The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farah ain, 2020-03-25 04:55:48

BUKU BACAAN SAYA

BUKU BACAAN SAYA

Ini baju baru.
Ini baju baru Zizi.
Baju Zizi ini biru muda.
Bapa Zizi beli baju ini dari kota.
Baju baru ini ada tiga saku.
Zizi suka baju baru ini.
Zizi cuci baju baru ini.

Ini kura-kura Sani.
Satu hari, Sani lari bawa kura-kura.
Kura-kura itu kena batu.
Kura-kura itu mati.
Sani beli kura-kura lagi dari Raju.
Sani jaga kura-kura ini hati-hati.

Taman Rekreasi

Ini sebuah taman rekreasi.
Di sini ada buaian,
jongkang-jongkit dan papan gelongsor.
Ramai kanak-kanak suka bermain di sini.
Terdapat juga sebuah kolam.
Dalam kolam ini ada berbagai jenis ikan.
Pemandangan di sini sungguh menarik.

Taman bunga

Ini taman bunga. Taman bunga ini cantik dan bersih. Di
sini terdapat berbagai-bagai jenis bunga. Ada bunga
raya, bunga kertas, bunga tasbih dan lain-lain. Udara di
sini juga segar dan nyaman. Di taman bunga ini juga
disediakan tempat duduk untuk berehat. Kita tidak boleh
membuang sampah di merata tempat. Pada hari minggu
dan hari cuti am, ramai orang pergi ke taman bunga.

Dusun buah-buahan

Datuk saya ada dusun buah-buahan. Di sini terdapat
berbagai-bagai jenis pokok buah-buahan. Ada pokok
durian, rambutan, manggis, langsat,duku dan cempedak.
Di dusun itu ada sebuah pondok kecil. Datuk selalu
berehat di pondok itu. Pada musim durian datuk tidur di
pondok itu. Saya selalu pergi ke dusun datuk bersama-
sama ayah, emak, abang dan adik. Ayah dan abang
pandai memanjat pokok rambutan dan manggis. Saya
sungguh seronok memakan buah-buahan tersebut.

Pekebun sayur

Bapa Harun seorang pekebun sayur. Kebun sayurnya luas.
Ada berbagai – bagai jenis sayur yang terdapat di kebun
itu. Ada sayur sawi, lobak, kangkung, terung, kacang
panjang, kacang bendi, dan timun. Sayuran tersebut di
tanam di atas batas. Bapa Harun bangun awal pagi untuk
menyiram pokok sayuran itu. Dia menyiram pokok sayuran
dua kali sehari. Pokok sayuran itu juga subur. Harun selalu
menolong bapanya membuat kerja di kebun.

Kebersihan diri

Setiap pagi Aina gosok gigi. Gigi Aina putih dan bersih.
Gigi bersih tidak mudah sakit. Aina mandi menggunakan
sabun. Selepas mandi Aina mengelap badannya dengan
tuala. Selepas memakai pakaian, Aina menyikat
rambutnya. Rambut Aina kemas dan bersih. Pakaian Aina
sentiasa bersih. Dia juga menjaga pakaiannya supaya
tidak kotor. Aina juga memotong kukunya seminggu sekali.
Kuku tangan dan kakinya pendek dan bersih.


Click to View FlipBook Version