The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Projek E-Majalah Seni Dalam Islam Dari Kumpulan ZackFriedChicken

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Another Cairiel, 2023-05-21 21:27:29

E-Majalah Projek Seni Mempertahankan Diri

Projek E-Majalah Seni Dalam Islam Dari Kumpulan ZackFriedChicken

SENI MEMPERTAHANKAN DIRI P R O J E K MEI 2023 S ENI DALAM I S LAM DUA2 0 4 2 Issue.1 ZackFriedChicken Co.


S IDANG REDAKS I PENGERUSI: USTAZ BORHANNUDIN BIN YA 02 KETUA PENULIS: MUHAMMAD AKMAL ZACRY BIN ABD AZIZ (18DDS22F1010) P.KETUA PENULIS: FARIZ SYAZWAN BIN FAUZI (18DDS22F1034) AHLI BIASA PENULIS: AHMAD CAIRIEL MIRZA BIN AHMAD ZUREE (18DDS22F1040)


KANDUNGAN Isi Sepatah dua kata dari Ketua Penulis -Sejarah -Jenis-jenis Seni Mempertahankan Diri -Penerangan Jenis -Isu/Hukum/Pendapat Ulama Ringkasan Bahan Rujukan dan Nama Penerbit. MUKADIMAH ISI-ISI PENUTUP BIBILIOGRAFI 04 06 08 10 ISI KANDUNGAN 03


Terima kasih dan syabas saya ucapkan kepada semua Jawatankuasa Majalah Seni Mempertahankan Diri atas daya usaha yang dilakukan untuk meneribitkan bahan bacaan yang sungguh bermakna ini. Semoga Majalah ini dapat menjadi sumber rujukan dan inspirasi buat para pembaca yang cintakan ilmu pengetahuan tidak kira di mana berada. Akhir kata, saya mendoakan agar Majalah ini terus cemerlang dalam menyalurkan informasi terkini dan marilah bersama-sama kami untuk melangkah lebih jauh demi kegemilangan masa depan. Sekian, terima kasih. MUKADIMAH Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurniaNya Majalah Seni Mempertahankan Diri yang diterajui oleh ZackFriedChicken.Co, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis berjaya diterbitkan dengan jayanya pada tahun 2023 ini. 04 Muhammad Akmal Zacry Bin Abd Aziz (Ketua Penulis ZackFriedChicken.co)


05 Isi-isi


Seni mempertahankan diri merupakan satu kesenian yang timbul sebagai satu cara seseorang itu mempertahankan diri. Ia merupakan kaedah berlawan tradisi dengan atau tanpa senjata dan selalunya tanpa menggunakan senjata api atau senjata moden yang lain. Seni mempertahankan diri telah lama wujud dan pada mulanya ia berkembang di medan pertempuran sebelum secara perlahan-lahan peperangan telah berkurangan dan penggunaan senjata moden mula digunakan secara berleluasa, seni bela diri mula berkembang di kalangan mereka yang bukannya anggota tentera tetapi merupakan orang awam. 06 SSEEJJAARRAAHH


Silat Tomoi 07 JJEENNIISS JJEENNIISS SSEENNII MMEEMMPPEERRTTAAHHAANNKKAANN DDIIRRII Taekwondo


Silat adalah suatu seni bela diri di Asia tenggara. Silat diamalkan di Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei. Terdapat dua versi silat iaitu Silat Melayu dan Pencak Silat. Silat Melayu atau hanya dipanggil Silat adalah istilah seni mempertahankan diri yang digunakan di alam Melayu manakala Pencak Silat adalah istilah seni mempertahanan diri dari pulau Jawa, Indonesia. Silat Melayu mahupun Pencak Silat telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai warisan budaya milik Indonesia dan Malaysia. 08 PPEENNEERRAANNGGAANN JJEENNIISS Silat


Tomoi Tomoi (juga dipanggil Tinju Siam) ialah sejenis seni bela diri yang terkenal di kalangan masyarakat Melayu di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu di utara Semenanjung Malaysia. Tinju Siam yang asalnya daripada negara Thailand (Muay Thai) terkenal dengan ketangkasan dan bahayanya berbanding dengan tinju biasa yang hanya menggunakan tangan sahaja. Secara praktiknya, Tomoi dan Muay Thai tiada sebarang perbezaan besar. Tomoi banyak menggunakan tangan, siku, kaki dan lutut. Ketangkasan dan kelincahan pemain tinju ini adalah sangat penting apabila berhadapan dengan lawan. Secara amnya, pemain tinju ini mempunyai tahap kecerdasan dan ketahanan fizikal yang cukup tinggi. 09 PPEENNEERRAANNGGAANN JJEENNIISS


Taekwondo Taekwondo ataupun Tae Kwon Do merupakan seni bela diri Korea yang paling terkenal. Ia telah diperkenalkan di seluruh dunia oleh Jeneral Choi Hong Hi, seorang panglima tentera Korea Selatan. Ia merupakan sukan rasmi Korea dan turut dipertandingkan di Sukan Olimpik sejak tahun 2000 (salah satu seni bela diri dari Asia). Dalam bahasa Korea, Tae bermaksud "tendangan atau menendang" ; Kwon bermaksud "tumbukan atau menumbuk" ; dan Do bermakna "cara" atau "seni". Jadi, Taekwondo bolehlah diterjemahkan secara kasar sebagai "seni menendang dan menumbuk". 10 PPEENNEERRAANNGGAANN JJEENNIISS


Ramai yang masih ragu-ragu dengan “apakah hukum mempelajari ilmu seni mempertahankan diri.” Penulis merasakan pertanyaan ini seringkali dijawab dengan jawapan-jawapan yang sambil lewa dan tidak mengambil berat dalam pengambilan pandanganpandangan dikalangan ulama’ muktabar. Seringkali, menjawab pertanyaan ini dengan berkata, “boleh, tidak ada masalah. Sebab kita wajib mempertahankan diri.” Memang benar jawapan ini, tetapi mengapa kita tidak membesarkan mata kita terhadap seni mempertahankan diri yang tidak selari dengan tuntutan syariat? Misalnya, harus tunduk sembah kepada gambar master yang sudah mati. Tunduk sembah kepada matahari, dan pengambilan bahan-bahan yang diharamkan dalam Islam serta mengamalkan petua-petua yang secara jelas mengingkari akidah islamiah. Selain itu, ada juga seni mempertahankan diri, membutakan penglihatanpenglihatan para pelajarnya dengan mempamerkan sesuatu yang diluar batas kemampuan manusia. Adakah pertunjukkan ini mahu mengambarkan pembuatnya itu adalah wali? Sedangkan sesuatu karamah atau maunah, bukanlah boleh didatangkan dengan kehendak manusia itu. Tetapi karamah atau maunah, didatangkan atas keizinan Allah dan kehendak-Nya. Selain daripada(maunah dan karamah) itu, semuanya adalah istidraj. Iaitu sesuatu yang diberikan kurnia semata-mata untuk menjerumuskan manusia terus ke dalam kesesatan 11 PPEENNDDAAPPAATT UULLAAMMAA


12 Penutup


Boleh dikatakan seni bela diri terdapat di merata-merata di dunia ini dan hampir setiap negara mempunyai seni bela diri yang berkembang sama ada secara tempatan atau diubah suai daripada seni bela diri luar yang meresap masuk. Sebagai contoh, seni silat adalah seni bela diri yang berkembang di negara ASia dari rantau Alam Melayunya (merangkumi Malaysia, Indonesia, Thailand dan Brunei). Bagaimanapun kemudahan perhubungan dan komunikasi yang ada pada masa ini memudahkan perkembangan idea dan seni bela diri tidak lagi terhad di tanah asalnya tetapi telah berkembang keseluruh dunia. 13 PPEENNUUTTUUPP


14 Bibiliografi


HTTPS://MS.WIKIPEDIA.ORG/WIKI/SENI_BELA_DIRI HTTPS://BN1.CARI.COM.MY/PORTAL.PHP? MOD=VIEW&AID=19804 HTTPS://BN1.CARI.COM.MY/PORTAL.PHP? MOD=VIEW&AID=19804 HTTPS://MS.M.WIKIPEDIA.ORG/WIKI/SILAT#:~:TEXT=SILA T%20ADALAH%20SUATU%20SENI%20BELA,SILAT%20ME LAYU%20DAN%20PENCAK%20SILAT. HTTPS://MS.M.WIKIPEDIA.ORG/WIKI/TAEKWONDO HTTPS://MS.M.WIKIPEDIA.ORG/WIKI/TOMOI HTTP://REDZUANROZLE.BLOGSPOT.COM/2011/11/WAJIBK AH-MEMPELAJARI-ILMU-PERTAHANKAN.HTML?M=1 15 BBIIBBIILLIIOOGGRRAAFFII


Click to View FlipBook Version