i
NAMA : NUR IBDA IRDINA BINTI IBRISYAM
KELAS : 4 RESPECT
EMEL : [email protected]
SEKOLAH : SEKOLAH SUKAN TUNKU MAHKOTA ISMAIL
81930 BANDAR PENAWAR JOHOR
1
ISI KANDUNGAN Muka surat
Perkara 3
1.0 Pendahuluan 4
2.0 Biodata Tun Dr. Ismail ` 5
3.0 Pendidikan Tun Dr. Ismail 7
4.0 Kerjaya Tun Dr. Ismail 9
5.0 Sumbangan Tun Dr. Ismail 10
6.0 Nilai Kepimpinan Tun Dr. Ismail 11
7.0 Penutup 12
Sumber rujukan
2
1.0 PENGENALAN
Tun Dr. Ismail adalah tokoh yang tidak asing lagi dalam politik tanah air
kita terutama era awal setelah Malaysia merdeka. Sejak zaman
remajanya beliau telah menunjukkan sifat-sifat sebagai seorang
pemimpin yang berkaliber dan sentiasa gigih dalam melakukan tugasnya
semata-mata demi bangsa, agama dan negara.
Tun Dr. Ismail merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia kedua. Selain itu,
kredibiliti beliau juga terserlah apabila beliau dilantik menjadi Duta Besar Tanah Melayu
pertama ke Amerika Syarikat dan Wakil Tetap pertama Tanah Melayu ke PBB. Kedua-dua
jawatan ini amat penting bagi negara yang baru mencapai kemerdekaan untuk memperkenalkan
negara ke peringkat antarabangsa.
Pada 9 Jun 1966, Tun Dr. Ismail telah dianugerahkan gelaran "Tun" oleh DYMM
Tuanku Ismail Nasirudin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang Dipertuan Agong
Malaysia keempat. Beliau merupakan orang pertama yang dianugerahkan gelaran "Tun"
3
2.0 BIODATA TUN DR. ISMAIL
Tun Dr. Ismail dilahirkan pada 4 November 1973 di Johor Bahru, Johor. Beliau
merupakan anak kepada pasangan Dato’ Abdul Rahman Yassin dan Zaharah Abu Bakar.
Beliau mempunyai 9 orang adik-beradik 4 lelaki dan 5 perempuan. Beliau juga mempunyai
ramai adik-beradik angkat berbangsa Cina kerana ibu dan bapa beliau sering mengambil anak
gadis berbangsa Cina sebagai anak angkat. Beliau mempunyai seramai 6 orang anak hasil
pernikahan bersama isterinya.
Dato’ Abdul Rahman bin Yassin berketerunan Keluarga Orang Kaya Ahat, yang
berasal dari Muar.Dato’ Abdul Rahman Yassin mempunyai darah keturunan Bugis yang
berasal dari kerabat Raja Chempa Bugis. Dato’ Abdul Rahman Yassin dan Zaharah binti Abu
Bakar adalah bersepupu, mereka berkahwin pada tahun 1911. Ibu Tun Dr. Ismail meninggal
dunia pada usia yang muda iaitu seawal 40-an. Pada Ketika itu, usia Tun Dr. Ismail mencecah
9 tahun. Beliau menyifatkan ibunya sebagai seoreang wanita yang periang, hrbat dan baik hati.
Dato’ Abdul Rahman Yassin mula berkhidmat dengan kerajaan Johor pada tahun 1895
ketika berusia 25 tahun. Jawatan pertama yang disandang oleh beliau ialah kerana dalam
pentadbiran awam. Ketika Tanah Melayu di bawah pendudukan Jepun pada 1942, Sultan
Ibrahim telah melantik Dato’ Abdul Rahman Yassin sebagai Ahli Mesyuarat Negeri Johor.
Tun Dr. Ismail telah berkahwin dengan Toh Puan Norashikin binti Dato’ Mohd Seth.
Toh Puan Norashikin merupakan anak kepada bekas Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Johor.
4
3.0 PENDIDIKAN TUN DR. ISMAIL
Beliau dilahirkan di dalam lingkungan keluarga yang mementingkan pendidikan
merupakan kelebihan dan keistimewaan tokoh ini. Kesungguhan bapanya memberikan
Pendidikan kepada anak-anaknya dapat dilihat walaupun pada zaman itu kebanyakkan
keluarga tidaklah mementingkan pendidikan. Malahan, pada tahun 1939, W.E Pepys, Penasihat
British pernah mengatakan bahawa satu-satunya orang Melayu di Johor yang mempunyai
ijazah dari universiti ialah Suleiman bin Abdul Rahman. Keluarga ini sangat mementingkan
pendidikan .
Tun Dr. Ismail menerima pendidikan awal di Sekolah Bukit Zaharah, Johor Bahru
sebelum memasuki English College, Johor Bahru pada tahun 1922. Ketika di English College
inilah beliau dapat bergaul dengan pelajar yang pelbagai kaum, bangsa dan agama. Sekolah ini
menggunakan medium pengantara Bahasa Inggeris. Hal ini berbeza berbanding semasa di
sekolah rendah, kawan-kawan beliau hanya terdiri daripada kaum Melayu sahaja kerana ketika
itu pelajar-pelajar dari kaum lain akan bersekolah berasingan yang menggunakan Bahasa
ibunda masing-masing.
Selepas tamat pengajian di English College, beliau meneruskan pengajian ke Kolej
Perubatan King Edward VII di Singapura. Beliau berada di King Edward dari tahun 1935
hingga 1937. Semasa di sana, beliau ada memberitahu bahawa beliau tidak mengetahui apakah
maksud oksigen dan friction semasa menghadiri kuliah pertama.
Setelah menarik diri daripada Kolej Perubatan King Edward VII, beliau telah membuat
permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke Hong Kong dan Australia. Namun, permohonan
beliau untuk untuk melanjutkan pelajaran ke Hong Kong tidak berjaya. Mujur pada Ketika itu,
Universiti Melbourne menerima permohonan beliau. Oleh itu, pada Mei 1940, Tun Dr. Ismail
telah berangkat ke Australia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Beliau
5
berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Usaha beliau
tidak sia-sia apabila berjaya memperolehi ijazah dalam bidang perubatan pada tahun 1945.
Kejayaan Tun Dr. Ismail banyak dipengaruhi oleh latar belakang keluarga beliau. Hal
ini dapat dilihat apabila ayahanda beliau sendiri juga mendapat pendidikan yang tinggi semasa
di zamannya. Ayahanda beliau mendapat pendidikan di Sekolah Tinggi Muar yang merupakan
sekolah Inggeris pertama dibuka di Muar dan melanjutkan pelajaran ke Raffles College,
Singapura.
6
4.0 KERJAYA TUN DR. ISMAIL
Selepas Tun Dr. Ismail berjaya memperolehi ijazah dalam bidang perubatan daripada
Universiti Melbourne, beliau pulang ke Tanah Melayu. Selepas pulang pada tahun 4 Julai 1945
beliau memulakan tugasnya sebagai Pegawai Perubatan di Jabatan Perubatan Johor Bahru.
Namun, pada 1947, Tun Dr Ismail telah membuka klinik pertamanya sendiri yang dinamakan
Klinik Tawakkal. Beliau tidak bercadang untuk melibatkan diri dalam arena politik selepas
pulang ke Tanah Melayu. Sebaliknya, beliau ingin meneruskan kerjaya sebagai seorang doktor
perubatan. Namun begitu, beliau terpaksa akur untuk melibatkan diri dalam dunia politik yang
mungkin memang telah ditakdirkan untuk beliau.
Tun Dr.Ismail sedar bahawa kehidupan yang dilaluinya sebagai ahli politik bukanlah
seperti apa yang dicita-citakan oleh beliau selama ini. Tun Dr. Ismail ialah seorang doktor yang
bercita-cita menjadi seorang jutawan. Sebelum menyertai UMNO pada tahyn 1951, beliau telah
mula terbabit dalam politik negeri Johor. Di bawah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu,
beliau telah dilantik menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Johor dan Majlis Kerja Kerajaan
Negeri Johor pada tahun 1953, Tun Dr. Ismail telah dilantik sebagai Naib Yang Dipertua
UMNO. Jawatan Naib Yang Dipertua UMNO ini disandang beliau selama 15 tahun iaitu
sehingga 1968.
Penglibatan Tun Dr. Ismail di dalam UMNO agak lewat berbanding Tunku Abdul
Rahman dan Tunku Abdul Razak. Sebenarnya, ketika Tun Dr. Ismail pulang ke Tanah Melayu
pada 1946, Dato' Onn Jaafar telah beberapa kali mengajak beliau untuk menyertai UMNO.
Namun, tawaran Dato' Onn Jaafar ditolak oleh Tun Dr. Ismail atas alasan ingin menumpukan
sepenuh perhatian terharap kerjayanya sebagai doktor perubatan. Tun Dr. Ismail hanya menjadi
ahli UMNO setelah Tunku Abdul Rahman mengambil alih pucuk pimpinan UMNO.
7
Ketika menjadi ahli UMNO, Tun Dr. Ismail begitu lantang memperjuangkan soal-soal
perundingan kemerdekaan Tanah Melayu daripada pihak British bersama-sam Tunku Abdul
Rahman. Dalam sejarah pentadbiran UMNO, Tun Dr. Ismail merupakan orang nombor tiga
selepas Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abdul Razak yang menjadi tunjang kekuatan parti
itu.
8
5.0 SUMBANGAN TUN DR. ISMAIL
Sudah tentu tokoh pemimpin ini banyak menyumbang dari pelbagai aspek seperti
ekonomi, kewangan dan pembangunan. Contohnya, beliau pernah mengembalikan
keyakinan rakyat Malaysia terhadap Kerajaan Malaysia. Selain itu, Pidato Tun Ismail
diadakan sekali setiap dua tahun oleh Akademi Perubatan Malaysia untuk memperingati
Tun Dr. Ismail dan pembinaan Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur juga dinamakan
untuk memperingati beliau. Beliau juga digelar "the man who saved Malaysia" atas
tindakannya sebagai Menteri Dalam Negeri selepas insiden rusuhan kaum pada 13 Mei
1969.
9
6.0 NILAI KEPIMPINAN TUN DR. ISMAIL
Tun Dr. Ismail adalah tokoh yang sangat berkaliber sudah tentunya banyak nilai
kepimpinan yang boleh dicontohi oleh generasi kini. Lee Kuan Yew, bekas Perdana Menteri
Singapura pernah menggambarkan ciri-ciri fizikal dan sikap Tun Dr. Ismail.
Tun Dr. Ismail seorang doktor yang berbadan agak rendah, berkulit agak gelap
berbanding kulit yang biasa dimiliki oleh orang Melayu yang lain. Lee Kuan Yew juga
menyatakan bahawa Tun Dr. Ismail mempunyai rambut yang sedikit keriting, bercermin mata
berbingkai tanduk dan bibirnya tidak lekang dari terselit sebatang paip. Beliau adalah seorang
yang bersifat pendiam, suka berterus terang dan pemain golf yang hebat. Tun Dr. Ismail juga
seorang tokoh yang berpesonaliti tegas, jarang tersenyum, namun mempunyai hati yang baik.
Sifat tegas yang dimiliki oleh beliau ini juga banyak dipengaruhi sifat beliau yang semenjak
kecil lagi gemar membaca buku-buku berbentuk falsafah dan akademik yang bersifat agak
serius berbanding buku-buku bersifat fiksyen yang dibaca oleh kanak-kanak seusianya.
Dalam pada itu, sifat pendiam Tun Dr. Ismail diwarisi daripada sifat ayah beliau.
Sebagai seorang pemimpin, beliau mempunyai prinsip hidup yang tegas sehingga digelar
sebagai “Man of Principle”. Selain seorang yang bersikap tegas dan adil, beliau juga
merupakan seorang pemimpin yang amat mementingkan ketepatan masa. Bak kata pepatah
masa itu emas kerana itulah beliau amat menghargai masanya.
Disamping itu, beliau dikatakan seorang yang kurang bicara, mahal dengan senyuman
dan kata-katanya adalah muktamad. Beliau juga seorang pemimpin yang tidak bersifat
perkauman. Perwatakan beliau yang tidak bersifat perkauman ini banyak dipengaruhi oleh
faktor latarbelakang keluarga serta pendidikan yang diterima oleh beliau.
10
PENUTUP
Tun Dr. Ismail merupakan seorang tokoh politik Malaysia yang amat berjasa kepada
negara. Ketokohan serta sikap tegas beliau dalam melaksanakan ususan negara amatlah
disegani. Beliau berdiri sebagai orang kuat di bawah pimpinan dua orang Perdana Menteri telah
menunjukkan bahawa bakat serta ketokohan Tun Dr. Ismail dalam pentadbiran negara amat
diperlukan.
Beliau adalah seorang pemimpin yang jujur, berprinsip dan tegas dalam menyatakan
pendiriannya mengenai sesuatu perkara. Jika beliau mempunyai umur yang panjang, mungkin
kini beliau tersenarai sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas Tun Abdul Razak.
Walaupun tidak bercita-cita menjadi seorang ahli politik, namun beliau berjaya menjadi
seorang ahli politik yang disegani dan ketokohan beliau sebagai ahli politik sukar untuk dicari
ganti. Tun Dr. Ismail meninggal pada 2 Ogos 1973 di dalam pejabat akibat serangan jantung.
Beliau dimakamkan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur.
11
RUJUKAN
Shahirah Mustaffa. (2012). Tun Dr. Ismail: Biografi Dan Peranan Di Awal Kemerdekaan
(1951-1959). Malaysia Dari Segi Sejarah. Volume 40 (5).
Nurul Syifa, Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur : Goddmark Enterprise, 2008, hlm. 1.
Zainal Abidin Alias, Tan Sri Hj. Mohamed Noah, Kuala Lumpur: Utusan Melayu (M)
Berhad, 1976, hlm. 17.
Folio 12 (a), Tun Dr. Ismail, Drifting into politics
Ooi Kee Beng, The Reluctant Politician : Tun Dr. Ismail, hlm. 7.
Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1995, hlm.989.
Utusan Malaysia, 19 Ogos 1973.
Dewan Masyarakat, "Yang Ditinggalkan Kepada Kita," Jilid XI, Bilangan 8, 15 Ogos 1973,
hlm. 6.
12