SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER LANAS
17700 AYER LANAS, JELI, KELANTAN
MINIT MESYUARAT
JAWATANKUASA UNIT PEMBANGUNAN SAHSIAH DAN DISIPLIN (UPSD)
BIL 02/2020
TARIKH : 14 September 2020 (Isnin)
MASA : 2.15 petang
TEMPAT : Bilik Gerakan
KEHADIRAN :
Bil Nama Jawatan
1. Pn. Normala binti Mohamad Hassan Pengerusi
2. Cik Zainab binti Ismail Timb. Pengerusi
3. En. Mohd Zuki bin Abdul Rahman Naib Pengerusi 2
4. En. Mohd Yusoff bin Ishak Naib Pengerusi 4
5. Tn. Hj. Ahmad bin Abdul Wahab Penyelaras
6. Tn. Hj. Mohd Salleh bin Mohamed Penyelaras
7. En. Badrulzaman bin Husin Penyelaras
8. Pn. Faridah binti Razali SU Unit HEM
9. En. Anuar bin Abdullah Setiausaha Disiplin
10. Pn. Fazlina binti Mohamed @ Mohd Yusoff Pen. Setiausaha 2
11. Pn. Norazalilah binti Mat Rashid SSDM
12. Pn. Wan Noraiza binti Ibrahim Hal Ehwal Pelajar Perempuan
13. Pn. Nor Hartini Suhaila binti Khazani Hal Ehwal Pelajar Perempuan
14. En. Zakaria bin Junoh Kekemasan Diri
15. En. Muhammad Zamri bin Che Haron Kekemasan Diri
16. En. Mohd Bakarudin bin Hamzah Unit HEM PPKI
17. En. Zakaria bin Md Ali Hanafiah Disiplin Aspura
18. Pn. Wan Nor Anike binti Wan Ripin Disiplin Aspuri
Tidak Hadir: - Bersebab
- Bersebab
1. Pn. Hjh Rosnawati binti Rasihd - Bersebab
2. En. Mohd Rozali bin Muda - Bersebab
3. En. Ahmad Nazori bin Zakaria
4. Pn. Noredah binti Jamia’an
Unit Pembangunan Sahsiah dan Disiplin SMKAL
AGENDA:
1. Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan meminta semua ahli mesyuarat
yang hadir membaca Surah Al-Fatihah dan mengucapkan terima kasih di atas
kehadiran semua guru.
1.2 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli mesyuarat ke Mesyuarat
Unit Pembangunan Sahsiah dan Disiplin Bil.2/2020. Menzahirkan penghargaan
kepada AJK Unit Pembangunan Sahsiah dan Disiplin Sesi 2020 atas perubahan
dan kecemerlangan pengurusan sahsiah dan disiplin dalam membentuk
kemenjadian murid sepanjang tahun ini.
1.3 Pengerusi mengingatkan semua guru supaya sentiasa mengikut SOP dalam
mengambil sesuatu tindakan disiplin terhadap murid. Pihak JPN telah menetapkan
bahawa tiada hukuman gantung dan buang sekolah terhadap murid dalam sesi
persekolahan 2020. Hanya tindakan amaran dan rotan sahaja yang dibenarkan.
Tindakan: Untuk Makluman
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Bil. 1 Tahun 2020
2.1 Dicadang untuk disahkan oleh En. Zakarian bin Junoh.
2.2 Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Fazlina binti Mohamed @ Mohd Yusoff.
3. Perkara Berbangkit
3.1 Cik Zainab binti Ismail (PK HEM):
3.1.1 Perhimpunan Rasmi Mingguan – tiada perhimpunan rasmi di Dewan
Besar ekoran perlaksanaan PKP. Bermula 1/9/2020 slot perhimpunan
selama 30 minit (7.40-8.10pg) akan diisi dengan
taklimat/pengumuman/ucapan oleh mana-mana guru yang
berkepentingan dan unit sahsiah dan disiplin.
3.1.2 Bermula minggu ini Unit Pengawas akan bertugas mengawasi bilik kelas
bersama guru yang ditugaskan meronda blok semasa perhimpunan pagi.
3.1.3 Pelaporan Salah Laku Disiplin Murid – QR Code digunakan dan ditampal
dalam kelas untuk kemudahan guru melapor kes.
3.1.4 Isu pelajar ponteng sekolah – maklumbalas daripada ibu bapa
menyatakan anak mereka hadir sekolah setiap hari tetapi tidak sampai ke
sekolah. Isu pelajar meletakkan motorsikal di luar kawasan sekolah
kerana kesempatan untuk ponteng sekolah.
3.1.5 Maklumbalas : En. Zamri mencadangkan pihak sekolah berbincang
dengan tuan rumah terlibat supaya melarang pelajar meletakkan
motorsikal di kawasan rumah mereka. Pn. Fazlina mencadangkan agar
khidmat PDRM digunakan pada awal minggu untuk menyekat pelajar
meletakkan motorsikal di luar kawasan sekolah.
Tindakan: Untuk Makluman
Unit Pembangunan Sahsiah dan Disiplin SMKAL
4. Laporan Pertengahan Tahun Unit Pembangunan Sahsiah dan Disiplin 2020.
4.1 En. Anuar bin Abdullah (Setiausaha UPSD) telah membentangkan Laporan
Pertengahan Tahun 2020. Rujuk lampiran Laporan Tahunan UPSD 2020
4.2 Menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua AJK
Unit Pembangunan Sahsiah dan Disiplin Sesi 2020 di atas sumbangan idea,
perancangan, kerjasama dan komitmen tinggi dalam menjayakan aktiviti dan
pengurusan disiplin tahun ini.
4.3 Maklumbalas Pengetua : Memohon kerjasama semua guru untuk meningkatkan
‘key in’ Amalan Baik SSDM agar dapat mencapai KPI 2020 yang mensasarkan 40%
guru SMKAL ‘key in’ amalan baik murid dalam sistem SSDM.
Tindakan: Untuk makluman
5. Program Pembangunan Sahsiah dan Disiplin.
h5.1 En. Anuar bin Abdullah (Setiausaha UPSD) membentangkan cadangan program
seperti berikut:
5.1.1 Ceramah Anti Jenayah Khas pada 15/9/2020 (Selasa), Dewan Besar
SMKAL, jam 10.00 – 11.00 pagi : Kolaboratif antara UPSD dan Unit Bimbingan
dan Kaunseling (UBK). Sasaran 200 orang pelajar yang ada rekod disiplin tahun
2020 melibatkan pelajar Ting 1-5 mengikut SOP yang ditetapkan oleh KKM.
Penceramah jemputan ialah ASP Tuan Zamani, Unit Siasatan Jenayah, IPD Jeli.
Tindakan: Unit Bimbingan dan Kaunseling
5.2 Cik Zainab binti Ismail (PK HEM) memaklumkan pihak PIBG meminta sekolah
mengatur Slot Ceramah Motivasi Keibubapaan. Pengetua mencadangkan
pengisian slot diisi oleh guru SMKAL sendiri yang lebih mengetahui keperluan
dan permasalahan pelajar untuk dikongsi bersama ibu bapa. Pengetua
mencadangkan Ustaz Anuar bin Abdullah (Setiausaha UPSD) sebagai
penceramah Slot Motivasi Keibubapaan anjuran PIBG SMKAL.
Tindakan: Unit Bimbingan dan Kaunseling
5.3 Pn. Fazlina binti Mohamed @ Mohd Yusoff mencadangkan satu Program Khas
Pelajar Perempuan dilaksanakan untuk mengatasi masalah yang melibatkan
pelajar perempuan seperti isu kekemasan diri dan ‘gangsterisme’. Pengetua
bersetuju dengan program ini dan mengesyorkan agar kertas kerja berkaitan
dikemukakan untuk perbincangan lanjut.
Tindakan: AJK Hal Ehwal Perempuan
6. Hal-hal Lain
6.1 Cik Zainab binti Ismail (PK HEM):
6.1.1 Isu Pelajar Datang Lewat ke Sekolah. Tindakan yang bersesuaian akan
diambil kepada pelajar tegar walaupun kita terikat dengan panduan JPN
yang ditetapkan. Hj Mohd Salleh mencadangkan pelajar lewat didenda
cuci tandas selepas nama direkodkan. En. Zamri mencadangkan denda
dengan kerja amal seperti kutip sampah dan kerja-kerja keceriaan
lanskap sekolah.
Unit Pembangunan Sahsiah dan Disiplin SMKAL
6.1.2 Aduan kehilangan wang oleh pelajar. PK Hem mengesyorkan semua
guru sentiasa mengingatkan pelajar untuk menjaga harta peribadi seperti
duit dengan tidak meninggalkannya dalam kelas semasa ke makmal dan
lain-lain.
6.2 Pn. Wan Noraiza binti Ibrahim:
6.2.1 Isu Pemakaian Tudung Singkat dan Pakaian Uniform Ketat di kalangan
pelajar perempuan. Pn. Fazlina memaklumkan unit disiplin dengan
kerjasama koperasi sekolah menyediakan/menjual barangan keperluan
pelajar seperti lencana, tudung, stoking, tali pinggang dan uniform yang
mengikut spesifikasi peraturan sekolah sebagai alternatif kepada pelajar
yang bermasalah dalam isu kekemasan diri. Pengetua memaklumkan
perkara ini akan dipanjangkan untuk makluman kepada ibu bapa melalui
AJK PIBG.
6.3 En. Zakaria bin Md Ali Hanafiah – Disiplin Asrama:
6.3.1 Vandalisme – Merosakkan syiling bilik asrama.
6.3.2 Hisap Rokok – pelajar lelaki terlibat telah diambil tindakan.
6.4 En. Anuar bin Abdullah:
6.4.1 Isu pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah. Lanjutan kes pelajar
kehilangan telefon bimbit dalam kelas. Isu video yang ditularkan (viral)
oleh pelajar yang membawa implikasi buruk kepada nama baik sekolah.
6.4.2 Maklumbalas PK Hem: Pelajar Tingkatan 6 dibenarkan membawa telefon
bimbit dengan syarat yang ketat untuk kegunaan pembelajaran sahaja.
Tindakan proaktif guru untuk sentiasa menegur pelajar arus perdana
berkaitan pekeliling larangan membawa telefon bimbit amat dialukan.
6.4.3 SOP tambahan berkaitan tindakan rampasan telefon bimbit ialah
menahan telefon bimbit selama 30 hari sebelum ibu bapa dibenarkan
untuk menuntut semula telefon daripada Tuan Pengetua/PK HEM.
7. Penutup
7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat.
7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang dengan bacaan Surah Al-Asr.
Disediakan oleh: Disahkan oleh:
……………………………… ……………………………………………..
(ANUAR BIN ABDULLAH) (NORMALA BINTI MOHAMAD HASSAN)
Setiausaha Pengetua
Unit Pembangunan Sahsiah SMK Ayer Lanas
Dan Disiplin
Tarikh : 28/9/2020
Unit Pembangunan Sahsiah dan Disiplin SMKAL
(Lampiran)
LAPORAN PERTENGAHAN TAHUN 2020
(MID YEAR REPORT 2020)
UNIT PEMBANGUNAN SAHSIAH DAN DISIPLIN
SMK AYER LANAS, JELI, KELANTAN
1) Penjenamaan semula (rebranding) nama Unit Disiplin dikenali sebagai Unit
Pembangunan Sahsiah dan Disiplin. Fokus untuk membangunkan potensi dan
sahsiah pelajar disamping membendung aktiviti salah laku disiplin di kalangan
pelajar.
2) Kempen Pembudayaan Amalan Baik SSDM di kalangan pelajar dan guru.
3) Kemaskini Dokumentasi Pengurusan Fail Sahsiah dan Disiplin Pelajar untuk
kemudahan rujukan guru dan pentadbir.
Unit Pembangunan Sahsiah dan Disiplin SMKAL
4)
Analisis Salah Laku Disiplin Pelajar Bulan Januari- September 2020:
2020
BIL JENIS SALAH LAKU (JAN – SEPT)
1 Tingkahlaku Jenayah Bil Murid % Murid
2 Penyalahgunaan Dadah/Inhalan/Racun
3 Buli 0 0.00
4 Rokok
5 Ponteng 0 0.00
6 Tingkahlaku Lucah
7 Tingkahlaku Kurang Sopan / Biadap 7 0.73
8 Kesalahan Vandalisme
9 Tingkahlaku Tidak Amanah 51 5.33
10 Kenakalan / Hooliganism
11 Tingkahlaku Tidak Mementingkan Masa 53 5.54
12 Kekemasan Diri
13 Penglibatan Politik 3 0.31
14 Tiada Dalam Senarai
15 Kes Khas 9 0.94
JUMLAH 0 0.00
JUMLAH MURID KESELURUHAN
0 0.00
9 0.94
18 1.88
10 1.04
0 0.00
15 1.57
0 0.00
175 18.28
957 100%
5) BILANGAN KES
Analisis Hukuman: 4 (T4)
HUKUMAN 107 (T1: 8, T2: 47, T3: 19,
T4: 25 & T5: 8)
1) 3 (T3: 2, T4:1)
AMARAN KERAS
(BERTULIS)
2)
ROTAN
3)
GANTUNG SEKOLAH
Unit Pembangunan Sahsiah dan Disiplin SMKAL
6) 2019 2020( JAN-SEPT)
Analisis Amalan Baik SSDM: 18 246
8 23
PERKARA/TAHUN
BIL. MURID
BIL. GURU KEY IN
7)
Button Badge Amalan Baik SSDM:
8) Projek menaiktaraf Dataran Ilmu dan Budi, SMKAL diuruskan oleh Cikgu Zamri
selaku Pengurus Projek dan dibantu oleh semua AJK Unit Pembangunan Sahsiah dan
Disiplin Tahun 2020.
Disediakan oleh:
(ANUAR BIN ABDULLAH)
Setiausaha,
Unit Pembangunan Sahsiah Dan Disiplin
SMK Ayer Lanas, Jeli.
Tarikh : 14/9/2020
Unit Pembangunan Sahsiah dan Disiplin SMKAL
(Lampiran)
GAMBAR SEKITAR MESYUARAT UPSD BIL 02/2020
Unit Pembangunan Sahsiah dan Disiplin SMKAL