UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
SMK SERI BINTANG UTARA
KUALA LUMPUR
CARA MENANGANI
KEMARAHAN
1. Berikan masa untuk diri sendiri
-Tarik nafas dalam-dalam untuk beberapa saat
dalam kiraan 10.
2. Lakukan Senaman
- Melalui aktiviti fizikal ini secara tak langsung memberi jalan
keluar untuk emosi kita.
3. Berfikir sebelum bercakap
- Dalam kemarahan, seseorang boleh mengeluarkan perkataan
yang tak sepatutnya dan boleh menyinggung perasaan orang lain.
4. Kenal pasti jalan penyelesaian
- Ingatkan diri anda bahawa kemarahan tidak akan menyelesaikan
apa-apa dan hanya mungkin menjadi bertambah buruk.
5. Kekalkan menggunakan perkataan ‘saya’
- Bagi mengelakkan anda terus mengkritik dan meletakkan
kesalahan pada orang lain, gunakan perkataan “saya” untuk
menerangkan masalah tersebut dengan terang.
6. Imbas saat-saat manis
- Dengan mengingati kenangan manis, kita dapat melupakan hasrat
untuk melepaskan kemarahan.
7. Jangan berdendam
- Jika anda membenarkan perasaan marah dan perasaan negatif
menguasai perasaan positif, anda akan tenggelam dengan
kepahitan anda sendiri.
8. Berjumpa dengan guru kaunseling @ ahli psikologi
- Belajar beberapa perkara mengenai kemarahan seperti :
· Belajar mengenali marah
· Mengenal pasti punca anda marah
· Mengenal pasti tanda -tanda anda menjadi marah
· Belajar untuk bertindak balas terhadap kekecewaan
dan kemarahan dalam cara yang terkawal sihat
9. Rehatkan diri
- Cari aktiviti yang membuatkan anda tenang. Anda boleh
mendengar muzik, melukis atau aktiviti berfaedah yang lain .
10. Berdoa atau berzikir ketika marah
- Berdoa merupakan langkah yang amat berkesan untuk
mengelakkan diri kita mudah rasa marah.
Kalau anda perlukan pendengar,
kami ada bersama anda….
-Cikgu Husni- -Cikgu Siti- -Cikgu Dila-
SEKIAN TERIMA KASIH !