The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROGRAM IHYA' RAMADHAN SERESTU 1442H

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Wan Fahimum, 2021-04-11 03:44:50

BUKU PROGRAM IHYA' RAMADHAN 1442H

PROGRAM IHYA' RAMADHAN SERESTU 1442H

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang istimewa buat umat Islam.
Bahkan, ia adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh orang-orang
mukmin, datangnya dinantikan, perginya ditangisi oleh para sahabat
dan mukminin. Maka, rugilah mereka yang tidak menggunakan
kesempatan yang diberikan oleh Allah untuk berada dalam bulan yang
mulia ini dengan sebaik mungkin. Oleh itu pelbagai aktiviti agama
seharusnya dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan ini khususnya,
sebagai penjana untuk memantapkan lagi program pengukuhan sahsiah
murid dan warga sekolah. Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh
keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala nescaya diampunkan
baginya segala dosa yang terdahulu” (Riwayat Bukhari).
Oleh yang demikian, bagi menyambut seruan daripada Rasulullah
S.A.W. tersebut, Panitia Pendidikan Islam telah menyatakan kesediaan
untuk merebut ganjaran yang berlipat ganda yang telah dijanjikan oleh
Allah S.W.T. dengan menjayakan suatu program pembentukan Rohani
dalam kalangan guru, kakitangan serta murid yang dinamakan sebagai
“PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 1442H/2021”.

2.1Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia,
berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di
dalam Ramadhan al Mubarak.

2.2Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal
ibadat dalam bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara
jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan
ukhurawi.

2.3Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan
kesihatan di kalangan warga sekolah serta turut sama bersimpati
memberi sumbangan untuk mereka yang kurang bernasib baik.

2.4Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman
dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran
beramal sepanjang Ramadhan.

2.5Memantap dan menyemarakkan lagi ukhuwah Islamiah antara warga
sekolah dengan masyarakat setempat dan para ibu bapa murid.

Kedatangan bulan Ramadhan yang penuh berkat
ini hendaklah disambut dan dihayati dengan
amalan yang berfaedah.

Semoga Program Ihya’ Ramadhan SK Sungai
Tungku 1442H/2021 yang akan dijalankan ini
mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT.

Semoga Ramadhan kali ini menjadi tarbiyyah
ruhiyyah dalam mendidik murid-murid menjadi
muslimin dan muslimat yang bertaqwa.

BIL PROGRAM / AKTIVITI TARIKH SASARAN
PELAKSANAAN
1 Pelancaran Ihya’ Ramadhan 12 April 2021 (Isnin) Semua Warga
1442H/2021 Sekolah
13 April 2021 hingga
2 Tadarrus Al-Quran Guru dan Staf 06 Mei 2021 Guru dan Staf

3 Bulan Al-Quran 13 April 2021 hingga Murid Tahap 1
06 Mei 2021(waktu dan 2
4 Bacaan Al-Qur’an (CD) dan Alunan
Zikir Munajat Rehat) Semua Warga
13 April 2021 hingga Sekolah
5 Kuiz Ramadhan / Nuzul Al-Quran 06 Mei 2021(waktu
6 Mewarna Ramadhan / Nuzul Al-Quran Murid Tahap 2
7 Tabung Infaq Ramadhan pagi dan Rehat)
8 Sumbangan Aidilfitri 26 April 2021 hingga Murid Tahap 1 &
9 Penutup Ihya’ Ramadhan Prasekolah
30 April 2021
26 April 2021 hingga Semua Warga
Sekolah
30 April 2021
13 April 2021 hingga Murid-murid
miskin
04 Mei 2021
05 Mei 2021 (Khamis) Semua Warga
Sekolah
06 Mei 2021(Jumaat)

Pengerusi : Pn. Hajah Nor Laily binti Alias (Guru Besar)
Naib Pengerusi
: En. Mohd Saufi bin Salleh (PK Pentadbiran)
Setiausaha
Bendahari Pn. Junainah bint Majid (PK HEM)
Pn. Kaazah binti Kamaruddin (PK Ko-kurikulum)

: Pn. Wan Azhana binti Wan Mohamed

: En. Mohd Hafiz bin Fathil

Penyelaras Tadarrus dan Al-Quran : En. Mohd Hafiz bin Fathil
Penyelaras Tabung Infaq Ramadhan : Puan Hajah Rashidah binti Md. Rashidi
Penyelaras Kuiz dan Mewarna : Puan Junaidah binti Mohammad Ikhsan

Urusetia Sumbangan Aidilfitri : En. Mohd Hafiz bin Fathil
Pn. Hasnida binti Hashim
Urusetia Hadiah & Cenderahati Pn. Asziana binti Che Ahmad
Jurugambar Puan Norazima binti Mohd. Nor
Buku program
: Puan Junaidah binti Mohammad Ikhsan
Puan Moona Fairuz binti Bidin
Puan Ella Farini binti Mohamed

: Puan Afidatul Ashila binti Badrol Hisham
En. Tajul

: Puan Hajah Rashidah binti Md. Rashidi
Puan Norhidayah binti Huri
En. Muhammad Zubir bin Ahmad Nawawi

PA System : En. Mohd Huzairi bin Zamri
En.Mohd. Asyraf bin Abdullah

Semoga usaha yang sedikit ini akan dinilai oleh Allah SWT sebagai amal soleh
dan mendapat ganjaran yang setimpal daripada-Nya.


Click to View FlipBook Version