The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mdzaihan, 2021-04-18 08:51:46

Tokoh Pemimpin Johor -Tan Sri Muhiyiddin bin Mohd Yassin

Buku Skrap Tokoh Pemimpin Johor

Keywords: TSMY

TAN SRI MUHYIDDIN BIN MOHD YASSIN

TOKOH
PEMIMPIN

JOHOR

MAKLUMAT PESERTA

Nama
Muhammad Izzat Idlan bin Md Zaihan

Kelas
Tingkatan 4 Ar-Razi

Alamat email
[email protected]
[email protected]

Nama dan Alamat Sekolah
SMK Pasir Gudang 3
Jalan Jati, Taman Air Biru,
81700 Pasir Gudang,
Johor

KANDUNGAN 1
2
PENDAHULUAN 3
BIODATA TOKOH PEMIMPIN 4
PENDIDIKAN TOKOH YANG DIPILIH 7
KERJAYA TOKOH 15
SUMBANGAN TOKOH 16
NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI 17
PENUTUP
SUMBER RUJUKAN

PENDAHULUAN

Tan Sri Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin adalah tokoh pemimpin negeri Johor yang dipilih.
✓ Pemilihan ini adalah berdasarkan kepada sumbangan beliau yang banyak kepada negeri Johor
khususnya disamping sumbangan-sumbangan lain kepada negara. Beliau aktif dalam politik tanahair
sejak tamat penajiannya di Universiti Malaya. Beliau telah menerajui beberapa kementarian dengan
cemerlang dan pernah menjadi Menteri Besar Johor untuk dua pengal.
✓ Semasa menerajui negeri Johor, banyak perubahan yang telah dilakukan olah beliau. Perkembangan
industry yang makin meningkat di bandar-bandar utama seperti Muar, Johor Bahru dan Pasir Gudang
telah banyak menarik minat pelabur-pelabur asing datang dan membuka peluang pekerjaan. Johor
berkembang pesat dan menjadi antara negeri yang termaju di Malaysia.
✓ Justeru atas faktor-faktor tersebut, saya memilih beliau sebagai Tokoh Pemimpin Negeri Johor untuk
dimuatkan dalam buku skrap digital ini.

1

BIODATA TOKOH

NAMA TOKOH √
TAN SRI MUHYIDIN BIN MOHD YASSIN

√ TARIKH DAN TEMPAT KELAHIRAN
15 Mei 1947 di Muar, Johor

PENDIDIKAN √
Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi dan Bahasa Melayu,

Universiti Malaya, 1971

√ NAMA ISTERI DAN ANAK-ANAK
Puan Sri Noorainee Abd Rahman, Najwa
Mahiaddin, Farhan Yassin Mahiaddin, Fakhri
Yassin Mahiaddin, Nabilah Mahiaddin

2

PENDIDIKAN TOKOH

Sekolah Pertama 1 Universiti
2
Pada peringkat awal, Tan Sri Muhyidin bin Yassin 4 Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaranya di
telah memulakan persekolahan pertamanya di SK
Universiti Malaya dalam jurusan Ijazah Sarjana
Maharani, di Muar Johor
Muda (Kepujian) Ekonomi dan Bahasa Melayu
Sekolah kedua
Sekolah Menangah
Kemudian beliau bertukar ke SK
Kemudian, beliau melanjutkan pelajaranya di
Ismail, Muar Johor
3
Sekolah Tinggi Muar, Johor

3

KERJAYA TOKOH

12 3 4

1. Pertama 2. Kedua 3. Ketiga 4. Keempat

Beliau memulakan kerjaya Beliau telah bertugas di beberapa Beliau juga telah berkhidmat dalam Pada zaman Tun Hussein Onn iaitu

sebagai Penolong Setiausaha buah anak syarikat pelaburan SGS Ates Sdn Bhd sebagai pada tahun 1978, beliau telah

Kerajaan Negeri Johor pada tahun milik kerajaan negeri Johor iaitu Pengurus Perjawatan dan Pengarah memenangi kerusi Parlimen Pagoh

1970. Beliau seterusnya dilantik PKENJ atau kini dikenali Urusan. Beliau pernah bertugas di dan dilantik dalam Dewan Rakyat

selaku Penolong Pegawai Daerah sebagai JCORP iaitu Perbadanan Sri Saujana Berhad, Sergam sebagai Ahli Parlimen Malaysia.

Muar pada tahun 1974. Johor Berhad dan Equity Mal (Johor) Sdn

Bhd.

4

KERJAYA TOKOH (sambungan)

56 7 8

5. Kelima 6. Keenam 7. Ketujuh 8. Kelapan

Pada zaman Tun Dr Mahathir Pada tahun 1982, beliau dilantik Pada tahun 1986 beliau telah Pada tahun 1995, beliau telah dilantik
Mohamad iaitu dalam tahun sebagai Menteri Belia dan Sukan.
1981, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Wilayah dilantik menjadi Menteri Besar Kemudian pada tahun 1999 pula,
sebagai Setiausaha Parlimen beliau memegang jawatan sebagai
Kementerian Luar Negeri. Persekutuan Malaysia. Kemudian Johor yang ke 13. Beliau Menteri Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna.
beliau dilantik sebagai Timbalan memegang jawatan Menteri

Menteri Perdagangan dan Besar selama 2 penggal berturut-

Perindustrian hingga tahun 1986 turut.

5

KERJAYA TOKOH (sambungan)

9 10 11 12

9. Kesembilan 10. Kesepuluh 11. Kesebelas 12. Kedua belas

Pada tahun 2004 sewaktu Pada tahun 2008 iaitu selepas Pada tahun 2009 Perdana Menteri Pada tahun 2018, beliau memegang
ketika itu telah bersetuju untuk jawatan Menteri Dalam Negeri. Pada
zaman Tun Abdullah Ahmad menang dalam pilihanraya, melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin tahun 2020 selepas perletakan Tun
sebagai Timbalan Perdana Menteri Mahathir Mohamad, DYMM Yang
Badawi, beliau telah mengetuai beliau telah dilantik Malaysia. Beliau juga memegang diPertuan Agong telah melantik beliau
jawatan sebagai Menteri Pelajaran sebagai Perdana Menteri Malaysia yang
Kementerian Pertanian dan sebagai Menteri Perdagangan dan Pendidikan Tinggi sehingga ke 8.
tahun 2015.
memegang jawatan sebagai Antarabangsa dan Industri.

Menteri Pertanian dan Industri

Asas Tani.

6

SUMBANGAN TOKOH

1 Sumbangan Sebagai Menteri Besar Johor

➢ Kebijaksanaan Tan Sri Muhyiddin merancang dan mentadbir telah merancakkan ekonomi negeri Johordari
tahun 1986 hingga 1995.

➢ Kemajuan negeri Johor di bawah pimpinan beliau amat dikagumi dan mencemaskan Perdana Menteri
Singapura ketika itu iaitu Lee Kuan Yew.

➢ Di bawah Tan Sri Muhyiddin juga, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor menjadi simbol kejayaan
konglomerat Melayu di seluruh negara.

➢ Dasar penswastaan memberi faedah kepada semua rakyat kerana wang yang dijimatkan dapat membina banyak
kemudahan di seluruh Johor. Mekanisme kejayaan ekonomi Melayu dikongsi menerusi Amanah Saham Johor.

7

SUMBANGAN TOKOH (sambungan)

Sumbangan Sebagai Menteri Belia dan
2

Sukan
➢ Tan Sri Muhyiddin telah mengkaji Dasar Belia Negara menggubal dasar tersebut kepada Dasar Pembangunan Belia Negara

pada tahun 1997.

➢ Ketika menerajui Kemterian Belia dan Sukan, beliau turut menggerakkan program Rakan Muda yang melibatkan sepuluh
gaya hidup sihat dan merupakan sebahagian daripada pembangunan Wawasan 2020. Program ini telah mendapat sambutan di
luar dugaan iaitu lebih 500,000 orang belia telah mendaftarkan diri dalam enam bulan pertama program ini diperkenalkan.

➢ Tan Sri Muhyiddin yang peka dengan perkembangan sukan telah menggerakkan operasi pembersihan rasuah bola sepak
dan telah menyaksikan hampir 100 orang pemain bolasepak negara ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah. Sentuhan beliau
seterusnya meletakkan Sukan Komanwel 1998 sebaris dengan acara sukan peringkat dunia dan merupakan kejohanan pertama
diadakan di benua Asia.

8

SUMBANGAN TOKOH (sambungan)

Sumbangan sebagai Menteri Dalam Negeri
3

dan Hal Ehwal Pengguna

➢ Tan Sri Muhyiddin telah mewujudkan lebih banyak perniagaan baharu pada tahun pertama mengetuai
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDN & HEP).

➢ Beliau juga memperkenalkan Skim Penetapan Harga Barang yang dikuatkuasakan pada musim
perayaan. Langkah itu telah berjaya memastikan bekalan keperluan harian sentiasa mencukupi pada
harga berpatutan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

➢ Tan Sri Muhyiddin juga telah merealisasikan Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599) bagi mengawal selia aktiviti
perniagaan dan memberi perlindungan kepada para pengguna. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia telah diwujudkan di
bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999, iaitu sebuah badan bebas yang mempunyai kuasa mendengar dan mengadili
tuntutan-tuntutan pengguna yang tidak melebihi daripada RM25,000.00 sahaja.

9

SUMBANGAN TOKOH (sambungan) 10

Sumbangan sebagai Menteri Pertanian dan
4

Industri Asas Tani
➢ Sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Tan Sri Muhyiddin telah menjenamakan sektor

pertanian dan menggalakkan ‘Pertanian sebagai Perniagaan’ dengan harapan menjadikan sektor pertanian
dipandang tinggi oleh masyarakat

➢ Tan Sri Muhyiddin juga berjaya menghidupkan semula pameran MAHA dengan konsep baharu dan menjadi
medan perniagaan, pengenalan kepada teknologi pertanian dan maklumat terkini.

➢ Tan Sri Muhyiddin juga bertanggungjawab menggerakkan Konvensyen Pertanian Kebangsaan 2007 sebagai
usaha mencari formula untuk memajukan industri pertanian negara.

➢ Taman Pertanian Malaysia yang terletak di Shah Alam juga telah dinaik taraf menjadi Taman Botani Negara
dan menjadi taman agro-pelancongan terbesar di dunia pada tahun 2007.

SUMBANGAN TOKOH (sambungan) 11

Sumbangan sebagai Menteri Perdagangan
5

Antarabangsa dan Industri

➢ Pada tahun 2008, Tan Sri Muhyiddin telah dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.
Tan Sri Muhyiddin bertindak pantas memperkenalkan cogan 'Think Business' sebagai teras Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri Malaysia.

➢ Hal ini bertujuan menggalakkan pegawai-pegawai di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia
memahami pemikiran dan bertindak seperti golongan korporat, yang seterusnya memberi tumpuan untuk mengangkat
sektor perdagangan dan perindustrian di negara ini.

➢ Di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin juga, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia telah
mencapai kejayaan dalam memperkemaskan sektor perindustrian dan menggalakkan pertumbuhan perdagangan dan
pelaburan antarabangsa.

SUMBANGAN TOKOH

6 Sumbangan sebagai Menteri Pelajaran

➢ Tan Sri Muhyiddin telah memansuhkan PPSMI dan mengembalikan semula kaedah mengajar matapelajaran
Matematik dan Sains yang menggunakan Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu setelah menerima
permintaan orang ramai di semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.

➢ Beliau juga telah melaksanakan Program Hati Nurani iaitu Sekolah Dalam Hospital yang diilham oleh isteri
beliau. Puan Sri Datin Paduka Hajjah Noorainee Abdul Rahman turut bertindak sebagai penaung program.
Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama dengan Yayasan Nurul Yaqeen, Kementerian
Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

➢ Beliau sentiasa berpandangan jauh dalam melaksanakan transformasi pendidikan dan ingin menjadikan
Malaysia sebagai negara pemimpin termasuklah dalam aspek pendidikan.

12

SUMBANGAN TOKOH (sambungan)

7 Sumbangan sebagai Menteri dalam Negeri

➢ Setelah dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia, beliau telah mengumumkan komitmen kerajaan
bagi menanggani masalah lambakan pendatang asing tanpa izin.

➢ Beliau telah mengumumkan bahawa tarikh penamatan Program Penggajian dan Penempatan Semula
Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) adalah pada 30 Jun 2018.

➢ Selain daripada itu, satu program serah diri secara sukarela atau dikenali sebagai Program 3+1 telah
diperkenalkan bagi memberi peluang kepada para PATI untuk dihantar pulang ke negara asal mereka

13

SUMBANGAN TOKOH (sambungan) 14

Sumbangan sebagai Timbalan Perdana
8

Menteri
➢ Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara.

➢ Semasa ketiadaan Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, beliau telah memangku jawatan Perdana Menteri
Malaysia dan mengurus dengan baik keperluan mangsa banjir walaupun menghadapi pelbagai cabaran.

9 Sumbangan Sebagai Perdana Menteri
➢ Beliau mengetuai barisan parlimen atas lantikan Yang diPertuang Agong selepas perletakan jawatan Tun

Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

➢ Beliau membentuk barisan Menteri daripada pelbagai aliran politik sebagai usaha menangani isu-isu
pandemik Covid19 disamping merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

NILAI KEPIMPINAN Beliau adalah pemimpin yang
bertanggungjawab dan berdedikasi
Beliau merupakan pemimpin yang dalam melaksanakan amanat Yang
berpandangan jauh dan membawa kemajuan diPertuan Agong untuk menerajui
negara tatkala negara menghadapi
kepada negeri Johor mahupun negara pandemik Covid 19 dan ketidakstabilan

Beliau merupakan pemimpin yang 3 politik
rendah hati, mesra rakyat dan 4
sentiasa mendengar pendapat
daripada Menteri-Menteri lain

2

1 5

Beliau seorang pemimpin yang Beliau seorang yang bertimbangrasa 15
khusnnya dalam menangani isu
tegas dalam membenteras kegiatan pendatang asing

rasuah

KESIMPULAN/PENUTUP

✓ Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin merupakan tokoh besar dalam negeri Johor. Beliau menangani setiap tohmahan yang dilemparkan oleh pihak pembangkang dengan
tenang.

✓ Beliau sangat berketerampilan dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas yang diberi. Beliau telah berjaya merancakkan ekonomi negeri Johor semasa
menjadi Menteri Besar

✓ Beliau juga tegas melaksanakan tugas yang diamanahakan hingga berjaya menaikkan setiap kementerian yang diterajuinya. Banyak program yang telah dilaksanakan
hingga menaikkan nama Malaysia di mata dunia

✓ Oleh yang demikian, beliau adalah salah satu tokoh pemimpin negeri Johor yang boleh dicontohi oleh generasi akan datang.

16

SUMBER RUJUKAN B Sinopsis Buku: Sudut Pandang Muhyidin Yassin

Sumber Internet Isu, kontroversi , pandangan dan harapan, Sebuah
https://ms.wikipedia.org/wiki/Muhyiddin_Yassin Wawancara terbitan ITBM

17


Click to View FlipBook Version