarakat saat itu".

5

NOVEL FIKSYEN DAN BUKAN FIKSYEN

Novel fiksyen ialah Cerita rekaan atau singkatannya cereka iaitu   karya sastera penulisan
yang dicipta daripada imaginasi penulis. Ia mungkin dalam bentuk novel dan cerita pendek.
Istilah 'cereka' tercipta dari istilah cerita rekaan.Walaupun fiksyen memperkatakan imaginasi
dan bercakap mengenai watak-watak khayalan, topik dan masalah yang dibincangkan dalam
karya fiksyen berkaitan dengan dunia nyata.Walaupun fiksyen adalah antara cabang besar
dalam karya sastera, ia juga boleh dirujuk kepada teater, sinematik atau karya muzik.
Terdapat tiga elemen utama fiksyen iaitu plotting, character, dan setting. Plot itu sangat
penting; ia adalah bagaimana kisah itu diberikan dan terdiri daripada rangsangan dan tindak
balas. Ia mesti mempunyai adegan di mana tindakan berlaku dan sekuel atau selepasnya.Bagi
bukan fiksyen pula ialah bertentangan dengan fiksyen seperti yang dicadangkan oleh awalan
'bukan'. Bukan fiksyen adalah orang-orang yang bercakap tentang peristiwa sebenar atau
orang benar . Umumnya, jurnal, surat khabar, penyelidikan, biografi, pelbagai jenis esei yang
ditulis di bawah pelbagai topik termasuk di bawah kategori bukan fiksyen. Seperti yang anda
lihat, jenis penulisan ini berkaitan dengan fakta, nombor, dan apa yang sebenarnya dapat kita
lihat dan dibuktikan. Bukan fiksyen berfokus pada masalah sosial atau apa yang sedang
berlaku di dunia

6

PENYATAAN MASALAH
Bagi menarik minta pelajar dalam membaca novel,pelajar-pelajar boleh membaca dan
membuat lakonan atau bercerita kembali kepada rakan atau ibu bapa tentang cerita di dalam
novel itu.Hal itu kerana pelajar akan berasa seronok ketika membaca novel.Seterusnya,pihak
sekolah juga boleh mengadakan kempen-kempen membaca atau pameran novel supaya para
pelajar dapat mengetahui nilai nilai murni yang terdapat dalam sesebuah novel sekaligus
dapat menarik minatnya dalam membaca novel.

OBJEKTIF KAJIAN
1. Saya mengkaji novel ini untuk mengetahui daya tarikan dalam novel tersebut
2. Saya menganalisis novel ini untuk tarikan patra pelajar untuk menbaca novel.

SKOP PENYELIDIKAN
7

Novel novel ini terbahagi kepada 4 novel tingkatan 4 dan 4 novel tingkatan 5.4 novel
tingkatan 4 itu ialah novel jendela menghadap jalan dalam zon 1 seperti Perlis,Kedah,Pulau
Pinang dan Perak. ,novel di sebalik dinara dalam zon 3 seperti Johor,Sabah,Sarawak dan
wilayah persekutuan Labuan,novel leftenan adnan dalam zon 2 seperti negeri
Selangor,Negeri Sembilan,Kuala Lumpur dan Putra jaya dan novel pantai kasih dalam zon 4
seperti negeri Melaka,Pahang,Teremgganu dan kelantan.
Manakala novel novel tingkatan 5 pula ialah novel bima sakti menari dalam zon 3 seperti
Johor,Sabah,Sarawak dan wilayah persekutuan Labuan,novel silir daksima dalam zon 4
seperti negeri Melaka,Pahang,Teremgganu dan kelantan,novel tirani dalam zon 2 seperti
negeri Selangor,Negeri Sembilan,Kuala Lumpur dan Putra jaya dan novel songket berbenang
emas dalam zon 1 seperti Perlis,Kedah,Pulau Pinang dan Perak.
HIPOTESIS AWAL
Novel novel ini mempunyai jalan cerita yang amat seronok dan menyedihkan serta mungkin
ada yang merasa bosan berdasarkan novel yang dikaji seperti novel soket berbenang emas
yang mengisahkan seorang perempuan yang menghadapi pelbagai dugaan manakala dalam
novel leftenan adnan menceritakan tentang keberanian askar -askar melayu yang berjuang
sehingga berkorban nyawa.

KEPENTINGAN KAJIAN
Kepentingan kajian ini ialah dapat mencari tarikan dalam sesuatu novel itu.Selain itu,kita
dapat menarik minat para pelajar dalam membaca novel.Seterusnya,dapat memudahkan
para pelajar SPM faham dalam novel tingkatan 4 dan tingkatan 5 .Akhir sekali,kita dapat
mengetahui pengajaran serta nilai murni yang terdapat dalam novel tersebut dan dapat
digunakan dalam kehidupan kita.

8

BAB 2
2.1 BIOGRAFI SETIAP PENULIS
1) NOVEL BIMA SAKTI MENARI

9

Nama penulis: SRI RAHAYU MOHD YUSOP

Nama penuh: Sri Rahayu binti Mohd Yusop Tempat lahir:

Tanjong Karang,Selangor

Tarikh lahir: 18 Jun 1976

Pendidikan awal: Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 9, Tanjong Karang dari (1983-1988).

Pendidikan Menengah: Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor (1989 -1993).

Pendidikan Lanjut: Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras; University 8lof Otago, New

Zealand dan Dunedin College of Education, New Zealand (1994-1999)

Karier: Guru Bahasa Inggeris di SMK Dato' Harun, Tanjong Karang (2000 - 2003), SMK

Pandan Jaya, Ampang (2004-2020).

2) TIRANI

Nama penulis: BEB SABARIAH
Nama penuh: Bibi Sabariah Hj Abang Awet
Tempat lahir: Kampung Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak
Tarikh lahir: 7 November 1949

10

Pendidikan : Lulus Senior Cambridge dari SMK Green Road Kuching beliau terus mendapat
pendidikan ikhtisas dan diploma dari Maktab Perguruan Rajang Bintangor, Sarikei dan
Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Baharu.

3) Silir Daksina

11

Nama penulis: Nizar Parman
Nama penuh: MD Nizar Bin Parman
Tempat lahir: Kampung Asam Bubok,Ayer Hitam,Batu Pahat,Johor
Tarikh lahir:31 Ogos 1973
Pendidikan: Pendidikan rendahnya di Sekolah Kebangsaan Seri Paya, Parit Raja,

Batu Pahat, sementara peringkat menengahnya di Sekolah Menengah Datuk
Menteri, Ayer Hitam, Batu Pahat. Beliau lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
(STPM) pada tahun 1992.seorang guru di SK Seri Lalang, Kluang dan baru
menamatkan pengajian ijazah asas di Universiti Terbuka Malaysia
pengkhususan Bahasa Melayu sekolah rendah.

4) Soket berbenang emas

Nama penulis: Khairuddin Ayip
Nama penuh: Khairuddin bin Ayi
Tempat lahir: Karnpung Jelotong, Parit Raja, Batu Pahat, Johor
12

Tarikh lahir : 25 Februari 1962
Pendidikan : Beliau mendapat pendidikan awal di SK Pintas Raya dan pada tahun

1975, beliau meneruskan persekolahan di SM Tun Ismail sehingga lulus
SPM. Pada tahun 1980, Khairuddin melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam
di SM Dato' Bentara Luar. Setelah lulus STP, pada tahun 1982 hingga 1984.
beliau mengikuti kursus dalam bidang Pendidikan Sekolah Menengah,
Pendidikan Seni dan Pengajian Melayu di Maktab Perguruan Temenggung
Ibrahim, Johor Bahru.Sekarang bertugas sebagai guru di SRK Sri Petaling,
Petaling Jaya.

5) Pantai kasih

13

Nama penulis: Azmah Nordin
Nama penuh : Azmah Binti Nordin
Tempat lahir: Kulim,Kedah
Tarikh lahir: 10 Januari 1958
Pendidikan: Beliau menerima pendidikan rendah dan menengah dalam aliran Melayu

dan Inggeris. Beliau ke Sabah pada tahun 1973 dan seterusnya menetap di
sana sehingga kini.

6) Leftenan Adnan
14

Nama penulis : Abdul Latip Talib
Nama penuh: Abdul Latip bin Talib
Tempat lahir: Kampung Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan
Tarikh lahir: 2 Jun 1954
Pendidikan: beliau penulis residen PTS Fortuna, sebuah syarikat penerbitan terkemuka tanah

air, milik Ainon Mohamad.

7) Di sebalik dinara
15

Nama penulis: Dayang Noor
Nama penulis: Noor Aziza binti Sulaiman
Pendidikan: 15 tahun pengalaman bekerja dalam bidang IT dan pendidikan pertama di

Sekolah Kebangsaan Kerayong, Triang, Pahang serta Sekolah Menengah Tun
Fatimah, Johor Bahru(Aliran Sains) 

8) Jendela menghadap jalan
16

Nama penulis: RUHAINI MATDARIN
Tempat lahir:Kota Kinabalu ,Sabah
Tarikh lahir:16 Mac 1981
Pendidikan: mendapat pendidikan sehingga peringkat Sarjana Muda Kewangan di Universiti

Sains Malaysia. Beliau kini berkhidmat dengan sebuah syarikat swasta tempatan. 

2.2 Sinopsis setiap novel
17

1) Novel Bima sakti Menari

Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap
Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj
Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap
namun gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan
situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah
tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung
tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam
tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di
Kuala Selangor.Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di
Kampung Kuantan. Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi
anak sungainya dipagar untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman
mengajak Nurul Hafsa menemui ‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad
Taufik yang merupakan pemilik anak sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat
demikian agar populasi kelip-kelip tidak terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek
Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan
dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Rancangannya ditentang oleh Dato’
Johann Arlington dan dia mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi
menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak
dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan
Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan itu dirancang oleh musuhnya.
Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa apabila diculik dan abangnya,
Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul Hafsa dengan
mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen minyak Petronas.Nurul Hafsa
dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba menyelamatkan
Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor. Balai Polis
Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat aktiviti bukan
perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu dan
berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri.
Muhammad Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim.Nurul Hafsa, Haji Yassir dan
Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor untuk menghadiri
kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas

18

isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa
syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau dan
musuh perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan kemuka
pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap
Nurul Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan
lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa.

2)Novel Tirani

Tirani mengisahkan tentang  seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi
cantik dan berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga ingin
mencapai kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya,
Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai
isteri. Bagi menjadi cantik Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet
melakukan pembedahan rekonstruksi atau pembinaan semula wajahnya dengan
memasang hidung palsu menjadikannya hidungnya mancung dan cantik. Dengan
kejayaannya menjadi cantik datang jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya.
Bidang pelancongan yang diterokainya telah mempertemukannya dengan suaminya,
Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan
dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah
tangga. Sebenarnya tidak menjadi kenyataan  kerana apa yang diperolehnya itu yang
merosakkan kehidupannya. Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya bertambah
berat dan harapan orang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat
memikulnya. Dalam novel TIRANI cinta Waheeda terhadap suaminya begitu
mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian itu
berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikan dirinya dan
ditambah dengan rasa cemburu oleh Zahid.  Akhirnya Waheeda  bertekad untuk
berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet
di Cameron Highland. Kemajuan chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya
Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid. Akhir mereka
19

dipertemukan di chalet itu. Namun, di sudut hati Waheeda dan Zahid terserlah satu
falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu TIRANI.

3)Silir Daksina

Kisah dalam Silir Daksina bermula apabila Haiqal mendapat sebuah manuskrip lama.
Alamat pengirim manuskrip tersebut sama dengan alamat tempat lahirnya tetapi
pengirimnya berbangsa Cina iaitu Ong See Hwa. Haiqal mendapati bahawa kisah
yang terdapat dalam manuskrip tersebut seakan-akan benar berlaku dan menceritakan
kisah hidup arwah ayahnya; Abdullah bin Kayan tetapi kisah itu dimainkan oleh
watak Cikgu Nizam. Haiqal bertekad untuk pulang ke Johor untuk menjejak warisan
ayahnya walaupun niat itu ditentang oleh uminya. Walid tidak menghalang pemergian
Haiqal malah berjanji akan mengirimkan wang kepadanya untuk dibelanjakan ketika
di Johor. Kehadiran Haiqal di Kampung Seri Purnama disambut baik oleh penduduk-
penduduk di sana terutamanya Tauke Ong. Kemudian, Tauke Ong telah menyerahkan
wang simpanan, hasil jualan kelapa sawit dan kebun kelapa sawit kepada Haiqal
untuk diuruskan. Haiqal telah mengenali anak Tauke Ong iaitu Ong See Hwa. Haiqal
mendapati bahawa perwatakan Ong See Hwa mirip dengan watak Ai Ling. Haiqal
juga telah bersahabat baik dengan Lazim. Perkenalan Haiqal dengan Lazim dan Ong
See Hwa memudahkan Haiqal untuk menjejak warisan Abdullah bin Kayan. Mereka
telah menunjukkan kisah hidup Abdullah bin Kayan melalui pameran di balai raya
lama. Haiqal mendapat bahawa arwah bapanya merupakan orang yang hebat dalam
bidang seni dan sastera. Haiqal juga mendapat tahu bahawa bakat arwah ayahnya
diiktiraf oleh pihak kerajaan negeri. Kehadiran Haiqal di Kampung Seri Purnama
hanyalah untuk mencari kenangan yang ditinggalkan oleh Abdullah bin Kayan.
Penduduk kampung seperti Pak Cik Bakar, Haji Salim dan Tauke Ong mengharapkan
Haiqal supaya mengembalikan kegemilangan tarian zapin di kampung mereka kerana
mereka melihat semangat kepemimpinan Haiqal mirip arwah ayahnya, Abdullah bin
Kayan. Haiqal tidak mahu menghampakan harapan mereka kerana mereka telah
melayan Haiqal dengan baik. Haiqal dan penggiat tarian zapin jincat seperti Pak Cik
Bakar dan Haji Salim telah bersepakat untuk mengadakan persembahan tarian zapin.
Ketika hari persembahan, Lazim telah ditimpa kemalangan. Haiqal dan Ong See Hwa
telah menarikan tarian zapin sehingga ada sebilangan penduduk kampung yang berasa
20

terharu kerana terkenangkan arwah Abdullah bin Kayan. Umi, walid dan Nurul
Aisyah juga turut hadir untuk menyaksikan persembahan zapin tersebut. Umi juga
telah ke kubur Abdullah bin Kayan dan umi telah mengaku kesilapannya memisahkan
Haiqal daripada bapa kandungnya kerana darahnya turut mengalir dalam tubuh
Haiqal. Setelah beberapa bulan di Kampung Seri Purnama, Haiqal melanjutkan
pelajaran dalam bidang keguruan di sebuah universiti di Sarawak.

4) Soket berbenang emas

Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi
oleh teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga
mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya.
Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya
setelah pelbagai masalah melanda keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital
Permai kerana mengalami masalah tekanan mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga
dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Adik lelakinya pula terpengaruh dengan
kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk belajar. Situasi ini telah menyebabkan
Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Tekanan hidup
Dahlia semakin bertambah apabila hubungannya dengan Azhari dipandang serong
oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said
tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau
bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah atas kesabarannya
menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang dapat melanjutkan
pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.

21

5)Pantai kasih

Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk
cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas  menghadapi kegagalan dalam
perkahwinannya,  dia akhirnya  menerima pelawaan   mentornya, Doktor Uwang agar
menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.Di
sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut,  fikiran Raiha sering terganggu tentang
komplikasi pesakit namun mereka  masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang
bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu. 
Anehnya,  yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa.  Kian
terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit.  Dari mata
kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu
yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan Raiha  tambah  tertekan.Di samping itu,
Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-lahan mengingatkan dia
pada kisah silamnya yang amat mengerikan  dan menyayat hati.    Bagaimanapun, oleh
semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang perubatan.Apabila dia
cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang,  ternyata mentornya itu
agak tidak senang.  Padahal sebelum itu,  Doktor Uwang adalah  guru demonstrator dalam
bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri ataupun pembedahan. 
Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik, di institusi tinggi

22

tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia memulakan klinikal yearnya
di sebuah hospital kerajaan,  pernah beberapa kali membantu Doktor Uwang dalam bilik
pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan
sebagainya.  Malah, hatinya pernah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu
mungkin tidak menyedari pun akan kewujudannya.  Biar apa pun, ketika itu,  selain daripada
sebagai mentor, Doktor Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.Tetapi, apabila bekerja
di pusat rawatan mewah milik Doktor Uwang  dan ditugaskan untuk mengambil alih tugas
membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi berulang-kali,  pandangannya
terhadap doktor itu mula berubah.  Pelbagai tanda tanya, menyelubunginya. Dan peristiwa 
aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami kemalangan di jalan yang
berhampiran dengan pusat rawatan itu.Biar apa pun perasaannya,  sebagai seorang doktor
yang profesional,  Raiha tentang menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan
menggunakan peralatan yang dibeli khas oleh doktor itu sendiri.  Peralatan yang digunakan
untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana.

6) Leftenan adnan

Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan keberanian dan
semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk 7
23

pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu
terkorban. Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin
Saidi. Dia bersama 42 orang anggotanya berjuang sehingga ke titisan darah yang
terakhir.Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, Memaparkan kisah keberanian dan keperwiraan
askar Melayu yang sanggup berjuang sehingga ke hujung nyawa.

7)Di sebalik dinara

Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA. Tanpa
disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk menguji
DNA gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki rumahnya kerana
Azraai (abang Farisha) telah memasang pengimbas retina pada pintu rumahnya yang disewa
bersama-sama Shida. Azraai bimbang akan keselamatan adiknya. Keesokan hari, Farisha dan
Rosman bertemu dengan Aqram di sebuah simposium. Aqram menawarkan sebuah projek
mini kepada mereka. Beberapa hari kemudian, Farisha menyatakan persetujuannya terhadap
projek itu. Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi. Mereka berada di
rumah kepunyaan Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab yang banyak berjasa malah
pernah menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Dr. Maxi menawarkan RM1.5 juta
kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam
tempoh empat minggu.Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab
terhenti. Farisha dan Shida memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab untuk
menulis sebuah rencana manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem
Dinara. Farisha diperlukan oleh Dr. Maxi untuk rancangan mereka manakala Shida pula
ialah physical backup kepada Farisha.  Rakan kongsi Farisha iaitu Rosman tidak dapat
bersama-sama di Soft Lab kerana mengurus projek di Senawang. Pagi berikutnya, Farisha
telah dipukau oleh Alia berdasarkan arahan Dr. Maxi. Dalam keadaan bawah sedar, Alia
telah  berkomunikasi dengan Karl yang meminta pertolongan Farisha untuk menyelamatkan
Dinara. Hal ini mengundang kemarahan Alia yang menyangka Farisha menjalin hubungan
dengan Karl. Ketika makan tengah hari, Shida mengungkapkan persoalan tentang Medina
yang menghilangkan diri secara tiba-tiba dari Soft Lab. Pada pendapat Farisha, kehilangan
Medina bukanlah persoalan yang besar. Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft
Lab, Farisha mengalami sakit kepala secara tiba-tiba. Rosman, Farisha dan Shida

24

memutuskan untuk pulang ke rumah. Uncle Seng, pemilik kedai runcit di bangunan itu
memberitahu mereka bahawa dia melihat dua orang yang kelihatan mencurigakan namun
tiada laporan polis dibuat. Dua malam kemudian, Farisha mengunjungi Azraai dan
keluarganya. Dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa Azraai terkena serangan jantung dan
hakikat bahawa dia ialah anak angkat kepada keluarga Azraai.Keesokan pagi, Farisha
pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram mendapatkan Shida untuk
mengetahui penyakit yang sedang dihidapi oleh Farisha namun Shida tidak tahu apa-apa
mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu menyediakan Shida sebagai pengganti
Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti tentang penyakit Farisha tetapi tidak berjaya
sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang merupakan anak angkat. Di hospital, Farid
dan Amin menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat daripada fikiran.Farisha dan
berjaya. Selepas mereka beredar, Aqram pula datang dan mengukur tahap kesihatan gadis itu.
Kesihatannya amat tidak memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram, Khairul Anwar dan
Alia bersedia untuk menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha. Keesokannya, Shida
menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl. Dr. Maxi hanya menghentikan
sesi tersebut setelah lima minit walaupun Shida menunjukkan tindak balas di luar jangkaan.
Farisha pula dihubungi oleh mummy melalui minda bawah sedar. Di suatu tempat yang lain,
Farid dan Amin kehairanan melihat Marilyn kegembiraan. Rupa-rupanya Marilyn
(mummy) telah dapat berhubung dengan Farisha. Di Soft Lab, Shida yang kemurungan
mengurungkan diri di bilik Farisha. Aqram mencuba menerobos minda Shida namun
gagal.Di hospital, Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha. Setelah Farisha
memaklumkan Azraai bahawa mummy telah menghubunginya, Azraai membawa Farisha
keluar dari hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula, Shida berhubung dengan Karl
melalui sesi bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus yang
disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan lalu memusnahkan Dinara serta ribuan manusia.
Dalam perjalanan ke Kulai, Farisha diculik oleh orang suruhan mummy. Karl (Shida)
mendedahkan kisah silamnya. Antaranya ialah penyeksaan terhadap seorang wanita hingga
cacat dan pendedahan identiti sebenar Khairul Anwar. Alia mengakui bahawa dialah wanita
cacat yang diseksa oleh Karl kerana enggan meninggalkan agamanya. Medina pernah
menjalani proses seperti Shida tetapi gagal. Rosman dan Azraai menuju ke Soft Lab.
Keadaan di Soft Lab semakin tegang apabila Karl (Shida) menyanyikan lagu yang
didendangkan setiap kali dia selesai menyeksa Alia. Aqram merayu kepada Dr. Maxi supaya
mengembalikan diri Shida yang sedia kala. Marilyn berusaha mengambil hati Farisha dengan
25

menceritakan perkara sebenar yang terjadi. Melalui telefon, Dr. Haris memberikan amaran
tentang kesihatan Karl yang semakin merosot namun tidak dipedulikan oleh Dr. Maxi.
Karl(Shida) berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara dengan menggunakan
komputer table. Kedatangan Marilyn (Medina / mummy) ke Soft Lab telah membongkar
rahsia bahawa  Marilyn (Medina / mummy) dan Karl ialah ibu bapa kandung Farisha. Karl
(Shida) dipengsankan kerana Karl yang sebenar sedang nazak. Semua orang bergegas ke
rumah Karl. Mereka diberikan peluang untuk berjumpa dengan Karl buat kali terakhir. Karl
menghembuskan nafas terakhir tepat pada pukul 7.00 malam. Wasiat terakhir Karl ialah
mayatnya dibakar, dan abunya ditabur di Selat Melaka. Upacara dijalankan di Port Dickson.
Shida yang berkelakuan aneh menyebabkan Aqram berpendapat bahawa Karl masih berada
dalam diri Shida. Farisha yang terkejut berlari mendapatkan Marilyn. Apabila Karl (Shida)
menyatakan bahawa dia tidak sanggup meninggalkan Akeem, Aqram terus terdiam.

8)Jendela menghadap jalan

Lili ialah seorang remaja berusia 17 tahun yang tinggal bersama-sama ibu dan bapanya di Kuala
Lumpur. Ketika cuti sekolah, ibu ingin menghantar Lili bercuti bersama-sama nenek di
26

kampung. Walaupun Lili agak keberatan untuk pulang ke kampung, tetapi disebabkan perasaan
hormatnya kepada ibu, Lili pulang juga untuk bercuti bersama-sama datuk dan
neneknya.Ketika berada di kampung, Lili menyaksikan beberapa  peristiwa yang
menjadikan dirinya lebih tertarik untuk tinggal lebih lama di situ. Datuk Lili merupakan antara
orang pertama yang membuka kampung itu. Datuk merupakan seorang pengamal
perubatan tradisional. Sejak belakangan ini, pesakit datuk semakin berkurangan kerana
mereka beralih kepada cara perubatan moden disebabkan oleh pengaruh yang dibawa oleh
anak-anak mereka yang masih muda.Lili juga menyaksikan pertentangan pendapat antara
golongan muda dengan golongan tua berkaitan dengan isu kubah masjid, sama ada perlu
diletakkan di atas surau sedia ada ataupun membina masjid baharu. Geetha dan Danel yang
ditemuinya ketika dalam perjalanan ke kampung menjadi sahabat baiknya. Mereka mempunyai
cara pemikiran yang sama, tetapi bertentangan pendapat dengan masyarakat yang lebih tua di
situ.Terdapat sebuah keluarga yang porak-peranda di kampung itu, iaitu keluarga Che Jah.
Anak Che Jah, iaitu Rafiq dan Haziq sering dibelasah oleh orang kampung kerana suka mencuri
dan terlibat dalam pengambilan dadah. Pada suatu ketika, sewaktu Lili pulang dari bandar, dia
telah ditangkap oleh Rafiq dan Haziq. Lili dibawa ke suatu kawasan yang tidak diketahui dan
telah ditawan oleh mereka. Akhirnya, Lili berjaya diselamatkan oleh Danel.Walaupun Lili
pernah ditawan oleh Rafiq dan Haziq, namun dia mempunyai pendapat yang berbeza dengan
orang kampung. Dia tidak memandang rendah kepada Che Jah dan anak-anaknya kerana
baginya semua yang terjadi disebabkan oleh suami Che Jah yang tidak
bertanggungjawab. Dengan pertolongan Hamimah yang kebetulan datang untuk berubat
dengan datuk, akhirnya suami Che Jah ditangkap dan anak-anaknya akan dibantu sehingga
pulih. Setelah pulang ke Kuala Lumpur, datuk dan nenek telah menceritakan sejarah
kedatangan mereka ke situ dan rahsia jendela yang menghadap jalan.

27

2.3 TARIKAN SETIAP NOVEL

Dalam novel jendela menghadap jalan,menceritakan tentang pengalaman seorang
perempuan yang berumur 17 tahun yang menetap di bandar yang pulang ke
rumah neneknya.Dia ditangkap oleh dua orang lelaki semasa ingin ke
bandar.Cerita ingin boleh menarik minat pembaca kerana ia akan mewujudkan
perasaan ingin tahu dalam terhadap pembaca.

Dalam novel di sebalik dinara,mencerita tentang seorang perempuan yang
bernama farisha.cerita ini amat seronok kerana ia mempunyai jalan cerita yang
senang di fahami dan ia juga ada berkaitan sains fiksyen.

Dalam novel leftenan adnan,menceritakan tentang askar melayu yang berperang
dengan askar jepun.Cerita ini amat menarik kerana ia menceritakan peperangan
askar melayu kita.

28

Dalam novel pantai kasih,menceritakan Raiha seorang doktor muda yang terpaksa
melalui pelbagai bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar
bedah.Cerita ini amat menarik dan agak sedikit seram serta cerita ini juga bagus
kerana ia berkaitan usaha seseorang mencapaui tujuannya.
Dalam novel songket berbenang emas,mengisahkan seorang permpuan bernama
dahlia yang mempunya pelbagai cabaran yang perlu dia hadapi demi
keluarganya.Cerita ini amat menarik kerana ia mempunyai pengajaran yang sangat
bermanfaat.
Dalam novel silir daksina,menceritakan seorang lelaki yang bernama haiqal yang
pulang ke kampung halamannya untuk menjejakan warisan arwah ayahnya.Cerita
ingin amat menarik dan agak sedih.
Dalam novel tirani,menceritakan tentang seorang gadis bernama waheeda yang
mempunyai pelbagai cabaran dalam mencapai kejayaannya dalam bidang
pelancongan.
Dalam novel bima sakti menari ,menceritakan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai
Pegawai Sains.Cerita ini amat menarik kerana ia mempunyai pelbagai jalan cerita
yang mendebarkan serta ia mempunyai pengakhiran cerita yang sangat gembira.

29

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN 8 NOVEL

3.1 Jenis novel

Dari hasil kajian saya terdapat 2 novel jenis fiksyen iaitu bima sakti menari dan di sebalik
dinara manakala 6 novel lagi iaitu silir daksima,tirani,songket berbenang emas,pantai
kasih,leftenan adnan dan jendela menghadap jalan.

3.2 Proses pungumpulan data

Tarikh Perkara
30 Julai 2021 -mencari maklumat berkaitan 8 novel
-menacari maksud novel fiksyen dan bukan fiksyen
31 Julai 2021 -mencari maklumat tentang biografi penulis setiap novel
30

9 ogos 2021 -mencari sinopsis setiap novel
-mebncari maklumat tentang tema
10 ogos 2021 -mencari novel luar negara untuk dibandingkan dengan novel
13 ogos 20201 Malaysia
-membuat rumusan berdasarkan novel
-membuat cadangan penambahbaikan
Penghantaran mini tesis lengkap

3.3 Tema setiap novel
Bima sakti menari
Kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan alam sekitar. Nurul Hafsa, Muhammad
Taufik dan Budiman telah bersatu hati dalam berjuang untuk melestarikan alam sekitar.
Mereka cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan mengembalikan kegelapan langit di Kuala
Selangor sebagai kawasan mencerap bintang. Mereka telah berusaha mendapatkan sokongan
pihak kerajaan terhadap projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang pertama di Asia
Tenggara. Dalam masa yang sama Muhammad Taufik sedang mengusahakan projek
perumahan Ikhtiar TeknoAlam dengan membina rumah mesra alam.

Silir daksima
Novel ini membawa tema kekeluargaan. Konflik keluarga yang dihadapi oleh Haiqal
berpunca daripada penceraian umi dan ayahnya.Penceraian tersebut menyebabkan Haiqal
hidup terpisah daripada ayah kandungnya iaitu Abdullah Bin Kayan. Haiqal dipelihara oleh
uminya bersama-sama Walid. Haiqal tidak dapat bertemu atau mengenali ayah kandungnya
sehinggalah ayahnya meninggal dunia. Walaupun mendapat tentangan daripada ibunya,
Haiqal tetap pergi  ke Batu Pahat untuk lebih mengenali arwah ayahnya.

Tirani
31

Ketekunan seorang wanita dalam menempuh pelbagai cabaran dan cobaan dalam hidupnya.
Contoh: Ketekunan Waheeda dalam mengembangkan perniagaannya terbukti ketika dia
berani mengambil pinjaman baru untuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang terletak di Tanah
Tinggi Cameron dan menukar namanya menjadi Chalet Aya-Sajinah.

Songket berbenang emas

Tema novel ini ialah ketabahan seorang gadis menghadapi dugaan hidup.

Dahlia seorang remaja berusia 19 tahun sangat tabah menghadapi dugaan hidupnya. Apabila
emaknya, Saleha menghadapi tekanan perasaan dan dimasukkan ke hospital, Dahlia terpaksa keluar
dari asrama dan berulang-alik ke sekolah. Dahlia seorang yang tabah kerana terpaksa menjaga adik-
adiknya di samping pelajarannya

PANTAI KASIH

ketabahan hati seorang wanita menghadapi pelbagai rintangan dalam menempuh kehidupnya.
Doktor Raiha tabah menghadapi kematian anak perempuannya. Anak perempuan tunggalnya
itu adalah seorang anak istimewa yang menghidapi ‘down sindrom’. Sejak mengetahui
keadaan anaknya dalam kandungan, suaminya meminta agar kandungan itu digugurkan,
namun Raiha tetap mahu melahirkan anak tersebut walaupun mendapat tentangan daripada
suaminya. Selain diminta agar anak tersebut dihantar ke asrama yang mengasuh anak
istimewa seperti Rohayu atau Ayu itu, namun Raiha bertegas untuk memelihara sendiri dan
menghabiskan masa dengan anaknya itu menyebabkan Doktor Sadiz berada kecewa kerana
isterinya itu melebihkan anaknya daripada dia. Kedegilan Raiha menyebabkan suaminya
berasa marah dan membakar kereta mewah yang dibawa oleh Raiha untuk melarikan diri.
Tiba-tiba kanak-kanak istimewa itu berada di tempat kejadian dan tidak semena-mena
tersambar api kereta yang sedang marak itu sehingga rentung. Kematian anaknya itu amat
menyiksakan jiwa Raiha yang tetap menyalahkan bahawa Doktor Sadizlah dengan sengaja
membakar anaknya itu.

Leftenan adnan

TEMA Keberanian dan keperwiraan seorang anak muda, Adnan Bin Saidi dalam usahanya
mempertahankan negara ini daripada dijajah oleh orang asing. Adnan sanggup berjuang

32

bermati-matian sehingga ke titisan drah terakhir untuk memepertahankan bumi tercinta
daripada ditakluki oleh tentera jepun. Keberaniannya yang tiada tolok bandingnya itu
mendapat penghormatan dan pujian banyak pihak

Di sebalik dinara
Persaingan dalam dunia sains - Novel ini mengisahkan sebuah persaingan dalam penciptaan
sains dan teknologi. Pada awalnya Karl dapat menerima Medina dan Marilyn sebagai
pembantu penyelidiknya. Tetapi apabila dia berasakan Marilyn lebih hebat daripadanya, dia
mula merancang sesuatu untuk melenyapkan pesaingnya itu. Marilyn dijadikan bahan uji kaji
sehingga akhirnya dia menjadi gila. Walaupun dikatakan gila oleh kebanyakan orang,
Marilyn tetap meneruskan dendamnya untuk menjatuhkan Karl. Dia meneruskan ciptaan
sainsnya dan akhirnya dapat menyebarkan virus ke dalam sistem komunikasi terbaharu yang
dihasilkan oleh Karl iaitu Dinara

Jendela menghadap jalan
Kecekalan seorang gadis menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan.Sepanjang berada di
Kampung Sentosa, Lili tidak pernah menghubungi ibunya di Kuala Lumpur untuk mengadu
nasib atau berkongsi masalah. Sebaliknya, dia berusaha sedaya upaya menempuh semua ujian
tersebut dengan semangat yang kental.Peristiwa Lili ditahan, dikurung dan diikat oleh Rafiq
di sebuah pondok buruk tidak mematahkan semangatnya. Sebaliknya, peristiwa tersebut
menguatkan keinginannya untuk mengikuti perkembangan diri Rafiq dan Haziq, sekali gus
cuba membantu mereka.

3.4 Keunikan dalam novel
Novel yang paling menarik ialah songket berbenang emas kerana ia mempunyai pelbagai
pengajaran dan nilai murni yang dapat dipupuk dalam diri remaja serta ia mempunyai jalan
33

cerita yang jelas dan menarik.Manakala novel yang kurang menarik ialah leftenan adnan
kerana ia berkaitan sejarah dan ia mungkin agak membosankan bagi remaja.

3.5 Persamaan yang terdapat dalam 8 novel
Persamaannya terhadap 4 novel iaitu novel tirani,songket berbenang emas,pantai kasih
danjendela menghadap jalan yang menceritakan tentang seseorang yang mempunyai cabaran
hidup yang perlu dia lalui.Cerita ini sangatlah menarik dan mempunyai jalan cerita yang
mudah difahami

3.6 Keterbezaan antara 8 novel
Keterbezaan novel ialah novel di sebalik dinara yang mencerita kan tentangsebuah
persaingan dalam penciptaan sains manakala novel leftenan adnan yang menceritakan
tentang sejarah dan novel ini mungkin agak membosan bagi pelajar.

3.7 Banding beza novel Malaysia dan novel luar negara
Pada pandangan saya,novel Malaysia ni kebanyakkannya mempunyai jalan cerita melalui
kisah yang sebenar dan mudah difahami serta mempunyai nilai murni yqng pelbagai
manakala novel luar negara kebanyakkan daripada novel fiksyen dan mempunyai pengajaran
yang tersirat di dalam novelnya.

3.8 Novel dan kehidupan
Daripada novel ini terpadat pelbagai nilai nilai murni dan pengajaran yang boleh dipupuk
oleh pembaca atau remaja kini.Para pelajar dapat mengubah diri nya dengan lebih baik
apabila membqca novel novel ini.

34

.9 Kedudukan novel
Saya memilih novel songket berbenang emas kerana mempunyai cerita yang sangat menarik
yang mengisahkan tentang seorang perempuan yang berumur 19 tahun yang perlu menjaga
adik adik kerana ibunya sedang sakit sehinggakan dia keluar dari asramanya demi menjaga
adik adiknya.Cerita ini mempunyai banyak pengajaran yang boleh diikuti oleh remaja
sekarang iaitu kita hendaklah sentiasa berusaha dan tidak putus asa serta sanggup berkon
demi apa apa cabaran yang datang.

3.10 Kesimpulan
Kesimpulannya,berdasarkan 8 novel itu terdapat pelbagai pengajaran dan nilai murni uyang
dapat diikuti remaja kini serta ia dapat menarik minat pelajar dalam membaca novel kerana
mempunyai jalan cerita yang menarik dan mudah difahami.

35

Bab4 Penutup

4.1 Rumusan kajian
Rumusan saya novel ini perlu menambahbaikan dari segi memendekkan lagi jalan cerita agar
tidak membosankan kerana pelajar akan mudah berasa bosan apabila membaca novel itu jika
terlalu panjang.Selain itu, menambahkan warna dan vorak di novel tersebut agar pelajar lebih
tertarik.
.4.2 implikasi dan cadangan
Saya mencadangkan supaya para pelajar akan tertarik apabila novel itu berwarna dan
bercorak.Selain itu,para pelajar juga mudah memahami novel kerana ia tidak amat panjang
apabila dibaca.
4.3 Hipotesis akhir
Berdasarkan kajian saya,novel novel tingkatan 4 dan tingkatan 5 ini amatlah sesuai bagi para
pelajar kerana ia mempunyai jalan cerita yang menarik,mudah difahami serta mempunyai
pengajaran yang bermanfaat untuk remaja kini.
4.4 Penutup
Kesimpulan yang dapat saya kaji berdasarkan novel tingakatan 4 dan tingkatan 5 ini ialah
pelajar perlula membaca novel novel ini kerana ia mempunyai banyak pengajaran dan nilai
murni yang sangat bermanfaat pada diri kita pada masa yang akan datang.
,

36

4.5 SUMBER RUJUKAN
37

1) Saya mencari maklumat novel di google iaitu di
https://aksaraguru69.blogspot.com/p/no_17.html?m=1
https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-pantai-kasih-komsas-
tingkatan-4.html?m=1
https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-di-sebalik-dinara-
komsas.html?m=1

2) Saya mencari maklumat di buku Novel Jendela Menghadap Jalan
Tingkatan 4,Ruhaini Matdarin,2009

3) Saya mencari maklumat dari kawan kawan saya dari mrsm yang lain.

38


Click to View FlipBook Version