KAJIAN LAPANGAN SEJARAH TINGKATAN 2:
KESULTANAN
JOHOR
RIAU
DISEDIAKAN OLEH : AIMI SABRINA BINTI AHMAD
TINGKATAN : 2 BRISTOL
NO MATRIK : CP201113
JADUAL KERJA / SENARAI SEMAK
BIL. TARIKH PERKARA CATATAN
.1 23 JULAI 21 Menerima taklimat daripada
guru subjek Sejarah
berkaitan penulisan tugasan
.2 25 JULAI 21 Membuat rujukan awal ke
laman web yang berkaitan
.3 26 JULAI 21 Mengenalpasti cara
penulisan tugasan
.4 29 JULAI 21 Menentukan tajuk penulisan
.5 3 OGOS 21 Membuat rujukan lanjut
berkaitan dengan tajuk
tugasan
.6 7 OGOS 21 Menulis draf awal tugasan
dengan bimbingan guru
.7 9 OGOS 21 Menulis pengenalan dan
pelaporan penuh tugasan
.8 15 OGOS 21 Rumusan, nilai, harapan
.9 16–30 OGOS 21 Mengemskini tugasan
.10 31 OGOS 21 Menyemak dan menghantar
OBJEKTIF KAJIAN
mempelajari mengkaji mengambil
tentang sejarah pengajaran
disebalik daripada
Johor Riau kesultanan peristiwa
dengan Johor Riau kesultanan
Johor Riau
lebih dalam
lagi
KAEDAH KAJIAN
rujukan pada bertanya melayari
buku teks kepada ahli laman web
Sejarah keluarga dan yang berkaitan
tingkatan 2
rakan
KANDUNGAN
6.1 menjelaskan latar 6.2 huraikan faktor 6.3 langkah yang perlu
belakang pengasasan kegemilangan kesultanan dilakukan untuk
Kesultanan Johor Riau
Johor Riau dari aspek martabatkan karya ii
6.4 mengapakah generasi berikut: persuratan Melayu ke
muda perlu memlihara
kedaulatan negara agar 6.2.1 pusat perdagangan antarabangsa
kemakmuran dan unggul
6.5 rumusan
kemajuan negara terjamin 6.2.2 pengurusan 6.6 sumber rujukan
pelabuhan
6.2.3 pusat persuratan
6.1 LATAR BELAKANG KESULTANAN
PENGASASAN JOHOR RIAU
- KESULTANAN JOHOR RIAU DIASASKAN OLEH
WARIS KESULTANAN MELAYU MELAKA
- MEWARISI DAN MENERUSKAN
KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU
MELAKA
- BERJAYA MENGHADAPI CABARAN KE ARAH
KEGEMILANGAN
- KEGEMILANGAN DICAPAI DARI ASPEK
PERDAGANGAN DAN PERSURATAN MELAYU
6.2 HURAIKAN FAKTOR
KEGEMILANGAN KESULTANAN
JOHOR RIAU
6.2.1 PUSAT PERDAGANGAN YANG UNGGUL
KEDUDUKAN STRATEGIK
- Sungai Johor yang lebar dan dalam memudahkan kapal
besar mudik di pelabuhan Johor Lama, Batu Sawar dan
Panchor
- Kedudukan pelabuhan di kawasan selatan Selat Melaka
membolehkannya mengawal lalu lintas kapal dagang
dari Timur dan Barat
- Pelabuhan Riau terletak di persempingan lalu lintas
maritim yang strategik
TUMPUAN PARA PENIAGA
- Kebanyakan pusat pemerintahan Kesultanan Johor Riau
terletak di pesisir Sungai Johor
- Semasa pemerintahan Sultan Ibrahim, pusat
pemerintahan dipindahkan
- Kerajaan Johor Riau sering memindahkan pusat
pemerintahannya sebagai strategi ketenteraan &
pertahanan serta muslihat pertahankan diri dari
ancaman Portugis dan Acheh
PUSAT PENGUMPULAN DAN PENGEDARAN PELBAGAI
BARANG DAGANGAN
- berperanan sebagai pusat pertukaran barangan
keluaran
- lada hitam, bijih timah dan emas dibekalkan oleh tanah
jajahan dan naungan Johor
KESIBUKAN PELABUHAN RIAU
- lebih kurang 500 – 600 buah kapal dagang berlabuh di
Pelabuhan Johor
- antaranya kapal Portugis, Inggeris, Siam dan pulau –
pulau di Alam Melayu
6.2.2 PENGURUSAN PELABUHAN
KEMUDAHAN PELABUHAN
- Gudang bawah tanah disediakan untuk
memudahkan penyimpanan barang
- Pegawai terlatih disediakan – mengendalikan
urusan
- Membekalkan barang yang diperlukan oleh
pedagang
URUSAN JUAL BELI
- Dijalankan secara pertukaran barang dan mata
wang
- Mata wang asing turut digunakan (dollar Sepanyol,
Mexico, duit Belanda)
- Syahbandar dilantik untuk menguruskan urusan
jual beli dan mengutip cukai
- Cukai Pelabuhan dikenakan terhadap pedagang
adalah berpatutan
- Ukuran dan berat timbangan barangan ditetapkan
oleh Syahbandar
SISTEM NAUNGAN
- Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Raja
Indera Bongsu memberi naungan kepada
pedagang luar dan tempatan
- Sebahagian hasil keuntungan diberikan kepada
pihak yang memberikan naungan
- Melalui sistem ini, pedagang mudah mendapat
surat kebenaran daripada Belanda
PERANAN ORANG LAUT
- Ditugaskan sebagai pengawal pelabuhan, penunda
kapal dagang, petunjuk arah kepada para
pedagang dan pengawal perairan Johor & Selat
Melaka
- Orang Laut menjadi tentera angkatan laut
6.2.3 PUSAT PERSURATAN
KARYA AGUNG
- Mampu mencetuskan unsur pemikiran
- Mampu mencetuskan unsur nilai dan kepercayaan
- Mampu mencetuskan unsur falsafah / pandangan
bangsa Melayu
- Melambangkan pencapaian unggul dalam
tamadun Melayu
SULALATUS SALATIN
- Bermaksud Salasilah Raja Raja / Peraturan Segala
Raja Raja
- Asal karya bernama Hikayat Melayu
- Disusun dan ditulis semula oleh Tun Sri Lanang
- Menceritakan asal usul keturunan raja raja
Melaka, adat istiadat kerajaan dan sejarah
Kesultanan Melayu Melaka
HIKAYAT HANG TUAH
- Sejarawan menyatakan naskhah ini dihasilkan oleh
pengarang dari Johor selepas kekalahan Portugis di
Melaka pada tahun 1641
- Sebuah epik kepahlawanan yang merentas
sepanjang zaman kegemilangan Kesultanan
Melayu Melaka
- Menceritakan kehebatan Hang Tuah bertarung
KARYA – KARYA LAIN
- Tajul Salatin / Mahkota Raja – Raja ditulis oleh
Bukhari al-Jauhari
- Merupakan antara karya persuratan yang tersohor
dihasilkan pada zaman Kesultanan Johor Riau
- Raja Ali menghasilkan beberapa karya terkenal
seperti Tuhfat al-Nafis, Salasilah Melayu dan Bugis,
Anak Gurindam Dua Belas
- Tun Hisap Misai menghasilkan Hikayat Anak Panah
Sedasa
- Raja Ahmad mengarang Syair Ungku Puteri
TOKOH PERSURATAN
- Nama sebenar Tun Sri Lanang = Tun Muhamad bin
Tun Ahmad Paduka Raja
- Tarikh lahir: 1565
- Tempat lahir: Bukit Seluyut, Kota Tinggi
- Menjadi Bendahara Johor semasa pemerintahan
Sultan Alauddin Riayat Shah II
- Menyusun dan menulis semula Sulalatus Salatin
atas titah Raja Abdullah, adinda Sultan Alauddin
Riayat Shah II
- Dilantik sebagai penasihat Sultan Iskandar Muda,
Acheh
- Menjadi Raja Uleebalang di Samarlanga
6.3 MENYATAKAN LANGKAH YANG
PERLU DILAKUKAN UNTUK
MEMARTABATKAN KARYA-KARYA
PERSURATAN MELAYU KE PERINGKAT
ANTARABANGSA
Karya-karya Persuratan Melayu perlulah dimartabatkan
oleh pelbagai generasi tidak kisah muda atau tua.
Dengan ini kita boleh mengharumkan nama Tokoh
Persuratan kita iaitu Tun Sri Lanang. Terdapat
beberapa cara yang boleh kita lakukan untuk
memartabatkan Karya Persuratan Melayu.
Pertama, kita boleh membuat beberapa salinan atas
karya-karya tersebut dan mempromosikannya di
gedung jualan buku. Kita juga boleh membuat lukisan
tentang Tun Sri Lanang dan memrihalkan tentangnya
serta menawar muzium dan galeri seni dari dalam dan
luar negara untuk mempamerkannya.
Dengan ini, pelawat-pelawat dari luar negara
ataupun dalam negara yang melawat gedung buku,
muzium dan galeri seni itu akan tertarik akan Tun Sri
Lanang dan membuat kajian tentangnya lalu
menyebarkan maklumatnya di internet.
6.4 MENGAPAKAH GENERASI MUDA
HARI INI PERLU MEMELIHARA
KEDAULATAN NEGARA AGAR
KEMAKMURAN DAN KEMAJUAN
NEGARA TERUS TERJAMIN?
Generasi muda adalah masa depan negara. Masa
depan negara kita bergantung pada generasi muda.
Semangat nasionalisme perlulah diwujudkan
dikalangan generasi muda sekarang untuk
mempertahankan maruah dan mempertinggikan
martabat serta kedaulatan negara.
Dalam diri kita dan Malaysia, semangat patrotisme
perlulah ada. Dengan ini, semua rakyat Malaysia akan
terdorong untuk bekerja dan berusaha bersungguh-
sungguh bagi membangun dan memajukan negara kita
bersama-sama.
Perbezaan kaum dan agama tidak sepatutnya
menjadi penghalang untuk rakyat Malaysia bersatu.
Kita sepatutnya megeratkan hubungan sesama kaum
dan menjauhi perkauman sesama kita.
Untuk mewujudkan negara yang makmur dan maju,
kita perlulah mementingkan perpaduan lebih dari
politik dan elakkan sifat mementingkan diri sendiri.
RUMUSAN
- Pengetahuan yang telah saya dapat daripada
kajian kes ini ialah maksud disebalik Kesultanan
Johor Riau, identiti Tokoh Persuratan, dan betapa
pentingnya semangat patriotisme terhadap negara
kita
- Nilai-nilai murni yang saya dapati ialah kita
perlulah memupuk perpaduan sesama kaum,
mengutamakan negara dan bersikap tidak
pentingkan diri sendiri untuk mewujudkan negara
yang aman dan damai
- Harapan saya adalah rakyat Malaysia dapat
memajukan negara kita serta menghargai dan
mengharumkan namanya. Saya juga berharap
rakyat Malaysia dapat memartabatkan sejarah
Malaysia ke peringkat antarabangsa.
SUMBER RUJUKAN
BUKU RUJUKAN
• SASBADI WOW GRAFIK KENDIRI PT3 SEJARAH
LAMAN WEB
• https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2018/04/418798/martabatkan-
bahasa-melayu-ke-peringkat-antarabangsa
• https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/08/726223/malaysia-
prihatin-kedaulatan-negara-tanggungjawab-bersama
PERTOLONGAN DARI AHLI KELUARGA
• Aimi Adibah Yasmin binti Ahmad