The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farah ain, 2021-07-06 19:53:21

TARIAN ZAPIN

TARIAN ZAPIN

TARIAN ZAPIN

Tarian Zapin merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini diilhamkan oleh
peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman. Zapin bermaksud “gerak kaki” daripada
perkataan ‘al–Zafn’. Tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar seni tari di

Nusantara iaitu di Semanjung Tanah Melayu, Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang

mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Zapin telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih
tradisional sifatnya. Dengan itu tarian Zapin biasanya mempunyai pecahan tersendiri menurut
tempat ia ditarikan, antaranya adalah:

• Tarian Zapin Arab
• Tarian Zapin Johor
• Tarian Zapin Lenga
• Tarian Zapin Pekan
• Tarian Zapin Tenglu

ASAL USUL TARIAN ZAPIN

Mengikut sejarah tarian Zapin, pada mulanya tarian ini adalah sebagai tarian hiburan di
istana setelah dibawa dari Hadramaut, Yaman oleh para pedagang Arab pada awal abad ke-16.
Pada masa itu negeri Johor menjadi pengganti kepada peranan Melaka sebagai sebuah entrepot
antarabangsa pada kurun ke-16.

Tarian zapin ini kemudiannya merebak ke negeri-negeri sekitar Johor seperti di Riau,
iaitu pusat pemerintahan Johor lama, Singapura, wilayah Sarawak, dan Brunei Darussalam.

TEKNIK PERSEMBAHAN TARIAN ZAPIN

Sebagai sebuah tarian persembahan, tarian Zapin terbahagi kepada 3 peringkat:

Peringkat pertama: Permukaan tarian atau pembuka tari.

Peringkat kedua: Pecahan atau gerak serta lenggang tari.

Peringkat ketiga: Penutup tarian.

Zapin menumpukan pada langkahan kaki dengan posisi kaki selalu tertutup dan tidak
merendah. Kebanyakan posisi badan selalu bergerak seperti ombak mengalun. Posisi tangan
tidak diperlihatkan secara jelas misalnya motif memetik bunga, tangan kanan mahupun kiri
berada di bawah bahu. Secara simbolik gerak tari zapin ini menampakkan kepentingan usaha
bersama dan bukannya usaha individu di samping meminggirkan persaingan antara pemain
dalam kumpulan mahupun antara kumpulan. Jika ditinjau daripada perspektif inilah,maka
keunikan dan keistimewaan tarian zapin Johor amat terserlah.

Kebiasaannya, senikata yang dinyanyikan dalam lagu untuk tarian ini diselitkan dengan
kalimat berunsur keagamaan seperti “salam” dan “assalamualaikum”, kata– kata nasihat dan

pujian kepada kebesaran agama dan kesempurnaan budi pekerti.

PAKAIAN DI DALAM TARIAN ZAPIN

Sungguhpun Zapin mempunyai pengaruh Arab–Parsi, tetapi dari segi pakaian, penari–
penari memakai pakaian Melayu selengkapnya iaitu bagi lelaki berkain samping dan bersongkok
dan wanita memakai kurung beserta kain sarong.

ALAT MUZIK YANG DIGUNAKAN

Alat muzik utama yang digunakan bagi mengiringi tarian zapin ialah gambus, rebana,
gendang dan marakas. Petikan gambus untuk membawakan lagu, sementara rentak gendang
atau rebana menentukan rentak dan pecahan tari. Antara lagu zapin ialah Lancang Kuning, Zapin
Asli, Gendang Rebana dan lain–lain.


Click to View FlipBook Version