The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-94288711, 2023-02-17 21:12:07

KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN terkini

KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN terkini

DISEDIAKAN OLEH MAJLIS PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023


1 KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 1.0 PENDAHULUAN Sukan adalah satu bentuk aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan sesama muriddan guru. Dengan adanya aktiviti sukan sebegini akan mencetuskan semangat kesukanan dan pertandingan yang sihat dalam kalangan ahli pengakap. Selain daripada itu,ia dapat dijadikan sebagai satu aktiviti kepada semua ahli di samping memberikan kesedaran pentingnya sukan dan aktiviti luar kepada semua. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang permainan dengan lebih menyeluruh. 2.2 Memberikan pendedahan kepada ahli pengakap tentang pentingnya kecerdasan kepada kesihatan tubuh badan manusia. 2.3 Membentuk sahsiah agar lebih berdisiplin dengan aktiviti permainan yang terancang. 2.4 Mengeratkan ikatan silaturrahim di antara semua ahli pengakap dan pemimpin melalui aktiviti yang diadakan bersama. 2.5 Memupuk budaya saing yang positif di dalam suasana pertandingan yang komprehensif 3.0 TEMA “MINDA CERGAS, BADAN SIHAT” 4.0 SASARAN Semua Ahli Pengakap yang berdaftar 4.1 Ahli Pengakap Murid tahap 2 (umur 10 hingga 12)) 4.2 Ahli Pengakap Murid Sekolah Menengah( umur 13 hingga 18) 4.3 Ahli Pengakap Kelana & Dewasa terbuka


2 KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] 5.0 TEMPAT Diadakan serentak seluruh daerah 6.0 TARIKH Julai 2023 7.0 JAWATANKUASA INDUK Penasihat: Encik Peter Chai Pengerusi:Encik Arthur Lee Penyelaras:Encik Mohadi Mobin Setiausaha: Encik Zasran Abdullah Bendahari: Puan Zynuria Binti Hussein Teknikal : Encik Ngatiman Saripin Ahli Semua Ahli Majlis Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak Semua Pengerusi Majlis Persekutuan Pengakap Daerah 8.0 Jawatankuasa Pelaksana Permainan: Rujuk Kepada Kertas Kerja sukan masing masing 9.0 Antara Cadangan Aktiviti Senam Robik (integrasi) Berbasikal (intergrasi) Futsal (lelaki terbuka ) Bola Jaring (wanita terbuka) Menyumpit (terbuka Lelaki & Wanita)


3 KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] Sukan Rakyat (Sekolah Menengah) 1.Ketinting 2. Baling Selipar/Tuju Selipar 3. Galah Panjang 4. Batu Seremban 5. Tikam Guli 6. Tating Lawi Sukanika(Sekolah Rendah) 1) isi air dalam botol 2) bawa bola menggunakan gelung rotan 3) cari gula-gula dalam tepung 4) lari dalam guni 5) tiup belon sampai pecah 10.0 .Penyertaan Semua Ahli Pengakap yang berdaftar Ahli Pengakap Murid tahap 2 (umur 10 hingga 12)) Ahli Pengakap Murid Sekolah Menengah( umur 13 hingga 18) Ahli Pengakap Kelana & Dewas 10.1 Setiap pasukan dibenarkan menghantar satu kumpulan untuk setiap pertandingan yang dianjurkan. Jumlah peserta termasuk simpanan dalam setiap kumpulan adalah seperti berikut: Bil Aktiviti Lelaki Wanita 1 Senam Robik (integrasi) Terbuka Terbuka 2 Berbasikal (intergrasi) Terbuka Terbuka


4KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] 3 Futsal (lelaki terbuka ) 10 orang Tiada 4 Bola Jaring (wanita terbuka) Tiada 10 orang 5 Menyumpit (terbuka Lelaki & Wanita) 5 orang 5 orang Sukan Rakyat (Sekolah Menengah) Bil Aktiviti Lelaki Wanita 1 Ketinting 2 2 4 2 Baling Selipar/Tuju Selipar 5 5 10 3 Galah Panjang 2 2 4 4 Batu Seremban 2 2 4 5 Tikam Guli 2 2 4 6 Tating Lawi 2 2 4 Jumlah Keseluruhan 30 Sukanika(Sekolah Rendah) Bil Aktiviti Lelaki Wanita Jumlah 1 Isi air dalam botol 2 2 4 2 Bawa bola menggunakan gelung rotan 2 2 4 3 Cari gula -gula dalam tepung 2 2 4 4 Lari dalam guni 2 2 4


5 KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] 5 Tiup belon sampai pecah 2 2 4 Jumlah Keseluruhan 20 11.0 .Hadiah dan Sijil E-Sijil Penyertaan E-Sijil Pencapaian E Sijil Penghargaan 12.0 PENUTUP Diharapkan semua pihak dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan karnival in.


6 KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 1.0 TAJUK | [Pick the date] Kertas Kerja Program Senamrobik Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak “ Gaya Hidup Sihat” 2023 . 2.0 ANJURAN :Majlis Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak “ Gaya Hidup Sihat”. 3.0 PENDAHULUAN Kita mengharapkan agar setiap individu mengamalkan gaya hidup sihat. Taraf kecergasan ini dapat dilaksanakan melalui gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti-aktiviti bersenam dan bersukan secara teratur bagi menjamin taraf kecergasan masyarakat yang optimum khususnya masyarakat setempat. Oleh itu, bagi merealisasikan hasrat ini dalam menjamin kecergasan masyarakat khususnya rakyat Malaysia. Program Senamrobik ini telah ditetapkan sebagai salah satu langkah bagi mempertingkatkan tahap kecergasan dalam kalangan masyarakat khususnya komuniti setempat di negeri Sarawak. Program ini merupakan program yang diadakan dibawah kendalikan oleh Majlis Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak “Gaya Hidup Sihat” di Sarawak.Aktiviti fizikal seperti senamrobik merupakan salah satu cara senaman yang mampu meningkatkan prestasi paru-paru dan mengurangkan implikasi saluran darah tersumbat disebabkan kolesterol. Melalui aktiviti senamrobik, ahliahli dan pemimpin pengakap dapat meningkatkan kecergasan fizikal seterusnya mampu melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih.


7 KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] Keupayaan fizikal yang optimum melalui aktiviti senamrobik meningkatkan kecergasan serta kesihatan dan minda yang cerdas terletak kepada tubuh yang sihat Selain itu, Senamrobik adalah satu aktiviti yang amat sesuai dilakukan oleh semua lapisan masyarakat dan peringkat umur. Aktiviti senamrobik amat penting dijadikan amalan kerana senam robik: Merupakan faktor utama dalam membantu mengurangkan tekanan dan stress serta meningkatkan kekuatan fungsi otak. Dapat meningkatkan daya tahan otot jantung dan mencegah daripada penyakit jantung dan pembuluh darah. Dapat meningkat kan keupayaan aerobik dan psikomotor. Dapat menurunkan kadar lemak dalam badan serta mengekalkan berat badan sihat .Jesteru itu, melalui program senamrobik yang dilaksanakan akan memberikan peluang kepada masyarakat warga pengakap untuk melakukan aktiviti cergas dan sihat bersama-sama. Tuntasnya, melalui program senamrobik sihat ini masyarakat yang cergas dan sihat akan dapat dilahirkan serta bebas daripada segala jenis penyakit. 4.0 OBJEKTIF Objektif utama program ini ialah : i.Menggalakkan masyarakat mempraktikkan gaya hidup sihat melalui aktiviti cergas dan sihat seperti senamrobik. ii.Menghargai diri sendiri serta bertindak untuk melahirkan dan mempertingkatkan kesihatan dan kecergasan. iii.Mengeratkan silaturahim antara sesama komuniti dan pelajar. iv.Mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul . 5.0 MATLAMAT Program ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan masyarakat menjadi sihat, cergas dan produktif melalui melalui pemupukan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan sehari-hari ke arah “Rakyat


8 KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] yang sihat akan melahirkan negara yang maju”. Selain itu, Program senamrobik ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat, dan membudayakan senaman sebagai amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap masyarakat pelbagai peringkat umur akan akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Disamping itu, aktiviti senamrobik ini juga bertujuan membina keyakinan diri setiap individu supaya yakin melibatkan diri dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan. 6.0 SASARAN Aktiviti yang akan dijalankan dalam program ini melibatkan : 6.1 Semua warga Pengakap Sarawak 7.0 AKTIVITI : Berikut merupakan beberapa aktiviti senamrobik yang dilaksanakan iaitu; Aktiviti 1 Perkongsian kepentingan Senam robik Pemanasan Badan Aktiviti 2 Tunjuk cara pergerakan senaman Aktiviti 3 Senamrobik dengan iringan muzik dan lagu Aktiviti 4 Cooling Down 8.0 TARIKH DAN TEMPAT PROGRAM Berikut merupakan butiran bagi program ini: Tarikh/ Hari: Semua Daerah Tempat: Ditentukan oleh semua Majlis Pengakap Daerah Masa: 7.00 –9.30 pagi


9 KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] 9.0 TENTATIF PROGRAM Rujuk Lampiran A 10.0 AHLI JAWATANKUASA KERJA 10.1 AJK INDUK PENAUNG I PENAUNG II PENASIHAT PROGRAM PENYELARAS PROGRAM 10.2 AJK PELAKSANA PROGRAM Lihat Lampiran B 14.0 PENUTUP Pelaksanaan program seperti ini menjadi medium yang berkesan untuk memberikan input yang mempunyai nilai tambah kepada semua lapisan masyarakat tidak mengira peringkat umur. Program ini diharapkan dapat mengembalikan semula keaktifan aktiviti senamrobik bukan sahaja di IPG Kampus Tawau tetapi juga disetiap kawasan sekitar tawau khususnya kepada setiap individu. Senamrobik ini juga diharapkan sebagai satu platform bagi setiap individu memulakan amalan atau budaya bersukan dengan cara yang mudah dan menyeronokkan.Menjadi harapan sekiranya kertas kerja ini diluluskan supaya program yang telah dirancang akan menjadi sebuah program yang dapat memberi kesan yang besar kepada semua pihak yang sama-sama terlibat dan menghasilkan hasilan individu yang mementingkan kesihatan dalam kehidupan seharian


10KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] KERTAS KERJA PROGRAM KAYUHAN AMAL DAN SIHAT PERSEKUTUAN PENGAKAP SARAWAK 1.0 TUJUAN Kertas cadangan ini disediakan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta kewangan dari Majlis Pengakap Sarawak bagi menganjurkan program KAYUHAN AMAL DAN SIHAT yang akan diadakan pada Julai 2023 serentak seluruh negeri . 2.0 PENGENALAN PROGRAM KAYUHAN AMAL DAN SIHAT ini adalah anjuran Majlis Pengakap Negeri Sarawak.Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada semua ahli untuk mengikuti program ini dan bergiat aktif di dalam program basikal serta pada masa yang sama mengeratkan lagi hubungan diantara ahli pengakap dan masyarakat selain menaikan lagi nama Persatuan Pengakap di peringkat global. .Melalui program ini juga, banyak kemahiran yang dapat dikuasai oleh ahli seperti: Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban Kemahiran Komunikasi Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Kemahiran Menunjukkan Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Pendekatan Saintifik Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan Kemahiran Kreatif dan Inovatif Bagi pihak penaja, ini merupakan platform terbaik untuk memperkenalkan syarikat mereka kepada ahli dan pihak atasan Persatuan. Jaringan kerjasama yang dibina pastinya mampu mempromosikan syarikat ini yang diharap menjadi suatu permulaan untuk membina kerjasama yang lebih erat pada masa hadapan.


11 KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] Selain itu, ini menunjukkan sokongan pihak penaja dalam melahirkan ahli yang holistik dan berkemahiran sebagai generasi muda negara. 3.0 MISI Program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para ahli dengan budaya hidup berbasikal dan merapatkan lagi hubungan dengan masyarakat di dalam berpengakap . Selain itu misi mengadakan program ini juga adalah untuk mengadaptasikan budaya berbasikal di dalam dalam kehidupan seharian . 4.0 MATLAMAT Dalam mencapai misi yang ditetapkan, PROGRAM KAYUHAN AMAL DAN SIHAT bukan sekadar sebuah aktiviti berbasikal yang biasa kerana matlamat utama penganjuran pada kali ini juga adalah untuk membina jaringan usahasama dengan pihak dalam dan luar disamping beramal dengan menyumbangkan sebahagian dana kepada badan yang memerlukan.Selain itu, terdapat juga beberapa matlamat utama dalam menganjurkan program ini. Antara matlamatmatlamatnya ialah: Mengalakkan ahli mengamalkan gaya hidup sihat dengan berbasikal. Mengalakkan ahli untuk lebih bergiat aktif dalam semua aktiviti yang melibatkan Kelab Basikal. Mewujudkan suasana yang lebih mesra, meriah dan pencambahan minda para ahli Kelab Basikal . Membudayakan persekitaran berbasikal . Membawa nama baik Persatuan Pengakap ke peringkat antarabangsa Mengerakkan idea baru masuk ke dalam persatuan mengenai kelestarianyang memastikan kemaslahatan ekosistem daripada pencemaran dan juga membudayakan aktiviti berbasikalsekaligus memberi penambahbaikan yang tepat untuk memacu Pengakap ke arah kampus lestari yang cemerlang. . 5.0 OBJEKTIF Antara objektif utama program ini dijalankan adalah:


12KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] Memupuk semangat kerja berpasukan dalam menjayakan aktiviti. Membentuksifat kepimpinan melalui aktiviti yang dijalankan Menjalinkan hubungan baik di antara pemimpin dan ahli dengan komuniti/masyarakat sekeliling. Mendedahkan kepada masyarakat tentang peri pentingnya bersukan dalam aktiviti seharian. Memungkinkan untuk membentuk satu modul pembelajaran dalam aktiviti kokurikulum untuk menerapkan nilai-nilai murni . 6.0 ANJURAN Program ini dianjurkan oleh Majlis Persatuan Pengakap Sarawak 7.0 TARIKH DAN MASA Program ini diadakan pada: Tarikh : Julai 2023 Masa : 8.00am Tempat Program: Ditentukan oleh Daerah, serentak seluruh daerah. 9.0 CADANGAN PERASMI Daerah akan tentukan daeah masing masing 10.0 SASARAN PESERTA Sasaran peserta yang paling utama semestinya semua ahli pengakap yang berdaftar . 11.0 PUBLISITI Kawasan liputan publisiti merangkumi notis, banner, bunting yang kreatif dan menarik di segenap kawasan Bandar kuching. Promosi mengenai PROGRAM KAYUHAN AMAL DAN SIHAT turut dihebahkan melalui media sosial iaitu di laman facebook, twitter dan Instagram. 12. 0 STRUKTUR ORGANISASI


13 KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] PENASIHAT: Pengerusi Timbalan Pengerusi Setiausaha Bendahari Ex-Offisio Ahli-Ahli Jawatankuasa Teknikal Jawatankuasa Marsel Jawatankuasa Minuman Jawatankuasa Urusetia Jawatankuasa Keselamatan Jawatankuasa Kecemasan Jawatankuasa PA Sistem Jawatankuasa Penajaan Jawatankuasa Promosi 13.0 TENTATIF PROGRAM Rujuk lampiran B 14.0 PERINCIAN PROGRAM 14.1 Mewujudkan hubungan yang baik dikalangan masyarakat Program ini membantu para pelajara mengenali antara sartu sama lain dan bersemuka dengan komuniti i. Ini juga akan membantu dalam membina hubungan yang baik dan kerjasama dengan rakan penaja.Setiap Peserta dikehendaki menyumbang RM10. 14.2 Memberi sumbangan kepada badan kebajikan Program ini juga mendidik para peserta mengamalkan nilai-nilai murni. Oleh yang demikian, sejumlah wang akan


14KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] Disumbangkan kepada sebuah badan kebajikan yang akan ditentukan kemudian. Sumbangan ini adalah untuk meringankan beban badan kebajikan tersebut dan memberi motivasi kepada mereka. 15.0 PEJABAT URUSAN Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan surat menyurat, sila hubungi: Telefon : Faksimili: No Telefon: E-mel: 16.0 PENUTUP Diharap Majlis Persatuan Pengakap meluluskan kertas cadangan program PROGRAM KAYUHAN AMAL DAN SIHAT, seterusnya memberi bantuan kewangan dan penajaan untuk menjayakan program ini. Diharap program ini akan mencapai sasaran, matlamat dan objektifnya adalah untuk melahirkan individu yang cemerlang dari segala aspek disamping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dalam kalangan warga , dari puncak organisasi hingga kepada warga kolej, serta mencapai matlamat penganjuran program untuk membina jaringan kerjasama dengan pihak dalam dan luar . Setinggi penghargaan diucapkan kepada Majlis Tertinggi Persatuan Pengakap Sarawak.


15 KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] KEJOHANAN FUTSAL 1.0 PENDAHULUAN Majlis Persekutuan Pengakap Sarawak ingin mengadakan satu program yang berasaskan sukan yang di kenali sebagai “Kejohanan Futsal ”. Kejohanan ini mensasarkan ahli pengakap yang berdaftar dalam mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan. Di samping itu, tujuan kejohanan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakatbakat sukan dari ahli-ahli pengakap disamping mengeratkan lagi hubungan silatulrahim antara ahli dari setiap cawangan. Selain itu, kejohanan ini diadakan adalah untuk memupuk nilai-nilai mencintai dunia sukan futsal agar sukan ini mampu menaikkan nama Sarawak apabila ingin menyertai kejohanan di luar. 3.0 MATLAMAT Melahirkan ahli pengakap yang aktif dalam aktiviti sukan dan memupuk sifat kepimpinan berpasukan. 4.0 OBJEKTIF Objektif program ini adalah untuk: 4.1 Mengeratkan perpaduan dan hubungan antara warga ahli dari setiap cawangan. 4.2 Melahirkan belia yang bergiat aktif dalam aktiviti sukan futsal. 4.3 Memupuk semangat kesukanan dan disiplin diri. 4.4 Mencungkil bakat-bakat baru belia. 5 TARIKH DAN TEMPAT Diadadakan pada Julai 2023


16KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] Tempat pertandingan akan di adakan di Gelanggang Futsal Kuching. 6 KUMPULAN SASARAN Ahli Pengakap Berdaftar 7 ANJURAN Majlis Persekutuan Pengakap Sarawak 8 PROGRAM Aktiviti yang akan dijalankan dalam kejohanan ini adalah; 8.1 Pertandingan Futsal. Terbuka kepada semua kumpulan pengakap 1 pasukan = 8 orang pemain dan 1 orang pengurus. Terbuka kepada ahli pengakap berdaftar. Setiap Cawangan digalak menghantarkan wakil. Yuran penyertaan dikenakan sebanyak RM 100.00** setiap pasukan. Tempat : Gelanggang Futsal 10.0 JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA PENASIHAT: Pengerusi Timbalan Pengerusi Setiausaha Bendahari Ex-Offisio Ahli -Ahli Jawatankuasa Teknikal Jawatankuasa Marsel Jawatankuasa Minuman Jawatankuasa Urusetia Jawatankuasa Keselamatan


17 KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] Jawatankuasa Kecemasan Jawatankuasa PA Sistem Jawatankuasa Penajaan Jawatankuasa Promosi 11.0 TENTATIF PROGRAM Tentatif Kejohanan adalah seperti di Lampiran B. 12.0 ANGGARAN BELANJAWAN Anggaran belanjawan bagi Kejohanan ini adalah seperti pada Lampiran C. 13.0 PENUTUP Semoga program ini dapat membantu belia dari segi penglibatan diri dalam aktiviti futsal yang dijalankan disamping membantu meningkatkan mutu sukan JAWATANKUASA KEJOHANAN FUTSAL PENAUNG PENASIHAT PENGERUSI PENOLONG PENGERUSI


18KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] JAWATANKUASA PELAKSANA KEJOHANAN FUTSAL PENGARAH PROGRAM TIMBALAN PENGARAH SETIAUSAHA BENDAHARI URUSETIA TEKNIKAL KEJOHANAN UNIT JAMUAN & MAKANAN UNIT CENDERAHATI & HADIAH UNIT PROMOSI & PUBLISITI UNIT PROTOKOL UNIT PERALATAN UNIT KESELAMATAN


19 KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] Lampiran B TENTATIF KEJOHANAN FUTSAL Julai 2023 8.00 pagi : Pendaftaran peserta. 8.30 pagi : Taklimat pertandingan. - Jadual perlawanan. - Peraturan pertandingan. 8.45 pagi : Pertandingan futsal. 12.00 t.hari : Rehat. 2.45 p 1.00 petang : Pendaftaran pasukan yang layak ke peringkat suku akhir 3.00 p 3.00 petang : Perlawanan futsal suku akhir 4.00 petang : Perlawanan futsal separuh akhir 4.30 petang : Rehat 5.30 petang : Perlawanan futsal akhir Majlis Penutupan -Penyampaian hadiah -Jamuan ringan 6.45 petang : Bersurai


20KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING 1. PENGELOLAAN 1.1. Pesta ini akan dikelolakan oleh Majlis Pesekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak 2.0 OBJEKTIF & MATLAMAT 2.1 Mengeratkan silatulrahim di kalangan ahli pengakap dan pemimpin 2.2 Memupuk semangat bersaing secara sihat dalam kalangan peserta yang bertanding. 2.3 Memupuk budaya sukan di kalangan ahli pengakap 3. TARIKH & LOKASI KEJOHANAN 3.1 TARIKH : Julai 2023 (serentak semua daerah) 3.2 HARI : 3.3 TEMPAT : Daerah masing-masing 4. UNDANG-UNDANG PERMAINAN 4.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Gabungan Persekutuan Bola Jaring Wanita Antarabangsa yang berkuatkuasa sekarang 5. PEMBENTUKAN PASUKAN 5.1 Tiap-tiap pasukan akan mengandungi : i. 12 orang pemain wanita ii. 1 orang Pengurus Pasukan iii. 1 orang Jurulatih Pasukan (Wanita) BOLEH TERDIRI DARIPADA PEMAIN


21 KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] 6. PENDAFTARAN a. Tiap-tiap pasukan hendaklah mendaftarkan 12 orang pemain . b. Pendaftaran pemain mestilah menggunakan Borang Pendaftaran Khas. c. Senarai nama pemain yang telah lengkap diisikan di dalam Borang Pertandingan hendaklah diserahkan kepada pegawai pertandingan 15 minit sebelum pertandingan bermula dan mestilah ditandatangani oleh Pengurus Pasukan. 7. KELEWATAN. a. Tiap-tiap pasukan mestilah berada di padang permainan 15 minit sebelum masa yang ditetapkan bagi perlawanan tersebut. b. Hanya 15 minit sahaja akan diberi kepada pasukan yang lewat. Selepas tamat masa tersebut, tanpa surat tunjuk sebab yang munasabah secara bertulis oleh pengurus pasukan terbabit maka pasukan berkenaan dianggap menarik diri. 8. PAKAIAN a. Pemain-pemain hendaklah memakai “BIB” yang menunjukkan kedudukan pemain. b. Pemain-pemain hendaklah memakai pakaian yang sesuai. c. Sekiranya terdapat persamaan warna ”BIB” bagi pasukan yang bertanding, maka pasukan tuan rumah (pasukan yang disebut dahulu di dalam Jadual Pertandingan hendaklah menukar “BIB” nya.) 9. SISTEM PERTANDINGAN Sistem kalah mati 10. MASA BERMAIN Masa bermain atau perlawanan ialah 40 minit iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa pertama dan 20 minit separuh masa kedua. 11. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN 11.1. Cara Pemberian mata : 11.1.1 Menang - 3 mata 11.1.2 Seri - 1 mata 11.1.3 Kalah - 0 mata


22KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] 11. 2. Sekiranya keputusan perlawanan dalam kumpulan menyebabkan 2 atau lebih pasukan mendapat mata yang sama maka pemenang akan ditentukan seperti berikut : 11.2.1 Pasukan yang mendapat purata gol terbanyak akan dikira sebagai pemenang. 11.2.2 Jika masih SERI, pasukan yang mendapat perbezaan gol terbanyak dikira sebagai pemenang. 11.2.3 Jika masih SERI, pasukan yang mendapat jaringan gol terbanyak dikira sebagai pemenang. 11.2.4 Jika masih SERI juga, cabutan undi akan dijalankan. 11.3 Sistem Liga Pertandingan secara liga pada peringkat kumpulan Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan ke peringkat seterusnya dan permainan akan dijalankan secara liga. Masa bermain pada peringkat awal adalah : ( 10 minit + 5 minit + 10 minit ) Cara memutuskan keputusan secara liga: Menang - 3 mata Seri - 1 mata Kalah - 0 mata 11.3.1 Jika keputusan berakhir dengan SERI, keputusan akan dibuat dengan cara tertentu seperti berikut : Jika kedua-dua pasukan seri atau lebih daripada dua pasukan mempunyai jumlah mata yang sama di akhir perlawanan, purata gol akan menentukan kedudukan (iaitu jumlah jaringan gol dibahagi dengan jumlah gol yang kena) Jika purata gol masih seri, maka perbezaan gol akan digunapakai (iaitu jumlah jaringan gol ditolak dengan gol yang kena) Jika kedudukan masih seri maka pasukan yang menjaringkan gol terbanyak


23 KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] akan diistiharkan sebagai pemenang. 12. ALATAN 12.1. Tiang Gol - Ketinggiannya mestilah 10 kaki 12.2. Bola - Saiz 5 (Jenis getah sahaja) - Lilitannya 26 – 28 inci - Beratnya 10 – 16 oz 13. PENGADIL a. Semua pengadil dan penjaga masa hendaklah terdiri daripada wanita sahaja. b. Pengadil mestilah bersedia untuk membuat laporan jika berlaku bantahan. c. Setiap pengadil mesti membawa Buku Undang-Undang Bola Jaring, Wisel dan sebagainya semasa menjalankan tugas d.Keputusan pengadil dalam setiap perlawanan adalah muktamad. 14. PERKARA AM a. Jawatankuasa Pengelola berhak menangguhkan sesuatu permainan atau membuat perubahan pada masa atau tempat pertandingan. Pemberitahuan yang cukup diberi dalam perkara ini. 14.1.1. Keadaan Padang Jadual perlawanan terpaksa diubah jika padang BASAH ATAU LICIN kerana hujan lebat. Jadual pertandingan baru akan dikeluarkan oleh pihak pengelola. 14.1.2. Jika sesuatu pertandingan itu ditunda kerana cuaca buruk atau keadaan yang menyebabkan penangguhan itu telah redap ada hari yang sama, mata yang diperolehi kedua-dua pasukan sebelum perlawanan ditangguhkan akan diambil kira. 14.1.3. Keadaan Cuaca Jika sesuatu permainan ditunda kerana cuaca buruk atau sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan terpaksa ditunda pada keesokan


24KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] harinya, permainan itu akan dijalankan semula. Mata yang telah diperolehi oleh kedua-dua pasukan yang terlibat tidak akan diambil kira. 14.1.4. Bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan, Jawatankuasa Pengelola berhak untuk membuat keputusan di mana keputusannya adalah MUKTAMAD


25 KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] BORANG PERTANDINGAN BOLA JARING NAMA PASUKAN : _________________________________ NAMA PERMAINAN : BOLA JARING (S/V) NAMA PENGURUS : _________________________________ NAMA JURULATIH : _________________________________ NAMA PENGADIL :__________________________________ *WARNA BIB : ________________________________ BIL NAMA PESERTA PEJABAT/ SEKOLAH NO.TELEFON NO. BIB 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 _____________________ Nama Pengurus : _____________________ Pejabat/ Sekolah : ___________________________


26KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] KERTAS KERJA KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL 1.0 PERMAINAN SUMPIT 2.0 ANJURAN Majlis Pesekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak 3.0 PENGENALAN Permainan sumpit merupakan salah satu permainan tradisional yang menjadi sebahagian daripada warisan budaya negara kita. Dalam Karnival Permainan Tradisional , permainan sumpit turut dipertandingkan. Ini merupakan satu usaha kumpulan kami untuk melahirkan ahli-ahli pengakap yang mempunyai kesedaran mengenai permainan sumpit yang semakin hilang pada masa kini. Oleh sebab itu, tujuan utama pertandingan ini diadakan untuk melahirkan ahli pengakap yang berpengetahuan tentang permainan sumpit dan dapat mengajar permainan tradisional ini kepada generasi muda masa kini. 4.0 OBJEKTIF 4.1 Memberi peluang kepada ahli pengakap untuk mengenali serta mempelajari permainan sumpit. 4.2 Meningkatkan kemahiran ahli pengakap dalam pengurusan dan pentadbiran untuk menganjurkan sesuatu acara atau pertandingan. 4.3 Memupuk semangat kerjasama, toleransi serta mengeratkan perpaduan antara ahli pengakap melalui penglibatan dalam permainan sumpit. 4.4 Meningkatkan tahap disiplin serta kepatuhan dalam diri ahli pengakap melalui undang-undang dan peraturan permainan yang telah ditetapkan. 4.5 Menyemai perasaan cinta akan permainan tradisional agar dapat mengekalkan warisaan budaya ini untuk kepentingan generasi akan datang. 5.0 ASAS PERTIMBANGAN Permainan Sumpit merupakan satu permainan yang diwarisi secara turuntemurun dan pernah digemari semua lapisan masyarakat. Walau bagaimanapun, permainan tradisional ini semakin hilang dalam menongkah abad ke-21. Oleh itu, pertandingan permainan sumpit ini dilaksanakan agar ahli pengakap dapat menimba pengalaman dan pengetahuan mengenai permainan ini serta memberi peluang kepada ahli pengakap untuk menguruskan pertandingan agar dapat mengaplikasikan pengalaman tersebut pasa masa depan.


27 KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] 6.0 TARIKH PERTANDINGAN (CADANGAN) Tarikh : Julai 2023 Masa : 0830-1200 Tempat : ditentukan oleh daerah masing -masing 11.0 PENUTUP Diharapkan agar Pertandingan Sumpit sempena Karnival Permainan Tradisional ini dapat membantu melahirkan guru pelatih yang berpengetahuan luas mengenai permainan tradisional dan berupaya meningkatkan kemahiran pengurusan dan pentadbiran sukan dalam kalangan guru pelatih. Secara tidak langsung,pemimpin pengakap dapat mengaplikasikan dan menganjurkan pertandingan yang sama ditempat masing-masing kelak tanpa sebarang masalah. LAMPIRAN B SYARAT DAN PERATURAN PERMAINAN: 1. Setiap pasukan dikehendaki menghantar 4 orang wakil. 2. 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan. 3. Setiap seorang mempunyai 5 kali peluang untuk melakukan sumpitan. 4. Hanya 1 kali percobaan yang dibenarkan. 5. Permainan dilaksanakan secara bergilir-gilir. 6. Peserta harus berdiri di dalam kawasan gelung yang disediakan. 7. Pesert tidk boleh melakukan sumpitan di luar kawasan gelung yang telah disediakan. 8. Permainan akan dijalankan di kawasan yang telah ditetapkan . CARA BERMAIN: 1. Setiap pasukan dikehendaki menghantar 4 orang wakil yang terdiri daripada 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan. 2. Pesert a harus berdiri di dal am g elung yang disediakan 3. Peserta harus menghalakan sumpit ke arah tin aluminium yang telah disusun. 4. 1 Tin yang jatuh dikira sebagai 1 markah. 5. Kumpulan yang mendapat markah yang banyak di kira sebagai pemenang.


28KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] KERTAS KERJA PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL TARIKH: Julai 2023 MASA: 08.30 PAGI HINGGA 12.30 TENGAH HARI TEMPAT: Serentak semua daerah 1.0 PENGENALAN Dalam usaha membina modal insan yang berkualiti demi masa depan negara, murid mestilah didedahkan dengan aktiviti kokurikulum yang membina . Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, potensi murid wajarlah digilap secara menyeluruh dan holistik melalui semua aspek termasuklah aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI). Oleh itu, ahli warga W5 telah bercadang untuk menganjurkan Pertandingan Permainan Tradisional antara para pelajar ahli pengakap. Setiap permainan tradisional dibahagikan kepada bebeapa stesen untuk memudahkan urusan pengendalian permainan dan keseluruhan aktiviti permainan tradisional ini turut dikendalikan oleh setiap guru pelatih daripada unit W5. Pertandingan Permainan Tradisional / Kanak-Kanak ini akan berlangsung pada Julai 2023 . Seramai 15 orang pelajar akan mengambil bahagian dalam aktiviti yang dipertandingkan. Sehubungan dengan itu, guru pelatih yang terlibat akan berpeluang untuk meningkatkan ilmu pengetahuan tentang permainan tradisional dan meningkatkan kemahiran dalam aktiviti permainan tradisional. Tambahan pula, aktivitiaktiviti permainan tradisional itu juga dapat memberikan pengalaman yang bermakna kepada para guru pelatih untuk mengaplikasikannya dalam aktiviti kokurikulum di sekolah kelak. 2.0 PENGANJUR MAJLIS PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 3.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN


29 KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] 3.1 MATLAMAT Permainan tradisional yang akan diadakan dapat meningkatkan kemahiran sosial antara pemimpn dengan ahli pengakap. Selain itu, ia dapat meningkatkan semangat kerjasama, bertolak ansur dan saling tolong menolong dalam kalangan ahli pengakap. Di samping itu, ia dapat mendedahkan pengalaman baharu kepada guru-guru pelatih mengenai ilmu pengurusan serta pentadbiran sesebuah pertandingan. Seterusnya dapat menyemai sikap menghargai permainan tradisional dalam kalangan murid-murid. Tambahan pula, meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif ahli-ahli pengakap dalam menyelesaikan masalah. Akhir sekali, meningkatkan tahap disiplin melalui penetapan peraturan permainan serta melahirkan individu yang sedia menghadapi cabaran. 3.2 OBJEKTIF 3.1.1 Melahirkan dan menanamkan semangat kesukanan dalam sanubari ahli-ahli pengakap. 3.1.2 Pemimpin-pemimpin pengakap dapat mengelola dan mengurus sesebuah pertandingan dengan baik dan sistematik. 3.1.3 Meningkatkan hubungan interpersonal antara pemimpin dengan pihak-pihak tertentu yang terlibat semasa pengelolaan Permainan Tradisional. 3.1.4 Mendedahkan mengenai permainan tradisional dalam kalangan ahli-ahli pengakap. 3.1.5 Mengeratkan silaturahim, hubungan kekeluargaan, dan nilai insaniah antara ahli pengakap. 3.1.6 Menggalakkan ahli-ahli pengakap untuk melibatkan diri dalam aktiviti kesukanan yang memberikan impak positif kepada kesihatan serta kecergasan fizikal dan mental. 3.1.7 Memastikan ahli pengkap mampu bersaing dan meningkatkan potensi dalam bidang kokurikulum bukan sahaja akademik. 3.3 RASIONAL 3.2.1 Pertandingan permainan tradisional ini dapat memberi pendedahan, pengetahuan dan pengalaman mengenai perancangan, persediaan dan pengelolaan sesuatu pertandingan. 3.2.2 Semangat kesukanan, nilai bekerjasama, dan nilai insaniah, nilai toleransi dan dapat dipupuk yang bakal dipupuk dalam kalangan


30KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] semua peserta dan ahli jawatankuasa. 3.2.3 Bagi insan, kecergasan dan kecerdasan adalah aspek yang memainkan peranan yang penting bagi menyediakan pelajar yang proaktif. Pelajar yang mantap dari segi rohani, jasmani, emosi dan sosial dapat dilahirkan. 3.2.4 Karnival ini juga suatu usaha untuk menghargai dan menyemai kembali rasa cinta terhadap permainan tradisional yang dianggap sebagai warisan budaya di kalangan masyarakat Malaysia. 3.2.5 Membentuk ahli pengakap yang berdikari dan mampu menyesuaikan diri mengikut situasi. 3.2.6 Menyemai nilai kebudayaan yang tinggi dalam diri ahli pengakap bagi memastikan golongan remaja akan mengekalkan dan menghargai budaya dan tradisi mereka pada masa depan. 3.4 NAMA PERTANDINGAN Karnival Permainan Tradisional 2023 3.5 TEMA Pengaplikasian dasar “Towards Sporting Nation’ sebagai tema pertandingan bagi menyokong matlamat negara untuk menjadikan riadah sebagai sebuah matlamat nasional bagi melahirkan ‘Keluarga Malaysia’ yang kekal sihat, aktif dan cergas. Perkara ini dapat menggalakkan ahli pengakap untuk lebih aktif dalam bidang kokurikulum di bawah strategi Sukan untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. 3.6 KETETAPAN PERTANDINGAN Program ini akan dilaksanakan pada ketetapan berikut: Tarikh : Julai 2023 Hari : Rabu Masa : 08.30 pagi - 12.30 tengah hari Tempat : Serentak Seluruh Daerah 3.7 KUMPULAN SASARAN Semua ahli pengakap berdaftar Sekolah Menengah 3.8 CADANGAN PERMAINAN 3.8.1 KETINTING 1. Sejarah/Asal usul Ketinting adalah satu permainan tradisional yang selalu dimainkan oleh kanak-kanak. Kebiasaannya permainan ini lebih digemari oleh kanak-kanak


31 KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] perempuan berbanding lelaki. Ini kerana permaianan ini tidak lasak dan hanya menggunakan kaedah lompatan satu kaki dan dua kaki. Permainan ini hanya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang kecil sahaja. Ketinting hanya dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak yang terdiri daripada dua hingga empa orang sahaja. Sekiranya lebih, ia akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain kerana ianya hanya dimainkan di kawasan yang kecil sahaja. 2. Peralatan Diperlukan ● Gelanggang → Di kawasan kampung, gelanggang dibuat hanya dengan menggoreskannya di atas tanah sahaja. Di kawasan perumahan pula, kapur digunakan untuk melukis di atas jalan tar. ● Gundu (buah teng-teng) → Gundu mestilah berbentuk leper dan anggaran saiz bagi gundu adalah sebesar duit 50 sen. 3. Cara Bermain - Sebelum memulakan permainan, pemain haruslah melakukan undian untuk mengetahui pemain mana yang harus memulakan permainan dahulu. - Bagi memulakan permainan, pemain hendaklah mencampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan membelakangkan petak. Jika gundu tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau terkeluar, ia dianggap mati. Pemain lain mengambil giliran pula. - Pemain dikehendaki melompat ke dalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di petak sembilan dengan kedua belah kaki. Seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih. - Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, setibanya di petak kedua dan keempat, pemain memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan kaki kiri di petak keempat. Setelah itu pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga pula dengan hanya sebelah kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak pertama dan terus ke garisan penamat. - Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada didalamnya, smada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.


32KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] 4. Ulasan Permainan ketinting yang dijalankan pada hari tersebut berjalan dengan lancar. Semua peserta didapati menikmati permainan tersebut dan bermain dengan seronok. Akan tetapi, terdapat beberapa kekeliruan terjadi sebelum permainan tersebut dimulakan. Setiap peserta menyatakan pendapat mereka yang berbeza-beza mengenai cara permainan ketinting ini harus dijalankan. Oleh itu, terdapat beberapa waktu di mana permainan harus diberhentikan seketika untuk membincangkan cara bermain. Pada pendapat saya, aktiviti ini boleh diperbaiki lagi di mana pihak penganjur bersama ahli-ahlinya berbincang dengan lebih teliti mengenai peraturan permainan dan bagaimana cara untuk bermain dengan betul. Ini kerana terdapat beberapa info yang mengatakan bahawa permainan ketinting terdapat banyak versi yang berbeza mengikut setiap negeri. Selain daripada itu, pihak penganjur boleh menunjukkan demo yang lengkap terlebih dahulu kepada para peserta sebelum permaina dimulakan. 3.8.2 BALING SELIPAR / TUJU SELIPAR 1. Sejarah/ Asal-usul Asal-usul permainan ini tidak dapat dipastikan kerana telah sedia dimainkan di Negara ini sejak dahulu lagi. Namun begitu permainan ini terus berkembang ke seluruh Tanah Melayu dan dimainkan oleh pelbagai kaum dan jantina. Kanak-kanak perempuan dan lelaki sering bermain permainan ini bersama. Ia merupakan sebuah permainan yang menarik dan memerlukan semangat sepasukan yang tinggi. Permainan tuju selipar ini sering dilakukan di tempat rata yang mempunyai tanah yang rata bagi memudahkan pemain untuk berlari dan mengejar sesama mereka. Lebih lucu lagi, kanak-kanak akan bermain tuju selipar di masjid ataupun surau ketika jemaah sedang solat kerana mereka menggunakan selipar jemaah itu sendiri dalam permainan ini. 2. Peralatan Diperlukan ● Kawasan lapang: Di kawasan kampung atau perumahan, padang atau gelanggang futsal dan sebagainya. ● Selipar: Tiga buah selipar digunakan untuk mendirikan seolah-olah ‘kubu’ oleh pasukan ‘defense’ dan selipar lain digunakan untuk mengejar kumpulan pasukan ‘defense’. 3. Cara bermain 1) Pemain pertama daripada kumpulan utama memulakan permainan


33 KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] dengan cara membaling selipar kearah selipar yang telah disusun. 2) Setiap pemain boleh membuat lontaran sebanyak tiga kali untuk menjatuh selipar yang telah disusun. 3) Jika lontaran yang dilakukan tidak terkena pada sasaran, giliran pihak lawan pula mengambil alih untuk melakukan lontaran seterusnya. 4) Jika selipar berjaya dijatuhkan, maka pemain kumpulan utama berusaha mematikan lawannya dengan membuat balingan selipar dan disasarkan pada pihak lawan. 5) Kemenangan dikira berdasarkan jika pihak lawan dapat menyusun semula selipar-selipar tersebut menjadi tiga segi dan melangkah susunan tersebut. 4. Pemarkahan Permainan ini biasanya seperti pusingan kalah mati. Kumpulan ‘defense’ yang berjaya menyusun tuju selipar dahulu sebelum dikejar oleh kumpulan ‘chaser’ dikira kemenangan buat kumpulan ‘defense’. Sekiranya kumpulan ‘chaser’ berjaya menyingkirkan semua ahli kumpulan ‘defense’ sebelum mereka berjaya membuat kubu selipar, kumpulan itu dikira menang. 5. Ulasan Kumpulan penganjur memakan masa selama 10 minit untuk menerangkan peraturan tuju selipar ini kerana banyak kekeliruan dan pertanyaan yang dianjurkan oleh pemain. Menurut mereka, terdapat banyak versi lain permainan ini mengikut negeri masing-masing. Semasa pihak penganjur menerangkan peraturan dan cara bermain, semua pemain mengambil cakna dengan teliti. Walaupun terdapat beberapa kekeliruan sebelum permainan ini berlangsung, semua pemain bersungguh-sungguh bermain tuju selipar bersama-sama. Hasilnya, semua orang dapat berseronok dengan permainan tradisional ini. Tambahan pula, semasa penganjuran aktiviti ini, kami telah mendapati beberapa kekurangan iaitu kekangan masa dan cuaca merupakan dua faktor yang menghalang para peserta daripada menikmati permainan ini secara total. Hal ini dapat dijelaskan lagi seperti keadaan masa yang agak lewat serta cuaca yang sangat panas pada hari berlangsungnya acara ini. Justeru, sebagai saranan penambahbaikan, kami mencadangkan supaya permainan ini dimainkan di awal pagi begitu juga di tempat yang teduh untuk merancakkan lagi persaingan dan keseronokan yang dialami oleh para peserta.


34KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] 3.8.3 GALAH PANJANG 1. Sejarah/Asal usul Asal usul permainan ini sukar untuk diketahui dan siapakah yang mencipta permainan ini. Ini disebabkan permainan galah panjang ini telah bermula seawal tahun 1960-an dan terus berkembang ke serata Tanah Melayu. Permainan ini bukan sahaja dimainkan di Tanah Melayu tetapi juga di negara-negara lain seperti, Brunei Singapura dan Thailand. Namun begitu, nama dan corak permainan telah berubah mengikut masyarakat setempat. 2. Peralatan diperlukan ● Tepung untuk garisan gelanggang ● Wisel ● Kawasan tanah yang rata dan lapang 3. Cara bermain ● Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang. Panjang dan lebar bergantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemai. Satu petak galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter. ● Selepas penentuan, kumpulan yang menjaga gelanggang akan menjaga gelanggang dengan berpijak di atas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau belakang. ● Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan menyapakan tangannya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya mereka berlari masuk ke dalam gelanggang. ● Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi garisan permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin berhenti. 4. Pemarkahan 5. Ulasan Permainan ini telah diadakan pada 24 November bagi pelajar W5. Semua pelajar telah memberi kerjasama yang amat memuaskan. Namun begitu, segelintir pelajar tidak dapat memahami cara permainan galah panjang pada mulanya. Mereka telah mengemukakan beberapa soalan bagi kefahaman mereka. Selain itu, ahli kumpulan yang mengendalikan permainan ini telah


35 KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] menunjukkan demonstrasi cara permainan galah panjang. Dengan itu, para pelajar telah memahami cara permainan dan terus mulakan permainan. oleh sebab kesuntukkan masa, format permainan telah ditukarkan kepada format kalah mati. Seterusnya, antara kekuatan yang dapat dilihat dalam permainan galah panjang ini ialah pelajar terhibur dan berasa seronok ketika bermain. Pelajar akan berasa seronok kerana mereka dapat belajar cara permainan permainan ini dan mereka juga dapat rasa bebas kerana mereka mungkin sudah jemu untuk belajar di dalam kelas sahaja. Selain itu, kekuatan yang lain yang dapat dilihat adalah pelajar berkerjasama untuk melepasi halangan dan juga menghalang penyerang untuk melepasi kawasan jagaan mereka. Selain itu, kelemahan yang dikesan ialah garisan permainan merupakan garisan asal tempat letak kereta. Pelajar juga sering terkeluar kerana mereka tidak perasan garisan tersebut dengan jelas. Tapak gelanggang juga tidak begitu selamat kerana terdapat kemungkinan yang besar untuk pelajar tercedera semasa bermain. Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah, permainan ini perlu diadakan di kawasan yang terbuka dan teduh seperti awal pagi. Penambahbaikan yang seterusnya ialah juri pemantau perlu membuat garisan baru dan berlainan warna dari garisan sedia ada.sekiranya ingin memulakan permainan yang baru. Secara keseluruhannya permainan galah panjang ini menarik dan seronok juga disamping boleh bertukar-tukar pendapat dengan kenalan baru. Diharapkan agar permainan tradisional ini tidak luput ditelan zaman. 3.8.4 BATU SEREMBAN 1. Sejarah/Asal usul Batu seremban mempunyai nama yang lain iaitu ‘selambut’ dan juga ‘serembat’. Sebutan ‘selambut’ kebanyakannya digunakan di utara dan timur Semenanjung Malaysia. Pada zaman dahulu, permainan ini sering kali dimainkan di serambi rumah, dan di dalam rumah, ataupun mana-mana permukaan rata. Terdapat banyak jenis buah atau batu yang digunakan, antaranya biji getah, guli kaca, batu kerikil, ataupun kain yang dijahit dan diisi dengan biji saga. 2. Peralatan diperlukan ● 5 biji buah ● Tempat yang rata 3. Cara bermain ● Dalam versi ini, terdapat lima peringkat yang digelarkan Buah Satu, Buah Dua, dan seterusnya.


36KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] ● Setelah mencapai lima peringkat, pemain haruslah menimbang untuk mendapatkan mata ● Setiap buah yang ditangkap akan memberikan 2 mata kepada pemain sekiranya ditangkap dari atas dan 1 mata sekiranya ditangkap dari bawah. ● Pemain akan terus bermain sekiranya dia tidak gagal pada mana-mana peringkat ● Sekiranya gagal pada peringkat tertentu, pemain perlu memulakan semula pada peringkat tersebut setelah tiba gilirannya semula. ● Pemain dengan mata tertinggi selepas lima peringkat dilalui sebanyak lima kali, memenangi pertandingan. 4. Ulasan Batu seremban merupakan satu permainan yang sangat terkenal di Malaysia terutamanya dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia. Permainan batu seremban yang dijalankan pada hari kejadian didapati membawa kekeliruan semua peserta apabila terdapat banyak versi bermain batu seremban. Berikutan juga dengan masa yang singkat, pihak penganjur terpaksa menggunakan versi yang paling sesuai terhadap kedua-dua peserta yang bertanding. Sebelum memulakan permainan, kedua-dua peserta dibenarkan untuk menanyakan soalan kepada pihak penganjur agar tiada kemusykilan akan berlaku. Kedua-dua peserta yang bertanding didapati sangat cekap di dalam pertandingan ini dan berjaya menunjukkan satu perlawanan yang sengit. Kekurangan yang didapati di dalam pertandingan ini ialah pemilihan batu yang kurang sesuai oleh pihak penganjur iaitu kecil dan kotor. Pengurusan yang kurang baik oleh pihak penganjur turut harus diberikan perhatian. 3.8.5 TIKAM GULI 1. Sejarah / Asal Usul Permainan guli adalah permainan tradisional melayu yang digemari oleh kanak-kanak pada masa lapang terutamanya pada zaman dahulu. Permainan guli ini juga dikenali sebagai Kelereng. Permainan guli ini dimainkan secara melontarkan guli dengan tepat mengenai sasarannya. Permainan ini biasanya dimainkan oleh kanak-kanak terutamanya kanak-kanak lelaki yang berumur antara tujuh hingga dua belas tahun.


37 KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] Kawasan yang paling sesuai untuk dijadikan gelanggang adalah di tempat yang teduh, tanah rata dan kawasan yang lapang. Pada zaman dahulu, potongan-potongan kayu dibulatkan sebesar sebiji telur ayam untuk dijadikan sebuah guli. Selepas Perang Dunia Pertama, guli dibuat dari bahan kapur yang dicampurkan dengan simen. Ia sebesar ibu jari kaki. Sekarang, guli diperbuat dari bahan-bahan kaca dengan ukuran yang pelbagai saiz, dari ukuran jari kaki kelingking hingga ibu jari kaki. 2. Peralatan ● Guli 3. Cara Bermain 1) Sebuah lubang induk perlu dilukis diatas tanah dengan diameter 1 meter. 2) Dengan jarak 2 meter daripada lubang induk, setiap pemain perlulah meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk ataupun lubang utama. 3) Guli yang telah masuk ke dalam lubang induk atau yang paling hampir adalah dikira sebagai pemain yang pertama yang memulakan permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua hampir dan seterusnya. 4) Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar dari bulatan tersebut. 5) Setiap satu guli yang berjaya dikeluarkan daripada lubang induk oleh pemain adalah dikira satu mata. 6) Setiap pemain diberikan satu percubaan pada setiap pusingan. 7) Pemain yang berjaya memungut mata tertinggi adalah dikira pemenang. 5. Ulasan Tikam Guli merupakan suatu permainan yang digemari dan dimain oleh orang ramai semasa kanak-kanak. Ia juga merupakan suatu permainan yang mementingkan fokus dan kemahiran strategi seseorang. Peserta perlu mencabar kemahiran fokus mereka untuk bermain dan memenangi permainan ini. Selain daripada meluangkan masa, peserta juga dapat meningkatkan kemahiran strategi mereka untuk bermain permainan ini. Bagi aspek penambahbaikkan, stesen permainan berlebihan dan bilangan guli perlu ditambah. Ini adalah bagi memberi peluang kepada semua peserta untuk bermain aktiviti ini. Juga, kumpulan peserta perlu dibahagi sebelum


38KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] bermula pertandingan mengikut stesen masing-masing. 3.8.6 TATING LAWI 1. Sejarah Permainan Sepak Bulu Ayam merupakan antara permainan tradisional yang dimainkan di Malaysia. Ia juga dikenali sebagai sebuyam, lawi ayam dan chapteh. Ada pendapat menyatakan permainan ini berasal dari China dan namanya dikenali sebagai chien tsu. Masyarakat Malaysia telah mengasimilasikan permainan ini dan menamakannya chapteh atau sepak bulu ayam. Menyingkap kembali sejarah permainan sepak bulu ayam ini, tiada tarikh khusus yang menyatakan bila permainan ini mula bertapak di negara ini namun daripada sejarah lisan dan kajian golongan pencinta seni budaya, permainan ini telah wujud di negara ini sejak sekian lama dahulu. Di beberapa daerah di negeri Johor umpamanya, permainan ini dikenali dengan nama ‘sepak yem’ dan sangat digemari kanak-kanak lelaki sejak di bangku sekolah lagi. 2. Peralatan ● Lawi Ayam ● Gelung rotan ● Marker 3. Cara bermain 1) Murid dalam kumpulan kecil. 2) Undian dibuat untuk menentukan kumpulan yang akan memulakan permainan. 3) Kumpulan yang dipilih untuk memulakan permainan akan mula menimang manakala kumpulan lain akan menjadi pengira. 4) Setiap pemain hanya diberikan peluang untuk menimang sebanyak tiga kali berturut-turut sebelum menghantar kepada rakan sepasukan yang seterusnya. 5) Pemain dibenarkan untuk menggunakan semua anggota badan kecuali tangan. 6) Permainan dijalankan sebanyak 3 pusingan (3 kali jatuhan) dan seterusnya tukar peranan. 7) Kumpulan yang membuat timangan terbanyak dikira sebagai pemenang. 4. Tips Keselamatan:


39 KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] ● Pastikan lawi ayam selamat untuk digunakan. ● Pastikan kawasan permainan selamat. 5. Ulasan Tating Lawi juga dikenali sebagai ‘chapteh’, dimain menggunakan kaki. Aspek menarik permainan ini adalah ia merupakan suatu permainan yang dimainkan secara berpasukan dan berkumpulan. Aktiviti ini dapat memupuk semangat kerjasama dan setia kawan di kalangan para peserta serta mengeratkan hubungan silaturahim sesama mereka. Semua peserta dapat bermain dengan gembira dan mereka memberi motivasi antara satu sama lain sehingga berakhirnya aktiviti. Bagi aspek penambahbaikan, peserta perlu dibahagi kepada kumpulan yang lebih kecil supaya semua orang dapat bermain permainan tersebut. 4.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA 4.1 AJK INDUK Penaung : Penasihat 1 :Encik Peter Chai Penasihat 2 :Kapten Zainuddin Pengerusi: Encik Arthur Lee Timbalan Pengerusi: Setiausaha : Bendahari : Pengurus Program : Encik Mohadi Mobin Penasihat Teknikal : Encik Ngatiman Saripin AJK : Semua Ahli Majlis Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak Semua 4.2 AJK PELAKSANA Pengerusi : Timbalan Pengerusi : Setiausaha Bendahari : Ahli : AJK Pengelola


40KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] 7.0 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG Peraturan Permainan Ketinting ● Semasa bermain, ceper tidak boleh jatuh di luar petak, di atas garisan mana-mana petak. ● Tangan dan kaki pemain tidak boleh terpijak garisan petak semasa melompat ataupun ketika mengambil semula ceper mereka. ● Seorang pemain diberikan 3 peluang sahaja. Peraturan Permainan Baling Selipar / Tuju Selipar ● Had anggota badan yang boleh dibaling dengan selipar adalah di bawah paras kepala. Jika dengan sengaja membuat balingan kearah kepala, pengadil berhak mendenda pihak yang membaling dari segi mata perlawanan. ● Sebarang cara bermain yang mendatangkan kecederaan seperti “Body contact” atau lawan badan adalah tidak dibenarkan sama sekali. Peraturan Permainan Galah Panjang ● Jika ketua kumpulan penyerang disentuh oleh mana-mana ahli kumpulan pertahanan, maka keseluruhan kumpulan dikira mati. Walau bagaimanapun, permainan akan diteruskan sehingga tamat masa. ● Mana-mana ahli daripada kumpulan penyerang atau pertahanan keluar daripada kawasan permainan masing-masing, permainan akan diberhentikan dan diberikan demerit. ● Masa perlawanan ada 5-1-5. ● Setelah tamat 5 minit pertama tamat, wisel akan dibunyikan dan kumpulan pertahanan pula akan mengambil giliran sebagai penyerang dan sebaliknya. ● Permainan ini hanya 5 orang pemain sahaja. 4 orang pemain utama dan 1 orang pemain simpanan. Peraturan Permainan Batu Seremban Permainan akan berpindah kepada pihak lawan jika; ● Pemain tidak dapat menyambut buah yang dilambung. ● Ketika memungut buah di lantai, tersentuh buah lain atau buah-buah yang terhimpit bergerak. ● Pemain terlupa tahap dia berada ketika menyambung semula permainan. ● Melakukan perkara yang di luar permainan, pemain akan dibuang gelanggang. Pemain tidak dibenarkan bercakap, memberi atau menerima sebarang isyarat daripada rakan. Peraturan Permainan Tikam Guli ● Kedua-dua kaki tidak boleh melepasi garisan penanda untuk menikam. ● Kedua-dua kaki tidak boleh diangkat dan melangkah ke hadapan ketika membuat tikaman. ● Tikaman hanya boleh menggunakan “striker” yang telah disediakan ● Kedudukan tikaman hanya boleh pada kedudukan berdiri.


41 KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] Peraturan Permainan Tating Lawi ● Setiap pasukan diberi masa selama 5 minit maksimum untuk membuat timbangan bola atau 3 kali peluang bola jatuh ke tanah yang mana lebih dahulu. ● Pasukan atau individu yang menimbang paling banyak atau mata tertinggi akan diisytiharkan sebagai pemenang. ● Penganjur berhak meminda waktu pertandingan jika melibatkan keselamatandan keselesaan peserta. ● Penganjur berhak memindah tempat atau menambah syarat dan peraturan pertandingan sekiranya perlu. 7.1 PERATURAN PEMAKAIAN 1. Semua peserta perlu memakai baju sukan yang sesuai. 2. Bertudung bagi murid beragama Islam. 3. Mengikat rambut dengan kemas bagi murid bukan beragama Islam. 4. Memakai tracksuit . 5. Memakai kasut sukan serta stokin. 8.0 JADUAL TENTATIF PENGELOLAAN MASA AKTIVITI 8.00 pagi - 8.45 ● Berkumpul ● Taklimat dan permainan guli ● Taklimat dan permainan tating lawi 8.45 pagi - 9.30 ● Taklimat dan permainan ting ting ● Taklimat dan permainan tuju selipar 9.30 pagi - 10.15 ● Taklimat dan permainan batu seremban ● Taklimat dan permainan galah panjang 10.30 pagi ● Bersurai 9.0 ANDAIAN KEKANGAN 9.1 Terdapat peserta yang menarik diri atas faktor tertentu seperti kesihatan. 9.2 Masalah cuaca buruk seperti hujan sepanjang tempoh pertandingan dijalankan. 9.3 Terdapat ahli yang cedera semasa menjalankan aktiviti. 9.4 Tempat digunakan oleh orang lain yang bukan peserta.


42KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] 1.0 TAJUK Sukaneka. Permainan : 1) isi air dalam botol 2) bawa bola menggunakan gelung rotan 3) cari gula-gula dalam tepung 4) lari dalam guni 5) tiup belon sampai pecah 2.0 PENGENALAN Permainan sukaneka adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh kebiasaannya kanak-kanak untuk bermain, berseronok dan mengisi masa lapang. Permainan sukaneka mempunyai peranan yang penting dalam Pendidikan Jasmani bagi muridmurid di sekolah rendah. Walaupun objektif jangka pendek adalah menghiburkan para peserta, permainan sukaneka banyak memberi sumbangan yang baik terhadap perkembangan para peserta. Menerusi permainan sukaneka, para peserta dapat membina sifat jasmani dan sosial seperti yang diingini. Kepantasan, daya tenaga, ketangkasan, kemahiran dan game sense adalah beberapa contoh sifat jasmani yang diperlukan. Selain itu, permainan sukaneka juga dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan kepada penganjur dalam pengelolaan sesuatu pertandingan seperti ini.


43 KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] 3.0 MATLAMAT Matlamat sukaneka ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama, persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan peserta. Selain itu, aktiviti permainan sukaneka yang dijalankan dapat membentuk sikap dan amalan positif dikalangan peserta dengan menunjukkan disiplin yang tinggi. Di samping itu, sukaneka ini juga secara tidak langsung dapat menjadikan kanak-kanak tersebut aktif dan seronok menjalankan aktiviti yang menarik dan produktif. 4.0 OBJEKTIF 1. Memupuk keyakinan dan sikap tidak berputus asa dalam diri para peserta 2. Mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan peserta. 3. Membentuk peserta agar sentiasa bersikap positif. 4. Memberi peluang kepada peserta dalam menunjukkan bakat masing masing. 5. Memberi kebebasan kepada guru pelatih untuk mencorakkan idea melalui aktiviti-aktiviti sukaneka yang dijalankan. 6. Melahirkan nilai-nilai murni dalam diri seperti bekerjasama, rajin dan bertanggungjawab. 7. Menambahkan nilai pengetahuan dan pengalaman guru pelatih dalam penghasilan kertas kerja. 8. Memberi peluang kepada kanak-kanak mempelajari, mengaplikasi, memperoleh pengalaman dan memperkembang kemahiran, pengetahuan dan nilai yang terdapat dalam aktiviti sukaneka yang dijalankan.


44KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] 5.0 TARIKH DAN MASA Tarikh : Julai 2023 Masa : 0830 – 11.00 pagi 6.0 TEMPAT Akan ditentukan oleh semua Daearah 7.0 KUMPULAN SASARAN Pelajar Tahap dua Sekolah Rendah 8.0 BILANGAN PESERTA 20 orang peserta ( 10 orang lelaki, 10 orang perempuan ) 9.0 JAWATANKUASA INDUK Pengerusi : Naib pengerusi : Setiausaha Naib setiausaha : Bendahari : 10.0 PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN 10.1 Pembahagian kumpulan Kumpulan A : 5 orang Kumpulan B : 5 orang


45 KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] Kumpulan C : 5 orang Kumpulan D : 5 orang *(Rujuk Lampiran 1) 10.2 Senarai Alatan Alatan Kuantiti Air 4 baldi Baldi 4 Botol 4 Bola 20 Gelung rotan 4 skitel 8 Pinggan 8 Gula-gula 40 Tepung 1 Guni 4 Belon 20 10.3 Prosedur Pelaksanaan Permainan BIL. ACARA PROSEDUR 1. ”Isi air dalam botol ” Alatan : - air - baldi - botol Prosedur Peserta bagi setiap kumpulan akan bergilir-gilir untuk mengisi air di dalam botol. Air yang terdapat di dalam baldi hendaklah diambil menggunakan tangan dan diisi di dalam botol yang disediakan. Kumpulan yang berjaya mengisi air dengan penuh terlebih dahulu dikira sebagai pemenang. 2. “Bawa bola menggunakan Prosedur


46KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] gelung rotan” Alatan : - bola - gelung rotan - Skitel Peserta akan membawa bola dengan cara menarik bola menggunakan gelung rotan menuju ke arah skitel yang disediakan iaitu sejauh 5 meter. Peserta perlu mengelilingi skitel dan bergerak semula ke tempat permulaan. Permainan akan diteruskan oleh peserta yang lain di dalam kumpulan tersebut. Kumpulan yang tamat melakukan permainan terlebih dahulu akan dikira sebagai pemenang. 3. ” Cari gula -gula dalam tepung” Alatan : - pinggan - gula-gula - tepung Prosedur Peserta perlu meniup tepung hingga menjumpai gula -gula yang terdapat di dalam pinggan berisi tepung. Peserta perlu mengambil gula -gula tersebut dengan menggunakan mulut dan memasukkan gula -gula tersebut di dalam pinggan berasingan yang disediakan. Peserta perlu melakukan permainan ini secara bergilir -gilir dengan ahli kumpulan masing -masing. Gula -gula yang terdapat di dalam pinggan berisi tepung itu adalah sebanyak 10biji. Kumpulan yang berjaya mencari kesemua gula -gula dan memindahkan ke dalam pinggan berasingan terlebih dahulu akan dikira sebagai pemenang. 4. ”Lari dalam guni” Alatan : - guni Prosedur Peserta perlu berlari dalam guni sejauh 5 meter dan mengelilingi skitel yang disediakan serta bergerak semula ke tempat permulaan. Permainan diteruskan oleh peserta yang lain di dalam


47 KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] kumpulan tersebut. Setiap ahli dalam setiap kumpulan perlu melakukan permainan ini. Kumpulan yang berjaya menamatkan permainan dalam masa yang terpantas akan dikira sebagai pemenang. 5. ”Tiup belon sampai pecah” Alatan : - belon Prosedur Peserta perlu meniup belon sehingga pecah. Setiap peserta di dalam setiap kumpulan perlu meniup sebiji belon hingga pecah. Peserta akan bergilir-gilir melakukan permainan hingga tamat. Kumpulan yang berjaya menamatkan permainan dalam masa yang paling pantas akan dikira sebagai pemenang. *(Rujuk lampiran 2)


48KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] 10.4 Pelan Kedudukan Perlaksanaan Permainan Sukaneka Permainan 1 : Isi air dalam botol MULA TAMAT TAMAT X X X X X X X X X X X X peserta X X X X X X X X Arah larian botol baldi berisi air


49 KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2023 | [Pick the date] Permainan 2 : Bawa Bola Menggunakan Gelung Rotan MULA/TAMAT X X X X X X X X X X X X peserta X X X X X X X X Gelung rotan dan bola 5meter skitel


Click to View FlipBook Version