E-BOOK
SSR 3033 TEORI DAN TEKNIK
PERANCANGAN WILAYAH
Nama: Petricia Jaumin
No. Matrik: 67484
Nama Pensyarah: Dr. Regina Garai Abdullah
PENGENALAN RINGKAS
TENTANG SAYA
Hai. Perkenalkan nama saya Petricia Jaumin.
Saya berasal dari Sabah dan menetap di
Kampung Pangkalan Murut Kalabakan, Tawau.
Saya merupakan seorang pelajar sepenuh masa
dan menuntut di Universiti Malaysia Sarawak
(UNIMAS). Saya mengambil program iaitu
Perancangan dan Pengurusan Pembangunan
di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK).
PERJALANAN SEPANJANG
SEMESTER
Sistem pembelajaran dan pengajaran banyak berubah sepanjang semester.
Sebelum wujudnya penularan wabak Covid-19 ini, banyak aktiviti yang dapat
dilakukan. Antaranya dapat belajar secara bersemuka dengan pensyarah, rakan-
rakan, melawat anyak tempat dan paling penting melakukan kerja berkumpulan
bersama-sama dengan rakan-rakan.
Namun semuanya berubah termasuk sistem pembelajaran dan pengajaran yang
dijalankan sekarang berbentuk online. Hal ini menjadi satu norma yang baru
kepada pelajar dan pengajar. Walaupun belajar secara online merupakan salah
satu cabaran terbesar namun tidak menjadi masalah untuk belajar dan menambah
ilmu pengetahuan. Keadaan ini terbukti bahawa terdapat banyak cara dan inisiatif
yang dilakukan oleh pensyarah dalam membantu pelajar belajar secara online agar
pelajar tidak ketinggalan dalam mata pengajaran.
Dengan adanya kemudahan teknologi ini, semuanya di hujung jari untuk
mendapatkan banyak sumber-sumber ilmiah dan rujukan. Dengan ini, dapat
memudahkan kerja-kerja tanpa bersemuka. Lebih-lebih lagi semasa wabak ini
berlaku.
REFLEKSI SSR3033 (SEM 5)
Dalam kursus SSR3033 Teori dan Teknik Terdapat banyak teori yang dipelajari.
Perancangan Wilayah,saya dapat belajar Salah satunya teori Regional
banyak hal termasuk teori-teori mengenai Complementary iaitu wilayah yang
perancangan wilayah. Secara ringkasnya saling melengkapi antara satu sama
dalam semua bab yang diajar, sebelum lain disebabkan faktor perbezaan
membuat pelan pembangunan, meninjau potensi di setiap wilayah yang
keadaan sekeliling dan berfikir di luar berlainan.
kotak itu penting. Hal ini dapat membantu
dalam membuat sesebuah perancangan Kursus ini berkait rapat dengan
yang berkesan. pembelajaran semester lepas
berkaitan dengan pelan
Kursus ini banyak mengajar saya dengan pembangunan. Oleh disebabkan itu,
sesuatu yang baru. Antaranya membuat dalam kursus ini diajar dengan lebih
pelan dan strategik untuk menjalankan mendalam lagi mengenai
dan melakukan perancangan perancangan pembangunan mengikut
pembangunan mengikut teori yang diajar. teori-teori ahli falsafah.
Membuat peta dan pelan sambil belajar
membantu saya memahami konsep
sebenar dalam kursus ini.
REFLEKSI TENTANG
AKTIVITI DI DALAM KELAS
Oleh kerana semester ini menggunakan sistem pembelajaran
secara online, namun aktiviti di dalam kelas tetap dilakukan dengan begitu
baik. Antara aktiviti yang dilakukan di dalam kursus SSR3033 ini ialah
membuat peta pelan mengenai perancangan pembangunan di Kota
Samarahan dalam ahli kumpulan. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang
mencabar kepada kami kerana melukis peta itu tidak mudah. Walau
bagaimanapun, saya berasa seronok menjalankan aktiviti tersebut kerana
Dr Regina banyak membantu kami. Salah satunya mengajar kami untuk
berfikir secara luar kotak. Seterusnya membantu dalam menerangkan peta
itu dengan baik dan jelas.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, dalam semester ini banyak mengajar
saya dengan sesuatu yang baru. Salah satunya belajar secara online.
Walaupun banyak cabaran yang ditempuh sepanjang semester ini,
namun tidak menjadi satu alasan untuk tidak belajar. Belajar dalam
kursus SSR3033 ini banyak membantu saya dalam meningkatkan ilmu
pengetahuan yang lebih mendalam misalnya dalam melibatkan
perancangan dan pengurusan pembangunan. Dalam kursus ini juga
mengajar tentang cara membuat peta dan pelan serta menerapkan
nilai-nilai yang berkaitan dengan perancangan pembangunan. Oleh itu,
jelaslah bahawa dalam semester ini mengajar banyak perkara
termasuk berfikir secara luar kotak dan berpandangan jauh tentang
perancangan pembangunan di masa-masa akan datang.
SEKIAN TERIMA
KASIH