The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program Pelancaran Nilam

10 Mac 2025 (Isnin)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-86514191, 2025-03-09 09:56:31

Buku Program Pelancaran Nilam 2025

Buku Program Pelancaran Nilam

10 Mac 2025 (Isnin)

Dirasmikan oleh: Encik Ahmad Izwin bin Ismail Pengetua SMk Tambun ISNIN 10 MAC 2025 7.30 PAGI DEWAN SRI BUDIMAN majlis pelancaran nilam 2025 Bersama Tetamu Jemputan: MK Riza Novelis BLINK


Program NILAM dan Kempen Galakan Membaca merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cinta akan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid. Oleh itu, Pusat Sumber Sekolah SMK Tambun telah diberi tanggungjawab untuk menjalankan Program NILAM dan Kempen Galakan Membaca ini. Semoga program ini dapat membantu murid - murid SMK Tambun untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, mencintai ilmu serta menyemai minat mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat melalui aktiviti membaca. Pengenalan


Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama dalam membina budaya ilmu adalah melalui pembacaan yang berterusan. Rasional NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca Merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan sehinggalah mereka tamat persekolahan. Ia adalah salah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memupuk minat membaca dalam diri murid. Apa itu NILAM


·Membina dan mengukuh budaya membaca dalam kalangan murid. ·Menanam sikap menghargai dan cinta akan buku. ·Pembelajaran secara didik hibur di luar kelas melalui aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan. ·Memberi penghargaan terhadap pelajar yang minat membaca. ·Menanamkan minat dan tabiat membaca. ·Menggunakan bahan-bahan dan tenaga yang ada untuk tujuan kebaikan. ·Melahirkan golongan murid yang tidak suka membuang masa. ·Meningkatkan kecintaan kepada buku dan mengamalkan nilai – nilai murni yang terdapat dalam bahan bacaan. Objektif


Pengerusi En. Ahmad Izwin bin Ismail (Pengetua) Timbalan Pengerusi Pn. Suzana bt Yan (Penolong Kanan Pentadbiran ) Pn. Noor’ashikin bt Nadar @ Nadarrudin (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) Pn. Khairunniza bt Zainal Abidin (Penolong Kanan Kokurikulum) En. Mohd Husni bin Ariffin (Penolong Kanan Petang) Pn. Norzila bt Hamid (Penolong Kanan Pendidikan Khas) Penyelaras Pn. Mashitah bt Mohamed Tahir (Guru Kanan Bahasa) Setiausaha Pn. Wan Norazrina binti Wan Kamarullzaman (Guru Perpustakaan dan Media) Jawatankuasa Induk


Jawatankuasa Kerja JK Pengacara Majlis Pn. Mariana bt Sharif Pn. Noor Hafizah Bt.Mohd Rodi Pelajar JK Bacaan Doa Pn. Rosmaini binti Ismail Pelajar JK Siaraya/ Multimedia En. Azrazi bin Mohamed En. Muhammad Qayyum B. Zainuddin JK Gimik Cik Yeow Ying Ying Pn. Naqhiyah Farhan Bt. Ahmad JK Cenderahati Pn. Noridah Bt. Yaacob JK Teks Ucapan Pn. Sitiaishah Bt. Taswir JK Pentas Pn. Nur Amira Hazlin Bt. Razali Pn. Zurainee Bt. Mohd Ibrahim Cik Nur Syafizah Bt. Rozali Cik Owei Sue Ping JK Persiapan Tempat En. Mohd Faizal bin Zaidon En. Shamsul Bakeri bin Zainal En. Amir Fakhri bin Abdul Halim En. Vijayan A/L Palanisamy JK Buku Program Pn. Noorshawalni bt Osman Cik. Nuruzzahidah bt Mohamad Puan Mazlia binti Mat Jusoh JK Kawalan Murid En. Irwan bin Abd Manaf Pn. Noor Izzati Husna Bt.Ramli En. Syukri bin Sahaimi Pn. Jamila Bt. Shaaruddin JK Fotografi & Dokumentasi Cik Nor Atikah bt Aznan Pn. Nur Fatihah bt Anafi Pn. Siti Marni Bt. Idris


Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Perak Bacaan Ikrar dan Doa Ucapan Pengerusi majlis Ucapan Perasmian Pengetua Gimik Perasmian Perkongsian/Ucapan daripada Penulis BLINK BOOK Penyampaian Cenderahati kepada tetamu jemputan Sesi temumesra dan sesi autograf bersama penulis BLINK BOOK Pameran dan jualan buku BLINK BOOK bermula Aturcara Program 7.20 pagi 8.30 pagi - 2.00 petang


Penghargaan Sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Majlis Pelancaran Program NILAM dan Kempen Galakan Membaca. Segala jasa bakti dan budi baik serta kerjasama yang dihulurkan oleh semua pihak amatlah kami hargai. Terima kasih. Yang merah itu saga, Yang kurik itu kundi, Yang indah itu Bahasa, Yang baik itu budi.


Click to View FlipBook Version