The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PENGURUSAN SM SAINS MUZAFFAR SYAH 2019

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by siti hasnah yusop, 2018-12-26 09:56:47

BUKU PENGURUSAN SM SAINS MUZAFFAR SYAH 2019

BUKU PENGURUSAN SM SAINS MUZAFFAR SYAH 2019

Buku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

1

Buku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

KATA ALU-ALUAN PENGETUA 3
WATIKAH PELANTIKAN JAWATAN DAN 4
TANGGUNGJAWAB GURU SMSMS 2019
AKU JANJI PENJAWAT AWAM 5

A. PENGENALAN 6-14
PROFIL SM SAINS MUZAFFAR SYAH MELAKA 15-19
PELAN KEBERHASILAN UTAMA SEKOLAH
MENENGAH SAINS MUZAFFAR SYAH MELAKA 20-29
PANDUAN DAN PERATURAN AM GURU DAN STAF 30-52
MAKLUMAT PENDIDIKAN 53-55
CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN 2019 56-57
GURU BERTUGAS MINGGUAN : HARI
PERSEKOLAHAN : MASA BERTUGAS 7.00 PAGI-
5.00 PETANG

B. PENGURUSAN PENTADBIRAN 58 - 87

C. PENGURUSAN AKADEMIK 88 - 101

D. PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 102 - 118

E. PENGURUSAN KOKURIKULUM 119 - 155
F. SENARAI TUGAS GURU 2019 156 – 159

G. TAKWIM SEKOLAH 2019 160 - 193

2

Buku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

KATA ALU-ALUAN PENGETUA

Assalamualaikum dan Salam Melaka Berwibawa, Pintar, Hijau, Bersih.
Alhamdulillah, dengan keizinanNya, dapat kita bersama-sama bertemu kembali
pada tahun 2019 dengan wawasan dan harapan yang lebih jitu ke arah
kecemerlangan anak-anak didik MOZAC.

MOZAC yang merupakan Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Bestari dan
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) akan memastikan pengurusan tahun 2019
lebih praktikal dan berkesan dalam semua aspek pengurusan sekolah yang
meliputi bidang pentadbiran, akademik, hal ehwal murid dan kokurikulum.

Oleh itu, Pengurusan Sekolah dan Takwim 2019 akan dijadikan panduan untuk
melaksanakan tugas berbudaya tinggi bagi melahirkan insan yang berwibawa
dan bersahsiah mulia berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Semoga
dengan usaha murni itu kita dapat menjadikan warga sekolah kita sentiasa
bersikap membina, beriman dan bertakwa berpaksikan ilmu pengetahuan
menjelang 2020.

Segala tugas yang dipertanggungjawabkan bagi sesi 2019 ini hendaklah kita
bersama-sama melaksanakannya dengan semangat yang jitu dan ikhlas kerana
Allah S.W.T. Jika ada keraguan, kita bermusyawarah dan bersikap membina
dalam menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM),
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Selamat menjalankan tugas.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Pengetua
SM Sains Muzaffar Syah,
Melaka.

3

Buku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

SEKOLAH MENENGAH SAINS MUZAFFAR SYAH

AYER KEROH , 75450 MELAKA.

Tel. : 06- 232 0833

Faks : 06- 232 1780

Kod Sekolah : MEE2141

Email : [email protected]

Ruj Kami : SMSMS 100-1/1 JLD6
Ruj Tuan :
Tarikh : 27 Disember 2018

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam Sejahtera,

Semua warga guru SMS Muzaffar Syah

Tuan,

WATIKAH PELANTIKAN JAWATAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU SMSMS
2019

Dengan hormatnya, saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan dengan ini telah dilantik dan
dipertanggungjawabkan untuk memegang jawatan yang diamanahkan seperti
dicatat dalam Dokumen Perancangan dan Pengurusan Sekolah Menengah Sains
Muzaffar Syah Tahun 2019.

3. Jawatan, amanah dan tanggungjawab dalam Dokumen Perancangan dan
Pengurusan Sekolah Tahun 2019 ini juga boleh diubah, dikurang atau ditambah
oleh pihak pentadbiran dari semasa ke semasa.

4. Pihak sekolah amat berbesar hati agar tuan/puan dapat memahami dan
menghayati pelantikan ini. Semoga tuan dapat menjalankan tanggungjawab ini
dengan penuh komitmen, berintergriti, cemerlang dan dedikasi.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

( HJ. MOHD. GHAZALI BIN AHMAD )
Pengetua
SMS Muzaffar Syah.

4

Buku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

AKU JANJI PENJAWAT AWAM

Saya, _________________ ____________, No.Kad Pengenalan

____________________ beralamat di SMS MUZAFFAR SYAH dengan

sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi Peraturan-Peraturan

Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Perintah-Perintah Am,

pekeliling dan surat pekeliling serta peraturan dan arahan lain yang dikeluar

dan dikuatkuasakan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang

perkhidmatan saya dengan Kerajaan. Maka dengan itu saya berjanji

sebagaimana yang dikehendaki di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan

Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bahawa saya:

(i) akan sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan;
(ii) akan sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh,

cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab;
(iii) tidak akan membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi saya;
(iv) tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan

kepentingan peribadi bercanggah dengan tugas awam saya;
(v) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang

munasabah bahawa saya telah membiarkan kepentingan peribadi saya
bercanggah dengan tugas rasmi sehingga menjejaskan kegunaan saya
sebagai pegawai awam;
(vi) tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai pegawai awam bagi
faedah diri saya sendiri;
(vii) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan dan
mencemarkan nama perkhidmatan awam;
(viii) tidak akan membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk
menyokong atau memajukan tuntutan saya atau pegawai lain berhubung
dengan perkhidmatan awam; dan
(ix) tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh
ditafsirkan sebagai ingkar perintah.

Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kerana telah
melanggar Aku Janji ini, saya boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

………………………………. ……………………………….
(Tandatangan Pegawai) (Tandatangan Ketua Jabatan)
Hj. Mohd Ghazali bin Ahmad
27 Disember 2018

5

Buku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

A. PENGENALAN

PROFIL SM SAINS MUZAFFAR SYAH MELAKA

1. MAKLUMAT ASAS SEKOLAH
a) Kod Sekolah: MEE 2141
b) Nama Dan Alamat Sekolah: Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Leboh
Ayer Keroh, 75450 Melaka.
c) Tarikh Ditubuhkan: 1973
d) Gred Sekolah: A
e) Pengetua : Tn Hj Mohd Ghazali Bin Ahmad
f) Pejabat Sekolah: 06 232 0833
g) No Fax Sekolah : 06 232 1780
h) Alamat Email: [email protected]
i) Laman Web Sekolah: http://mee2141.edu.my/
j) Face Book : SM SAINS MUZAFFAR SYAH
k) Blog Sekolah: muzaffarsyah.blogspot.com
l) Bilangan Pelajar: 680
m) Bilangan Guru: 63 orang
n) Anggota Kumpulan Pelaksana : 23 orang
o) Daerah : Melaka Tengah
p) Pejabat Daerah Pendidikan: Pejabat Daerah Melaka Tengah
q) Sesi Sekolah: Pagi

6

Buku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

2. Misi Sekolah:

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

3. Visi Sekolah:

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK
MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

4. Moto Sekolah: BERSIKAP MEMBINA, BERILMU BERINTEGRITI

5. Etos Sekolah : Penyelidikan Dan Pembangunan (R & D)

6. Subjek yang ditawarkan: Sains Tulen

7. Latar belakang / sejarah sekolah:

Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah ( MOZAC ) merupakan satu-satunya
sekolah menengah sains dan satu daripada dua buah Sekolah Berasrama Penuh
(SBP) di negeri Melaka. Ditubuhkan pada tahun 1973 di bawah Rancangan Malaysia
ke-2, ia ialah sekolah berasrama penuh pertama di Melaka. Sekolah inidikenali
sebagai MOZAC dan para pelajar digelar Muzaffarians. Pada tahun 2010, sekolah ini
telah dianugerahkan dengan gelaran tertinggi iaitu Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
yang diberikan kepada 20 buah sekolah di Malaysia yang telah memenuhi kriteria
termasuk pencapaian akademik, sokongan alumni, pengiktirafan antarabangsa,
rangkaian dan hubungan. Sekolah ini dikhususkan untuk pembangunan teknologi
hijau, pertanian,robotic dan elektronik. Sekolah ini juga merupakan ahli aktif
kepada Perikatan Pendidikan Strategik Asia Tenggara (Strategic Education Alliance
of South-East Asia).

Sekolah ini yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains
Melaka telah didirikan di kawasan berbukit dengan ketinggian 121.9 meter dari aras
laut. Keluasan asalnya ialah 12.9 hektar. Sejarah sekolah ini telah bermula pada
tanggal 5 Januari 1973. Pada tarikh ini, seramai 120 orang pelajar Tingkatan 1 terdiri
daripada 80 orang pelajar lelaki dan 40 orang pelajar perempuan sebagai perintis
telah ditempatkan di SMK Munsyi Abdullah, Batu Berendam, Melaka sementara
menunggu bangunan sekolah ini siap. Oleh sebab bangunan Sekolah Menengah
Sains Muzaffar Syah ini lambat disiapkan, pelajar-pelajar tersebut telah dipindahkan
ke Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang pada tahun berikutnya.

Pada 3 Januari 1976, seramai 120 orang pelajar Tingkatan 1 telah
ditumpangkan sekali lagi di SMK Munsyi Abdullah. Mereka telah ditempatkan di
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka pada 10 Mei 1976. Pada mulanya,
sekolah ini mempunyai 22 buah kelas, pejabat, perpustakaan, bilik kakitangan,
makmal bahasa, bilik media, bilik kaunseling, koperasi, hidup bengkel kemahiran

7

Buku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

untuk Ekonomi Rumah Tangga (ERT) dan Kemahiran Manipulatif Tambahan (KMT),
bilik rawatan gigi, bilik sakit, pejabat asrama dan lain-lain. Pada tahun 2001, surau Al-
Abrar telah dibina dan dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka serta
pembinaan lampu sorot di sekolah, asrama dan padang.

Pada tahun 1978 dengan kerjasama Unit Matrikulasi Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), sekolah ini telah diberi kepercayaan untuk menjalankan Kursus
Matrikulasi, satu kursus intensif setahun untuk pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan
Malaysia. Kumpulan pertama pelajar-pelajar Kursus Matrikulasi ini terdiri daripada
102 orang pelajar yang didatangkan dari seluruh Malaysia. Tingkatan 6 dihentikan
dan kelas Matrikulasi UKM disambungkan semula dengan memulakan Kelas
Matrikulasi Sains Kejuruteraan.

Pada Oktober 1983, sekolah ini yang nama asalnya Sekolah Menengah Sains
Melaka telah dengan rasminya bertukar kepada Sekolah Menengah Sains Muzaffar
Syah, mengambil sempena nama Sultan Muzaffar Syah iaitu Sultan Melaka yang
keempat. Muzaffar juga bermaksud menang dalam bahasa Arab. Perasmian
pertukaran nama ini telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua
Negeri Melaka, Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan.

Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah (MOZAC) yang merupakan salah
satu daripada 69 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia telah ditadbir urus
oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan
(BPSBPSK), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pada tahun 1998, sekolah ini
telah diiktiraf antara 88 buah sekolah Smart School di Malaysia. Pada tahun 2008
sekolah ini telah mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pelajaran Malaysia
sebagai Sekolah Kluster (Cluster School). Pada tahun 2010 Sekolah Menengah
Sains Muzaffar Syah (MOZAC) mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Berprestasi
Tinggi (SBT).

8

Buku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

LENCANA SEKOLAH

Lencana sekolah mengandungi bentuk-bentuk utama seperti jangka ukur ,
model atom dan semi-gear yang sekaligus melambangkan ketelitian dan kejituan
dalam sebarang kerja dan keseluruhan pemikiran secara saintifik bagi mengisi
keperluan pembangunan dan perpaduan negara melalui pendidikan. Warna-warna
kuning , biru dan merah yang digunakan adalah melambangkan ketabahan dalam
mencapai cita-cita murni dengan berlandaskan keunggulan undang- undang agama,
negara dan sekolah. Moto “Bersikap Membina“ diperoleh dari segi pembinaan lahir
batin pelajar-pelajar sekolah ini seperti yang dikehendaki oleh falsafah sekolah .

BENDERA SEKOLAH

BIRU : Melambangkan cita-cita murni.
KUNING : Melambangkan keunggulan undang-undang sekolah, negara

MERAH dan agama.

JANGKA UKUR : Melambangkan kesungguhan dan ketabahan dalam
MODEL ATOM menghadapi cabaran.
SEMI-GEAR
: Melambangkan ketelitian dan kejituan.
: Melambangkan keluhuran pemikiran secara saintifik.
: Melambangkan objektif sekolah menambahkan bilangan

murid-murid dalam bidang profesional sains dan teknologi.

9

Buku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

PENTADBIR

PENGETUA
HAJI MOHD GHAZALI BIN AHMAD

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
PN MAHFUDZAH BINTI MOHAMED NIOOR

PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
PN. KAMARIAH BINTI MOHD NOOR PN. AMESAH BINTI AWAL

GKMP SAINS / MATEMATIK GKMP TEKNIK DAN VOKASIONAL GKMP BAHASA GKMP KEMANUSIAAN
EN HUSAINI BIN ZAKARIA
PN. NORMAZITAH BINTI IDRIS PN. SITI HASNAH BINTI SHOHOD @ HJ. YUSOP PN. ZULINDAWATI BINTI MOHD JAIS

10

Buku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

PENGENALAN

Definisi Kurikulum Kebangsaan

“... suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum
yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan
dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”

Akta Pendidikan 1996
[Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997]

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.

VISI SEKOLAH Pendidikan Berkualiti, Insan
Terdidik, Negara Sejahtera

MISI SEKOLAH Melestarikan Sistem Pendidikan yang
Berkualiti untuk Membangunkan Potensi
Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara

11

Buku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

MATLAMAT MOZAC

1. Mempertingkatkan mutu pengurusan dalam aspek mengawal dan mengurus
sumber secara optimum bagi menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang dan
pendidikan yang bermutu .

2. Menyediakan warga muda yang dinamik dan bermutu serta mempunyai
perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek

3. Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan
berkesan di dalam dan di luar bilik darjah.

4. Membantu pertumbuhan dan perkembangan bakat warga muda yang kreatif dan
inovatif secara sihat melalui percambahan fikiran.

5. Mempertingkatkan latihan dan kemahiran sumber tenaga manusia melalui
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

6. Mengamalkan budaya membina diri dan membimbing rakan dalam usaha
berkongsi matlamat dan berkomunikasi secara terbuka dan berkesan.

7. Membantu mengatasi serta mengurangkan masalah moral dan disiplin diri dalam
kalangan warga muda melalui gerak kerja dan kegiatan berkumpulan yang
menunjukkan penghargaan terhadap mereka.

8. Melahirkan warga muda berpengetahuan dalam pelbagai disiplin ilmu sains dan
teknologi serta kebudayaan dari segi kualiti dan kuantiti untuk berdaya saing
dalam dunia tanpa sempadan melalui bahasa antarabangsa yang dipelajari

9. Mewujudkan suasana permuafakatan strategik dan perkongsian pintar untuk
menzahirkan budaya mesra antara sekolah dengan masyarakat, agensi kerajaan
dan swasta.

10. Menyemai perasaan kenegaraan, membina perpaduan kebangsaan dan
menanam sikap bertanggung jawab dalam kalangan warga muda yang
beridentitikan negara berdasarkan Perlembagaan Malaysia.

12

Buku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

PIAGAM PELANGGAN

Kami seluruh warga SM Sains Muzaffar Syah komited untuk memberi
perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan kami seperti berikut:

MURID
i.Memastikan semua murid mengikuti pembelajaran dan pemudahcaraan
( PdPc) tepat pada waktunya seperti dalam jadual waktu.
ii.Memastikan semua murid akan mendapat pendidikan bertaraf dunia
dan mendapat akses teknologi pembelajaran abad ke-21 selaras dengan
perkembangan pendidikan masa ini.
iii. Memastikan semua kemudahan prasarana sekolah seperti tempat
belajar,asrama, tempat sukan/rekreasi, peralatan pengajaran, makmal
bahasa, makmal sains, makmal komputer, pusat sumber dan bilik
kaunseling disediakan dan dapat dimanfaatkan oleh murid sepanjang
sesi persekolahan.
iv.Memastikan semua murid berupaya membentuk sahsiah diri yang
terpuji, mengamalkan nilai-nilai murni dan budaya kerja yang cemerlang.
v. Memastikan semua murid memegang prinsip “Berilmu dan
Berintegriti” dan mendapat keputusan cemerlang dalam setiap
peperiksaan.

13

Buku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

GURU DAN STAF SOKONGAN

i. Memastikan semua guru dan staf berusaha mempertingkatkan ilmu
dan kemahiran serta mengamalkan sikap perkhidmatan penyayang
ii Memastikan semua guru dan staf mementingkan “Standard Operation
Procedure” (SOP), kualiti kerja dan kesan pendidikan.
iii. Memastikan semua guru dan staf mengamalkan kerja secara
bermesyuarat , berpasukan dan sentiasa “BERSIKAP MEMBINA’

IBU BAPA / PENJAGA / KOMUNITI

i. Memastikan ibu bapa diberi perkhidmatan yang cekap, layanan mesra
serta pihak sekolah prihatin terhadap sebarang pandangan dan maklum
balas.
ii. Memastikan bahawa ibu bapa mendapat maklumat pencapaian
akademik anak masing-masing selepas setiap ujian dan peperiksaan
iii. Memastikan ibu bapa diberi makluman dari semasa ke semasa
tentang program sekolah dan sebarang perubahan takwim sekolah
iv. Memastikan ibu bapa dimaklumkan dengan kadar segera apabila
terdapat kes kecemasan dan isu disiplin.

14

Buk

PELAN KEBERHASILAN UTAMA SEKOLAH ME

BIDANG ISU STRATEGIK MATLAMAT OBJEKTIF KPI
KEBERHASILAN STRATEGIK T

UTAMA

B1 Kemenjadian M1 01 K1 Peratus GPS 2.47
KEMENJADIAN Murid cemerlang Pembangunan Kemenjadian sekolah mencapai
MURID sebagai murid Murid Yang sekurang –
pemimpin cemerlang Holistik kurangnya GPS 2.0
pelapis negara sebagai dalam SPM
pemimpin
pelapis negara K2 Peratus 3.03
Murid
Mencapai
Cemerlang Tinggi –
semua (A+ dan A)
dalam SPM

K3 Peratus Murid 100
mencapai sekurang
– kurangnya GPS
Kokurikulum 2.0

K4 Peratus 20.8
kemenangan
Sekurang-
kurangnya
tempat
keempat/gangsa/A
nugerah Khas
berdasarkan
penyertaan di
peringkat
antarabangsa

ku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

ENENGAH SAINS MUZAFFAR SYAH MELAKA

SASARAN INISITATIF STRATEGIC
STRATEGIK INITIATIVE
ACCOUNTABILITY
TOV 2018 2019 2020 PEMILIK KPI

7 1.5 1.45 1.4 Meningkatkan

kecemerlangan Pengurusan

organisasi dengan

Pengetua menyediakan Akademik

pasukan sokongan (

Penolong intensive / tailored /

3 4.88 6.50 7.29 Kanan flexible support )

Pentadbiran untuk menyokong

pengurusan sekolah

GKMP

0 100 100 100 Pengetua Pengurusan
Kokurikulum
Penolong
Kanan Pengurusan
Kokurikulum Kokurikulum

Penolong
83 22.83 24.83 26.83 Kanan

Kokurikulum

15

Buk

BIDANG ISU STRATEGIK MATLAMAT OBJEKTIF KPI
KEBERHASILAN STRATEGIK T

UTAMA

B2 PENGURUSAN Pengurusan M2 O1 K5 Peratus 90.8
SUMBER Sumber perlu Pemeriksaan Peningkatan Enrolmen 95.8
diperkasakan Pengurusan Tahap Kepuasan keseluruhan
bagi peningkatan Sumber dalam Stakeholder murid melebihi
Kecekapan dan meningkatkan 80%
Keberkesanan kecekapan dan
tadbir urus keberkesanan
tadbir urus

O2 K6 Peratus
Peningkatan mencapai taraf
Penarafan cemerlang
Kecemerlangan (berdasarkan
Sekolah SKPMg2)

03 K7 Peratus NA
Pemerkasaan Pelaksanaan
pengurusan Pelan
akademik Pembangunan
Potensi
Murid

O4 K8 Peratus NA
Pemerkasaan Pelaksanaan
pembangunan Modul
dan kepimpinan Kerohanian Murid
murid

ku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

SASARAN INISITATIF STRATEGIC
STRATEGIK INITIATIVE
ACCOUNTABILITY
TOV 2018 2019 2020 PEMILIK KPI

8 91.00 92.00 93.00 Penolong Menyediakan pelan Pengurusan Hal
Kanan Strategik Sekolah Ehwal Murid
HEM

Penyelaras
Tingkatan

83 96.00 97.00 98.00 Pengetua Jawatankuasa
SKPMg2
Penolong-
Penolong Pengetua
Kanan

Penyelaras
SKPMg2

NA 100 100 Pengetua

Penolong
Kanan

NA 100 100 Pengetua Memperkukuh Pengetua

elemen kerohanian

Penolong

Kanan HEM

16

Buk

BIDANG ISU STRATEGIK MATLAMAT OBJEKTIF KPI
KEBERHASILAN STRATEGIK
K9 Peratus
UTAMA Pengaplikasian T
Psikometrik di 100
sekolah

K10 Peratus 90
mencapai tahap 100
baik dalam
pengurusan
Asrama di SBP

K11 Peratus
mencapai
penglibatan
kesukarelawan

05 Peningkatan K12 peratus 39.3
kualiti pelaksanaan
pengurusan dan MyPPB
pembangunan
modal insan di
sekolah

ku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

SASARAN INISITATIF STRATEGIC
STRATEGIK INITIATIVE
ACCOUNTABILITY
TOV 2018 2019 2020 PEMILIK KPI

0 100 100 100 Penolong Memperkasakan Pengurusan Hal

Kanan HEM kepimpinan Ehwal Murid

terbilang

Kaunselor

92 94 96 Penolong
Kanan HEM

0 100 100 100 Penolong Pengurusan
Akademik
Kanan
Pengurusan Hal
Kokurikulum Ehwal Murid

3 45 50 75 Penyelaras Pengurusan
LADAP Kokurikulum

Pengetua

Penolong Kanan
Pentadbiran

17

Buk

BIDANG ISU STRATEGIK MATLAMAT OBJEKTIF KPI
KEBERHASILAN STRATEGIK

UTAMA TOV

O6 K13 Peratus 72
Peningkatan Perbelanjaan
kecekapan Perkapita Murid
pengurusan
kewangan

K14 Peratus 84%
mencapai Audit
Tanpa Teguran

ku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

SASARAN INISITATIF STRATEGIC
STRATEGIK INITIATIVE
ACCOUNTABILITY
V 2018 2019 2020 PEMILIK KPI

Pengetua Jawatankuasa
95 95 95 Pengurusan
Kewangan dan Aset
Penolong (JKPA)
Kanan
Pentadbiran
Ketua
Pembantu
Tadbir

% 100 100 100 Pengetua Jawatankuasa
Pengurusan
Penolong Kewangan dan Aset
Kanan (JKPA)
Pentadbiran

Ketua
Pembantu
Tadbir

18

Buk

BIDANG ISU STRATEGIK MATLAMAT OBJEKTIF KPI
KEBERHASILAN STRATEGIK

UTAMA T
10
B3 Kualiti M3 O1 K15 Peratus
PENGURUSAN Pengurusan Peningkatan Peningkatan Pelaksanaan
INFRASTRUKTUR Infrastruktur kualiti Persekitaran Penyelenggaraan
DAN dan pengurusan kerja kondusif Secara berkala
INFOSTRUKTUR infostruktur infrastruktur dan selamat
dan
infostruktur

O2 K16 Peratus 10
Peningkatan mencapai tahap
Pengaplikasian penggunaan
Teknologi bandwidth yang
Digital ditetapkan

K17 Peratus 80
pelaksanaan
Inovasi Digital
( Digital Google

Classroom
eRPH
SKPMg2
Pengurusan
Akademik/HEM/
Kokurikulum )

ku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

SASARAN INISITATIF STRATEGIK STRATEGIC

INITIATIVE

TOV 2018 2019 2020 PEMILIK KPI ACCOUNTABILITY

00 100 100 100 Pengetua Mewujudkan pelan Pengurusan

penyelenggaraan Sekolah

Ketua berkala

Pembantu Jawatankuasa

Tadbir Penyelenggaraan

0 15 30 50 Penyelaras Meningkatkan Pengurusan
0 95 ICT platform teknologi Sekolah
digital
Penolong Pengetua
Pegawai
Teknologi
Maklumat

100 100 Pengetua

Penolong-
Penolong
Kanan

Penyelaras
ICT

19

Buku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

PANDUAN DAN PERATURAN AM GURU DAN STAF

1 ARAHAN AM
a) Selaku pegawai kerajaan guru dan staf sokongan adalah tertakluk kepada segala

arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu guru dikehendaki
membaca, memahami dan mematuhi Perintah Am tersebut.

b) Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca dan boleh
mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan arahan
perkhidmatan lain.

c) Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya
sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan/mata pencarian
semata-mata.

d) Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati
prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang.

e) Semua guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah dan Matlamat
Pendidikan Negara.

f) Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri
dalam menjalankan tugas.

g) Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di
sekolah dan menjaga harta benda sekolah.

h) Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap
menjalankan tugas.

2 KEBERADAAN

a) Jadual waktu PdPc mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

b) Guru dikehendaki berada di kawasan sekolah 5 minit sebelum waktu PdPc dan
wajib merakamkan / mencatatkan masa kehadiran pada alat perakam waktu
semasa sampai di sekolah dan sewaktu balik sekolah.

c) Masa PdPc bermula jam 7.40 pagi dan berakhir mengikut jadual waktu yang
ditetapkan.

d) Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan
kenyataan dan sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memberitahu pihak sekolah
secepat mungkin.
20

Buku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

e) Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali
dalam keadaan kecemasan dengan memaklumkan kepada pihak sekolah serta
mendapatkan kebenaran daripada Pengetua dan Penolong Kanan .

3 KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH SEWAKTU MASA PERSEKOLAHAN

a) Guru dan staf tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa
waktu persekolahan kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan
atau arahan dari BPSBPSK/JPN/PPD atau sekolah dengan memaklumkan serta
mendapatkan kebenaran daripada Pengetua atau Penolong Kanan.

b) Guru dan staf yang ingin keluar dari kawasan sekolah semasa waktu
persekolahan dikehendaki mengisi Buku Rekod Keluar.

c) Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan tugasan/latihan
untuk pelajar melalui Penolong Kanan/Ketua Bidang/Ketua Panitia atau guru
yang menggantikan kelas tersebut.

4 CUTI

a) Cuti Rehat/Cuti Penggal :
Guru berkelayakan mendapat cuti penggal tetapi boleh dipanggil bertugas oleh
Pengetua tidak melebihi satu pertiga daripada jumlah cuti setahun untuk
menjalankan tugasan dan arahan dari BPSBPSK/JPN/PPD atau sekolah.

b) Cuti Sakit :
i. Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi 2 hari
berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
ii. Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14
hari dalam setahun.
iii. Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau
putus-putus akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan
Kementerian Pendidikan untuk meneruskan pembayaran gaji.

21

Buku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

b) Cuti tanpa gaji

i. Mengikut Perintah Am Bab C, cuti tanpa gaji boleh dipohon di atas
sebab-sebab persendirian yang mustahak.

ii. Cuti tanpa gaji boleh diberi selepas habis semua cuti rehat.

iii. Kelayakan cuti tanpa gaji ialah 30 hari bekerja bagi tiap-tiap genap
tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari

iv. Cuti tanpa gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali
dalam masa 4 tahun.

v. Kelulusan cuti tanpa gaji yang melebihi 14 hari setahun adalah
diluluskan oleh Pengarah Pendidikan Negeri. Cuti yang melebihi 15
hari diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Borang
permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri 10
minggu sebelum bercuti.

c) Cuti Keluar Negeri

Semua guru yang hendak bercuti ke luar negeri mesti mendapat kelulusan
daripada ketua Jabatan telebih dahulu. Borang permohonan hendaklah
dikemukakan selewat-lewatnya 2 bulan sebelum tarikh bercuti.

5 PAKAIAN

a) Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan.

b) Pakaian berbentuk baju tanpa lengan dan seluar tidak dibenarkan bagi guru
perempuan.

c) Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan panjang rambut yang sesuai.

d) Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang
sesuai :
i. Guru lelaki dan perempuan – memakai pakaian rasmi ketika
menghadiri perhimpunan rasmi dan majlis rasmi sekolah.
ii. Guru perempuan – seluar trek/panjang yang sesuai, kemeja T ,
kemeja sukan, baju trek, kasut sukan yang sesuai.
iii. Guru lelaki – seluar trek/panjang yang sesuai, kemeja T , kemeja
sukan, baju trek atau jersi, kasut sukan yang sesuai.

22

Buku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

6 HUBUNGAN SESAMA GURU

a) Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan
sihat sesama guru.

b) Sentiasa mengawal tutur kata dan mewujudkan perasaan kekitaan.
c) Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/ fahaman/

pendapat/ kepercayaan kepada guru atau pun murid atau staf sokongan sekolah
yang lain.
d) Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status
sosial, status ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama
sekali wujud di sekolah.

7 BILIK GURU

a) Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah tanggungjawab semua guru. Hal
ini termasuk harta benda di dalam bilik guru.

b) Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini
hendaklah dianggap sebagai non-teaching period dan bukan free period. Oleh
itu, guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-
perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran termasuk menyiapkan
RPH.

c) Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru.
d) Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab

memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-
mana pihak.

8 PERJAWATAN DAN PENGAJARAN

a) Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam perjawatan, mereka boleh
berurusan dengan Ketua Pembantu Tadbir atau Pengetua.

b) Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran boleh berurusan
dengan Ketua Panitia, Guru Kanan, Ketua Bidang atau Penolong Kanan
Kurikulum.
23

Buku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

9 TUGAS

a) Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum dan pentadbiran.
Mereka perlu melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan
bertanggungjawab.

b) Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas atau arahan seperti
menghadiri mesyuarat atau pergi ke Jabatan Pendidikan guru hendaklah
memaklumkan kepada pihak sekolah serta mendapatkan kebenaran daripada
Pengetua atau Penolong Kanan.

10 BUKU/FAIL REKOD MENGAJAR/eRPH

a) Setiap guru akan diberikan sebuah Fail/eRPH Rekod Mengajar dan
bertanggungjawab terhadap keselamatan Fail/eRPH tersebut. Semua butiran
hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. Fail/eRPH ini
hendaklah diserahkan ke pejabat sekolah pada setiap hari Jumaat untuk disemak
dan disahkan oleh Pengetua/Penolong Kanan Pentadbiran/GKMP berdasarkan
Jadual Penghantaran Fail/eRPH yang disediakan oleh pihak sekolah.

b) Jika seorang guru bercuti, Fail/eRPH tersebut hendaklah diserahkan kepada
Penolong Kanan Pentadbiran/GKMP.

c) Fail/eRPH Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat sekolah pada akhir
tahun.

11 JADUAL WAKTU
a) Guru tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk

dipamerkan di kelas sendiri.
b) Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang ditetapkan tanpa kebenaran.
c) Jadual waktu sah dilaksanakan selepas ditandatangani oleh pengetua.

24

Buku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

12 BUKU JADUAL KEDATANGAN MURID (BJKM)

a) Setiap guru tingkatan diberikan sebuah BJKM. Guru bertanggungjawab
memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan dan hendaklah memahami
kehendak-kehendak tentangnya yang tercetak di bahagian dalam kulit hadapan.

b) BJKM hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda pada setiap hari oleh
guru tingkatan pada waktu pertama. Sekiranya guru tingkatan tidak hadir, guru
penyelaras bertanggungjawab menandanya

c) BJKM hendaklah sentiasa berada di pejabat dan hendaklah diisi selewat-
lewatnya jam 9.00 pagi.

d) Murid yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut, ibu bapa /penjaga hendaklah
dihubungi secara bertulis

e) Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh guru yang
yang dipertanggungjawabkan. Guru tidak dibenarkan membawa balik BJKM.
Surat amaran 1 , 2 dan 3 perlu dikeluarkan oleh guru tingkatan mengikut jumlah
hari ponteng yang ditetapkan oleh KPM dan dimaklumkan kepada GPK Hem.

13 KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH

a) Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga
keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah
sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan
pihak sekolah

b) GKMP/Ketua Panitia/Guru Kanan hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan
tentang penggunaan alat-alat/bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-
lain.

14 KEBERSIHAN

a) Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas
pelajar hendaklah disediakan oleh guru tingkatan. Alatan membersihkan kelas
hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat.

b) GKMP/Guru Kanan/Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik-bilik khas
(bengkel, bilik kaunseling, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga
bilik tersebut.
25

Buku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

c) Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua warga sekolah.

15 SURAT-MENYURAT
a) Semua surat rasmi hendaklah dikirimkan melalui Pengetua untuk disampaikan

kepada pihak berkenaan.

16 SURAT YANG DITERIMA
a) Surat yang diterima oleh pihak sekolah terpaksa diedarkan kepada guru untuk

diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap
surat-surat tersebut.
b) Surat yang ditujukan kepada guru dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada
Pengetua, surat itu boleh disimpan sendiri setelah diambil tindakan.
c) Surat yang ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkannya untuk
tindakan guru yang berkenaan, maka guru itu hendaklah:

I. Mengambil fail yang berkenaan di pejabat, jika fail itu tidak ada dalam
simpanannya;

II. Mengambil tindakan yang diperlukan dan;
III. Memulangkan semula fail itu ke pejabat.

17 PELAWAT
a) Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua/Penolong Kanan

terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau
penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Pengetua atau wakilnya.

26

Buku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

18 MEMBELI BARANG

a) Guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran dengan
menggunakan borang yang boleh diperoleh di pejabat.

b) Borang ini mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia/GKMP/Penolong
Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua.

c) Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan beserta sebut
harga.

d) Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan
dalam buku stok dengan kemas.

e) Semua barangan yang dipesan hendaklah dihantar ke pejabat untuk semakan
guru yang membelinya.

19 KEGIATAN KOKURIKULUM

a) Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini
hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur.

b) Semua guru dikehendaki menjadi anggota kepada badan beruniform, kelab /
persatuan dan sukan/ permainan

20 PERHIMPUNAN SEKOLAH

a) Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan rasmi sekolah pada masa-
masa dan hari-hari yang ditetapkan

b) Guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja berlengan panjang.

c) Guru akan bersama-sama menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu sekolah dan Lagu
Negeri.

d) Guru juga diminta berada di tapak perhimpunan pada hari bukan perhimpunan
rasmi bagi bertujuan menerima maklumat daripada pentadbir setiap pagi.

21 MESYUARAT GURU

a) Dari masa ke masa Pengetua akan memanggil mesyuarat guru. Kedatangan
semua guru ke mesyuarat ini adalah diwajibkan.

b) Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh GKMP/Ketua Panitia.

c) Guru diwajibkan memakai pakaian yang kemas semasa menghadiri mesyuarat.
27

Buku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

22 BUKU STOK/INVENTORI
a) GKMP/Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok/inventori dan

memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan
sentiasa dikemaskinikan. Buku ini akan disemak dari masa ke masa oleh
Pengetua/Penolong Kanan.
23 TANDA NAMA
a) Semua guru hendaklah memakai tanda nama ketika berada di sekolah, majlis
rasmi di sekolah/di luar sekolah.
24 KEAHLIAN KELAB GURU/PIBG
a) Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG sekolah.
b) Jumlah yuran kelab guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat.
25 PENGGUNAAN ALAT-ALAT
a) Penggunaan alat-alat hendaklah betul dan mengikut peraturan.
b) Mesti mendapat kebenaran daripada ketua-ketua bahagian atau penjaga stok.
c) Bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan
kembali dengan segera serta berkeadaan baik.
d) Jika rosak hendaklah dilaporkan serta-merta.
26 ARAHAN DAN PEKELILING
a) Arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan
teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.
b) Arahan dan pekeliling yang diterima perlulah disimpan dalam fail khas.
c) Pekeliling dari Kementerian dan surat siaran dari JPN/PPD, guru hendaklah
ambil maklum dan tindakan jika berkaitan.

28

Buku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

27 TELEFON
a) Penggunaan telefon hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru hendaklah

menggunakan telefon awam/telefon bimbit kepunyaan sendiri untuk urusan
peribadi.
b) Menggunakan telefon semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan
perhimpunan rasmi adalah dilarang sama sekali.
28 KUNCI
a) Semua kunci mesti disimpan di pejabat.
b) Guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu, guru tersebut hendaklah
mendapatkan kebenaran daripada Pengetua. Guru tersebut bertanggungjawab
terhadap bilik tersebut sepenuhnya.
29 ACARA ATAU MAJLIS SEKOLAH
a) Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah
kecuali atas urusan rasmi yang telah mendapat kebenaran pengetua.

29

Buku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

MAKLUMAT PENDIDIKAN

30

Buku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

31

Buku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

32

Buku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

FOKUS DAN GERAK KERJA PROFESIONAL KPPM

33

Buku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah
menggariskan enam aspirasi iaitu kemahiran memimpin, kemahiran
dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran
berfikir yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada
peringkat global. Daripada enam aspirasi yang dinyatakan, penguasaan
kemahiran berfikir yang mantap memainkan peranan penting dalam
melahirkan murid yang kreatif dan inovatif

Kemahiran berfikir yang ditekankan ialah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) kerana tren perkembangan pendidikan masa kini menuntut
kemahiran tersebut. Penerapan KBAT dalam pendidikan menggunakan
pendekatan yang menyeluruh dan sistematik yang merangkumi tujuh elemen
KBAT yang terdiri daripada tiga elemen utama iaitu Kurikulum, Pentaksiran
dan Pedagogi serta empat elemen sokongan iaitu Kokurikulum, Sokongan
Komuniti dan Swasta, Sumber dan Bina Upaya. Kesemua elemen ini adalah
untuk membudayakan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru
dan murid.

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) KBAT yang berkesan perlu
berpusatkan murid dengan melibatkan mereka secara aktif dalam PdP
melalui tugasan dan soalan yang mencabar pemikiran. Justeru, guru perlu
mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif bagi merangsang murid
berfikir. Guru juga boleh menggunakan alat berfikir dan teknik penyoalan
dalam usaha membudayakan pemikiran yang kritis dan kreatif dalam
kalangan murid.

Pedagogi yang melibatkan murid berfikir telah lama dilaksanakan, melalui
program seperti Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) yang
dilaksanakan di sekolah pada tahun 1994. Program ini diteruskan dan
dimantapkan dengan pengenalan KBAT seperti yang disarankan dalam
PPPM (2013-2025).

Pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap yang ada pada seseorang individu
memainkan peranan penting dalam proses berfikir. Kesemua aspek ini
menjadi latar belakang untuk membuat penaakulan dan refleksi sehingga
membolehkan seseorang individu berfikir aras lebih tinggi dalam konteks
dapat membuat keputusan, menyelesaikan masalah, menginovasi dan
mencipta. Dalam proses ini, empat tahap pemikiran yang tinggi diberi fokus
iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Seperti yang
diterangkan dalam Rajah 1.

Rajah 1: Fokus Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

34

Buku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

Guru perlu merancang dan melaksanakan KBAT melalui pelbagai strategi PdP yang
berkesan dan bersesuaian dengan objektif PdP. Antara strategi PdP yang boleh
digunakan adalah seperti konstruktivisme, pembelajaran berasaskan konteksual,
pembelajaran berasaskan projek, inkuiri dan kajian masa depan. Strategi yang betul
dan tepat akan membantu mewujudkan suasana bilik darjah yang membolehkan
murid berfikir.

3.1 Konstruktivisme
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri
pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada. Guru perlu mengemukakan soalan aras tinggi supaya
murid dapat berfikir dan menggunakan pengetahuan yang diterima dengan
pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Guru harus
menggalakkan murid mencari jawapan sendiri.

3.2 Kontekstual
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan
isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam
pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang
melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Dalam strategi ini murid dapat
menggunakan pengetahuan sedia ada dalam situasi yang berlainan.

3.3 Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran berasaskan projek adalah suatu kaedah penguasaan ilmu
pengetahuan, kemahiran dan nilai melalui pengalaman pembelajaran
berasaskan tugasan aktiviti jangka panjang antara disiplin ilmu, berpusatkan
murid dan mengintegrasikan isu semasa dan amalan. Kaedah ini menekankan
tugasan intelek bagi meneroka isu yang kompleks. Kaedah ini menggalakkan
pemahaman murid di mana murid dapat meneroka untuk mencari maklumat,
membuat interpretasi, membuat keputusan atau kesimpulan.

3.4 Pembelajaran Berasaskan Inkuiri
Pembelajaran berasaskan inkuiri ialah suatu pendekatan mencari jawapan
kepada persoalan yang diutarakan. Ia melibatkan penyiasatan, penerokaan,
mengumpul data, membuat kesimpulan untuk menyelesaikan masalah,
membuat refleksi tentang kaedah yang digunakan dan berkomunikasi bagi
berkongsi dapatan tentang masalah berkenaan.

35

Buku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

ALAT BERFIKIR
Penggunaan alat berfikir dapat membantu murid berfikir dengan lebih
tersusun, sistematik dan berfokus. Contoh alat berfikir adalah seperti yang
berikut:
• Peta Pemikiran
• Penyusun grafik
• Soalan dan penyoalan
• Peta Minda
• CoRT
• 6 Thinking Hats

36

Buku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH ( KSSM )

37

Buku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

38

Buku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

39

Buku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

40

Buku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

Insan
Seimbang
Pemikiran
Inovatif , Kritis
& Kreatif

41

Buku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

42

Buku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

43

Buku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

44

Buku Pengurusan Pentadbiran Sekolah Tahun 2019
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka

45


Click to View FlipBook Version