The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kamaruzaman.jnjkcm, 2021-07-01 23:44:50

BUKU PROGRAM PERSARAAN DR ZAINI TERKINI

BUKU PROGRAM PERSARAAN DR ZAINI TERKINI

SANJUNGAN BUDI

YBrs Dr Haji Muhammad Zaini Bin Mohd Zain
Timbalan Pengarah Sektor Standard Keguruan

Bahagian Profesionalisme Guru,KPM

9 JULAI 2021
( JUMAAT, 3 P.M )
secara dalam talian
https://moe-my.webex.com/meet/norhusni.asmuni

BAHAGIAN PROFESIONALISME GURU

Aturcara Majlis

MAJLIS PERSARAAN YBRS. DR. HAJI MUHAMMAD ZAINI BIN MOHD ZAIN

TIMBALAN PENGARAH SEKTOR STANDARD KEGURUAN
SECARA HIBRID (BERSEMUKA DAN DALAM TALIAN)

3.00 p.m Pendaftaran dan ketibaan tetamu kehormat
3.05 p.m Lagu Negaraku
3.10 p.m Ucapan alu-aluan pengacara majlis
3.15 p.m Bacaan doa
3.20 p.m Ucapan Pengarah BPG
3.30 p.m Persembahan
- Multimedia
4.00 p.m - Khas pegawai
4.10 p.m Ucapan TP SSK
4.15 p.m Penyerahan Nota Serah Tugas
Penyampaian hadiah
4.30 p.m
Upacara clock-out

BAHAGIAN PROFESIONALISME GURU

Ringkasan Perkhidmatan

YBRS. DR. HAJI MUHAMMAD ZAINI BIN MOHD ZAIN

Ringkasan Perkhidmatan :
1. 01.08.1986 - Dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Kategori D1.
2. 15.12.1987 Disahkan ke dalam jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelajaran
3. Kategori D1. a01.07.1988 - Bertukar dari sekolah Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan ke
Sekolah Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah.
4. 01.01.1989 - Bersetuju menerima pertukaran tetap perkhidmatan dari perkhidmatan
PPP Kategori D1 kepada PPP Siswazah berkuatkuasa mulai 01.01.1989.
5. 01.01.1992 - Bersetuju menerima tawaran Klasifikasi Perkhidmatan Pendidikan
dan Skim Perkhidmatan Pendidikan PPP Siswazah kepada Sistem Saraan Baru Gred DG3.
6. 01.08.1993 - Dimasukkan ke dalam jawatan berpencen.

BAHAGIAN PROFESIONALISME GURU

Ringkasan Tugasan

1995- Dianugerahkan Sijil Perkhidmatan Cemerlang kerana telah menunjukkan perkhidmatan yang cemerlang pada tahun 1995.
01.01.1996 - Ditukarkan sebagai Guru Kanan (Teknik dan Vokasional) di sekolah yang sama, Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Siswazah Gred DG3.
25.11.1996 - Diluluskan Cuti Belajar Bergaji Penuh selama 12 bulan mulai 25.11.1996 hingga 25.11.1997 di UUM Sintok, Kedah.
05.12.1997 - Ditempatkan semula setelah tamat Cuti Belajar Bergaji Penuh di SM Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah.
16.12.1997 - Ditukarkan sebagai Guru Kanan Teknik dan Vokasional di SM Sains Sultan Mohamad Jiwa PPP Siswazah Gred DG3.
01.02.2000 - Ditukarkan dari Jawatan Guru Kanan Teknik dan Vokasional ke Jawatan Penolong Kanan (HEM)
di SM Sains Sultan Mohamad Jiwa PPP Siswazah Gred DG3.
04.05.2000 - Diluluskan Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa selama 36 bulan mulai 04.05.200 hingga 03.05.2003
peringkat Ijazah Kedoktoran.
18.09.2001 - Telah memilih untuk bersara wajib apabila mencapai umur 56 tahun mengikut Opsyen di bawah PP Bil.3 Tahun 2001.
04.05.2003 - Perlanjutan Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa selama 6 bulan mulai 04.05.2003 hingga 03.11.2003.
04.11.2003 - Perlanjutan Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa selama 3 bulan mulai 04.11.2003 hingga 03.02.2004.
01.1.2004 - Diluluskan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 ke Gred DG44 Khas Untuk Penyandang
(KUP) mulai 01.01.2004.
04.02.2004 - Perlanjutan Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa selama 3 bulan mulai 04.02.2004 hingga 03.05.2004.
04.05.2004 - Diluluskan Cuti Tanpa Gaji selama 85 hari mulai 04.05.2004 hingga 27.07.2004 di bawah Perintah Am Bab C.
12.07.2004 - Dianugerahkan Ijazah Doctor of Philosophy dari Universiti of Wales, Cardiff pada 12.07.2004.
28.07.2004 - Ditempatkan secara pentadbiran di Jabatan Pelajaran Negeri Kedah kerana cuti Belajar Bergaji Penuh

dan ditukarkan ke Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

BAHAGIAN PROFESIONALISME GURU

Ringkasan Tugasan

16.04.2008 - Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG44 (KUP)Penolong Pengarah Unit Penyelidikan,
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM ditempatkan sebagai Penolong Pengarah Sub unit
Penyelidikan Antarabangsa di Unit Penyelidikan dan Penilaian di Bahagian yang sama memangku Gred DG48 dengan
dibayar elaun memangku mulai 16.04.2008.

01.07.2009 - Diluluskan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG44 ke Gred DG48
secara Khas Untuk Penyandang mulai 01.07.2009.

16.01.2010 - Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG48 (KUP),Penolong Pengarah, Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM ditempatkan dijawatan dan tempat yang sama Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Siswazah Gred DG48 secara hakiki mulai 16.01.2010.

2010 - Dianugerahkan Sijil Perkhidmatan Cemerlang kerana telah menunjukkan perkhidmatan yang cemerlang pada tahun 2010.

29.12.2011 - Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG48, Penolong Pengarah Unit Penyelidikan Pendidikan Antarabangsa,
Sektor Penyelidikan dan Penilaian ditempatkan sebagai Pegawai Cemerlang ditempat yang sama memangku Gred DG52
secara Khas Untuk Penyandang dengan dibayar elaun memangku. Gred hakiki jawatan ialah PPP Siswazah Gred DG48
mulai 29.12.2011.

27.12.2011 - Opsyen Di Bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13 Tahun 2011,Bersara Paksa apabila mencapai umur 60 tahun
dan tertakluk kepada Akta Pencen 1980 (Akta 227).

29.12.2011 - Diluluskan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG48 ke Gred DG52 secara
Khas Untuk Penyandang sebagai Pegawai Cemerlang di Kementerian Pendidikan Malaysia mulai 29.12.2011.

01.01.2014 - Penggabungan Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Lepasan Diploma (PPPLD) kepada skim Perkhidmatan Bersepadu iaitu Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
(PPP) dan dipindahkan dari gred DG52 (KUP) ke gred DG52 (KUP) dan amaun gaji dikekalkan mengikut perenggan
10(b) Pekeliling Perkhidmatan Bil.40 tahun 2013 berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014.

29.12.2014 - Diluluskan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG52 ke DG54 (KUP) secara Time-Based
Berasaskan kecemerlangan di KPM mengikut Surat Penyiaran di Bawah Peraturan 18(1),Peraturan-Peraturan Lembaga
Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran 2010 berkuatkuasa mulai 29.12.2014.

BAHAGIAN PROFESIONALISME GURU

Ringkasan Tugasan

18.01.2016 - Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG54 (KUP), Ketua Unit, Unit Penyelidikan Antarabangsa, Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM ditempatkan sebagai Ketua Penolong Pengarah, Sektor Standard Keguruan, Bahagian
Pendidikan Guru, KPM, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG54 (KUP). Gred hakiki jawatan adalah Gred DG52 mulai 18.01.2016.
2018 - Diberi hadiah Prestasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2018.
01.06.2019 - Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG54 (KUP) Ketua Penolong Pengarah, Sektor Standard Keguruan, Bahagian
Pembangunan Profesionalisme ditempatkan sebagai Timbalan Pengarah Sektor Standard Keguruan, Bahagian Profesionalisme Guru,
Pegawai 10.07.2021 Perkhidmatan Pendidikan Gred DG54 secara hakiki berkuatkuasa mulai 01.06.2019.
10.07.2021 - Bersara paksa.

Kurniaan-kurniaan yang pernah Diterima : AHLI MANGKU NEGARA A.M.N
Perakuan Bahawa Pegawai Tidak Mempunyai Rekod TINDAKAN TATATERTIB : TIDAK PERNAH DIKENAKAN
Jenayah Atau Tindakan Tatatertib

BAHAGIAN PROFESIONALISME GURU

Tiba jua di persimpangan ini,
Barulah kita tahu besarnya erti budi,

Makna jalinan kasih yang abadi,

Semarak mesra yang mercup dalam manis bicara,
Dan nilai setia semua yang ada,

Mengadun citra seanggun permata,
Terukir dalam jiwa bahagia.

Setia di sini untuk melengkapi waktu,
Menenun harapan dengan iltizam dan restu,

Tanpa curiga menusuk rasa,
Lantaran di sini semua saudara,
Penghibur duka pemulih lara,
Penyambung pesona ke usia bersara.

Budi segunung tercurah dalam rencana,
Bakal mengerdip sinar kemilau arca kencana,
Terhias di dinding minda, memarak asas wacana,

Meruap bangga memangkin kesima,
Melarik teladan ikutan bermakna.

Semarak rindu kami nanti,
Mengenang detik manis yang semakin sepi,
Hilang bicara mesra, lupus kiranya gurau senda,

Jarak dan ruang pasti semakin dirasa,
Justeru langkah dan arah kian berbeza.

Kasih ini tetap kukuh,
Terpahat dalam ingatan yang teguh,
Terbit dari ikatan ukhuwah yang ampuh,

Rindu nostalgia di sini berlabuh.

Setia budi semarak kasih,
Untukmu tuan insan terpilih,
Pergimu tuan bukan tersisih,
Budimu tuan di hati membenih.
Setia budi semarak kasih,
Tuan berangkat kami yang merintih.

BAHAGIAN PROFESIONALISME GURU

Memori Bersama


Click to View FlipBook Version