The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ummikalsom2485, 2020-10-23 06:11:13

SANTAPAN MINDA KAUNSELOR

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SMK TENGKU AMPUAN JEMAAH











SANTAPAN MINDA






KAUNSELOR
























Disediakan oleh:
Pn Ummi Kalsom Bt Sha’ari
Kaunselor SMK Tengku Ampuan Jemaah

Kentang, Telur dan Biji Kopi






















































Yang mana satukah anda ?

Pada suatu hari, ada seorang anak perempuan yang mengeluh



kepada ayahnya bahawa hidupnya sengsara.



Dia tidak tahu bagaimana dia akan melaluinya.




Dia sangat lelah berjuang sepanjang waktu.



Kadangkala hanya satu dari masalahnya yang dapat ia selesaikan,




kemudian masalah yang lainnya segera menyusul



dan tidak dapat diselesaikan.

Ayahnya membawa dia ke dapur. Dia mengisi tiga periuk dengan air



dan meletakkannya di atas api yang besar.




Setelah ketiga-tiga periuk tersebut mulai mendidih,



dia memasukkan beberapa kentang ke dalam periuk pertama,




beberapa telur di dalam periuk kedua dan



beberapa biji kopi di dalam periuk ketiga.

Kemudian dia duduk dan membiarkan



ketiga-tiga periuk tersebut mendidih.




Puterinya mengeluh dan tidak sabar menunggu,



bertanya-tanya apa yang telah ayahnya lakukan.

Setelah dua puluh minit berlalu, dia mematikan dapur tersebut.



Dia mengeluarkan kentang dari periuk dan




meletakkannya ke dalam sebuah mangkuk.



Dia mengangkat telur dan meletakkannya ke dalam mangkuk yang lain.




Kemudian dia menuang kopi ke dalam cawan.



Lalu ia beralih menatap puterinya dan bertanya,



“Nak, apa yang kamu lihat?”




“Kentang, telur, dan kopi,” puterinya menjawabnya.

“Lihatlah lebih dekat, dan sentuh kentang ini”, kata si ayah.



Puterinya melakukan apa yang diminta oleh ayahnya




lalu menyentuh kentang yang telah lembut itu.



Kemudian si ayah memintanya untuk mengambil telur dan memecahkannya.



Setelah membuang kulitnya, ia mendapat sebiji telur rebus.




Akhirnya, sang ayah memintanya untuk merasa kopi.



Aroma kopi yang pekat dan memukau membuatnya tersenyum.

“Ayah, apa ertinya semua ini?” Tanyanya.




Kemudian ayahnya menjelaskan bahawa



kentang, telur dan biji kopi masing-masing



telah menghadapi kesulitan yang sama, iaitu air mendidih.




Namun, masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.

Kentang itu kuat dan keras. Namun ketika dimasukkan ke dalam air mendidih,




kentang tersebut menjadi lembik dan lemah.



Telur yang rapuh, dengan kulit luar tipis



melindungi bahagian dalam telur yang cair.




Namun apabila dimasukkan ke dalam air mendidih,



akhirnya bahagian dalam telur menjadi keras.




Biji kopi yang paling unik.



Setelah biji kopi terkena air mendidih,



biji kopi mengubah air dan menciptakan sesuatu yang baru.

“Kamu termasuk yang mana, nak?” tanya ayahnya kepada puterinya.



“Ketika kesulitan mendatangimu, bagaimana caramu dalam menghadapinya?



Apakah kamu adalah sebuah kentang, telur, atau biji kopi?”

Dalam hidup ini, banyak perkara yang akan terjadi di sekitar kita.



Kita juga akan menempuh berbagai cabaran dan dugaan.



Apa yang paling penting adalah bagaimana kita



berdepan dengan semua cabaran dan dugaan tersebut.



Adakah kita yang kuat ini memilih untuk menjadi lemah,



atau kita menjadi semakin kuat dan tabah



ataupun kita memilih untuk berubah untuk menjadi lebih baik.



Pilihan sebenarnya adalah di tangan kita sendiri.

Jadi, manakah diri anda?



Apakah anda adalah sebuah kentang, telur, atau biji kopi?


Click to View FlipBook Version