The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TOKOH PEMIMPIN JOHOR-SULTAN SIR ABU BAKAR AL-KHALIL IBRAHIM SHAH IBNI ALMARHUM TEMENGGONG SERI MAHARAJA TUN DAENG IBRAHIM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farah ain, 2021-04-20 22:32:12

TOKOH PEMIMPIN JOHOR

TOKOH PEMIMPIN JOHOR-SULTAN SIR ABU BAKAR AL-KHALIL IBRAHIM SHAH IBNI ALMARHUM TEMENGGONG SERI MAHARAJA TUN DAENG IBRAHIM

TOKOH PEMIMPIN JOHOR

SULTAN SIR ABU
BAKAR AL-KHALIL
IBRAHIM SHAH IBNI

ALMARHUM
TEMENGGONG SERI
MAHARAJA TUN DAENG

IBRAHIM

BIODATA DIRI

NAMA : MUHAMMAD HAZIQ BIN MOHD KHALLED KHAIROL

KELAS : 4UM

ALAMAT E-MEL : m–[email protected]

ALAMAT : SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DESA JAYA
SEKOLAH JALAN DANAU 32, TAMAN DESA JAYA
81100 JOHOR BAHRU,
JOHOR

i

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT
1 PENDAHULUAN 1
2 BIODATA TOKOH 2-3
3 PENDIDIKAN TOKOH 4
4 KERJAYA TOKOH 5
5 SUMBANGAN TOKOH 6-8
6 NILAI KEPIMPINAN TOKOH 9
7 PENUTUP 10
8 RUJUKAN 11

PENDAHULUAN

Setiap negeri pasti mempunyai pejuang-pejuang yang memperjuangkan negerinya daripada pemerintahan British suatu ketika
dahulu. Negeri Johor yang terletak di bahagian selatan Malaysia juga mempunyai ramai tokoh yang boleh diangap sebagai wira negara.
Pengorbanan dan perjuangan mereka yang tidak berbelah bagi seharusnya menjadi contoh kepada generasi sekarang. Tanpa mereka,
sudah tentu kita tidak dapat hidup senang dan tenang seperti pada masa kini. Penglibatan tokoh terbilang dalam pentadbiran negeri
Johor khususnya telah membawa kepada era pembangunan dan pemodenan negeri.

Nama Sultan Abu Bakar bukanlah nama asing bagi masyarakat negara kita lebih-lebih lagi dalam lipatan sejarah politik tanah
air negeri Johor. Kesultanan Johor moden bermula dengan pemerintahan Sultan Abu Bakar (1862-1895), diikuti dengan Sultan Ibrahim
(1895-1959), Sultan Ismail (1959-1981), Sultan Iskandar (1981-2010) sehinggalah sekarang ini, iaitu Sultan Ibrahim. Sultan Abu Bakar
menaiki takhta Johor pada tahun 1862, selepas kemangkatan ayahandanya. Baginda diberi gelaran Datuk Temenggong Abu Bakar Seri
Maharaja Johor. .

Kepimpinan Sultan Abu Bakar amat terserlah terutama dalam bidang pentadbiran dan politik yang banyak memberi sumbangan
terhadap negeri Johor. Darah kepimpinan yang mengalir menjadikan baginda seorang yang berwibawa dan berkebolehan dalam
memberikan khidmat bakti dan sumbangan terhadap negeri Johor khususnya dan politik negara amnya.

1

BIODATA TOKOH

Nama penuh

Sultan Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Al-Marhum Dato' Temenggong Seri Maharaja Tun
Daeng Ibrahim

Ayahanda Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim

Bonda Cik' Ngah

Keputeraan 3 Februari 1833
Teluk Blangah, Negeri-negeri Selat, Singapura

Kemangkat 4 Jun 1895 (umur 62)
an Bailey's Hotel, South Kensington, London, United Kingdom

Dimakamka 7 September 1895
n Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru

Agama Islam 2

BIODATA TOKOH

Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Al-Marhum Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng
Ibrahim GCMG KCSI (3 Februari 1833 – 4 Jun 1895) (Jawi: ‫المرحوم سلطان سير ابو بكر ابن المرحوم تمڠݢوڠ دايڠ إبراهيم سري‬
) ‫ مهاراج جوهر‬telah menggantikan ayahandanya, Temenggung Daeng Ibrahim, bagi mentadbir Johor dari 1862 hingga
1895. Baginda berumur lebih kurang 28 tahun semasa ayahandanya mangkat[3]. Baginda memakai gelaran
Maharaja Johor pada 1868. Baginda ialah sultan Johor era moden pertama.

Temenggung Abu Bakar ialah seorang tokoh dan pemerintah Johor yang amat bijaksana. Baginda telah
memajukan dan mengukuhkan kerajaan Johor di bawah Dinasti Temenggung dan membuat hubungan diplomasi
dengan kerajaan Riau-Lingga. Pada 1 Januari 1866, baginda telah menukarkan nama Tanjung Puteri atau Iskandar
Puteri kepada Johor Bahru dan menjadikannya pusat pentadbiran kerajaan Johor. Temenggung Abu Bakar memberi
galakan kepada orang Cina membuka ladang lada hitam dan gambir dipanggil "Sistem Kangcu".
Temenggung Abu Bakar telah memajukan Johor dengan menggabungkan tradisi Melayu dengan birokrasi Barat dan digelar
Bapa Johor Moden. Pentadbirannya yang cekap dan tersusun diakui sendiri British, lantas baginda tidak akan melantik pegawai
British sebagai penasihat.

3

PENDIDIKAN TOKOH

➢ Bersekolah di Sekolah Melayu Teluk Belanga iaitu Sekolah Mubaligh, diajar berbahasa Inggeris dengan fasih
➢ Masa kecilnya di kampong Teluk Belanga, mengenal Islam dan adat (Undang-undang Melayu Tradisional)
➢ Baginda telah mendapat pendidikan Barat sejak kecil lagi. Oleh itu, baginda sangat terpengaruh dengan cara pemerintahan dan

pentadbiran Barat.
➢ Baginda juga bersahabat baik dengan Ratu Victoria, penguasa Great Britain pada masa itu; ratu tersebut

telah mengurniakan gelaran Maharaja Johor kepada Temenggung Abu Bakar pada tahun 1868.
➢ Baginda juga telah membuat banyak lawatan ke negara-negara Eropah terutamanya ke England,

untuk mencari pengalaman dan mempelajari cara orang Barat memerintah dan mentadbirkan negara.
➢ Kebijaksanaannya menyebabkan baginda dihormati oleh pedagang dan pemerintah British.

4

KERJAYA TOKOH

➢ Pada 1 Januari 1866, baginda Sultan Abu Bakar telah menukarkan nama Tanjung Puteri atau Iskandar Puteri kepada Johor Bahru dan
menjadikannya pusat pentadbiran kerajaan Johor.

➢ Baginda telah memajukan dan megukuhkan kerajaan Johor di bawah Dinasti Temenggung dan membuat hubungan diplomasi dengan
kerajaan Riau – Lingga.

➢ Temenggung Abu Bakar telah memajukan Johor dengan menggabungkan birokrasi Barat dan digelar Bapa Johor Moden

BANGUNAN Sultan Ismail di Kota Iskandar
menjadi pusat pentadbiran Johor

dan mercu tanda Iskandar Malaysia

5

SUMBANGAN

❖ ALMARHUM Sultan Abu Bakar banyak melaksanakan program pemodenan dalam pentadbiran baginda untuk menjadikan Johor sebagai negeri yang
disegani.

❖ ALMARHUM Sultan Abu Bakar banyak melaksanakan program pemodenan dalam pentadbiran baginda untuk menjadikan Johor sebagai negeri yang
disegani.

❖ Kemuncak pemodenan Johor dilakukan oleh Sultan Abu Bakar sehingga melayakkan baginda digelar Bapa Pemodenan Johor. Kebijaksanaan Sultan Abu
Bakar melaksanakan program pemodenan dalam pentadbirannya menjadikan Johor negeri Melayu terakhir menerima Penasihat British berbanding dengan
negeri-negeri Melayu yang lain.

❖ Dasar persahabatan dengan British yang diamalkan baginda berjaya mengekalkan kedaulatan negeri itu sehingga tahun 1914.
❖ Baginda mempunyai pandangan jauh untuk membangunkan Johor. Antara langkah yang baginda lakukan ialah mengadakan hubungan baik dengan Britain.

Baginda sering ke England untuk mempelajari cara pentadbiran terbaik bagi membangunkan Johor. Pada tahun 1868 baginda melawat dan menghadap Ratu
Victoria di England. Ratu Victoria telah mengurniakan gelaran bintang 'Knight Commander Of The Star Of India' dan Maharaja Johor kepada baginda.
❖ Selain England, baginda juga melawat Itali dan Turki pada tahun 1893. Untuk memastikan adanya hubungan baik yang dapat memberikan manfaat kepada
pentadbiran, maka pada tahun 1885 baginda membuat Perjanjian Persahabatan antara Johor dengan British. Melalui perjanjian itu Johor diiktiraf negeri bebas
dan berdaulat. Melalui perjanjian itu juga baginda diiktiraf sebagai Sultan Johor setelah Sultan Ali dari keturunan Bendahara mangkat pada tahun 1877.

6

SUMBANGAN

7

SUMBANGAN

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim bersama Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah ketika Di sisi yang lain, pemahkotaan Sultan Johor yang penuh adat istiadat diraja itu memang
Istiadat Kemahkotaan di Istana Besar, baru-baru ini. Peristiwa bersejarah cukup menarik kerana ia dapat mengembalikan nostalgia kedaulatan Raja-Raja Melayu pada
pemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dalam satu zaman sebelum merdeka. Kali terakhir istiadat itu diadakan ialah 55 tahun lalu, iaitu pada 10
istiadat gilang gemilang di Istana Besar pada 23 Mac lalu cukup menarik untuk Februari 1960 semasa Almarhum Sultan Ismail Sultan Ibrahim.
disoroti, khusus dalam mengimbau kembali pengasas kesultanan Johor moden yang
diasaskan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar. Kesultanan Johor moden bermula dengan pemerintahan Sultan Abu Bakar (1862-1895),
diikuti dengan Sultan Ibrahim (1895-1959), Sultan Ismail (1959-1981), Sultan Iskandar (1981-
2010) sehinggalah sekarang ini, iaitu Sultan Ibrahim. Sultan Abu Bakar menaiki takhta Johor pada
tahun 1862, selepas kemangkatan ayahandanya. Baginda diberi gelaran Datuk Temenggong Abu
Bakar Seri Maharaja Johor.

Sebelum itu, Johor sudah pun mempunyai beberapa pemimpin berwibawa. Antaranya ialah
Temenggong Daeng Ibrahim (1825-1826) yang telah memulakan sistem birokrasi moden.

8

NILAI KEPIMPINAN

Antara nilai kepimpinan Sultan Abu Bakar yang menjadi contoh kepada generasi kini ialah :
❖ Semangat cintakan negara .
- Sanggup berkorban kepentingan diri dan pangkat bagi memastikan nasib bangsa dan negara terus
terbela.
❖ Bijak dan teliti.
- Allahyarham merupakan seorang tokoh dan pemerintah johor yang amat
bijaksana. Kebijaksanaannya menyebabkan baginda dihormati oleh pedagang dsn pemerintah British.
❖ Usaha tanpa jemu.
- Baginda sentiasa mempelajari cara pentadbiran terbaik untuk pentadbiran negerinya. Contohnya
baginda sering ke England untuk mempelajari cara pentadbiran terbaik bagi membangunkan Johor . Pada
tahun 1868 baginda melawat dan menghadap Ratu Victoria di England.
❖ Tokoh pelopor dan pemangkin pemodenan
- Baginda memulakan langkah membangunkan bangsa dan negeri Johor sehingga digelar Bapa Pemodenan.

9

PENUTUP

Sejarah perjuangan dan sumbangan besar Sultan Abu Bakar dalam menentukan hala tuju bangsa Melayu dan negeri Johor pada zaman sebelum kemerdekaan
Tanah Melayu tidak seharusnya dilupakan malah patut dikenang dan diingati oleh seluruh rakyat Johor khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Sejarah tanah air mencatatkan bahawa pada separuh kedua abad ke-19, Sultan Abu Bakar berjaya meletakkan Johor negeri yang moden dan stabil berbanding
negeri Melayu Pantai Barat seperti Selangor dan Perak. Mengikut Rupert Emerson, kemerdekaan Johor pada asasnya adalah hasil daripada kebijaksanaan dan
kematangan politik Sultan Abu Bakar.

Kesimpulannya, Jasa dan pengorbanan baginda juga seharusnya dijadikan pembakar semangat kepada bangsa Melayu agar dihormati dan disegani di mata dunia
sebagai bangsa yang berani dan bertamadun.

10

RUJUKAN

❖ Sejarah Johor (1980), pg 211
❖ Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Dewan Sastera. Pg 14
❖ https://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Abu_Bakar_ibni_Almarhum_Raja_Temenggung_Tun_Daeng_Ibrahim
❖ http://warisanterasilmuonline.blogspot.com/search/label/Almarhum-Sultan-Abu-Bakar

11


Click to View FlipBook Version