BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF (MPU3112M) TUGASAN 1 AYZAT IZYANNIE BINTI TAJUDIN , TESL SK
A. Pengesahan Pelajar : (Diisi semasa menghantar) Saya mengesahkan bahawa hasil tugasan yang dihasilkan oleh saya sendiri dan tiada unsur-unsur plagiat didalamnya. Saya faham implikasi yang akan saya terima sekiranya pengakuan ini adalah pengakuan palsu. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU,SABAH -KERJA KURSUSKURSUS: BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF KOD KURSUS : MPU3112m B. Pelajar menerima maklum balas hasil tugasan: (Diisi selepas menerima gred dan maklum balas daripada Pensyarah) .................................................................. PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA (TESL) KANDUNGAN PEMERIKSA 1 PEMERIKSA 2 GRED: KRITERIA JUMLA H (100%) NAMA PELAJAR ANGKA GILIRAN KUMPULAN AMBILAN SEMESTER NO. TELEFON BIMBIT ALAMAT E-MEL NAMA PENSYARAH AYZAT IZYANNIE BINTI TAJUDIN 2022072440151 PISMP TESL SK AMBILAN JUN 2022 SEMESTER 1 TAHUN 1 0142015042 [email protected] KHADIJAH ADENAN i. ii. iii. Tugasan 1: Penghasilan Produk Tugasan 2: Persembahan Tugasan 3: Penulisan Tugasan 1: Penghasilan Produk Tugasan 2: Persembahan Tugasan 3: Penulisan TANDATANGAN PELAJAR: TARIKH : 24 SEPTEMBER 2023
ISI KANDUNGAN Pendahuluan Fungsi bahasa Melayu menurut perlembagaan Medium perpaduan Bahasa pengantara Peraturan bahasa Melayu dalam komunikasi lisan Kesantunan berbahasa dalam komunikasi lisan Kesimpulan Rujukan 1. 2. a. b. 3. 4. 5. 6.
PENDAHULUAN Bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan di Malaysia sebagai medium perpaduan untuk memupuk integrasi antara kaum yang berbilang serta mewujudkan satu negara bangsa. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memperkasa penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia sama ada secara lisan mahupun bertulis. Antaranya, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sektor pendidikan dapat dilihat dalam Akta Pendidikan 1996, Perkara 17 (Ibrahim Majdi Mohamad Kamil & Maliati Mohamad, 2020). Tambahan pula, pihak kerajaan juga berusaha memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dengan memperkemas bahasa Melayu dari segi ejaan, tatabahasa dan laras bahasa. Namun begitu, isu kerancuan bahasa Melayu semakin menular dalam kalangan masyarakat di Malaysia terutama sekali dalam kalangan generasi muda pada hari ini lebih-lebih lagi dengan penggunaan aplikasi media sosial yang menjadi budaya masyarakat seantero dunia. Perpaduan antara pelbagai kaum di Malaysia Sumber : https://mypt3.com/karangan-perpaduan-kaum-pt3
Bahasa Melayu berfungsi sebagai penghubung iaitu bahasa perpaduan antara masyarakat yang berbilang etnik di Malaysia. Hasil permuafakatan perlembagaan, bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan (Nazri Muslim et al., 2011). Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan utama, bahasa ilmu dan undang-undang mampu memupuk semangat perpaduan dan ikatan integrasi yang mapan demi menjamin kestabilan Malaysia sebagai sebuah negara membangun. Contohnya, filem animasi Upin & Ipin yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan utama boleh diambil sebagai pendekatan dan pendedahan awal kepada kanak-kanak di Malaysia berkaitan perpaduan sosial. Walaupun setiap kelompok masyarakat mempunyai bahasa, kebudayaan dan pegangan agama yang berbeza namun mereka masih mampu untuk duduk dan bergaul bersama kelompok yang lain menggunakan satu bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu. Justeru, bahasa Melayu merupakan medium perpaduan yang digunakan di Malaysia demi menjamin masa depan negara yang lebih cerah. Filem animasi Upin & Ipin Sumber : https://naufaron.wordpress.com/2013/11/27/sukanya-tengok-cerita-upin-ipin/ FUNGSI BAHASA MELAYU MENURUT PERLEMBAGAAN Medium perpaduan
Selain itu, bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa perantara dalam membentuk identiti nasional bagi setiap warganegara Malaysia. Identiti nasional merujuk kepada masyarakat di sesebuah kawasan yang berkongsi sejarah dan budaya (Nur Nadia Lukmanulhakim, 2020). Kemampuan untuk berbahasa Melayu merupakan antara ciri penting dalam menentukan identiti nasional seorang warganegara Malaysia terutama sekali apabila berada di perantauan. Menurut Perkara 152, tiada seorang pun boleh dilarang daripada menggunakan atau belajar apa-apa bahasa lain (Nazri Muslim et al., 2011). Namun begitu pada hari ini, bahasa Melayu yang sepatutnya menjadi akar pembentukan negara bangsa ini berdepan dengan isu kerancuan bahasa iaitu mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa lain. Sebagai contoh, menggunakan bahasa Melayu secara tidak teratur dan mencampurkan dengan istilah-istilah bahasa Inggeris dalam satu konteks ayat seperti yang tedapat dalam gambar rajah di atas iaitu istilah bahasa Inggeris “struggle”. Hal sebegini berlaku kerana masyarakat penutur bahasa sudah beranggapan bahawa tidak salah untuk mencampurkan penggunaan bahasa kebangsaan mereka dengan bahasa asing (Nurlina Atan & Ernawita Atan, 2023). Oleh itu dengan memperkasakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa yang berdaulat, identiti nasional Malaysia dapat diperkukuh. Contoh kerancuan bahasa Melayu Sumber : twitter , 27 Januari 2022 FUNGSI BAHASA MELAYU MENURUT PERLEMBAGAAN Bahasa pengantara
Seterusnya, bahasa Melayu juga mempunyai peraturan yang telah ditetapkan untuk kegunaan pertuturan sehari-hari masyarakat majmuk di Malaysia. Pengukuhan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah memperkemas struktur sebutan, ejaan, tatabahasa dan laras bahasa Melayu dan telah dijadikan sebagai bahasa standard yang digunakan secara meluas sama ada secara pertuturan mahupun penulisan. Kesukaran boleh terjadi dalam pemahaman konsep-konsep yang mengandungi istilah-istilah tertentu atau khusus yang digunakan dalam ilmu berkenaan (Putri Nur Hanissha Hasyim & Harishon Radzi, 2021). Penggunaan bahasa rojak dan kesalahan tatabahasa merupakan isu linguistik dalam memperkasakan penggunaan bahasa Melayu. Kesalahan tatabahasa dan percampuran bahasa biasanya dapat dilihat melalui kebanyakan aplikasi media sosial seperti di ruangan bual aplikasi Instagram. Penggunaan tanda baca seperti noktah, koma dan tanda pengikat kata tidak digunakan dengan betul dalam kebanyakan ruangan bual di aplikasi Instagram. Penggunaan bahasa rojak juga digunakan dengan mencampurkan bahasa daripada dialek tertentu. Contoh kesalahan tanda baca noktah Sumber : Instagram , 02 Oktober 2023 Contoh kesalahan ejaan Sumber : Instagram , 02 Oktober 2023 PERATURAN BAHASA MELAYU DALAM KOMUNIKASI LISAN
Di samping itu dalam usaha memperkasakan penggunaan bahasa Melayu, kesantunan berbahasa dalam komunikasi lisan juga perlu dititikberatkan. Menurut Asmah (seperti yang dinyatakan di dalam Noor Fadilah Dawi & Asiah Abas, 2020), kesantunan berbahasa merujuk kepada penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan, dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar. Antara perkara penting yang sewajarnya diambil kira ketika berkomunikasi adalah memahami konteks perbualan tersebut iaitu jenis khalayak, dialek, umur dan sosial. Sebagai contoh, apabila seseorang itu bertutur sama ada dengan golongan yang lebih tua mahupun muda, panggilan yang diberikan mestilah bersesuaian dan tidak menggunakan bahasa kesat. Namun begitu melihat kepada fenomena yang berlaku pada hari ini, penggunaan bahasa kesat terutamanya di media sosial semakin berleluasa tidak mengira umur seperti dalam gambar rajah di atas. Hal sebegini tidak sepatutnya berlaku dalam kalangan masyarakat di Malaysia demi menjaga imej negara. Contoh penggunaan kata kesat di ruang bualan Sumber : Instagram , 02 Oktober 2023 KESANTUNAN BERBAHASA DALAM KOMUNIKASI LISAN
Konklusinya, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan seharusnya diperkasakan dan digunakan secara lebih meluas oleh setiap masyarakat Malaysia. Walaupun isu rerancuan bahasa semakin bermaharajalela dalam kalangan masyarakat majmuk pada hari ini, namun masih belum terlambat untuk mengubah budaya ini terutama sekali generasi muda di Malaysia. Hal ini demikian kerana budaya mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa lain akan mencemarkan kredibiliti Bahasa Melayu seterusa menggugat kewibawaan bahasa Melayu ini sendiri. Pelbagai intervensi boleh dilaksanakan oleh guru-guru berpandukan tahap penguasaan bahasa Melayu murid-murid supaya secara perlahan-lahan, murid-murid akhirnya dapat menguasai bahasa Melayu yang betul (Anne Jefrrey Kihob & Saidatul Nornis Mahali, 2020). Namun demikian, tanggungjawab untuk memperkasakan bahasa Melayu adalah tanggungjawab setiap warganegara Malaysia demi mengekalkan identiti negara. KESIMPULAN
RUJUKAN
TERIMA KASIH