The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-75022263, 2021-04-25 02:20:00

DATO ABDUL RAHMAN MOHAMED YASSIN

TOKOH PEMIMPIN JOHOR

i

NAMA : AMIRUL IMAN B. HAIRUZAMAN

KELAS : 5 INTEGRITY
EMEL : [email protected]
SEKOLAH : SEKOLAH SUKAN TUNKU MAHKOTA ISMAIL

81930 BANDAR PENAWAR JOHOR

1

ISI KANDUNGAN Muka surat

Perkara 3
1.0 Pendahuluan 4
2.0 Biodata Dato Abdul Rahman Yassin 5
3.0 Pendidikan Dato Abdul Rahman Yassin 6
4.0 Kerjaya Dato Abdul Rahman Yassin 7
5.0 Sumbangan Dato Abdul Rahman Yassin 8
6.0 Nilai Kepimpinan Dato Abdul Rahman Yassin 9
7.0 Penutup
Sumber rujukan 10

2

1.0 PENDAHULUAN
Kebanyakan tokoh-tokoh pemimpin terkenal adalah berasal dari
Muar dan Johor Baharu. Dua kumpulan tokoh pemimpin ini pada
suatu ketika saling bersatu dan ada ketika yang lain tidak
bersefahaman. Namun tiada sejarah mencatatkan tragedi peperangan
akibat salah faham. Sebaliknya sering pula mewujudkan keadaan
yang lebih baik hingga kadangkala tanpa terduga langsung.

Tahukah anda, pada hari pertama Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen
Pertama diadakan, di Dewan Tunku Abdul Rahman pada 11 September 1959, dua orang anak
kelahiran daerah Muar telah dipilih sebulat suara oleh ahli kedua dua dewan sebagai Yang
Dipertua Dewan Rakyat dan Yang Dipertua Dewan Negara.

Dua anak kelahiran daerah Muar itu ialah Tan Sri Haji Mohamed Noah bin Omar
sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, manakala Yang Berhormat Senator Dato Abdul
Rahman Bin Mohamed Yassin pula sebagai Yang Dipertua Dewan Negara.

Dato Abdul Rahman Yassin merupakan anak watan negeri Johor berasal dari Parit
Bakar, Muar, Johor. Beliau ialah Yang di-Pertua Dewan Negara yang pertama. Beliau
dilahirkan pada tanggal 19 November 1891 dan meninggal pada 24 Mei 1970.

Negara terhutang budi kepada beliau kerana beliau kerana beliau antara tokoh Melayu
yang cepat dapat melihat jurang bahaya perpaduan Melayu ketika ditinggalkan oleh Dato Onn
Jaafar pada tahun 1951. Beliau juga merupakan Yang Dipertua Dewan Negara yang pertama.

3

2.0 BIODATA DATO ABDUL RAHMAN YASSIN

Dato Abdul Rahman Yassin merupakan anak watan negeri Johor berasal dari Parit
Bakar, Muar, Johor. Beliau ialah Yang di-Pertua Dewan Negara yang pertama. Beliau
dilahirkan pada tanggal 19 November 1891 dan meninggal pada 24 Mei 1970.

Beliau berkahwin dengan Zaharah Abu Bakar dan dikurniakan 8 orang cahaya mata.
Anak sulungnya, Dato' Suleiman Abdul Rahman pernah menjadi ahli parlimen bagi kawasan
Muar Selatan, Parlimen Malaysia pertama. Anak keduanya, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman
pernah menjadi ahli parlimen bagi kawasan Johor Timor serta Timbalan Perdana Menteri
Malaysia ke-2. Menantu lelakinya, Tun Dr. Awang Hassan (suami kepada Khadijah Abdul
Rahman) juga pernah menjadi ahli parlimen bagi kerusi Muar Selatan ekoran kematian
penyandangnya, Dato' Suleiman Abdul Rahman pada 6 November 1963.

Dato Mohd Yassin Abdul Rahman (ayahnya) anak kepada Orang Kaya Dato Abdul
Rahman Ismail, Orang Kaya Setia Minyak Beku III. Keluarga Abdul Rahman berasal dari
keturunan Raja Melayu Bugis Champa yang terkenal di Padang Muar sejak dari Kesultanan
Melayu Melaka. Ekonomi keluarga bergantung kepada perkebunan dan perdagangan dan
sangat mengutamakan pelajaran.

Datuk nenek moyang Abdul Rahman di Padang dan di Batu Pahat adalah pembesar
daerah atas pelantikan Sultan Johor. Dato Abdul Rahman di Batu Pahat juga bernama Abdul
Rahman Ismail bergelar Orang Kaya Setia Minyak Beku III, Batu Pahat (1862-1881).

4

3.0 PENDIDIKAN DATO ABDUL RAHMAN YASSIN
Pemikiran Dato Abdul Rahman Yassin pada hakikatnya dipengaruhi oleh latar

belakang dirinya yang berpendidikan Melayu ketika membesar dalam kalangan masyarakat
birokrat Melayu Padang dan pengaruh pengamatan terhadap kebebasan pentadbiran Inggeris
ketika beliau menyambung pelajaran Inggeris di Singapura pada tahun 1890-an.

Pada awalnya, Dato Abdul Rahman telah menerima pendidikan rendah di Muar dan di
Johor Baharu dan telah menamatkan persekolahannya di Raffles Institution Singapura. Hal ini
dapat dilihat apabila beliau pernah mendapat pendidikan di Sekolah Tinggi Muar yang
merupakan sekolah Inggeris yang pertama di Muar.

Selepas itu, Dato Abdul Rahman Yassin bercita cita untuk menjadi seorang peguam,
kegigihan beliau dalam memburu cita citanya dapat dilihat apabila beliau sanggup berulang
alik setiap hari untuk menyambung pelajarannya. Tetapi, usaha beliau hanya sampai di separuh
jalan sahaja kerana hasrat dan cita cita beliau untuk menjadi seorang peguam tidak dapat
diteruskan kerana beliau gagal mendapat tajaan biasisw daripada kerajaan negeri Johor untuk
melanjutkan pelajarannya ke England meskipun pada masa itu kecemerlangan beliau dalam
pendidikan telah terbukti.

5

4.0 KERJAYA DATO ABDUL RAHMAN YASSIN

Dato Abdul Rahman bin Muhammad Yasin ialah salah seorang tokoh Johor yang
terkenal dan berwibawa berasal dari Muar. Negara terhutang budi kepada beliau kerana beliau
kerana beliau antara tokoh Melayu yang cepat dapat melihat jurang bahaya perpaduan Melayu
ketika ditinggalkan oleh Dato Onn Jaafar pada tahun 1951.

Antara kerjaya Dato Abdul Rahman Yassin sebagai tokoh ialah beliau pernah menjadi
kerani, Pesuruhjaya Daerah, Majistret dan Bendahari Negeri Johor. Sultan Ibrahim telah
melantik Dato Abdul Rahman Yassin sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor. Pada tahun
1959, Dato Abdul Rahman Yassin dilantik oleh Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
menjadi Ahli Dewan Negara selama enam tahun.

Beliau merupakan Yang di-Pertua Dewan Negara yang pertama yang telah dilantik dan
pada 18 oktober 1965 beliau sekali lagi telah dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara
untuk kali kedua. Dato Abdul Rahman menubuhkan Persatuan Melayu Johor menentang
Malayan Union pada 1946 iaitu selepas Perang Dunia II.

Sebagai ketua Orang Tujuh, menuntut Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar meletak
jawatan sebagai Sultan Johor kerana menandatangani persetujuan penubuhan Malayan Union
1946 yang bertentangan dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. Beliau
menyandang jawatan sebagai Pegawai Kewangan UMNO pada tahun 1946 dan menjadi wakil
UMNO dalam jawatankuasa kerja bagi membubarkan Malayan Union pada tahun 1947.

Beliau juga merupakan salah seorang daripada 7 orang wakil UMNO dalam Sidang
Pleno Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 bagi menggantikan
Perlembagaan Malayan Union. Sidang Pleno ini juga dianggotai oleh wakil kerajaan Inggeris
dan DYMM Raja-raja Melayu.

6

5.0 SUMBANGAN DATO ABDUL RAHMAN YASSIN
Antara sumbangan Dato Abdul Rahman Yassin ialah, beliau memperjuangkan

kemerdekaan bangsa Melayu daripada penjajahan Inggeris di luar perspektif kemerdekaan
Johor yang diperjuangkan Persatuan Melayu Johor di bawah pimpinannya. Seterusnya, beliau
juga mengekalkan kedudukan sultan sebagai lambang yang dipersetujuinya tetapi
mengutamakan keistimewaan, hak dan kuasa raja tidak disukainya.

Dato Abdul Rahman ketika itu ialah seorang majistrate kanan dalam perkhidmatan
awam Johor berasa berhak memastikan Johor terus merdeka dan bebas mencorakkan sistem
pentadbirannya sendiri. Beliau telah bekerjasama dengan YM Tunku Abdul Rahman setelah
Tunku bersetuju mengutamakan kepentingan rakyat daripada mengutamakan keistimewaan
raja-raja Melayu.

Hal ini kerana Dato Abdul Rahman berpendapat bahawa raja-raja Melayu telah gagal
dan cuai melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat. Beliau menyumbang jasa dalam
kabinet Tunku ialah anak-anaknya iaitu Dato Sulaiman dan Tun Dr. Ismail. Beliau turut
menjadi permerhati yang berkuasa menentukan corak pemikiran dan dasar-dasar di parlimen.

7

6.0 NILAI KEPIMPINAN DATO ABDUL RAHMAN YASSIN
Antara nilai kepimpinan Dato Abdul Rahman Yassin yang boleh di contohi oleh

generasi akan datang ialah kita perlulah gigih dan bersungguh sungguh untuk mencapai
matlamat seperti Dato Abdul Rahman Yassin yang bersungguh sungguh belajar untuk menjadi
seorang peguan. Beliau sanggup berulang alik setiap hari bagi menyambung pelajarannya
untuk mencapai cita citanya menjadi peguam meskipun beliau tidak mendapat tajaan untuk
menyambung pelajarannya.

Seterusnya, kita mestilah peka dengan situasi semasa. Sebagaimana Dato Abdul
Rahman Yassin yang peka dan cepat dapat melihat julang bahaya perpaduan Melayu ketika
ditinggalkan oleh Dato Onn Jaafar pada tahun 1951. Hal ini supaya kita dapat mengenalpasti
masalah yang akan dihadapi dan supaya kita tahu langkah untuk mengatasinya.

Disamping itu, sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah bertanggungjawab dalam
melaksanakan sesuatu tugasan. Seperti Dato Abdul Rahman Yassin, beliau bertanggungjawab
dalam melaksanakan amanah semasa dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara yang
pertama.

Selain itu, kita perlulah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya
Dato Abdul Rahman Yassin telah bekerjasama dengan YM Tunku Abdul Rahman setelah
Tunku bersetuju mengutamakan kepentingan rakyat daripada mengutamakan keistimewaan
raja-raja Melayu. Hal ini supaya kita dapat berkongsi pendapat masing masing dan berbincang
dengan lebih mudah.

8

7.0 PENUTUP
Kesimpulannya, terbuktilah bahawa Dato Abdul Rahman Yassin adalah antara tokoh

yang banyak memberi sumbangan kepada negara. Beliau juga banyak memberi komitmen dan
bekerjasama mengutamakan kepentingan rakyat daripada mengutamakan keistimewaan raja
raja Melayu.

Ketokohan dan sikap amanah beliau dalam melaksanakan urusan negara amatlah
disegani. Beliau dengan segera telah menyusun strategi mengisi kekosongan kepimpinan dan
mengemudi hala tuju politik Melayu. Hal ini dilihat oleh pemerhati politik sebagai suatu
keadaan yang amat bahaya kerana kepimpinan Dato Onn yang sangat popular menjadi tempat
orang melayu yang baru mengenal politik bergantuk tiba tiba mengambil keputusan keluar
daripada UMNO untuk meneraju parti yang membuka keahlian kepada bukan melayu.

9

RUJUKAN
Tun Sheikh Engku Bendahara. Dato' Abdul Rahman Yasin Tokoh Rakyat Profesional

Johor. Diperoleh daripada http://sejarah-tunsheikh.blogspot.com/2010/07/dato-abdul-
rahman-yasin-tokoh-rakyat.html
Portal Parlimen. Yang di-Pertua Dewan Negara. Diperoleh daripada
https://www.parlimen.gov.my/
Muzium Muar (2014). Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamed Yasin. Diperoleh daripada
http://muziummuar.blogspot.com/2014/03/dato-haji-abdul-rahman-bin-mohamed-
yasin.html
Shahirah Mustaffa. (2012). Tun Dr. Ismail: Biografi Dan Peranan Di Awal Kemerdekaan
(1951-1959). Malaysia Dari Segi Sejarah. Volume 40 (5).

10


Click to View FlipBook Version