PELERAIAN NOVEL DAN
KEISTIMEWAAN BAHAGIAN
PELERAIAN NOVEL PANTAI
KASIH
PELERAIAN
Raiha menjadi doktor bedah yang
membedah Doktor Uwang yang cedera
akibat kemalangan itu kerana
pembedahan harus dilakukan segera bagi
menyelamatkan nyawa Doktor Uwang dan
penggantian sendi pada anggota
pergelangan tangan yang cedera teruk
dan lutut kakinya yang hancur.
Akhirnya Sister Felicia Landosi memohon
maaf daripada Raiha atas penglibatan
dirinya menjadi budak suruhan membeli
minyak petrol oleh Doktor Sadiz pada
malam kematian anak perempuannya itu.
Sister Felicia juga memaklumkan bahawa
sebenarnya Doktor Sadiz yang
melepaskan geram dengan membakar
kereta mewah
PELERAIAN
Sister Felicia juga menyatakan rasa
terkejut kerana dengan tiba-tiba
muncul anak perempuan Raiha di situ
lalu disambar oleh api yang sedang
membakar kereta mewah tersebut.
Sister Felicia juga menyatakan bahawa
dia tidak tampil di mahkamah sebagai
saksi kerana takut.
Raiha menerima semua takdir itu
dengan menyatakan bahawa mereka
adalah mangsa keadaan.
KEISTIMEWAAN
BAHAGIAN PELERAIAN
Peristiwa menariknya ialah peristiwa
Doktor Raiha bertanggungjawab
membedah Doktor Uwang setelah
beliau terlibat dalam kemalangan iaitu
terlanggar tembok garaj kereta Pusat
Rawatan Pantai Kasih. Pembedahan
harus dilakukan segera bagi
menyelamatkan nyawa Doktor Uwang
dan menggantikan sendi pada lutut
dan sebelah pergelangan tangannya
yang parah.Peristiwa ini menarik minat
pembaca kerana Doktor Raiha sentiasa
bertanggungjawab terhadap tugasnya
sebagai seorang doktor.