The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN DI MALAYSIA OLEH
REETANA A/P MURUGAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farah ain, 2021-09-13 04:14:43

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ IBNI ALMARHUM SULTAN ABDUL HAMID SHAH

BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN DI MALAYSIA OLEH
REETANA A/P MURUGAN

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DESA JAYA
81800,JOHOR BAHRU,JOHOR

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
AL - HAJ IBNI ALMARHUM
SULTAN ABDUL HAMID
SHAH

PENDAHULUAN

Negara Malaysia ini mencapai kemerdekaan setelah
melalui suatu proses yang panjang. Pengalaman negara

dijajah oleh beberapa kuasa asing selama beratus -
ratus tahun menjadikan semangat sebahagian besar
rakyat tanah air untuk memiliki Negara sendiri yang

berdaulat kian menebal. Oleh itu , semangat dan
kesedaran ini mula disalurkan melalui pelbagai cabaran

sehingga berjaya memberi kesedaran secara
menyeluruh kepada rakyat. Semoga jasa dan
perjuangan tokoh ini akan dapat di ketahui dan
disanjung oleh generasi - generasi yang akan datang.

BIODATA MURID

NAMA : REETANA A/P MURUGAN
UMUR : 12 TAHUN
BANGSA : HINDU
TARIKH LAHIR : 03 / 06 / 2009
TEMPAT LAHIR : PERAK , MALAYSIA
JANTINA : PEREMPUAN
KELAS : 6 UNIVERSITI MALAYA ( 6 UM )
SEKOLAH : SK TAMAN DESA JAYA
LOKASI : JALAN DANAU 32 , TAMAN DESA JAYA ,
81100,johor bahru,johor

BIODATA TUNKU ABDUL RAHMAN



Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj diputerakan pada 8 Februari 1903 di Alor Star, Kedah.

Tunku merupakan putera ke-20 kepada Sultan Abdul Hamid Halimshah, Sultan Kedah
yang ke-24 dan isteri beliau iaitu bonda kepada Tunku Abdul Rahman bernama Nearng
atau lebih dikenali sebagai Mak Che Menjalara. Bonda yang dicintai itu adalah seorang
keturunan Thai anak kepada Luang Nara Borirak (Kleb), keturunan Chao Phya Maha Kota,

Ketua Negeri Mataban dalam jajahan Siam di Shan Utara Thailand.



Ini bermakna Tunku dilahirkan di istana sepertimana beberapa tokoh UMNO yang lain.
Tunku tinggal di Istana Kota Lama yang dikenali sebagai ‘Istana Tiga Tangga’. Nama
timangan Tunku ialah ‘Awang’ yang disebabkan kulitnya yang hitam manis akibat bermain
panas manakala Ayahandanya memanggil beliau dengan nama ‘Putra’. Beliau Putera Raja
yang mempunyai adik beradik yang ramai dan kaum kerabat yang besar jumlahnya, tetapi

tidak dalam lingkungan yang akan mewarisi takhta kerajaan negeri. Tuhan telah
menentukannya menjadi menjadi pemimpin rakyat seluruh negara. Pemerintahannya itu

tidak berdasarkan warisan tetapi atas pemilihan rakyat.



Pada usianya enam tahun belajar di salah sebuah sekolah Melayu di Alor Star dan
kemudian sekolah Government English School. Pada tahun 1913, ketika Tunku berusia
sepuluh tahun, bondanya menghantarnya ke Bangkok untuk tinggal bersama-sama
kakanda sulungnya Tunku Yusuf yang sedang bertugas disitu. Beliau telah dimasukkan ke
Sekolah Debsurin. Kemudiannya Tunku pulang ke Kedah dan menyambung pelajaran di
sekolah Melayu pada tahun 1916, sebelum memasuki Penang Free School. Semasa usia

Tunku tujuh belas tahun, beliau dihantar oleh keluarganya ke seberang laut untuk
menuntut pelajaran di St. Catherine’s College, Universiti Cambridge, England



Walaupun rekod akademiknya tidak suatu yang boleh dibanggakan, beliau adalah orang
Melayu yang pertama dari Kedah yang lulus dari sesebuah Universiti Inggeris pada tahun

1925 dengan mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam Undang-undang dan Sejarah dari
Universiti Cambridge. Pada tahun 1926 beliau pulang ke Tanah Melayu tetapi empat bulan

kemudian, kakandanya Tunku Ibrahim, Raja Muda Kedah ketika itu menghantarnya
kembali ke England untuk melanjutkan pelajaran undang-undangnya di Inner Temple bagi
membolehkan beliau mendapat kelayakan menjadi pegam atau majistret. Malangnya Tunku

tidak dapat menumpukan minatnya dalam undang-undang dan gagal mendapatkan
sebarang kelayakan dan pulang ke tanah air lima tahun selepas itu.



Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan seorang gadis Cina yang memeluk agama Islam
dan mengambil nama Meriam. Mereka dikurniakan dua orang anak, Tunku Khadijah dan
Tunku Nerang.

PERMAISLIIO



HNAANLTISOAKSOI H




Beliau digelar '' Bapa Kemerdekan ''
Beliau jugalah '' Bapa Malaysia ''
Hatinya baik dan terkenal dengan panggilan '' Man Of Peace ''

Tokoh ini insan hebat yang melaungkan kata - kata keramat Merdeka
sebanyak 7 kali pada tanggal 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka. Inilah
idola saya Tunku Abdul Rahman Putra Al - Haj. Namanya megah terukir
dalam lipatan sejarah Malaysia.
Jasanya sungguh besar sehingga Malaysia menjadi negara merdeka
yang berdaulat.
Saya dan seluruh rakyat Malaysia terhutang budi dengan pengorbanan
beliau.

KELEBIHAN
TUNKU ABDUL RAHMAN

Meskipun berasal dari kalangan keluarga Diraja, Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj lebih selesa merendah diri dan mesra
dengan panggilan Awang di kalangan rakan-rakan dan orang
kampung yang mengenali beliau.

Kepimpinan dan ketokohan dalam diri Tunku terserlah ketika
beliau masih remaja lagi apabila beliau dengan tegas
memprotes dasar pilihan warna kulit sebagai syarat dalam
pengambilan pelajar yang diamalkan oleh St. Catherine
College, Universiti Cambridge sehingga beliau diterima masuk
ke kolej berkenaan dan dasar yang selama ini menjadi
penghalang kepada pemohon kulit bewarna dari Asia dan
Afrika tidak lagi diamalkan.

Keadaan ini memperlihatkan kematangan Tunku yang pada
ketika itu baru sahaja berusia 16 tahun.

BUKTI KREDIBILITI

Tunku sentiasa mendahulukan rakyat, contohnya beliau tidak suka
kepada peperangan dan menyelesaikan sesuatu isu di meja
rundingan, antaranya ialah rundingan dengan pemimpin Parti
Komunis Malaya (PKM) Chin Peng di Baling,Kedah pada 1955,
sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.
Kejayaan Tunku dalam memimpin negara dan memastikan Malaysia
berada dalam keadaan aman dan selamat turut dibuktikan apabila
berjaya menewaskan gerakan ‘Ganyang Malaysia’ iaitu ancaman
Konfrontasi yang digerakkan oleh Indonesia pada masa itu
Malaysia pada tahun 1960-an tergolong sebagai antara negara
miskin dalam Dunia Ketiga, bagaimanapun kegigihan Tunku dalam
menaikkan hasil penanaman getah dan perlombongan bijih dan lain-
lain sumber asli negara telah menghasilkan kemakmuran ekonomi
negara

JASA DAN SUMBANGAN

TUNKU ABDUL RAHMAN

Sumbangan pertama beliau ialah untuk memupuk kerjasama di antara kaum dan dalam
masa yang sama menjaga keutuhan bangsa Melayu seperti hak-hak istimewa bagi
orang-orang Melayu, penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan
asas dasar pelajaran kebangsaan dan Islam sebagai agama rasmi. UMNO
berkerjasama dengan MCA dan MIC dan membentuk konsensus dalam Perikatan dan
pemimpin-pemimpin Perikatan mengadakan rombongan pertama Perikatan ke London
pada tahun 1954 tetapi tidak beroleh kejayaan.

Pada Julai tahun 1955, pilihanraya umum pertama diadakan di Malaysia dan Perikatan
mencapai kejayaan cemerlang dengan mendapat 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi.
Dengan majoriti yang diperolehi, Perikatan melakukan rombongan kali ke dua ke
London dan ia diketuai oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri dan Menteri
Dalam Negeri. Dalam rombongan ini Tunku Abdul Rahman berusaha untuk menamatkan
keganasan komunis secara damai.

Pada 9 September 1955, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan pengampunan bagi
komunis yang menyerah diri. Rundingan Baling telah diadakan pada 28 hingga 29
Disember 1955 di antara Parti Komunis Tanah Melayu dengan kerajaan. Parti Komunis
Tanah Melayu telah diwakili oleh Chin Peng, Chin Tien dan Rashid Maidin sementara
Kerajaan pula diwakili oleh Tunku Abdul Rahman danTun Tan Cheng Lock. Namun
rundingan ini gagal apabila Chin Peng menolak cadangan Tunku agar komunis
meletakkan senjata tanpa syarat. Tunku Abdul Rahman berjaya mengalahkan komunis
lima tahun kemudian.

Pada tahun 1956, Tunku mengetuai rombongan ke London untuk berbincang dengan
Kerajaan British mengenai Kemerdekaan Tanah Melayu. Kali ini beliau membawa empat
orang wakil Raja-raja Melayu dan empat orang wakil Parti Perikatan. Akhirnya beliau
berjaya mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu dan tarikh Kemerdekaan
ditetapkan pada 31 Ogos 1957.
Akhirnya pada 30 Ogos 1957, tepat pukul 12 tengah malam bendera Tanah Melayu pun
dinaikkan bagi menggantikan bendera Union Jack. Keesokan harinya di Stadium
Merdeka, Tunku membaca Pengisytiharaan Kemerdekaan dan kedengaran pekikan
“Merdeka!” sebanyak tiga kali oleh Tunku Abdul Rahman. Setelah kemerdekaan, Tunku
Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri yang pertama.

Di antara usaha pertama beliau sebagai Perdana Menteri ialah untuk menyatu-padukan
rakyat dan meningkatkan kemajuan ekonomi. Tunku Abdul Rahman memperkenalkan
Rancangan Malaya yang pertama pada tahun 1956 dengan fokus untuk
membangunkan Tanah Malaya. Pada tahun 1960, darurat selama 12 bulan diisytiharkan
tamat apabila komunis berjaya dihentikan.

PENUTUP

Tunku Abdul Rahman banyak mencurahkan sumbangannya kepada
negara. Sebagai generasi muda, kita seharusnya sentiasa mengenang
jasa dan sumbangan beliau. Tanpa perjuangan beliau, mungkin hari ini
kita masih dalam belenggu penjajah dan Malaysia mungkin tiada dalam
peta dunia. Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau
telah dianugerahkan 'Outstanding Malaysian of the Year' pada tahun
1987, 'Honorary Citizen of London', 'International Sports Award' dari
United States of Sports Academy pada tahun 1981, anugerah 'The
Replica of Dhu'l Faqar' dari Al-Malik Faisal 9 pada tahun 1983, 'Doktor
Kehormat Undang-undang' dari University of Oxford serta anugerah
'Ramon Magsaysay' pada tahun 1960. Beliau turut mendapat
pengiktirafan sebagai 'Bapa Kemerdekaan' dan 'Bapa Malaysia’.
Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj meninggal dunia
pada 6 Disember 1990 sewaktu berusia 87 di Hospital Besar Kuala
Lumpur dan disemadikan di Makam Di Raja Langgar, Alor Setar.
Jenazahnya dimakamkan di Makam DiRaja Langgar, Alor Star, Kedah
pada 7 Disember 1990.


Click to View FlipBook Version